Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan

assalamualaikum and a very good evening. salam hujan dan sejuk buat semua.

hari tu, not la hari tu sangat, minggu lepas aku ada pergi Genting Highland untuk attend Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan. sebelum tu, mestilah anda anda sekalian sudah tahu bahawasanya Outdoor Theme Park telah ditutup and akan ditambah dengan something else yang baru.

mula-mula aku pikir, perghh, macam rugi la jugak Genting robohkan all the permainan semua tu. last hari tu aku tengok, hati bermuram durja sebab Roller Coaster, Space Shot semua da hilang wassalam kena lenyek dengan steamroller. tapi bagi aku, maybe Genting da buat keputusan yang bijak and mereka pun amik risiko yang tinggi untuk runtuhkan all that stuff and thing.


jadi, dengan robohnya Outdoor Theme Park, mereka akan buat semua permainan baru yang datangnya based from 20th Century Fox World. sebelum tu, aku nak tanya, korang ni tahu ke tak 20th Century Fox World tu apa? hahahahahah


this is 20th Century Fox. antara cerita-cerita dari 20th Century Fox ialah Percy Jackson and The Olympians ; The Sea of Monsters, The Wolverine, Turbo, The Heat, Internship, Epic, The Croods, Lincoln, Life of Pi, Abraham Lincoln ; Vampire Hunter, X Men First Class dan banyak lagi la. jadi, macam Disneyland ada Pooh la, Mickey Mouse la apa la, jadi Genting will have all that watak untuk Outdoor Theme Park yang baru. freaking excited untuk main all those games bila semua da siap nanti!

Press Conference yang berlangsung dekat Genting ni dihadiri oleh beberapa orang besar seperti Perdana Menteri kita, President of 20th Century Fox World, anak kepada Lim Goh Tong which is yang tengah pegang Genting sekarang. all the big names datang dekat Press Conference hari tu. even wartawan dari TV3, luar negara and macam-macam semua datang. well, big Press Conference kan? jadi , aku yang sebagai remaja media yang baru beberapa kali dijemput ke Press conference ni terasa kecik gila hari tu. what a world la aku ni. 




ni masa pelancaran by Najib dekat Genting masa tu. what a day! memang pelancaran yang agak grand. 


ni pulak masa sesi soal jawab antara media sama ada dari luar negara ke dalam negara. macam - macam soalan jugak la. contohnya macam pasal hotel baru, shopping mall baru *yes! akan ada shopping mall baru yang super besar , super grand macam Pavi di Genting Highland*

tak sabar tunggu Genting boleh operasi sepenuhnya nanti with new games, new outdoor theme park. it will be awesome and will be more grand than usual. Genting memang buat and amik risiko yang tinggi dengan pecahkan , hancurkan, lupuskan all the outdoor theme park and bina yang baru tapi it will be fresh start for them. heh. aku pun ada fresh start kat Genting. HAHAHAHAHAHAHAHAH, aku sebenarnya da lama jugak tak kembali ke dunia blog dan masa Genting hantar email hari tu, tetiba terasa blessed and -,- pergi je la. KAH KAH KAH. thanks Genting sebab jemput datang ke Press Conference hari tu.



muka freaking excited bila dapat pergi Press Conference and lepas dapat goodies dari sana. btw, masa ni sejuk abadi menggigil. Genting baru lepas hujan. -,- tapi kinda poyo la, orang lain lek lek je pakai short, aku je feeling UK dekat Genting tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. 



 by the way, aku tak pernah bosan bila makan dekat Genting Highland :) thanks to Coffee Terrace for our superb lunch :D bila borak-borak dengan Pelf Yeen *dia ni Executive Public Relations & Communications of Genting* dia bagi tahu, per entrance ialah 81 myr untuk sekali makan kat situ. it is really worth it :))))) *senyum lebar habis*

jadi untuk Genting! best of luck to you guys for upcoming year! serius tak sabar tunggu Genting berwajah baru and tak sabar tunggu mainan and all new games from Genting. make it worth pal! *ceh, macam bercakap dengan kawan2 je, kau ingat dia baca blog kau ni? KAH KAH KAH, najrul bangang*

again and again, thanks for inviting me. kalau ada event lain, boleh la sent email ye. heheheheheh. :) till the end. babai. thanks for reading!


p/s


cuba teka dia ni siapa? well, kawan aku kinda bangang bila dia cakap kat aku.

"dia ni bukan ke pakwe kapel seminggu Puteri Awani tu?"

aku da -,- what the heck is that la "kau biar betul."

tahap cibs kawan aku tu, dia straight forward je tanya depan-depan dekat budak tu, "eh? kau yang video kapel seminggu tu ea?"

budak tu da blushy shy. btw, dia baru habis spm. -,- The End

Isnin, 29 Julai 2013

YNOT Graffiti Event

assalamualaikum dan selamat petang.

aku sebolehnya nak habiskan  entry-entry genting yang supposedly aku kena siapkan lama. aku tak nak la berhutang ni sebab tak best la kalau berhutang ni. kalau pergi event, mesti akan pergi free dan tak payah bayar apa-apa. sebagai balasan, korang kena la tulis entry. heh. dan aku rasa entry aku ni macam da lapuk sangat. tapi takpe la, aku tulis jugak. kita share cerita dan pengalaman.

YNOT Graffiti Event ni, event yang dibuat kat Genting dan aku tak ingat bila the exact tarikh dan waktu sebab benda ni macam da lama sangat. aku tak pasti antara April ataupun Mei 2013. tak kisah la bila-bila. tapi bagi aku, semua event genting adalah sangat best dan YNOT Graffiti Event one of it yang memang tak bosan!


pass masuk yang membenarkan kau keluar masuk Theme Park Genting tanpa perlu membayar apa-apa. this pass also membenarkan kau pergi ke mana sahaja kau nak kecuali pub dan kasino la. yang dua tu tolak tepi. bagi aku pass ni macam sangat berguna. hahahahahahahahaha. untuk event ni, aku pergi dengan Jaja sebab selalunya kalau ada apa-apa event, kita memang boleh bawak seorang kawan , tak kisah la siapa-siapa pun, untuk join sekali.

YNOT Graffiti Event ni actually ialah pertandingan lukis graffiti di antara beberapa buah kolej. dekat sekitar Theme Park, masa tu ada je dinding kosong yang already dan jadi Graffiti wall. all was made by all those college student.






hahaha. macam banyak gambar aku je yang semak kan. tapi nak buat macam mana, all those graffiti is super and divinely cool. aku sangat wow!! memang sangat-sangat hebat for those yang berjaya cantikkan dinding-dinding kosong dekat Genting tu. bukannya mudah nak buat art dekat dinding pastu main lakar macam tu je. buat graffiti bukan macam melukis kat atas kertas. even kau melukis, kau still boleh melakar. kalau buat graffiti, kau terus je buat dan baling-baling warna spray dan tiada melakar.

masa YNOT Graffiti Event ni tengah berlangsung, ada another big event sedang berlangsung dekat Genting iaitu Genting Water Festival 2013. memang banyak gila model-model thailand yang seksi meksi. aku memang tutup mata je la sepanjang jalan kat Water Festival tu. memang blushing habis. haahahahahhahahahaha.


minda terasa dirogol dengan semua Water Festival ni. T_T . with the pass yang kitorang dapat tadi tu, memang dapat je main dengan bubble tu. kalau nak main tu, kena bayar lain la. bukannya suka-suka boleh main. tapi aku dengan Jaja putuskan yang errr, okay, baik pergi jalan-jalan dari main bubble. hahahahahahaha. yang penting jaga pandangan mata :3


ni pulak dekat dalam Arena of Star, Genting Highland. ada band dari Taiwan kot, ke China yang buat performance kat sini. aku memang nokharom tak paham la kalau dorang nyanyi ke apa tapi Jaja ni orang cina, jadi dia beria-ia la ajak aku. kalau band ni nyanyi, aku memang muka blur je pandang pentas tapi si Jaja ni dok miming orang kat depan tu nyanyi.

selain daripada YNOT Graffiti Event and Genting Water Festival 2013, blogger yang datang jugak dapat naik Wave Blue Rider yang baru dibukak kepada umum masa tu. and kitorang dapat naik free :3 serius best gila!!!


me and Jaja.

masa malam pulak, Elecoldxhot ada buat performance. Genting kalau waktu malam memang agak horror sikit. dengan dia punya kabus lagi. memang feeling zombi habis la. 


Elecoldxhot with LED Suit. tahu tak siapa Elecoldxhot ni? dorang la yang menang Showdown 2011. super duppa cool :) sebenarnya ada lagi satu kumpulan yang buat performance. pretty awesome jugak tapi aku tak ingat nama kumpulan tu.


Will miss this oldie time. :') *tears drop*


and my face yang annoying. HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAA. setiap kali ada event, mesti akan dapat makanan free yang super sedap. :) makan kat Genting and it is all sponsored by Genting itself. thank you so much guys :) just love it this YNOT Graffiti Event. dengar cerita , lepas ni Genting Highland akan ditutup sebentar untuk renovation. wuuuuu, I will miss all the great time there. :'(

so far, banyak jugak la event Genting yang aku da pernah join. so far, aku memang tak pernah keluar duit pun kalau pergi mana-mana event Genting. you guys memang rock. first time aku pergi event Genting masa umur aku 19 tahun and it is really hell time great. masa tu la aku kenal dengan Pen Merah dan Nisa Kay. dan sampai sekarang dorang still ingat aku. wakakakakakakakakakakakaka. macam tak percaya je. *tiup rambut*


menjadi blogger , ianya sangat seronok :) till we meet again. babai :) selamat berpuasa semua. 








Rabu, 24 April 2013

Novel Review : Awek Chuck Taylor

assalamualaikum dan selamat petang.

bertemu kembali di blog ni. hahah. kekdahnya da berzaman gila aku tidak update belog ni. last aku update pun pasal cerpen aku - After A Year and after that, terus senyap. masa tu busy dan sibuk yang amat untuk dinner kolej aku. so, sekarang a bit free, so doakan aku untuk terus istiqamah menaip dengan jayanya *aku rasa itu doa aku tiap2 entry, kbai*


awek chuck taylor - Nami Cob Nobbler - Lejen Press ialah novel underground macam Kelabu - Nadia Khan - Fixi yang aku pernah baca sebelum ini. orang yang perkenalkan pada aku pasal lejen press ini ialah Asfa dan Shahir

lagi-lagi si Shahir tu penulis Main Gila untuk lejen press. eh? ye ke? HAHAHA. aku main tibai je.

buku-buku lejen press amatlah susah untuk kau dapat kat mall atau kedai buku. buku ni agak rare la dan kalau ada pun, masa tu jugaklah buku lejen press itu akan diambil oleh pelanggan lain di hadapan mata kau. amatlah sadis.

okay masa untuk review. :)

seperti biasa, aku memang malas nak bagi atau tulis sinopsis kat sini. kalau nak baca sinopsis, korang boleh bukak website Lejen Press sendiri. takde la aku mencurik pageview diorang dari segi sinopsis pulak.

Awek Chuck Taylor - Nami Cob Nobbler


buku ini adalah berdasarkan daripada kisah-kisah benar yang berlaku disekeliling Nami. aku rasa watak utama dia ialah Nami sendiri. Setting Awek Chuck Taylor ialah Klang Valley - KL - Kanada - tahun di mana MYSPACE adalah sangat popular pada waktu itu.

facebook adalah tidak wujud langsung dalam dunia AWEK CHUCK TAYLOR. yang ada hanyalah dunia myspace. lepas baca Awek chuck Taylor , serius aku jatuh cinta dengan gaya penulisan Nami sehinggakan aku jadi obses dekat cerita Awek Chuck Taylor.

jadi, aku usha la balik semua skrip-skrip nami dekat Myspace dan semua watak-watak yang Nami coret dekat dalam Awek Chuck Taylor dan semuanya adalah wujud. sebelum ni,aku pernah baca Valentina Nervosa - Nurul Syahida - Prima yang juga based on true story.

tapi Awek Chuck Taylor serius best!! buat pengetahuan semua. watak utama Awek Chuck Taylor telah meninggal dunia. mari kita sedekahkan al fatihah buat mereka . :'(

My Late Sis Last Note.
Her last note before she died on July 8th,2007.

Dear Diary,

I have a family.A very happy family.My dad works as petroleum and gas engineer at open sea,while my mom working at shopping mall as marketing officer.I have a brother,a protective brother.His name is Shahril.He always protect me from harm and danger.I also have a sister,her name is Ezreen.She loves to sing.She got great voice,unlike me.I'm a stutter.I can't even speak properly,how I'm going to sing.I have a rabbit,her name is Lyla.She loves to eat vegetables.I also have 3 cats,and I'm also surrounding with good friends.Amy is my best friend.

I have a boyfriend,for the first time.His name is Nami.He loves to give me poems,make me feels floating in the air.Sometimes I wonder,am I able to see him?To meet him,to stares at his eyes once again?He always look down to himself,which I don't want it to be.I accept whoever he is,no matter what,he will be my only one.

I feel unwell today.The air seems to be thinner than before.I almost choked but I managely to breath.I wonder why.Maybe I'm missing Nami.Maybe I should log on my Myspace.Oh,my sister using it.Nevermind.

I hope Nami understand how much I hope that he's waking up from his failure.He keep saying of his failure,and I wish right now I'm besides him.If only I was there,I can hanging around with him and his friend.His friend are also kind and friendly.I wonder if I'm going to wed with Nami,I want him to be his second-man.He's funny.Adly..Nami's best friend.

Time to feed my cat,and Lyla.Oh,I need to water my plant.Grow up,like my hope to him.I hope he will realize how much I love him,no matter what.He's not a failure.

Goodnight,
Elly.



telah ditulis oleh kakak arwah di Myspace. kakak arwah juga telah meninggal dunia. :( sekali lagi, takziah buat keluarga. bila aku baca Awek Chuck Taylor, kau akan bersyukur yang kau ada keluarga yang sangat bagus. aku bukan nak kutuk. tapi masa tu kau akan bersyukur yang emak , ayah kau telah raise up kau dengan sangat bagus.

adakah aku bakal dikecam oleh peminat Nami? err, aku just luahkan pendapat aku je. that is what we call review. heh. tapi serious talk. cerita ni sangat best!!!! aku suggest kan korang untuk beli buku ini.

kalau tengok sinopsis atau cover page, korang memang akan pikir 2,3 kali nak beli buku ni, tapi seriusly, korang kena beli!! really worth :)

tajuk : Awek Chuck Taylor
penulis : Nami Cobb Nobbler
penerbit : Lejen Press
harga : RM20

lepas ni nak update another novel : Bau Semangat Anak Muda - Nami Cobb Nobbler. till the end. selamat malam! :)

Jumaat, 29 Mac 2013

YNOT Graffiti Competition

assalamualaikum and a very good morning.

apakah itu YNOT GRAFFITI COMPETITION. by the way, apakah itu graffiti? well, mengikut Wikipedia,

Graffiti (singular: graffito; the plural is used as a mass noun. Also known as Graff) is writing or drawings that have been scribbled, scratched, or sprayed illicitly on a wall or other surface in a public place. Stickers and other adhesives are not considered graffiti

senang cerita, Graffiti itu ialah tulisan atau lukisan yang korang buat atau design pada wall di tempat PUBLIC. kalau korang tulis atau lukis kat dalam rumah atau conteng dinding rumah, itu bukan GRAFITI namanya. itu namanya carik nahas dengan mak korang. haha.

apa-apa pun, stiker dan bahan-bahan aneh yang lain yang ditampal di dinding , tidak dikira sebagai GARFFITI. well, itu kita panggil sebagai, vandalisme. kalau terasa nak kena kejar dengan MPK ke MPSJ ke DBKL ke, try la tampal sticker apa-apa kat dinding. sure main police and thief la korang

jadi, antara GRAFFITI yang pemes amos dan lawa ialah,

File:MAAU-SP.jpg

1) open museum of urban art of sao paulo , Brazil

File:Public Art Near Haight Street, San Francisco, 5 December, 2011.JPG

2) Public Art near Haight Street, San Fracisco.

and ada la lagi super art kat dinding kat dunia ni lagi. nama lain bagi GRAFFITI ni ialah Street Art. ye la, benda ni da la seni. post kat tempat public. it is somehow, bukan semua orang boleh buat benda urban yang sangat coolio macam ni. it is really need an imaginary.

kenapa YNOT?? YNOT tu berasal daripada ayat WHY NOT actually. WHY NOT GRAFFITI COMPETITION??

macam yang kita semua tahu, graffiti ni adalah antara art yang tak berapa nak dipandang sangat. orang akan pandang serong benda alah ni seolah-olah, GRAFFITI is a vandalisme thing. jadi, buat pertama kalinya,  RESORT WORLD GENTING ada buat pertandingan yang super coolio ini yang bernama YNOT GRAFFITI COMPETITION !!!!

proses undi dia da pun berakhir iaitu start pada 15 mac hari tu sampai 28 mac semalam. jadi, buat sesiapa yang tak dapat atau terlepas untuk undi, korang still boleh feeling GRAFFITI itu. how?? how korang semua still boleh feeling dengan GRAFFITI itu?

jeng jeng jeng.

BUS SHELTER PANELS WITH GRAFFITI ARTWARK!!!

dekat sekitar KLANG VALLEY, ada beberapa bustop yang telah diaerosol kan oleh penggiat graffiti ini dan membuatkan tempat menunggu bus menjadi lebih menarik. sumpah, bila aku tengok tempat tunggu bus,

it is,

wow! gila coolio. sumpah kau tak akan bosan kalau tunggu bus kat tempat yang super bigger ohsem macam tu.



at Alpha Jalan Semantan



at Alpha Lebuh Bandar Utama



aswara jalan ampang



aswara jalan pudu




chekri jalan raja chulan



IACT jalan barat



IACT jalan universiti




Nazmi Jalan Sultan Ismail

copyright all those artwork is

1)IACT college
2)Alpha College
3) Aswara College

jadi, siapa nak posing amik gambar macam ni



boleh la usha dekat pondok2 bus yang aku da bagi senarai tu. sumpah sangat cantik dan sangat coolio. jadi, jangan fikir graffiti itu adalah benda vandalisme sebab graffiti ini ialah seni. bukan semua orang boleh buat benda alah ni. kalau perasan, dekat kawasan Pasar Seni pun ada banyak je actually and akan sangat jeles la,

how come, all those people can make those graffiti really well.

jeles, jeles, jeles.

hehehe, jadi, apa lagi. jom pergi ke tempat sekian-sekian untuk posing dan sebagainya. untuk pengetahuan semua, tarikh akhir atau Finale Event untuk YNOT GRAFFITI COMPETITION ni akan berlangsung di Genting pada 13 dan 14 April 2013. :) so, jom datang beramai-ramai ke Genting sambil membawa feeling seorang artwork jalanan yang super coolio.

till then. assalamualaikum. selamat malam.

@Miste_N











Selasa, 29 Januari 2013

Hansel and Gretel - Witch Hunters

assalamualaikum and a very good evening.

Little Golden Book Hansel and Gretel Brothers Grimm Eloise Wilkin 1982 No 20751

jadi, aku da tengok Hansel and Gretel. cerita dia sangat best okay! sangat berbaloi kalau korang tengok cerita dia. tapi cerita Hansel and Gretel ni untuk 18 tahun dan ke atas sahaja. anda yang dibawah usia tersebut tidak dibenarkan menontonnya okay.

mula-mula, aku macam pelik la jugak, "what on earth, just untuk 18 tahun dan ke atas sahaja?" just Hansel and Gretel after all. just cerita kanak-kanak ajo. bukanya cerita yang dasat dasat berkiss peluk sana sini. just after I watched that Hansel and Gretel, then I knew why that movie diletak sebagai 18 tahun dan ke atas!

haha, the storyline is good. the actor are superbly well done. sumpah amaze gila dengan cara diorang berlakon dan berlawan. 5 minit pertama cerita Hansel and Gretel, memang follow macam cerita kanak-kanak yang kita tahu.

Hansel and Gretel jumpa rumah gula - gula yang besar dalam hutan and dalam rumah gula-gula tu ada seorang ahli sihir. cerita movie Hansel and Gretel ni mula lain daripada kisah kanak-kanak yang kita tahu bila diorang mula membesar.

cerita asal Hansel and Gretel yang kita tahu ialah, diorang dapat lari and they go back to their home and they promise, they would never be nakal again to their parents. Hansel and Gretel yang kita tahu, tamat sebagai kanak-kanak.

tapi dalam cerita Hansel and Gretel ni, diorang mula membesar dan mula memburu ahli sihir - ahli sihir , apa yang aku nak cakap, director Hansel and Gretel *entah apa entah nama kau, malas aku nak google. haha* membuat tindakan berani la sebab berani buat benda baru. not follow bulat2 kepada Hansel and Gretel yang asal. goodjob for you director!! tabik much!!

I love the way they fight. sangat cool okay and sometimes agak mengerikan bak hang! haha,. well,siapa yang tak akan scary kan kalau ada adegan kepala pecah atau entah apa apa lagi. tapi memang tahap ngeri la. dasat ye gak!

aku duduk sebelah gadis cantik kat dalam wayang and aku macam tak boleh nak react lebih2 sebab ye la, you know, you have a really beuatiful girl beside you and you can't , you know..... haha. apa2 je la., apa-apa pun, aku sarankan korang tengok cerita ini.

aku bagi 9/10 untuk Hansel and Gretel XD nice one!!

Hansel and Gretel Witch Hunters Poster

Gretel dan juga Hansel :) Gretel sangat cantik! weewitt. okbai. selamat menonton movie ini di mana-mana cinema berdekatan anda. tonton la cepat!! sumpah tak menyesal! wiii.

Jumaat, 5 Oktober 2012

degree life.

assalamualaikum wbt dan selamat petang.

baru la aku tahu, degree life ni agak meletihkan sebenarnya. bukan la seseronok seperti yang aku sangkakan. mungkin ni baru bulan pertama bagi aku, so, aku tak dapat nak rasa benda2 manis tu lagi.

dengan kawan2 yang da berpecah ke kolej yang berlainan, aku rasa lonely gila. dengan tak cukup tidurnya, kadang2 aku rasa macam nak baling kasut je. dan semalam, aku da lost temper sampai marah kat seorang budak ni.

dan seorang budak tu ialah senior course aku. tapi aku da mintak maaf la. haha. jadah aku tak nak mintak maaf lepas aku da buat salah? that would be a really satan la kan? haha. tapi, depends on him la dia nak maafkan aku ke tak. mintak maaf through phone sudah and face to face belum lagi. already sent mesej to him nak face to face malam ni , tapi tak reply.

=.='

tak kisah la. tu hal dia. yang penting aku da jalankan part aku. by the way, event Kolej 13 yang pertama iaitu Meriahnya 13 sudah pun berlalu. aku sangat penat habis and this is my first time be the AJK Makanan. da la aku ni tak tahu memasak maka aku rasa aku sangat hambar. haha.

aku memang sah2 gajah tak dapat nak tolong langsung memasak. apa yang aku boleh tolong ialah part memastikan hal2 memasak itu berlangsung dengan lancar.


me with Jaja.

sebelum berlangsungnya Meriahnya 13, a day before that, ada satu event besar kat UPM which is Merentas Kampus. dan alhamdulillah, kolej aku berjaya mengekalkan kemenangan dengan berjaya mendapat johan lelaki dan wanita merentas kampus selama 3 tahun berturut-turut!!!!!! ohsem habis.


me with Bam Bam and Kak Aja. 

aku rasa sejak aku naik degree ni, jangan cakap la aku naik angin banyak gila. tapi aku selalu luahkan dekat twitter je la. haha. sadis tak?? sadis tak? cuma ye la, sometimes, bila kau da simpan terlalu lama, benda tu boleh meletup. 

dan malangnya ia meletup pada waktu yang salah. sobs. ;')

kay la, aku nak off laptop. aku online kat library UPM sebenarnya mengenangkan internet kat kolej sangat lembab macam siput. kawan aku cakap, " internet kat kolej laju jugak. cuma laju sikit je dari siput."

terus aku tergelak. haha.

till then,
Serdang, UPM,
5 oktober 2012
1608

.

Ahad, 2 September 2012

kad matrik pelajar baru :) hari pertama daftar

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

haiiii, kembali semula. tibojah hari ni aku terasa nak update belog lagi sementelah aku gigih update aku punya tumblr. eh?

hari ni selesai untuk hari pertama untuk sesi pendaftaran untuk first year degree Kolej 13, UPM. aku was, phew. rasa lega bila all that thing sudah selesai. apa yang belum selesai ialah Borang Zakat dan jugak borang bantuan. eh?

kalau tak silap aku la.



ni pulak ada gambar yang aku gunakan untuk kad matrik aku. comel tak? comel tak? hahaha. Jaja, kawan aku cakap, 

" kau nak gemuk weh."

and I was like. 

=.='

you are so mean wahai jaja. sekarang ni, pada waktu ini ialah waktu untuk kumpulan aku ber sentri. sentri ni macam kena jaga malam sebab nak kejutkan budak-budak first year degree bangun pada esok hari supaya tidak terlewat.

woah. 

kepala aku pun da mula mengong sakan. kejap lagi mungkin boleh tidur comel-comel dalam bilik yang sejuk ni tanpa mengeluarkan batuk yang over. hahaha. ya kanak-kanak sekalian, aku sekarang mengalami batuk yang agak kering serta over.

ya. mungkin ujian daripada Allah untuk aku ;') tu je kot aku nak bebel kan. heh.

till then
2 september 2012
Serdang

jangan lupa juga unutuk baca cerpen yang aku buat, tajuk dia After A Year. boleh jenguk pada sidebar :D



Isnin, 6 Ogos 2012

Bawak handphone ke sekolah. bagus ke tak? apa pendapat korang?

assalamualaikum wbt dan salam Nuzul Quran buat semua

bawak handpone ke sekolah. memang la bila aku dengar, aku dah rasa pelik semacam.

1) kenapa perlu budak-budak sekolah ni bawak handphone ke sekolah? adakah ianya menjadi suatu keperluan yang nyata? adakah ianya sangat perlu di sekolah. bagi aku memang ada pro dan kon bila kau bawak fon ke sekolah tapi bagi aku, lagi banyak buruknya daripada yang baiknya.

ok fine. aku tak rasa bawak fon itu adalah perlu ke sekolah. its just so rubbish hell weh. adakah budak-budak sekolah yang baca blog aku akan rasa butthurt? arhh! biarkan. padan muka korang. haha. siapa suruh baca blog aku. sekarang rasakan.

2) bagi aku bila bawak fon ke sekolah, hanya akan menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat. kau tak fikir macam tu ke? sekarang ni, budak-budak sekolah dah guna fon I Phone 4s. aku ni je yang dah besar panjang still guna fon stok baling anjing. first and foremost, bila aku dengar yang FON BOLEH BAWAK KE SEKOLAH, automatik aku fikir, KAU GILA??? ITS PORN LA WEH!!!

seriously hell, kat dalam dunia ni, dari yang kecik hingga ke besar, semua pernah tengok dot dot dot. ok foine. tak nak mengaku tak pe. tak kisah. tak kisah la sama ada kau tengok through kau suka atau kau tengok secara kau tak sengaja, atau kau tengok bila kawan kau bawak.

3) back in school, bila aku zaman sekolah, its just, homaigod, homaigod. budak-budak sekolah bila tunjuk fon, first thing dia yang akan dia tunjuk is "eh, aku ada porn la! nak tengok?"

kau nak cakap blog aku kotor ke apa ke, but I was telling the truth. aku lagi la membesar kat kampug. yang kat bandar lagi la kau jangan cakap. kau tak rasa bila BUDAK-BUDAK SEKOLAH DIBENARKAN BAWAK TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH, THAT porn thing might be happen? pastu ada pulak kejadian rakam buat seks la apa la kat sekolah.

kau tak rasa macam bangang ke rule MEMBAWA KE SEKOLAH ADALAH DIBENARKAN.

a really gila !!

kau tak rasa ke benda rakam-rakam semua tu might be happen?????

4) back in school, aku adalah pengawas and bila dilantik menjadi ketua pengawas, all the burden macam memuncak kat bahu kau. dulu, rule bawak fon ke sekolah tak dikuatkuasakan but the kes kecurian always happen. hilang duit la. hilang baju la . ( eh? ) hilang apa la , hilang itu la, hilang ini la dan macam-macam lagi. termasuk juga hilang dara ( another eh??? )

bila rule BAWAK FON DIBENARKAN, aku da macam terdiam. eh? kalau macam ni memang selepas ni pengawas akan ada tugas baru which is

MENUBUHKAN SKUAD PEMBASMI MENANGKAP PENCURI TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH.

its just hell yeah. *rolling eyes* budak-budak zaman sekarang ni bukanya pakai fon stok baling anjing macam SABUN, DAUN, 3310, TORCHLIGHT la apa la lagi. sekarang semua stok I Phone, BB dan macam2 lagi. even budak sekolah rendah pun da ada I pad. kau tak rasa kadar kecurian itu semakin meningkat?

kau tak rasa ke kadar peras ugut antara pelajar sekolah semakin meningkat? kau tak rasa kadar buli semakin meningkat? kau tak rasa semua benda negatif mula timbul ke?

5) all of sudden, aku terasa, WHAT IS THE MAIN MOTIF LA THOSE STUDENTS BOLEH BAWAK TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH?????

best punya aku caps lock. haha. kalau terasa nak pupuk sikap IT dalam diri, its bullshit. tamat. kalau rasa, bila ada kecemasan, those yang bawak fon boleh telefon mak pak, its another bullshit. entah la. aku rasa semua benda ni karut. tak boleh pakai.

memang kesian sangat sangat la kat cikgu-cikgu yang nak mengajar. ini bukan USA yang open dopen terhadap semua benda. this is Malaysia. aku bukan lah cakap, "ooo, Malaysia should keep the old tradition dengan tidak membawa telefon bimbit ke sekolah." but the main thing is buat apa kau nak bawak telefon bimbit ke sekolah?

sebab bila kau nak kena culik, kau sempat nak kol mak pak? eh? kalau sempat la. *rolling eyes*

6) aku ni teruk ke? abaikan. oooo, lagi satu. korang tahu tak bila bawak fon ke sekolah, kadar meniru adalah sangat tinggi macam KLCC tu? sepupu aku yang sekolah dot dot dot back in 2010 pernah cerita kat aku.

"ooo, aku bawak je fon masuk exam. amik gambar jawapan add math and bila cikgu tak nampak, tengok je la jawapan guna fon. simple as that!"

lepas tu gelak. then dia tambah.

" kadang-kadang kalau tak tahu, boleh mesej-mesej kawan oo. alaa, cikgu tak perasan punya."

and terfaktab sangat. terdiam. terpaku. okay, masa tu aku terdiam sebab "ish, macam apa je dia ni, aku punya la kampoi jawab addmath, dia boleh bantai tiru!" (soalan percubaan addmath selangor masa tu sangat susah!!!!)

kau tak rasa , benda-benda macam ni  boleh berlaku?

7) bagi aku, takde kebaikan bawak fon. tamat. kalau kau nak rasa bawak fon, belajar pandai-pandai masuk universiti, then hari-hari kau boleh guna fon. bagus kan?

eh? entry ni emo ke? haha


till then. babai!!!
0045
Serdang
by @TheodoreNazrul


Jumaat, 3 Ogos 2012

Diskriminasi pelajar universiti

assalamualaikum wbt dan salam nak sahur buat semua.


kau tahu tak apa itu Diskriminasi pelajar universiti? aku rasa mesti kau tak tahu. ye la. sebab aku yang reka ayat ni. dan ayat ni baru terkeluar dari kepala otak aku beberapa saat yang lalu.

1) kau orang tahu tak bahawasanya orang selalu pandang respect atau pandang tinggi dekat orang yang belajar Engineering and belajar Medic. just for these two. untuk yang lain, orang tak berapa nak pandang sangat. sebab apa? mentaliti masyarakat dah tetapkan macam tu.

kat Malaysia ni, orang selalu nampak only Engine and Medic la kos kat univerisiti yang paling gempak. yang paling handal. yang paling layak disanjungi. ==' habis macam mana dengan kos yang lain?

2) aku bukan cakap kos lain, orang pandang cikai ke apa, tapi realitinya memang macam tu. tengok je la dekat senarai biasiswa atau apa-apa sekalipun, yang paling diutamakan adalah Engineering dan juga Medic. kasihan betul kos-kos lain kat universiti. seolah-olah dianak tirikan. ye. dah jadi macam anak angkat.

3) aku bukan nak salahkan people who took on Medic or Engineering or what, korang memang takde kena mengena langsung, so, kepada budak Medic atau Engine yang baca entry aku, tak payah nak butthurt sangat. this entry more to MASYARAKAT SETERMPAT. aku cuma tak puas hati dengan pandangan masyarakat sekarang. diorang selalu tunjuk muka pelik lepas aku bagi jawapan kepada soalan diorang.

"nanti sambung kat universiti, amik course apa?"

"hutan." senyum.

dan mereka mula tunjuk muka pelik.

teruk sangat ke kalau aku tak ambil Engineering ataupun Medic? menyedihkan ke kalau aku tak dapat nak ambil Engineering atau Medic?

4) dalam dunia ni, ada banyak option. bukan on those tu je. bukan hanya pada Engineering atau Medic je. oo, kamon masyarakat Malaysia. tolong tukar pandangan anda., aku da nak naik meluat ni bila pandang muka orang yang always tunjuk muka pelik. seolah-olah menjadi suatu kesalahan. pfft.

adakah mereka yang tidak mendapat course engineering, medic atau tidak mahu mengambil course medic, engineering dikira dumb or somewhat? macam tu ke? macam tu ke pemikiran korang? ya. aku tahu memang those tak menyatakan tapi boleh nampak kot dalam nada dan pertuturan. ye la, sebab nak jaga hati, takkan la diorang nak cakap,

"eh, kau tak amik Medic? kenapa? peliknya!"

kalau diorang cakap macam tu, itu memang dah kes haru biru la weh.

5) adakah ianya sesuatu yang aneh kalau kitorang semua dapat course makanan? course hutan? course vet? course nutrionist? dan lain-lain? adakah ianya memalukan? kenapa pemikiran masyarakat macam tu eh? sebab sudah menjadi kebiasaan agaknya. memang sudah tak dapat ditolong.

aku berharap-harap sangat la , please, please, please tukar pandangan anda-anda sekalian agar tidak memandang 'orang yang tidak mengambil Engineering dan Medic itu makhluk aneh lagi pelik."

aku rasa entry ni lebih kepada luahan perasaan aku. haha. yang lain tak payah nak butthurt sangat la. kalau rasa nak komen entry ni, then kau boleh la komen, kalau tak nak komen pun takpe. tehee. okbai. till then

0344
3 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul




Rabu, 1 Ogos 2012

Be Realistic

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.




Exams.

sekarang dekat twitter semua sibuk ucap goodluck kepada candidates PMR sebab esok diorang ada Trial PMR. aku pun nak ucap goodluck la and gila best of luck kepada yang nak ambil Trial. tapi apa yang aku nak cakap kat sini, please Be Realistic.

huh? apa yang nak kena Be Realistic ni?

1) korang tahu tak, setiap kali nak PMR atau SPM atau UPSR atau setiap kali pendaftaran baru pelajar Asasi, diorang selalu tanya,

"nanti target berapa untuk UPSR?"

dan mereka semangat menjawab, "5A la!"

"rasa-rasa target berapa untuk SPM?"

"haruslah straight A's"

aku kalau dengar orang cakap macam tu, terus aku tergelak. bukan sebab aku menganjing ke apa ke, tapi please Be Realistic la.

kau suka sangat target, "ooo yeah, aku boleh je dapat straight A's" tapi yang nak buat aku tergelak is,

KAU TAK BELAJAR LANGSUNG!

how come la nak dapat straight A's yang konon-kononnya itu.

2) berangan lebih. mak dan ayah selalu cakap,

"kalau dapat nombor 1,2,3 ayah bagi hadiah."

masa tu barulah berkobar kobar nak pulun belajar. tapi belajar untuk minggu pertama je. lepas tu canang kat semua orang " kalau aku dapat the best, mak pak aku bagi hadiah."

dan aku terasa nak pui, pui je. memang la boleh dapat hadiah from mak ayah kau kalau kau tu malas nak belajar. lepas tu meniru la apa la. kawan aku pernah cakap,

"si H tu sama je macam si B tu. sanggup buat apa saja untuk dapatkan pointer tinggi."

and I was like ==' what? kau serius ke? what the heck. please be nice la. kalau kau dapat pointer tinggi with that way , I mean in meniru way, takde guna la kan. kalau nak dapat hadiah sekalipun, tak perlu la sampai nak meniru bagai.

itu la yang aku kata Be Realistic. kalau kau rasa tak mampu, just say it. "okay, aku tak mampu nak dapat straight A's . jadi aku target nak dapat 5A je."

tak mati la weh.

3) poyo. kau tahu tak poyo tu apa? poyo dengan apa yang dia ada. poyo cakap dengan semua orang,

"aku boleh la dapat semua tu. tak payah belajar. kacang goreng."

aku bukanlah tak puas hati kalau dia nak target 10A ke 4 flat ke 8A ke apa ke, tapi macam yang aku cakap la. kau kena la tengok jugak kemampuan kau. kalau kau rasa kau sekadar CAKAP TAPI TAK MAMPU, BAIK TAK PAYAH CAKAP.

aku bukan nak nak merendahkan orang, tapi tu la mentaliti masyarakat sekarang.

"kita kena target the best supaya boleh dapat result macam tu."

aku da terasa aura nak lempang je. memang tak salah, tapi kena lah tengok, KAU NI MAMPU KE NAK BUAT??? kalau tak mampu, just follow the flow and trying your best la. aku bukan nak cakap, selamanya kau follow the flow, but one fine day, kau kena lah berusaha jugak. takkan la nak ada kat takuk yang lama je.

4) aku memang tabik spring dekat diorang yang study hard and get the best result. orang macam ni, kalau target high pointer, aku kira, "ooo, bagus lah budak ni. memang kita nampak la usaha dia belajar and tolong bla bla bla."

aku percaya aura seseorang budak tu kita boleh nampak dengan cara dia study, dengan cara dia guide kita masa dalam kelas. dengan cara dia bagi jawapan which is in smart way not in a dumb way.

masa aku mula-mula masuk asasi dulu, memang haram jadah tak kenal semua orang. dah la sorang-sorang jek. memang dasar forever alone la aku. masa tu kelas math and kelas math memang macam #TartBantat  susah dia MasyaAllah. memang boleh menangis aku mula-mula.

tapi budak sebelah aku tenang je tunjuk kat aku which is somehow, he has an aura. haha. kau mampu buat macam tu?

5) jadi, sekarang, before exams, apa kata buat tazkirah kat diri sendiri., aku target straight A's. mampu ke aku buat? tanya diri sendiri, aku nak 4 flat, boleh ke aku dapat?

IF kau boleh buat, then teruskan your effort. study smart and not study hard. believe in what are you thinking. heh. for the PMR, SPM candidates, I wish all the best to all of you. May Allah bless you always and reminds it, BE REALISTIC ALWAYS ;))

tehee. till then

1510
1 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul

Sabtu, 28 Julai 2012

Layan Olympic London Live

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua


ni aku punya maskot! yeay!!


jadi, bagi sesiapa yang nak tengok Olimpik secara siaran langsung tetapi masa tu korang kena kerja, tak ke agak haru sikit di situ. boleh je nak layan online sebenarnya, ni pun aku baru tahu semalam. jadi buat student, yang bekerja, mak bapak yang berebut TV dengan anak ke apa ke, maka boleh la layan Olimpik secara siaran langsung.

siap boleh tengok siaran ulangan lagi. haha. macam aku malam tadi terlepas nak tengok Opening Ceremony. baru la kejap tadi kekdahnya gigih tengok Opening Ceremony. tehee.

jadi, siapa-siapa yang nak layan Olimpik Live from London dan malas atau tak dapat nak tengok dari TV, boleh klik sini untuk capaian pantas. gitu~ haha.

@Official Olympic Channel

kat sini banyak je siaran ulangan, ada jugak sukan-sukan menarik dari Olimpik yang dulu-dulu punya. sangat epik okay bila aku layan Gimnastik Artistik, The Magnificent 7 - Olimpik Atlanta tahun 1996.

okay, aku nak blogwalking dulu. till then.

1204
28 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul


Rabu, 25 Julai 2012

Kepercayaan Arab Jahiliyyah

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

aku rasa semua orang agak familiar dengan arab jahiliyyah. siapa yang tak tahu tu boleh terjun gaung je la. Arab Jahiliyyah ni sangat pemes amos dengan daya kepimpinan diorang. golongan arab jahiliyyah ni wujud selepas runtuhnya empangan Saba' kalau tak silap aku la.

selain terkenal dengan daya kepimpinan diorang, arab jahiliyyah ni juga pemes amos dengan sikap diorang yang bodoh yang teramat seperti bunuh anak perempuan dan kaum wanita memang dijadikan hamba habisan la.

aku malas nak ulas lanjut pasal arab jahiliyyah ni sebab korang sendiri dah belajar masa zaman sekolah. hari ni aku nak sentuh serba sedikit beberapa kepercayaan arab jahiliyyah yang tak boleh pakai langsung. kiranya kepercayaan diorang ni memang loser habisan la.



Allah SWT telah mensyariatkan bahawa tiadanya Bahirah, Sa'ibah, Wasilah dan juga Ham

1) Bahirah

Bahirah ialah unta betina yang telah beranak 5 kaali dan anak yang ke 5 itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil susunya.

2) Sa'ibah

 Sa'ibah ialah unta betina yang dibiarkan pergi ke mana sahaja lantaran sesuatu nazar. seperti, jika seorang arab jahiliyyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, maka dia biasa bernazar akan menjadikan untanya Sa'ibah apabila maksud atau perjalanannya berhasil atau selamat.

3) Wasilah

Wasilah ialah seekor kambing betina yang melahirkan anak kembar yang terdiri daripada jantan dan betina , maka yang jantan disebut Wasilah , tidak boleh disembelih atau diserahkan kepada berhala.

4) Ham

Ham ialah unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi kerana telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali.

bila aku baca those kepercayaan ini memang aku tergelak habisan la. memang sangat karut betul. pffft. bagi aku memang sangat tidak relevan la kepercayaan-kepercayaan ini. kalau ada yang buat lagi macam tu zaman sekarang, memang aku gelar diorang tu BA-GE-RO.

haih. memang kepercayaan yang loser habisan.

till then
2140
25 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul




Selasa, 24 Julai 2012

kahwin awal. apa pendapat korang semua?

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


perkahwinan awal. ataupun korang semua boleh panggil dia as a perkahwinan sewaktu umur yang amat muda. berdasarkan video dekat atas ni, they are too early untuk suatu perkahwinan.

ini pendapat aku.

1) perkahwinan awal bagi aku amat susah la. da la nak jaga diri sendiri pun susah, lagi la nak jaga anak orang lain. kalau umur terlalu muda, nak bagi makan apa dekat isteri? kalau ada anak nanti macam mana? nak beli pampers guna daun? tak ke sikit punya haru kalau anak-anak pakai daun je ganti pampers sebab takde duit nak beli Drypers.

2) memang la orang kata,

" kau ni mulut bacul la kata macam-macam, dah dia nak kahwin, itu hak dia!"

tapi kan, bagi aku, memang betul la kot. kalau kahwin sewaktu remaja ini, emosi memang la sangat tidak stabil. dengan hormon baru nak naik. dengan macam-macam lagi. okay foine. korang boleh je kata aku mulut bacul ke apa ke, tapi cuba la jadi realistik. orang muda ni dah la darah panas. cakap pun sesuka hati je. kang nanti tak pasal-pasal bercerai. heyyy! aku bukan mendoakan okay. aku just cakap je. kalau dapat kawal perasaan, then its good la kan.

3) memang orang kata kahwin awal tu bagus. ye. aku tak nafikan. kahwin awal memang bagus sebab dapat elakkan maksiat. tapi , oo kamon la. adakah purpose sebuah perkahwinan itu hanya untuk mengelakkan maksiat? lets say la, adakah seorang lelaki berumur 28 tahun berkahwin dengan seorang gadis berumur 24 tahun, kahwin semata-mata nak elakkan maksit? nooo! semestinya la tak kan? ada banyak purpose lain untuk seseorang itu berkahwin.

kau berkahwin bukan setakat nak elak seks bebas. bila kau mula berkahwin, kau akan laksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya. aku paling tak dapat terima mind set manusia yang cakap,

"ooo, kahwin awal ni bagus sebab dapat elak seks bebas."

4) aku selalu wonder. kalau yang kahwin awal ni, adakah anda-anda sekalian meminta duit mak bapak anda untuk duit rumah? untuk duit nafkah isteri? untuk duit universiti? untuk duit pampers anak? untuk duit motor? untuk duit kereta?

aku tak la kisah sangat kalau kau pelajar universiti di tahun akhir sebab at the same time kau boleh berkerja. ni yang under 20 dah kahwin, apa kes? memang la Allah kata, kalau kahwin, rezeki memang murah. tapi kalau kau still mintak duit mak bapak kau, memang sangat tak cool la. baik tak payah kahwin macam tu.

5) bagi aku, bila kau nak ready dah kahwin. kau dah ready nak bimbing pasangan kau. solat sama-sama. nasihat menasihati antara satu sama lain. tiada rahsia antara keduanya. bantu membantu. cek bacaan al quran sama-sama. pergi jejalan atau shopping sesama. tak ke sweet gilos itu. ni kalau baca quran pun tunggang langgang. solat pun entah ke mana, macam mana kita nak bimbing pasangan kita?

aku paling tak dapat terima kenyataan kalau seorang manusia itu hanya terpikir,

"ooo, segala urusan kahwin macam solat, baca quran bla bla bla itu kerja lelaki. bukan perempuan. jadi buat apa aku nak get ready la kan?" kata Minah.

dan selepas itu aku dah terasa aura nak lempang lelaju gadis bernama Minah itu. seorang perempuan pun haruslah get ready sebab kalau si suami tersilap, si isteri boleh la perbetulkan apa yang si suami itu silap. ni kalau suami pun silap. si isteri tak tahu apa-apa, memang hancus la. loser habisan kau tahu tak?

entah la weh. aku rasa banyak sangat kontra dia berbanding dengan pro dia. kalau kau fikir perkahwinan ini semata-mata nak elak maksiat atau seks bebas, then kau patut pikir, adakah kau hidup berdasarkan maksiat semata-mata. takkan la kau tak boleh kawal bila kau berdua?

kalau kau takut sangat orang mengata, bawak la adik ke apa ke.

tapi bagi aku, IF kau dah ready. kau dah cukup nafkah dan boleh bagi dengan sempurna, then kahwin la. tak salah. TAPI kalau kau still duit mintak mak bapak FULLY, baik tak payah kahwin. kalau kau rasa kau boleh bimbing pasangan kau, then KAHWIN la sebab memang bagus kahwin awal.

tapi tu la aku cakap, kena la GET READY semuanya. jangan kahwin semata-mata SATU IAITU NAK ELAK MAKSIAT. bagi aku sangat tak relevan. apa-apa pun, bagi yang kahwin awal tu, aku doakan selamat menjalani bahtera perkahwinan.

aku memang tabik spring la sebab umur muda-muda dah berani nak galas tanggungjawab yang sangat berat, bukan semua orang mampu buat macam tu. hanya insan terpilih je daripada Allah SWT yang boleh buat macam tu.

untung kan jadi insan yang terpilih? :)

till then,

2004
24 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul



Sabtu, 21 Julai 2012

jom sahurrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat nak bersahur buat semua.

dalam masa beberapa jam je lagi, kita as a muslim dan muslimah kat Malaysia akan bersahur. wehuuu! tak sabar nak sahur.


haha. 

kalau masa kecik-kecik memang selalu sangat la aku macam ni. tapi bila dah besar sikit, takde kerjanya nak mengantuk bagai macam ni.

kang nanti kalau tak sahur mahunya lapar gilos nanti. tak ke nanti perut berkeroncong joget sana sini nanti. lagipun, banyak la fadilatnya bila kita bersahur ni. ;)

too many.

heh.


yeay!!!!!!!!! jom la kita bersahur setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini dan cuba kutip sebanyak mungkin keberkatan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW ini. 

bukan senang tau nak dapat kerberkatan ni. tapi bersahur ni senang kan? heh. kira worth la kalau kita bersahur ni. ;DD

akhir kata, jom sahur dan berpuasa sepenuh hati !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

till then.

0102
21 Julai 2012
Klang


Jumaat, 6 Julai 2012

Celebs yang kita patut sanjung

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


okay, teruskan kepada tajuk utama kita pada hari ini iaitu Selebriti..ada apa dengan selebriti? apa pandangan korang tentang selebriti ini?


apa yang aku maksudkan di sini, not celebs macam Ning Baizura, Siti Nurhaliza atau Erra Fazira itu, ni celebs yang dari appearence dia, kita boleh expect,

dude! she's got talent la. that's what we call X factor.

ataupun,

babe. mamat tu totally got karisma la. nak pikat dia la.

heh. itu kita panggil selebriti bila totally depan mata kau,


sangat outstanding.

petah bercakap

takde sikap malu-malu macam beruk nak kena cepuk.

totally got look and X Factor

sangat bijak dan bila bercakap, kau akan terangguk-angguk macam baru kena sumpahan Imperius oleh 
Voldi Voldemort tu, 

ini kita panggil celebs. bukan mudah nak cari celebs ni sebab dia macam totally perfect yang tiada tandingannya. yes. ianya macam kau cari seekor semut di tengah-tengah gurun gobi itu. tahu gurun gobi? haha. aku totally dumb bila bagi perumpamaan dan suck tentang geografi.

okay. itu tak penting. dalam dunia ni, of course without no doubt aku akan cakap Nabi Muhammad SAW adalah seorang celebs yang patut kita sanjungi. helllo, beliau sangat outstanding okay with his word. aku suka dengar kisah-kisah nabi dan rasul serta para sahabat. 

aku suka dengar bila para sahabat ada masalah dan mereka-meraka sekalian akan berbondong-bondong serta berduyun-duyun berjumpa dan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. ianya sangat nice dan aku suka dengar penyelesaian masalah yang dijawab oleh Nabi Muhammad SAW. it's totally magic with his word which is aku sangat tak jangka dengan apa yang Rasulullah jawab. 

masa zaman aku tabika kemas, kami-kami si warga tabika akan ternganga mulut bila cikgu kat depan baca kisah-kisah nabi. nama cikgu aku, Cikgu Zaiton, miss her trillion times suddenly.

hari ni kita akan baca buku yang ada gambar ikan besar.

siapa boleh teka kisah nabi apakah itu? ataupun

hari ni murid-murid nak baca kisah apa?

it's memorial with those celebs yang kita puja. masa kecik-kecik kita akan puja them. sangat! puja dan semat dalam hati ,

okay, nak jadi budak baik dan dapat ganjaran pahala.

those para nabi dan those para rasul yang mulia ada ciri-ciri celebs yang aku nyatakan. mereka memukau dengan cara mereka yang tersendiri. alhamdulillah. disebabkan oleh mereka, kita mampu bersaing dengan agama-agama lain.

islam an-nur. ;)

dan kisah memorial dan epik Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS. aku rasa semua orang tahu mereka punya kisah. sangat nice with sacrifice yang menggugat hati. :( aku sendiri tak sanggup nak buat if diperintahkan begitu. :(  *another sad smile*

p/s
celebs zaman sekarang yang dipuja Justin Bieber, Lady Gaga, Katy Perry and others. its hard to say that but that was true. aku pun macam tu. sebab apa ea? kejutan budaya ke? aku pun tak tahu. bagi aku, tak salah if kita pandai bahagi and think positively and think correctly. deeply, aku suka zaman kanak-kanak aku. zaman celebs kanak-kanak aku.

memoir ~

1400
6 Julai 2012
Klang



Khamis, 5 Julai 2012

boleh order petronas gas!!!!!!!!! ada nombor baru. oo yeah!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


aku baru tahu yang petronas ada buat delivery sampai ke rumah untuk hantar tong gas. haha. tak ke sikit punya cool tu weh.

dengan tagline Mesra Points, Safety Checks, Trained Personnel memang bagus la kalau orang-orang petronas ni sendiri yang hantarkan tong gas ke rumah. dah tak payah dah nak call orang kedai mamak sambil terpekik-pekik,

"hey mamak! hantarkan tong gas kat rumah saya!!"

untuk berasa kagum dengan kadar pantas dan kalau malas nak suruh orang mamak hantarkan tong gas ke rumah korang-korang sekalian, apa yang perlu korang buat ialah menelefon ke

1-300-888-427

dan selepas itu silalah merasai pengalaman hebat bersama Petronas! ooo yeah!

buat sesiapa yang nak tahu DEALER of GAS PETRONAS yang paling hampir dengan kawasan perumahan anda, korang semua boleh klik link kat bawah ini

@DEALER

nanti dia akan keluar macam kat bawah ni.



korang boleh klik macam yang aku mensi dalam gambar dekat atas tu. tehee! bagus la kalau semua dah buat delivery macam ni. tak ke memang dah menuju ke zaman abad yang lebih maju itu. 

aku ingat McD je yang boleh buat macam ni. petronas pun sama! sekarang aku tinggal KFC je buat macam ni. haha

untuk maklumat lanjut mengenai Petronas yang mesra alam, boleh klik link kat bawah ini.


till then from me. 

1400
5 Julai 2012
Klang

buat sesiapa yang rasa dia bukan seorang blogger, tetapi terasa nak share apa-apa. boleh hantar entry pada 

de_twins93@yahoo.com

nanti aku update dekat belog ni. sila sertakan sekali tempat tinggal.  bukan blogger pun boleh juga :) 

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...