*semoga semua enjoy!* haha. aku actually da lama tak menulis ni. kalau suka boleh komen and sharing pun boleh! :)
wahahaha. dotn expect too much. Just an ordinary writer yang gila lagi konos. that would be me. :D
****************************************************************************
After a year
Perkenalan
yang tak disengajakan.
Anna Julia
Hinara duduk di barisan hadapan sekali untuk KL Fashion Show. Dia menyilangkan
kakinya. Sambil itu dia mula keluarkan majalah Cosmopolitan yang telah digulung
siap-siap dari rumah untuk tatapannya apabila dia mula bosan dengan KL Fashion
Show.
Kerusi-kerusi
di sekelilingnya mula penuh. Hinara meliarkan matanya sana sini sambil
tersenyum manis. Kadang-kadang melambai juga buat mereka yang rapat
dengannya. Ada yang dia kenal, ada yang
dia tak berapa nak kenal, just nampak dalam dunia seni je. Tapi ada jugak yang
dia langsung tak kenal! Biasalah. Freshie!
Tak kisah la
Hinara. Lama-lama makin banyak orang yang masuk dunia seni ni. Bukan kau
seorang je yang berbakat. Tapi yang penting, mereka semua tu picisan sahaja dan
bukannya watak utama macam aku.
“ mengelamun!”
Tegur Puan
Marina. Si pengurus Hinara duduk di sebelahnya.
“ oh! My god.”
Hinara menekup mulut. “ lawanya gown. Dari mana dapat baju ni?”
Puan Marina
tersenyum bangga. “ Alexander McKe’re.
“seriously?”
“ yap.”
“lord. Nak
jugak.” Kata Hinara manja.
“ dalam
mimpi.”
“ok fine.”
Hinara hempas tubuh ke kerusi sambil ketap bibir bengang dan memeluk tubuh.
“ jangan la
merajuk Hinara.” Pujuk Puan Marina.
Tapi si gadis
Hinara hanya diam membisu. Puan Marina mengeluh. “ kalau kuat merajuk takkan ke
mana.” Pujuk lagi.
Hinara
mencebik lagi. Dia bangun.
“ nak pergi
mana?” tanya Puan Marina.
“ ladies.
Takkan tu pun nak ikut jugak!” tempik Hinara. Lalu terus dia berlalu dari situ.
Puan Marina malu ditempik sebegitu. Dia memaling kanan dan kiri. Nasib baik
takde siapa yang perasan. Poker Face – Lady Gaga - telah menenggelamkan marah
si Hinara.
Puan Marina memperbetulkan duduk sambil memperbetulkan juga rambut siputnya.
Hinara keluar
dari Dewan Tun Hussein Onn dengan pantas. Dia menghirup udara Kuala Lumpur. Dia
rimas dengan Puan Marina. Oh, please. Aku bukan budak manja. Dah aku kata, aku
tak nak gown tu. Tak nak la! Tak paham bahasa. Ada jugak yang makan kaki aku
nanti. Dia berdiri di tepi jalan.
Shesh. Si
pemandu tadi telah kata, dia hanya akan datang pada jam 10 malam sahaja. Malam
ni dia ada kerja katanya. Sekarang baru jam 9 malam.
Hinara
mendengus.
Dia keluarkan
telefon bimbitnya lalu menaip
Awak dipecat. Esok tak payah datang kerja.
Dan butang
send di tekan. Geram! Ya. Sekarang dia memang geram. Rasa nak koyak-koyak je
leher semua orang yang lalu depan dia sekarang ni. Hinara memutuskan untuk ke
stesen LRT sahaja. Mana tahu dia boleh dapatkan ketenangan di situ.
Dia duduk pada
kerusi yang disediakan. Token dah dibelinya. Jadah dia beli token LRT? Hinara
mencebik. Token murah je pun. Aku ingat mahal sangat la token LRT ni. Dia
tengok sahaja gelagat orang ramai sana sini. Ada yang sedang baca surat khabar,
ada yang sedang buat kerja pada laptop. Ada yang sedang melayan I phone 4s. Siri?
Ke tak?
Seriously,
this is my first time goin to place like this. Tempat yang err, tempat untuk
golongan bawahan? Dia memang tak biasa pergi tempat-tempat macam ni. Mama
awal-awal lagi dah mengajar dirinya dan abang Joshua supaya menghindari
tempat-tempat macam ni.
Mama kata
tempat-tempat macam tu
Kotor.
Banyak
perompak.
Perogol. (
mungkin?)
Ada tikus
juga. Yang lebih hiperbola, mama kata
“ boleh
diculik!”
Hinara geli
geliman memikirkan apa yang mamanya cakap sebentar tadi. Mama!!!!! Sekarang dia
menyesal turun ke stesen PWTC ini. Kerusi di sebelahnya ada orang duduk. Hinara
dah takut. Dia pandang lelaki yang duduk di sebelahnya. Eww, serabainya kau.
Lelaki tersebut sedang memakan Roti Boy.
Mungkin dia ni
la ancaman yang macam mama pesan tu.
Dengan rambut
yang tak terurus, pastu pakai selipar jamban je. Kemudian disarung dengan jeans
dan kemeja merah yang tertulis, I’m nuts, makin membuatkan Hinara seriau dengan
lelaki di sebelahnya. Baru je Hinara nak berlalu, lelaki tadi menegurnya.
“ nak satu?”
mata lelaki tersebut berwarna Hazel yang cerah. Sangat. Si lelaki itu
menghulurkan Roti Boy yang lain.
memang lelaki ini gila!! macam yang tertulis pada bajunya. Hinara da takut habis.
That was so
first impression from Anna Julia Hinara binti Kageyoshi Abdullah. Hinara
mencebik sebelum berlalu dari situ.
“ mungkin tak
perlu nak sombong sangat kalau tak nak pun.” Balas si lelaki perlahan. dia
sambung suap Roti Boy ke mulut. Namun didengari juga oleh Hinara. Hinara
berhenti berjalan dan berpatah balik.
“ kau fikir
aku teringin nak makan roti kau tu? Entah bersih entah tak tangan kau tu.
Beria-ia nak bagi dekat aku.” Lagak Hinara.
Lelaki tadi
terpaku memandang Hinara. Tak berkelip.
Senyum.
“ garangnya
awak. Jom la duduk sini.” Pelawa lelaki tadi. “ nak?” Roti Boy di hulur lagi
oleh lelaki tadi.
Hinara
memicing matanya tajam pada lelaki tersebut. Memang miang gila budak lelaki
ini. Baik aku belah dari sini sebelum apa-apa jadi dekat aku. Pada masa yang
sama LRT telah sampai ke stesen. Disebabkan dia malas nak bertegang urat dengan
Puan Marina, terus dia masuk ke dalam LRT tersebut.
Hinara duduk
dengan selesa dalam LRT tersebut. Tetiba lelaki tadi datang dan berdiri di
hadapannya. Nasib baik semua kerusi penuh, tiada yang kosong lagi. Kalau tak mesti
dia dah duduk di sebelah aku. Aduh! Apa yang kau buat ni Hinara? Entah-entah
dia ni perogol mana entah. tak pun, dia ni pengedar dadah tak?
Dah tu? Apa
yang kau buat dalam tren ni Hinara?
Hinara
curi-curi pandang lelaki tersebut. Kulitnya cerah. Dengan kumis sejemput.
Matanya, ( walaupun tak nampak dalam LRT tersebut tapi Hinara tahu! ) berwarna
Hazel cerah. Bibir cantik merah bagaikan tidak pernah menyentuh batang rokok.
Kacak?
Biasa-biasa
je.
Hodoh?
Tak jugak.
=.=’
Apa kau ni
Hinara? Bukan semua lelaki kau kata tak kacak ke? Yang kacak itu hanya berdarah
kacukan macam dia sahaja. Tapi lelaki ini....
“ kenapa awak
tenung saya?”
Gulp. Shi toh.
Macam mana dia perasan pulak?
“ dah kalau
awak tenung saya atas bawah macam mesin pengimbas, mana saya tak perasan.”
Tambah lelaki tadi lagi. Senyum. Dia pandang Hinara.
Hinara hanya
menjeling.
“ orang kata
jeling tak baik untuk kesihatan.” Canda lelaki tadi lagi.
Hinara buat
bodoh je. Malas nak melayan. Kedengaran suara operator LRT.
“ stesen Hang
Tuah. Stesen Hang Tuah. Pertukaran monorail ke KL Sentral. Stesen Hang Tuah.”
Hinara
gelabah. Alamak, alamak. Alamak. Aku nak turun dekat stesen mana ni? Aku mana
tahu! Tak
pernah naik LRT sebelum ni. Hinara dengan pantas mengeluarkan telefon
bimbitnya. Dia tekan Contact lalu dicari nama abang Joshua. Klik.
C’mon abang
Joshua, c’mon. Your sis need you. C’mon.
LRT terus
berlalu dan menuju ke stesen lain.
“ hello. Abang
Joshua!!!” kedengaran suara Hinara macam nak menangis je. “ currently right now
I’m somewhere, lost. Don’t know where I am.”
Hinara diam
mendengar abangnya bercakap di corong yang lagi satu.
“ okay, Hinara
tenang.”
Diam lagi.
“ tadi baru
lepas stesen Hang Tuah.” Tambah Hinara lagi. “ I just don’t know. Entah. ye kot
ni Rapid LRT. Abang Joshua.” Hinara merengek perlahan.
Diam lagi.
Kali ini lebih lama.
“ KL Sentral?
Ok, ok. Nanti Hinara pergi sana. Abang Joshua tunggu sana tau.” Hinara membujuk
rayu.
Senyap. Hinara
dengar dalam-dalam apa yang abang Joshua pesan.
“ okay abang
Joshua. Love you too. Bye.”
Hinara
mengeluh perlahan. Dia masukkan telefon bimbitnya dalam beg tangannya.
“ siapa tu?
Abang awak ke? Ke pakwe awak?” tanya lelaki tadi lagi. “ kalau awak nak ke KL
Sentral, awak kena turun dekat Hang Tuah tadi.
Tapi sebab dah terlepas, saya suggest awak turun dekat Bandar Tasik
Selatan then beli tiket komuter ke KL Sentral. Senang sikit.”
Hinara silang
kaki.
“ abang saya
cakap, jangan cakap dengan strangers. Lagi-lagi yang picisan macam awak ni.”
Kasar bahasa Hinara.
“ tapi, awak
baru je cakap dengan saya tadi. Nampaknya saya bukanlah strangers untuk awak
kan?” lelaki tadi sengih. “ jadi awak nak ke mana?” tanyanya ingin tahu.
“ mungkin tak
perlu nak amik tahu sangat.” Balas Hinara.
“ nama awak
siapa? Nama saya Armand Amir bin Johan. Awak?” tanya Armand semangat. Lelaki
tadi tenung Hinara dengan asyik.
Hinara hanya
diam. Kalau dia bagi tahu nama dia, dia memang gila. Gila sebab bagi tahu nama
dekat strangers. Entah siapa-siapa entah mamat ni. Kalau dia ni penjual organ
macam mana?
Hinara seram
sejuk.
“ jangan
risau. Saya bukan orang gila atau penjual organ atau perogol atau penjual
dadah. Walaupun rupa saya memang macam tu.”
Hinara buat
muka. Tapi lelaki tadi pantas menyambung.
“ tak, tak,
tak. saya budak baik. Betul saya budak baik!” tambah Armand lagi sementelah
Hinara membuat muka meluat.
“ Bandar Tasik
Selatan. Bandar Tasik Selatan. Pertukaran stesen komuter ke KL Sentral. Bandar
Tasik Selatan.” Operator LRT memberitahu.
Hinara bangun. “ saya rasa saya patut turun
sekarang. Bai.” Hinara pantas berlalu keluar dari LRT tersebut.
***********************************************************************
jadi? how? hahaha. *gelak guling2 kejap* kalau tak suka, boleh komen. kalau suka, boleh komen juga. tehee.
jom main teka teki!!!!!!
Q- korang rasa apakah yang terjadi seterusnya???
haha. jom tengok imaginasi korang. layan~ mesti best kalau dapat tengok imaginasi korang. ;D. share, share, share
till then
16 August 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul
3 ulasan:
at last mesti hinara n armand bercinta..betul x?betul x? haha
best best! sila sambung lagi, nak baca! hehe.
lepas turun stesen tu hinara sesat lagi! lolx
seriusly???!!
kalau betul nak serius dalam penulisan ni, sila pastikan cerita anda 'realistik'.. please.. nama pun cam dewa dewi dah.. kan lebih baik jika anda menulis kesah yang betul2 pernah anda lalui.. sekeliling anda.. baru boleh 'feel'..
Catat Ulasan