Memaparkan catatan dengan label kolej 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolej 13. Papar semua catatan

Isnin, 30 Disember 2013

First day . 2 paper. End!

assalamualaikum.

alhamdulillah. tamat 2 paper untuk sem ni which is Ekologi Sumber Rekreasi and Survei Hutan. Ekologi was so so la. Survei pulak kepala otak berpinar pandang lama sangat rajah kontur. soalan untuk dua dua tu quite okay. takde la hardcore sangat. -,- tak hardcore pun still terasa macam apa je bila nak jawab.

"eh, betul ke jawapan ni?"

"eh? kenapa macam pelik je jawapan dia."

-,-

biasa la tu. setan memang gemar buat hati aku ragu-ragu dan keliru serta was was nokharom. tapi tu la gunanya semak semula. nasib baiklah Survei Hutan tu aku semak balik, kalau tak sia-sia je aku buat jawapan salah. kadang-kadang aku macam salute jugak dengan budak-budak yang boleh jawab exam shing shong sheng shong sheng tengok fon, slide slide sepam dua untuk tengok jawapan *eh?*, lepas tu terus keluar tanpa semak. memang terasa nak salute doink toink sebab hebat dan bijak pandai.

at least, at least, semak la sekejap sebab tak mati pun kalau kau semak benda alah tu. kau takkan jumpa da paper tu buat selama-lamanya. lain cerita kalau kau repeat paper tu la. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. I was like -,- , okbai kalau aku kena repeat paper. berdoa sungguh sungguh aku setiap kali nak jawab exam atau study sebab nak ilmu tu berkat and supaya tak repeat paper banyak kali.

next paper aku ialah Inventori Sumber Rekreasi which is Khamis ni. dan ianya malam. :3 aku harap soalan Inventori tak buat aku sesak nafas, -,- well Inventori selalu buat semua orang bersungut and sesak nafas dan duduk tak senang. akan duduk senang la kalau dorang slide slide check it out jawapan dekat fon. I hope this Inventory thingy will be fine for us. :) lets pray guys!

jadi, akan ada beberapa hari free untuk bersenang lenang. KAH KAH KAH. dalam mimpi je la kau nak bersenang lenang macam badak Najrul. till we meet again in the post! babai :)

thanks for reading

Ahad, 29 Disember 2013

Tocie dan Final Exam semester 1 sesi 2012/2013

esok da start final. ada 6 subjek untuk sem ni tapi just ada 5 paper je. aku ada subjek Ekologi Sumber Rekreasi, Inventori Sumber Rekreasi, Survei Hutan, Kuantitatif, Kemahiran Rekreasi Luar dan juga Kem Hutan. Kem Hutan tu da hantar report jadi tak berapa nak bother sangat pasal exam.

esok pulak ada 2 paper which is Ekologi Sumber Rekreasi and Survei Hutan. serius cuak abadi nak jawab all those paper. harapnya semester ni dapat naikkan balik pointer aku. pointer sem lepas amat la jatuh macam apa je. serius rasa nak pengsan bila tengok pointer sem lepas. slip exam aku tak carik lagi. entah kat mana entah slip exam aku. -,- dan dan dan .... emm emm , aku tak jumpa pun PA aku lagi untuk mintak tandatangan approve slip exam aku. KAH KAH KAH. esok la aku jumpa dia and bagi slip exam tu.


untuk TOCIE pulak, aku dapat band 4. alhamdulillah :) what is TOCIE anyway? aku tak tahu la uni lain ada TOCIE atau tak tapi kat UPM ni ada je. even TOCIM pun ada. by the way, TOCIE stands for Test On Communication In English di mana budak-budak yang dapat band 3 masa MUET dulu digalakkan amik TOCIE semester ni. tapi ada je budak yang tak amik sem ni and might be amik semester depan ataupun semester semester lain. tapi TOCIE is wajib for all those students yang dapat band 3. -,-

TOCIE tu macam test cakap-cakap / speaking macam MUET dulu di mana akan ada topik yang diberi and point yang diberi and semua orang akan bercakap and give their own opinion. dengar kata, siapa yang dapat Band 3 dan ke bawah akan amik kelas something apa entah. -,- sounds creepy.

heh, tu je la cerita nak diceritakan untuk minggu ni. might get more busy and busy menjelang exam ni. malas nak pikir lain and nak pikir pasal exam je. malas nak pikir benda bangang atau masalah lain and pikir pasal score tinggi je dalam exam. mungkin akan tidur lambat sampai mata jadi panda selepas ni. heh. *tapi akhir-akhir ni entah kenapa asyik tidur awal je -,-*

btw, good luck to all UPMians dan budak-budak uni lain yang akan amik exam start from tomorrow. :) May Allah bless and ease us always.

Isnin, 29 Julai 2013

YNOT Graffiti Event

assalamualaikum dan selamat petang.

aku sebolehnya nak habiskan  entry-entry genting yang supposedly aku kena siapkan lama. aku tak nak la berhutang ni sebab tak best la kalau berhutang ni. kalau pergi event, mesti akan pergi free dan tak payah bayar apa-apa. sebagai balasan, korang kena la tulis entry. heh. dan aku rasa entry aku ni macam da lapuk sangat. tapi takpe la, aku tulis jugak. kita share cerita dan pengalaman.

YNOT Graffiti Event ni, event yang dibuat kat Genting dan aku tak ingat bila the exact tarikh dan waktu sebab benda ni macam da lama sangat. aku tak pasti antara April ataupun Mei 2013. tak kisah la bila-bila. tapi bagi aku, semua event genting adalah sangat best dan YNOT Graffiti Event one of it yang memang tak bosan!


pass masuk yang membenarkan kau keluar masuk Theme Park Genting tanpa perlu membayar apa-apa. this pass also membenarkan kau pergi ke mana sahaja kau nak kecuali pub dan kasino la. yang dua tu tolak tepi. bagi aku pass ni macam sangat berguna. hahahahahahahahaha. untuk event ni, aku pergi dengan Jaja sebab selalunya kalau ada apa-apa event, kita memang boleh bawak seorang kawan , tak kisah la siapa-siapa pun, untuk join sekali.

YNOT Graffiti Event ni actually ialah pertandingan lukis graffiti di antara beberapa buah kolej. dekat sekitar Theme Park, masa tu ada je dinding kosong yang already dan jadi Graffiti wall. all was made by all those college student.






hahaha. macam banyak gambar aku je yang semak kan. tapi nak buat macam mana, all those graffiti is super and divinely cool. aku sangat wow!! memang sangat-sangat hebat for those yang berjaya cantikkan dinding-dinding kosong dekat Genting tu. bukannya mudah nak buat art dekat dinding pastu main lakar macam tu je. buat graffiti bukan macam melukis kat atas kertas. even kau melukis, kau still boleh melakar. kalau buat graffiti, kau terus je buat dan baling-baling warna spray dan tiada melakar.

masa YNOT Graffiti Event ni tengah berlangsung, ada another big event sedang berlangsung dekat Genting iaitu Genting Water Festival 2013. memang banyak gila model-model thailand yang seksi meksi. aku memang tutup mata je la sepanjang jalan kat Water Festival tu. memang blushing habis. haahahahahhahahahaha.


minda terasa dirogol dengan semua Water Festival ni. T_T . with the pass yang kitorang dapat tadi tu, memang dapat je main dengan bubble tu. kalau nak main tu, kena bayar lain la. bukannya suka-suka boleh main. tapi aku dengan Jaja putuskan yang errr, okay, baik pergi jalan-jalan dari main bubble. hahahahahahaha. yang penting jaga pandangan mata :3


ni pulak dekat dalam Arena of Star, Genting Highland. ada band dari Taiwan kot, ke China yang buat performance kat sini. aku memang nokharom tak paham la kalau dorang nyanyi ke apa tapi Jaja ni orang cina, jadi dia beria-ia la ajak aku. kalau band ni nyanyi, aku memang muka blur je pandang pentas tapi si Jaja ni dok miming orang kat depan tu nyanyi.

selain daripada YNOT Graffiti Event and Genting Water Festival 2013, blogger yang datang jugak dapat naik Wave Blue Rider yang baru dibukak kepada umum masa tu. and kitorang dapat naik free :3 serius best gila!!!


me and Jaja.

masa malam pulak, Elecoldxhot ada buat performance. Genting kalau waktu malam memang agak horror sikit. dengan dia punya kabus lagi. memang feeling zombi habis la. 


Elecoldxhot with LED Suit. tahu tak siapa Elecoldxhot ni? dorang la yang menang Showdown 2011. super duppa cool :) sebenarnya ada lagi satu kumpulan yang buat performance. pretty awesome jugak tapi aku tak ingat nama kumpulan tu.


Will miss this oldie time. :') *tears drop*


and my face yang annoying. HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAA. setiap kali ada event, mesti akan dapat makanan free yang super sedap. :) makan kat Genting and it is all sponsored by Genting itself. thank you so much guys :) just love it this YNOT Graffiti Event. dengar cerita , lepas ni Genting Highland akan ditutup sebentar untuk renovation. wuuuuu, I will miss all the great time there. :'(

so far, banyak jugak la event Genting yang aku da pernah join. so far, aku memang tak pernah keluar duit pun kalau pergi mana-mana event Genting. you guys memang rock. first time aku pergi event Genting masa umur aku 19 tahun and it is really hell time great. masa tu la aku kenal dengan Pen Merah dan Nisa Kay. dan sampai sekarang dorang still ingat aku. wakakakakakakakakakakakaka. macam tak percaya je. *tiup rambut*


menjadi blogger , ianya sangat seronok :) till we meet again. babai :) selamat berpuasa semua. 








Jumaat, 26 Julai 2013

Le Mantan of Majlis Tertinggi Mahasiswa


hai. assalamualaikum. nama saya Nazrul Ashraff Bin Buang. people call me Nazrul and my family call me Ashraff. sometimes my cousin call me Asap. kekdahnya asap. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH. kalau nak tengok tarikh kat lappy, sekarang da masuk 26 Julai 2013. kalau nak kiranya, aku da pun menjadi Mantan Majlis Tertinggi Mahahsiswa, Kolej 13, Universiti Putra Malaysia.

apa tu Majlis Tertinggi Mahasiswa?  (MTM). Mtm ni macam satu board yang jaga kolej actually. dekat UPM ada 17 buah kolej jadi kat UPM akan ada 17 buah MTM yang berlainan. setiap board akan ikutlah corak kolej itu macam mana. at the first place, aku macam tak sangka la yang aku akan jadi MTM. first sebab , masa mula-mula interview dulu, aku da cakap, aku tak nak jadi MTM, tapi jadi la jugak. uhuk uhuk. maybe Allah da tentukan mana yang lebih baik untuk aku, takpe la, kita terima dengan hati yang terbuka bila terpilih menjadi salah seorang MTM dekat Kolej 13 ni.

menjadi MTM sangat fun. actually perasaan tu bercampur baur. kadang-kadang enjoy gila. kadang-kadang terasa nak nangis pun ada. kadang-kadang memang hectic gila babi la dengan semua benda. tapi tu la yang mengajar aku, how to be a person in life. bukan senang nak jadi MTM, memang betul la, Allah da tentukan rezeki masing-masing dan Allah tak akan bebankan hambanya jikalau hambanya tidak mampu :)

menjadi MTM, aku belajar banyak benda. aku belajar how to manage time. how to meet new people. bekerja dengan orang-orang luar. and most important, keluar dari comfort zone. bila menjadi MTM, aku da pernah pegang Unit Makanan, Unit Pengangkutan, Unit Penginapan, Unit Keselamatan dan Kesihatan, Unit Jemputan dan Pendaftaran dan macam-macam lagi la. benda ni , aku memang tak akan dapat kalau aku tak jadi MTM. bila aku pegang all those jawatan dengan partner (selalunya akan ada seorang lagi MTM yang akan jadi partner) kitorang akan pegang top of the jawatan dan bukannya orang bawah-bawah. sebagai contoh, kalau kita pegang Unit Makanan untuk sesebuah event, 

1) kita kena tempah makanan
2)kita kena tahu berapa ramai yang akan makan dalam majlis itu
3) kita kena tahu tentang alergi
4) kita kena tahu tentang mereka yang vege.
5) kita akan cuba meminimumkan makanan dan mengelakkan pembaziran makanan serta wang kolej

jadi, bila da pegang unit tu, aku dan partner MTM akan 

1) carik anak buah untuk unit makanan
2) distribute tugas

tapi perasaan choi dan malas-malas tu memang akan wujud kat tengah-tengah event. terasa macam malas nak ambil tahu. terasa macam malas nak fokus. terasa macam malas nak tolong. terasa macam malas nak buat apa-apa. tapi takkanlah nak tinggalkan je? gila macam hambar kalau tinggalkan je. aku rasa mesti semua MTM dan mantan2 MTM pernah rasa. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA. feeling ni memang rasa la kalau kau jadi MTM. masa tu kau akan ada di persimpangan 

persimpangan A : teruskan perjuangan 
persimpangan B : K bai yolls. 

it is your choice and you choose it. :) menjadi MTM banyak perkara-perkara manis yang berlaku. MTM tu la second family kau kat kolej. MTM tu la jugak yang akan dengar all those kisah suka duka sedih dan gelak ketawa. MTM tu jugak la yang akan tahu kau luar dalam tepi kanan kiri semua. MTM tu jugak la yang akan gelak babi kat kau kalau kau super hambar. tapi depends ikut board MTM kolej masing2 la. aku rasa board MTM aku best. dorang sangat best dan terbaik :)

da takde apa kot nak cakap. till the end. wish all of the Le Mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej 13 , Universiti Putra Malaysia, happy selalu dan jangan berhenti usaha untuk kuruskan badan masing-masing bila da balik rumah. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. sekian, babai!!

daripada
Nazrul Ashraff Bin Buang
Le Mantan Pengerusi II Sekretariat Jaringan Industri dan Komuniti
Kolej Tiga Belas
Universiti Putra Malaysia


Sabtu, 16 Mac 2013

happy birthday ikan!!!!!!!!!

assalamualaikum and a very good evening

semalam ialah 15 Mac 2013 which is hari jadi jaja. aku dengan Desague telah merancang untuk prank jaja. segala rancangan dan perancangan telah dirancang dengan penuh jayanya oleh Haidhar. :)

jadi cerita bermula pada jam 8 malam apabila aku turun ke Phoenix.

***************************************************************

aku berjalan ke Pejabat Bumi yang terletak dekat betul-betul sebelah blok G atau blok Marikh. terus aku telefon Hajjar untuk mintak tolong dia.

"hello, assalamualaikum kak Hajjar. ada kat mana?"

"kat bilik. kenapa?"

"nak jumpa kejap. sekejap je. jumpa dekat Pejabat Bumi. cepat tau."

"okay, okay." jawab Hajjar memberi persetujuan pantas. tak lama lepas tu, nampak Hajjar keluar dari biliknya dan pantas menuju ke Pejabat Bumi. Hajjar kelihatannya pakai baju kurung. "nampak tak pakai baju apa? terus sambar je baju tadi. kenapa?"

"ni tolong pakaikan kat Haiza. kitorang nak prank dia." aku pantas bagi kain hitam dengan eye mask *eye mask ke namanya? =.=' ah, gasak. haha* pada Hajjar. "cepat tau." gesa aku.

"Haiza ada kat bilik ke?" tanya Hajjar.

"ada, ada," jawab aku pantas. "sebab petang tadi da cakap kat dia, malam nanti ada meeting MGP. mesti dia tak ke mana-mana."

"ouh okay. kalau macam tu tunggu kejap." Hajjar terus kembali ke blok perempuan.

jadi, aku pun tunggu je la dengan penuh berpeluhnya dekat depan Pejabat Bumi tu. mak aih., lama okay tunggu si Haiza ni bersiap. I was like. =.=' sejak bila si ikan bersiap lama gila. si Haiza ni bukanlah jenis yang berfesyen. aku syak mesti Hajjar ada make up, make up muka si Haiza ni.

=.='

hahaha. disebabkan aku da mula berpaya berlecak tunggu kat pejabat bumi tu, terus aku telefon Jana.

"hello, jana. cuba tengok Haiza kat sebelah bilik kau tu. dia tengah buat apa? tapi jangan cakap kat dia, aku yang tanya."

"aaa, okay-okay." jawab Jana dari hujung corong telefon. lepas tu, dari hujung corong telefon, aku dengar si Jana ni bagi salam kat bilik Haiza. aku rasa si Jana tengah mengusha apa yang si Haiza ni tengah buat.

lepas tu Jana cakap. "okay, okay jap. da nak siap ni."

tak lama lepas tu, aku nampak si Haiza ni dipimpin oleh Hajjar sambil matanya legap ditutup dengan kain hitam. Haiza mula jalan terkedek-kedek macam itik. aku tak tahu sama ada aku da mula hilang sabar sebab Haiza ni lambat sangat jalan ataupun aku nak tergelak sebab kelakar gila bak hang.

masa tu, kat Dataran Phoenix ada Aiman, Syakir dengan Alip. aku awal-awal lagi da bagi amaran kat diorang suruh diam kalau nampak apa-apa yang strangers. nasib baik la diorang diam masa nampak Haiza dipimpin oleh Hajjar masuk ke dalam  kereta.

Hajjar pakaikan seatbelt pada Haiza. "jangan bukak ikatan tu." amaran Hajjar pada Haiza. Hajjar pandang aku lepas tu seisi kereta.



"jaga dia elok-elok." pesan Hajjar. aku hanya buat thumbs up sebab tak nak bercakap apa-apa. kalau aku cakap, of course la si Haiza ni tahu yang aku ada dalam kereta tu.

jadi, kereta kitorang pun mula bergerak ikut kereta kat depan. kereta depan , dalamnya ada Haidhar, Gee, Pika dan juga Asfa. kereta kedua pula, ada Acap selaku driver, Farris, Naqi, aku (duduk kat kerusi belakang) dan juga Haiza yang duduk kat kerusi depan sambil matanya tak nampak apa.

"siapa ni?" tanya Haiza.

kitorang diam je. acap kuatkan radio.

"korang nak pergi mana?"

"siapa korang ni?"

"kenapa diam je?"

"kenapa tak cakap apa-apa."

Haiza mula frust sebab kitorang diam. aku dengan budak-budak lain da nak tergelak terbahak-bahak. acap awal-awal da buat muka 9gag dia tu. lagi la aku nak gelak bak hang punya. lepas tu, fon Haiza berbunyi.

aku da mula mencarut dalam hati. adus. mintak-mintak la budak Haiza ni tak bukak mata untuk angkat fon. yang ajaibnya, Haiza mampu angkat kol walaupun dengan matanya yang tertutup. terus aku tabik spring doink toink dekat Haiza. haha. mesti dia da memahami tubuh fon dia dengan begitu baik sampaikan dengan mata tertutup pun dia mampu tahu kat mana button nak angkat kol.

"hello." jawab Haiza.

diam sekejap. "ili ke ni?"

diam lagi. "ni kena culik ni. tak tahu dorang bawak ke mana." aku terus nak tergelak. buat pengetahuan korang, Haiza ni cina dari Sabah, jadi pemilihan  ayat dari dia, kadang-kadang agak lawak seperti,

'bom jatuh gugur dari angkasa.'

=.=' hahaha. ayat dia tak salah. tapi kelakar dan nampak macam klasik.

"tak tahu ili. mata tertutup. tak tahu siapa diorang ni." jawab Haiza lagi. aku rasa budak perempuan tu da bengang. masa tu jugak terus aku texting si Gee.

'weh, gee. pergi kol jaja. buat nampak macam korang ada kat bilik.'

tak lama lepas tu, fon Haiza ni berbunyi lagik. yang ni aku syak dari Gee. tapi rupanya dari Pika.

"hello." jawab Haiza. "sorry la. tak dapat nak datang malam ni. malam ni busy. malam ni ada meeting dengan Pai pasal MGP. pastu ni kena culik. malam nanti nak pergi bilik adik-adik asasi."

walaupun aku tak tahu apa yang Pika cakap, tapi aku tahu apa isi yang Pika cakap, mesti pasal buat facial kat bilik dorang kat KMR.

"tak dapat la Pika. esok lusa tak boleh ke? tapi malam ni memang tak boleh."

lepas borak itu-ini dengan Pika, si Haiza ni letak fon. aku duduk kat belakang Haiza jadi aku nampak si Haiza ni main-main fon dia. dia pusing-pusingkan fon dia macam helikopter.

lepas tu, tetiba aku dengar suara Haiza bising-bising. "tak baik amik fon orang!!" acap bagi fon Haiza kat Naqi sebelum aku amik fon Haiza untuk hack budak perempuan tu.


lepas hack Haiza , bagi aku hack yang tidak seberapa la. kitorang pun sampai Putarajaya. kitorang buat prank besday party Haiza kat dataran Putrajaya. kereta kitorang berhenti dan parkir kereta belakang kereta Haidhar. kitorang still dalam kereta and nampak dari dalam kereta macam mana Haidhar, Gee, Acepaa dan juga Pika deko tempat dengan masa yang zap zap zap cepat gila. angkut tikar segala bagai, letak makanan bla bla bla sebelum kitorang dari dalam kereta, hulurkan kek.  aku and the rest mula duduk kat keliling makanan sambil Haiza dipimpin oleh Pika pulak. 

pika duduk and dia nak suruh Haiza duduk, tapi Haiza tak paham. Pika tak boleh nak cakap guna suara. ye la, kalau cakap, mesti la kantoi nanti si Haiza ni tahu. si Pika beria-ia tarik tangan Haiza suruh budak tu duduk. tapi budak tu tak paham, lepas tu tanya. 

"nak buat apa ni? cakap la!"

akhirnya, entah macam mana *memang ajaib la* si Haiza ni dapat duduk jugak. lepas tu Pika bukak kain hitam Haiza, 

one, 

two, 

three. 

once Haiza bukak je mata dia, terus kitorang cakap,

HAPPY BIRTHDAY HAIZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lepas tu, si Haiza ni bantai menangis. haha. terharu sangat kot. lepas tu, ramai-ramai kitorang nyanyi lagu happy birthday kat dia. 



dear Haiza Kah.

selamat hari jadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!! selamat menjadi gadis yang berumur 20 tahun!! haha. yang pasti kau da tua la. lepas ni, moga lagi dedikasi update twitter kau tu. dan semoga gadis yang lebih baik untuk semua. amin :)


dari kiri

@aku
@gee

sekian!!!!!!!!!!!!!!! kita jumpa lain kali. sekian cerita epik seekor ikan bernama Haiza atau Jaja. cerita epik yang mungkin boleh diceritakan kepada anak cucu dia dengan permulaan ayat yang bakal digunakan ialah

"pada suatu malam, masa tu nenek tengah tidur........"

semoga panjang umur :)

orang2 yang terlibat secara tidak langsung








Jumaat, 8 Mac 2013

result semester 1 degree. full

assalamualaikum wbt dan selamat petang. almost pagi and almost subuh masa aku tulis entry ni.

ohayo gozaimasu!!

aku da masuk minggu ketiga untuk semester 2. ini bermaksud, aku da dapat tahu result almost 4 weeks ago. alhamdulillah, result aku sangat okay dan aku bersyukur gila-gila.

saat aku tengok result aku tu, aku da ARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!

okay, disebabkan masa tu hujan, maka satu rumah *emak, ayah, anak2 buah* tak dengar la aku menjerit gila barbie happy. haha. masa aku tengok result tu, aku tengah on call dengan Jaja kat fon.


aku tak tahu la jaja masa tu dengar aku menjerit ke tak. tapi for sure, masa tu aku tengah guling2 macam guli kat dalam bilik sebab terlalu happy. sebelum ni, masa zaman asasi, tak pernah dapat result gempak macam ni.

result masa zaman asasi aku adalah result zaman gonjeng2. result main2 dan sebagainya tanpa serius pointer after all. menjadi cabaran untuk aku ialah untuk kekalkan pointer yang ada .

semester 2 aku sangat hardcore. a bit. maybe not a bit. tapi sangat banyak. much hardcore daripada semester 1. dan aku ada 21 kredit hour di mana, aku ada 2 kali kelas malam dan 4 kali kelas start jam 8. 

i was like 

=.='

oh boy. kelas pukul 8 pagi la aku paling hambar sekali dan paling susah nak bangun. XD seriously, memang susah nak bangun. haha. hopefully, semester 2 ni, aku dapat bangun dengan cekal dan tabah pada jam 8 pagi tanpa pertolongan Heiqal si rumate. *konon*

okay, got to go. a lot of work need to do. kepala aku da macam kena gerudi keluar sekarang ni. 

selamat malam. babai. assalamualaikum. :)

Khamis, 21 Februari 2013

semester 2 of degree life.

assalamualaikum and a very good evening.

hari ni da masuk hari ke 4. seriously terkejar kejar ke sana sini untuk uruskan itu dan ini. serious rasa penat gila bak hang untuk uruskan sana dan sini. that is all the experienced that I gained from college.

untuk semester 2 ni, aku ada subjek Dendrologi, Komputer di dalam hutan, pengenalan kepada sains perhutanan, pengucapan awam, biology dan juga oral interaction skill.


ni jadual aku untuk sem 2. aku amik 15 kredit hour. thanks to Allah, aku tak amik koko this sem, so sabtu aku free. wiiii. 

Dendro : blur. aku tak paham apa yang kak pa cakap kat depan. kak pa tu lab assistant kitorang. aku punya coursemate panggil dia akak hotsetaff.

Komputer di dalam hutan : asfa kata kelas ni susah and asfa ialah seorang gadis yang mahir pasal komputer. aku pulak ialah manusia yang aca dumb pasal komputer. jadi kau nampak tak apa yang bakal jadi kat aku?

pengenalan kepada sains perhutanan : lecturer aku sangatlah sempoi. baik gila. haha.

Pengucapan Awam : opkos kitorang dapat hot lecturer. well, like seriously, kalau lecturer daripada FBMK, semuanya ialah jenis yang hotsetaff *kak pa kes lain even dia dari Fakulti Hutan,* well, aku suka and satu kelas suka dengan lecturer Pengucapan Awam. dia ada PHD dari NZ. coolllllllllll.

Oral Interaction Skill : Kbai . BHEP you are suck!

belum masuk hujung minggu lagi tapi aku da rasa letih gila. even baru first week, esaimen berlambak gila woi. lagi2 esaimen dendro. haih. boleh tahan mengundang kalau aku nak carik part2 tumbuhan tu kat internet.

serious , ada juga feeling nak baling lappy je. kah kah kah. aku da malas nak taip banyak2. nak tidur dulu. esok ada kelas Oral Interaction Skill. blerghh. kelas BI.

=.='

selamat malam!! May Allah Bless Us


Rabu, 24 Oktober 2012

holiday! finally.

assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua.

finally, it comes to holiday. weehu!!! memang aku suka habis bila akhirnya dapat cuti. cuti maksud aku di sini ialah akhirnya aku dapat jejakkan kaki jugak ke rumah tersayang. kekekeke. sedih kot sebab almost two month aku tak balik rumah. sobs.

sebab asik melepak di kolej dan penuh dengan pelbagai aktiviti. kalau takde aktiviti pun, asik kena pergi baksis ajo setiap hari sabtu. okay, kelas baksis aku agak ha ha ha hambar, maka aku tak nak cakap sangat. hew hew .

maka, here we go, akhirnya aku dapat balik ke rumah dengan jayanya tanpa sebarang halangan mahupun tanpa ada sebarang aktiviti di kolej. *jejoget kejap*

banyak sebenarnya yang berlaku terhadap aku baru-baru ni. okay, jom cerita satu persatu.

1) baru-baru ni ada pergi KEM BSTR which is course camp aku and entah celah mana entah, aku jadi penghulu. haha. kemon, that would be the last. heh,. setelah menjadi penghulu, terus aku dapat tafsir perangai budak-budak ni. okbai. malas nak ulas panjang.


one of the activity that we do. together :)

2) aku dengan jaja jadi pengurus untuk catur Interkolej. at first, aku agak okay and suka la, tapi lama-lama, err, okbai. malas nak pegang jawatan pengurus catur tahun depan sebab proses dia terlampau banyak. jaja jugak ada utarakan benda yang sama pada aku. ;')


bersama Jaja.

3) sebagai warga kolej 13 di tahun kedua ini, aku ada keluarga baru kat sini. heh. of course la , budak-budak MTM. kenal mereka semua memang best. :) aku dapat banyak pengalaman yang syiok - syiok belaka dan haruslah, kadang-kadang penat jugak. sobs. :(

4) for upcoming events, aku akan try menjadi yang terbaik untuk event di Melaka, KL, Pahang, Terengganu dan juga Sabah. the most worried is Sabah. T_T

5) hari tu ada terlibat dengan budak-budak Hiroshima University Student untuk conservation programme. memang syiok habis. hiks. berabuk aku speaking english dalam masa seminggu. hahaha. tak sangka aku mampu cakap bahasa inggeris. ;')


banyak lagi la yang berlaku. 

and aku baru perasan , oh, aku tak upload lagi gambar dengan bebudak jepun kat facebook. haha. ha ha ha hambar.

ni je kot aku nak bebelkan. hehe. da tak tahu nak cerita apa lagi. emm, kay la guys. chow dulu. selamat bercuti buat semua. 

:)

till then.

1624
24 Oktober 2012
Serdang

Rabu, 10 Oktober 2012

first test in my degree life.

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

sekarang da mula masuk week 5. week 5 kat UPM as a degee student. sekejap jak da minggu ke 5. sebelum ni, masa zaman asasi, aku rasa week 5 tu, terlambat la rasa nak cecah. haha. I miss my asasi moment. zaman kegemilangan katanya.

so, here we go, esok, first test aku akan berlangsung and paper tersebut ialah STATISTIK BAGI SAINS GUNAAN. i hope it will goin well. Isnin next week pulak, aku ada kuiz KENEGARAAN dan test BBI 2421.

yes. I hope everything will going smoothly. dup dap woi! hahaha. aku nak rasa jugak pointer 3.75 dan ke atas. InsyaAllah. I will nailed it. :) sejak dari zaman asasi, aku kempunan gila nak cecah 3.75 itu.

oooo, selain daripada test dan kuiz, aku jugak kena siapkan artikel review untuk subjek TITAS, carik maklumat pasal DASAR BELIA, DASAR WANITA DAN WARGA EMAS untuk subjek KENEGARAAN. nasib baik lah aku punya artikel review untuk BBI 2421  da siap malam tadi. haha

memang broken english je la aku guna. hew hew. takde nya aku nak semak banyak kali, lepas aku siapkan 500 words tu, terus aku print dan baling kertas tu kat petisyen aku. bwahahaha.



pening katanya nak susun jadual belajar. haha. truly la aku cakap, zaman degree lagi susah dari zaman asasi. jadual masa degree memang agak loose sedikit. memang no doubt la, tapi kehidupan untuk degree ni agak far beyond susah sikit. dan asasi itu tersangat la mudah. :)

kay la, aku nak sambung study Statistik aku. nak belajar pasal Bayes Theorem dengan Box Plot dengan Whiskes Plot. haha. jadah macam nama kucing jak. *gelak guling2*

till then,
10 Oktober 2012
1311
UPM, Serdang
by @IncheVampire


Jumaat, 5 Oktober 2012

degree life.

assalamualaikum wbt dan selamat petang.

baru la aku tahu, degree life ni agak meletihkan sebenarnya. bukan la seseronok seperti yang aku sangkakan. mungkin ni baru bulan pertama bagi aku, so, aku tak dapat nak rasa benda2 manis tu lagi.

dengan kawan2 yang da berpecah ke kolej yang berlainan, aku rasa lonely gila. dengan tak cukup tidurnya, kadang2 aku rasa macam nak baling kasut je. dan semalam, aku da lost temper sampai marah kat seorang budak ni.

dan seorang budak tu ialah senior course aku. tapi aku da mintak maaf la. haha. jadah aku tak nak mintak maaf lepas aku da buat salah? that would be a really satan la kan? haha. tapi, depends on him la dia nak maafkan aku ke tak. mintak maaf through phone sudah and face to face belum lagi. already sent mesej to him nak face to face malam ni , tapi tak reply.

=.='

tak kisah la. tu hal dia. yang penting aku da jalankan part aku. by the way, event Kolej 13 yang pertama iaitu Meriahnya 13 sudah pun berlalu. aku sangat penat habis and this is my first time be the AJK Makanan. da la aku ni tak tahu memasak maka aku rasa aku sangat hambar. haha.

aku memang sah2 gajah tak dapat nak tolong langsung memasak. apa yang aku boleh tolong ialah part memastikan hal2 memasak itu berlangsung dengan lancar.


me with Jaja.

sebelum berlangsungnya Meriahnya 13, a day before that, ada satu event besar kat UPM which is Merentas Kampus. dan alhamdulillah, kolej aku berjaya mengekalkan kemenangan dengan berjaya mendapat johan lelaki dan wanita merentas kampus selama 3 tahun berturut-turut!!!!!! ohsem habis.


me with Bam Bam and Kak Aja. 

aku rasa sejak aku naik degree ni, jangan cakap la aku naik angin banyak gila. tapi aku selalu luahkan dekat twitter je la. haha. sadis tak?? sadis tak? cuma ye la, sometimes, bila kau da simpan terlalu lama, benda tu boleh meletup. 

dan malangnya ia meletup pada waktu yang salah. sobs. ;')

kay la, aku nak off laptop. aku online kat library UPM sebenarnya mengenangkan internet kat kolej sangat lembab macam siput. kawan aku cakap, " internet kat kolej laju jugak. cuma laju sikit je dari siput."

terus aku tergelak. haha.

till then,
Serdang, UPM,
5 oktober 2012
1608

.

Sabtu, 8 September 2012

Minggu Perkasa Putra, UPM

assalamualaikum wbt dan selamat petang



Minggu Perkasa Putra da tamat berlalu. sekarang hanya ada orintasi kolej je. orintasi universiti da habis semuanya. :)

bagi aku, Minggu Perkasa Putra memang tersangat la best. yang paling best bila cheers fight dengan kolej-kolej lain kat Dewan Besar. hahah. crowd dia memang tersangat la havoc.

kat UPM ada 17 buah kolej semuanya. tersangat la awesome bila Dewan Besar tu bergegar sebab semua kolej nak buat cheers.



oo, lupa nak bagi tahu. untuk budak-budak baru macam aku semua ni, kitorang akan dapat tie merah bagi lelaki dan pashmina merah buat wanita. smart kan! haha. masa angkat ikrar pun best je sebab seragam :)



the crowd!!!!!!!!!!!! yang ni hari lain pulak. boleh dikatakan , kitorang hari2 akan dengar ceramah. bla bla bla. memang agak bosan weh. haha

aku da tak tahu nak cakap apa dah. aku nak rushing pergi flat ikan jap. nak print something. hiks. till then. babai!


8 September 2012
1654
Serdang


Ahad, 2 September 2012

kad matrik pelajar baru :) hari pertama daftar

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

haiiii, kembali semula. tibojah hari ni aku terasa nak update belog lagi sementelah aku gigih update aku punya tumblr. eh?

hari ni selesai untuk hari pertama untuk sesi pendaftaran untuk first year degree Kolej 13, UPM. aku was, phew. rasa lega bila all that thing sudah selesai. apa yang belum selesai ialah Borang Zakat dan jugak borang bantuan. eh?

kalau tak silap aku la.



ni pulak ada gambar yang aku gunakan untuk kad matrik aku. comel tak? comel tak? hahaha. Jaja, kawan aku cakap, 

" kau nak gemuk weh."

and I was like. 

=.='

you are so mean wahai jaja. sekarang ni, pada waktu ini ialah waktu untuk kumpulan aku ber sentri. sentri ni macam kena jaga malam sebab nak kejutkan budak-budak first year degree bangun pada esok hari supaya tidak terlewat.

woah. 

kepala aku pun da mula mengong sakan. kejap lagi mungkin boleh tidur comel-comel dalam bilik yang sejuk ni tanpa mengeluarkan batuk yang over. hahaha. ya kanak-kanak sekalian, aku sekarang mengalami batuk yang agak kering serta over.

ya. mungkin ujian daripada Allah untuk aku ;') tu je kot aku nak bebel kan. heh.

till then
2 september 2012
Serdang

jangan lupa juga unutuk baca cerpen yang aku buat, tajuk dia After A Year. boleh jenguk pada sidebar :D



Sabtu, 1 September 2012

daftar UPM. degree life

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

dah lama jugak aku tak menaip kan? haha. gasak. bukannya takde masa. banyak je masa aku, tapi aku cuma malas nak menaip. kekdahnya aku lagi suka melayan perasaan di kolej 13 sambil mendengar lagu nasyid daripada menaip entry di blog.

esok 1 september 2012. aku akan daftar di Kolej 13, UPM untuk course BACELOR SAINS TAMAN DAN REKREASI under FAKULTI PERHUTANAN.

apa perasaan aku untuk daftar esok?

entah la weh. perasaan aku kosong. nak kata aku teruja, aku da tak teruja langsung. haha. aku rasa biasa-biasa je. mungkin sebab sebelum ni dah study dekat UPM under ASASI SAINS PERTANIAN. so, feeling nak daftar dekat tempat yang sama tu dah hilang.

eh?

lebih kurang macam tu la. haha.

tu je kot aku nak taip. aku pun dah kena tidur. esok pagi2 buta dah kena jaga. pastu kena Sentri lagi. sobs. kay, maybe yang tu korang tak paham. haha.


aku nampak gemok ke? tibojah je tanya. haha


okbai uolls
nyte

till then.

1 september 2012
0122
Serdang
by @TheodoreNazrul

jangan lupa baca cerpen yang aku buat. AFTER A YEAR!!! boleh tengok kat sidebar :)

Ahad, 22 Julai 2012

Tourism Malaysia : Melaka Bandaraya Bersejarah

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

aku rasa semua orang tahu apa itu Melaka. Melaka memang dari dulu tersangat la femes amos disebabkan Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah dan apa-apa je la yang lain.

jadi, Mac yang lalu, ( Mac okayyyyyyyyyyy ) setelah melakukan charity di Zoo Melaka, kitorang terus bergerak ke pusat bandar Melaka untuk enjoy sana sini dan ambil gambar sambil jerit hooyah!!

@Wildlife Charity

jadi, aku dengan Jaja telah memutuskan bahawa kitorang nak jejalan dekat sekitar A Famosa dan kawasan sekeliling. bebudak yang lain awal-awal lagi dah menghilang ke tempat shopping. diorang kata, nak carik baju murah la katakan.

aku dah tergelak terbahak-bahak. macam la dekat KL nuha takde sale.


aku dengan family aku memang suka jejalan. tapi tak la pernah pulak kitorang pergi dekat Melaka ni. haha. pelik gilos. first time aku pergi dulu pun dekat sini dengan bebudak bahas UPM. kira ni second time la aku jejak dekat sekitar A Famosa ni. hehe.

tengok je la. dengan gaya aku amik gambar pun dah menunjukkan yang aku ni batak dengan tempat ittew. bwahaha. okay foine. aku sebenarnya suka amik gambar tak kira di mana aku berada sebab aku rasa mengambil gambar itu adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan. kah kah kah.


aku sebenarnya jejalan kat situ dengan Jaja. tapi kat dalam entry ni, aku tak dapat post la gambar jaja sebab masa tu dia free hair. sekarang dia dah cantik bertudung ;') gizzuew~

aku rasa memang Malaysia ni banyak je tempat menarik untuk kita semua lawati. too many. da la banyak tempat menarik, lepas tu seronok pulak tu. lagi la seronok kalau dapat ambil gambar sambil posing sakan di mana-mana sahaja. 

bwahahha. kat Malaysia pun, banyak je tempat shopping yang kau boleh terjah. tak semestinya perlu ke Paris mahupun Milan ajo kalau nak shopping. nak shopping dekat Malaysia pun boleh. banyak je tempat yang best! heh.

aku rasa ni je kot yang aku nak bebel. till then. selamat berbuka buat semua. ;)

1725
22 Julai 2012
Klang


Wildlife Charity

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.



this event memang dah lama sangat pun. dulu aku sempat buat dia punya teaser je. entah ke mana entah teaser yang aku buat tu. haha. okay, aku cerita kan balik.

bulan Mac lepas, (Mac okayyyyyyyyyyyyyy!!)aku telah menjadi Pengarah Program untuk satu program yang dipanggil Wildlife Charity. event ini telah berlangsug dengan jayanya di Zoo Melaka.

banyak la jugak aktiviti yang kitorang buat. woooho. charity macam ni kiranya first time la jugak untuk aku. sebelum ni aku memang tak pernah join aktiviti-aktiviti bersihkan zoo macam ni. jadi, aku memang agak batak la bila dapat join. dan kebatakan itu semakin bertambah apabila menjadi Pengarah Program. haha


memang kitorang do many activities kat sana. dari tanam pokok ke bersihkan papan tanda ke bercangkul dan bercakar menggunakan pencakar dan lagak macam tukang bersih paling berdedikasi sepanjang zaman di Malaysia. heh.

sejujurnya, memang buat benda sangat outstanding la. bukan selalu kau dapat kerja macam ni kan? tak best la kalau lepak dekat kolej je dan tak buat kerja-kerja yang best macam ni. :D

selepas bersihkan zoo sana sini lebih kurang 1 jam 30 minit, tibalah masa untuk kitorang enjoy dekat Zoo Melaka!!!!!!!!!!!!! yeeha!


daripada jumpa Gajah, lepas tu enjoy dengan haiwan-haiwan lain. tengok show yang sangat best!!!!! siapa kata buat charity sangat tak best dan menyusahkan? Iaku bet korang kena try this la. 

try la buat this charity dekat Zoo Melaka. tak pun kat mana-mana zoo la. sangat seronok okay. dalam masa kau buat charity at the same time, kau orang semua boleh enjoy jugak :)


enjoy la jugak layan those animals. kah kah kah. memang learn banyak la pasal haiwan ni. ada beruang matahari. ( eh? ) dan gajah ( eh? nasib baik tak batak bila nampak gajah! haha ) dan macam-macam haiwan lagi la. 

serius best! even penat jadi Pengarah Program tapi ini memang pengalaman paling berharga la yang aku ada. bukan semua orang ada pengalaman jadi Pengarah Program macam aku ni. heh. one in thousand la kononnya. hehe. padahal punya la tensi masa jadi pengarah Program. nasib baik ramai yang sudi tolong :)

aku rasa ni je kot yang aku nak bebelkan. ada banyak lagi yang aku nak cerita. tapi lepas ni la ea? 

till then.

0247
22 Julai 2012
Klang









Isnin, 9 Julai 2012

UPM. Imma back

assalamualaikum wbt dan selamat petang.

esok aku akan ke UPM kembali. rabu ni sampai ahad ni aku ada Kem Kepimpinan Mahasiswa yang dianjrkan oleh Kolej 13. makanya, malam ni gigih la ai kemas baju semua. kemas kasut bla bla bla.

aku sebenarnya tak la suka sangat pergi kem. aku takde kenangan yang menarik bila pergi kem ni. harap-harap, this camp okay dan tersangat la seronok. aku berharap je la.

last camp aku sangat misery masa aku form 5. too misery.

bila aku pergi kem ni, maka blog ai ni pun akan sunyi buat beberapa hari la laharnya. diam tidak berkutik. takde sesiapa yang nak update. heh. aku pun dah takde benda sangat nak update. tu je kot. kita jumpa ahad malam nanti! okbai korang!!!

till then,

jom tweet, tweet :D

1742
9 Julai 2012
Klang
by @TheodoreNazrul


Khamis, 14 Jun 2012

siapa tak sayang lab partner kan?

assalamualaikum wbt dan selamat oetang buat semua.



tell me, tell me. hah! siapa yang tak sayang lab partner kan? Ishamuddin, Kunambiga and I was in the same lab group for the Pyhsics subject and we loveeeeeeeee make drama in the lab. haha.

Kunam and Din always fight each other and babbling around. pfft. Kunam is animal lover and I really dont like animals so she always show her fierce face to me and always said

" aku tampa hang nanti kang, baru tahu!"

haha. Kunam is from Pulau Pinang. at first, sangat pelik tau dengar slang utara Kunam sebab ye la, she's Indian girl and when she start to say in utara slang,

err, memang akan sangat pelik. haha. *kalau Kunam baca, mati aku! heh*



we were in the same group for the last two semester in Asasi Sains Pertanian. ooo, now I will miss them. Kunam, I think will persue to Vet courses meanwhile Din will continue his studying in Animal Sc course (maybe). and I maybe persue in Sains and Taman Rekreasi.

for sure tak akan jumpa diorang lagi :( . I will be in Puchong, Din at Agrobio and Kunam at 17.

sangat sob3x.



this is it. from left we have Din, Kunam, akak lab and me. this is the last lab I guess for our asasi :(

*tears drop* kesat-kesat mata jap. ouch. I will miss you guys. sangat-sangat. ;)

till then.
*kesat mata lagi*

2014
Klang,
by @TheodoreNazrul








Rabu, 13 Jun 2012

Panda is sweet!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

entry ni buat mereka yang sedang bergelut dengan exam. (amik kau!! bergelut dengan final exam la kekdahnya, mwahahaha)

for those yang selalu stay up malam, this might be sweet. eh? haha.

for you, a little panda. :) from me.




haha, this panda macam nak pakai baju jee. da,da,da. jangan nak stres sangat hadap exam tu. doa banyak-banyak mintak terang hati. semoga korang sukses!


till then. babai :)

kave down, 1524



Khamis, 7 Jun 2012

Result saya sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian. Pointer.

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

aku memang saja je buat entry ni pepagi. haha. so, here we go.

semester 1.

3.708.

target hanya 3.50. masa mula-mula dapat tahu, terkejut gila. rasa macam nak tergelak terguling guling sebab tak percaya pun ada. i was like, wow!! seriously? it was a blast when I know about my result.

semester 2.

3.708.

target masa tu hanya 3.48/3.52. actually, aku agak kecewa sikit bila dapat 3.708. pointer yang sama dengan semester 1. kengkawan lain semua meningkat diorang punya pointer and at least, aku nak jugak macam tu, even 0.001. down gila masa tu. sob sobing

semester 3.

3.58.

target 3.30/3.2. disebabkan sem 3 aku jarang belajar, masuk bilik pun around 12 tengah malam and 1 pagi lepas tu online and terus tidur ( aku rasa, aku jarang belajar malam masa sem 3, boleh kira dengan kuku jari je kot ), membuatkan aku tak expect sangat pun untuk sem 3.

pngk

3.6666. i just hope, aku boleh apply mana-mana scholars bila aku masuk degree. ye, aku tahu result aku tak segempak Junainah yang dapat 4 flat untuk semester 1 dekat Matrik Selangor. ataupun Qama dan juga Diyana yang dapat 4 flat untuk pngk diorang dekat Asasi Sains, UiTM Puncak Alam. juga tak power macam Ameer yang always dapat dean list dekat UTM dan se cool Rita yang top kat Sekolah Tinggi Klang which is sekolah paling top kat Malaysia untuk STPM.

Nazrul is Nazrul. I was trying my best to get the best result. tapi still tak berapa nak okay. sekarang berdoa dan berharap banyak-banyak untuk tahu course degree yang bakal dapat nanti.

till then. babai.


Jumaat, 25 Mei 2012

cerita kami - Prolog

sebuah kisah yang bermula setahun lalu.

setahun yang tak lama sebenarnya. satu perkenalan. satu cerita. err, mungkin banyak cerita. heh. tapi tak kisah la. apa-apa pun, cerita ini bermula pada satu hari isnin yang cerah. aku panggil ia, hari isnin yang ceria.

dan cerita bermula apabila aku berjalan bersendirian menuju ke kelas pertama aku. kelas Biology. oh! lupa pulak nak memperkenalkan diri.

hai!! nama saya Emir Ridhwan Muhammad. semua orang boleh panggil saya Emir.

aku kuak pintu kelas. perghh. dari luar nampak kuno habisan la kelas ni. bentuk dia dah macam lori kontena pun ada. tapi bila masuk kat dalam 'lori kontena' ni, rasa sejuk je.

kekdahnya memang la sejuk wahai Emir sebab aircond kan terpasang. haha. aku hanya tergelak dalam hati lalu mengambil tempat di sebelah seorang budak lelaki. budak tu kecik jak. pakai cermin mata. aku tersenyum seketika sebelum pandang ke hadapan kelas.

malu la weh nak tegur budak baru ni.

oh, lupa lagi nak cerita! haha. *semuanya kau lupa kan Emir?* hari ni mula la kehidupan aku sebagai seorang pelajar dekat satu universiti terkemuka kat Malaysia ni. heh. teruja weh bila dapat surat tawaran. siapa yang tak suka! hee.

tetiba pintu dari hadapan kelas terbuka. seorang lecturer tua masuk. aku hanya mampu telan liur. gulp. there you go. this is my starting point. starting point untuk berjaya. eh? apa yang kau merapu ni Emir.

" nama saya Dr Abdul Rahim. Lecturer Biology kamu. juga merupakan PA untuk kuliah kamu. apa-apa pun, saya ucapkan selamat datang buat kamu semua ke universiti ini."

1. krik.

2. krik.

3. krik.

err.

dan krik.

okay.

memang krik krik krik dan hambar habisan.

" sebelum tu, kamu da ada ketua kuliah ke belum?" tanya Dr. Abdul Rahim lagi. " kalau belum ada calon, kamu boleh la calon siapa-siapa yang kamu suka."

dan kuliah itu mula bising. tetiba je. bising bagaikan baru dilanggar garuda. bising sebab semua sibuk nak mencalonkan nama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...