Memaparkan catatan dengan label kawan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan2. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mei 2014

Press Conference of Peter Marvey : Magician Without Limit #VMY2014

assalamualaikum dan selamat petang serta selamat bersawan pada blog ini.



last week, almost last week la jugak, aku pergi ke The Loaf of Pavilion untuk Press Conference untuk Peter Marvey : Magician Without Limit ni. okay, before that, siapa tahu , siapakah itu Peter Marvey? hahahahahahha, aku tak tahu la kalau orang lain pernah dengar. aku rasa kalau anda ni merupakan peminat tegar cerita Now You See Me ataupun kau ni peminat kepada cerita Harry Potter series, might be kau akan kenal dengan Peter Marvey ni sebab dia ni adalah magician yang sangat power dan superb.

zaman dahulu kala, masa aku kecik-kecik, orang selalu kata, magician ni menggunakan ilmu hitam untuk buat magic tu dan aku pun yang agak bangang lagi dungu hanya percaya je la semua tu. tapi bila besar sikit, masuk sekolah menengah, baru la tahu bahawasanya magician tu mostly guna illusion eyes je. maksudnya mata kau ni diperdayakan la. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. okay, mata pun kira loser la jugak sebab senang-senang je diperdayakan.

okay, back to the topic.

1) who is Peter Marvey?

apa yang aku tahu pasal Peter Marvey ni dia adalah berasal dari Swiss. dia ada teater yang dia buat sendiri kat dalam rumah dia and itu menunjukkan yang dia sangat passion dalam magic. and dia selalu buat show kat situ, kat dalam rumah dia tu. which is ,,siapa yang nak tengok show kat situ adalah sangat susah and very the susah. kau kena tempah dia terlebih dulu untuk tengok show dia. well, dia magician yang sangat power kan? jadi bukan mudah nak tengok show dia. dia adalah sangat limited!

2) apa dia buat kat Malaysia sekarang ni?

well, now dia akan buat persembahan dekat Genting Highland and yolls boleh tengok magician dia dekat sana dengan harga yang murah. apa yang aku tahu, ni first time dia datang kat Malaysia and really excited gila babi punya bila dia datang Malaysia.

3) Magic apa yang dia boleh buat?

yellop puyoo dude, dia punya magic memang power la wakaupun semua tu hanyalah ilusi mata semata. dia ni memang tahap power la tapi still bukan dalam kategori Merlin, Voldermot ataupun Albus Dumbledore. tapi kalau dalam kategori manusia atau Muggle macam dalam cerita Harry Potter tu, dia ni boleh dikatakan antara ter power la jugak.

dia pernah menang banyak anugerah peringkat antarabangsa. antaranya ialah Golden Wand Trophy pada tahun 1996, Merlin Award of International Magicians Society tahun 2002, dia juga merupakan Swiss National Champion dari tahun 1993 hingga 1995.

dia boleh buat banyak magic for sure. tapi yang paling power dan paling superb adalah levitation. masa press conference dekat pintu masuk Pavilion dulu, dia ada terapungkan Hannah Tan, JJ dari Red FM dan jugak Cheryl Lee dari 988 FM dan ye, depan mata aku, dorang terapung macam apa je -,- serius rasa blerghhh dan wow gila. dan ye, dia adalah master of levitation.

4) Levitation tu apa?

daripada wikipedia

"Levitation is the process by which an object is suspended by a physical force against gravity, in a stable position without solid physical contact."

bahasa mudah dia ialah kau terapung. atau dalam bahasa Harry Potter, kau telah menggunakan sihir Wingardium Leviosa dalam kelas Mantera bersama Prof Flitwick. (pastikan sebutan GAR anda adalah jelas dan OOOOOOOsa anda adalah panjang bila sampai OOO tu)


5) saya rasa teruja nak jumpa dia. macam mana nak tengok show dia and of course macam mana nak jumpa dia?

actually Peter Marvey da mula buat show dia kat Genting International Showroom bermula dari 28 May 2014 sehingga 18 November 2014. tapi bukanlah setiap masa dia buat show and setiap jam dia buat show. dia pun kena rehat jugak kan? jadi, kalau nak tengok show dia atau usha persembahan levitation dia yang power gila barbie tu, korang boleh call

03-2718 1118 

ataupun korang log on to

www.rwgenting.com

6) ALAAAA, apa yang saya tahu persembahan dia malam la. takkan nak balik dari genting malam-malam buta?

kalau macam tu, korang try la usha website genting sebab pada waktu cuti sekolah ni, dorang ada buat promotion dari segi bilik, games and all that. so, kinda worth la jugak kalau kau lepak genting sekarang ni. dapat tengok magic, bilik pun murah and lagi murah kalau anda datang bersama family. boleh usha dekat website genting pasal harga bilik, games and all that.


7) macam mana dengan harga Peter Marvey ni? mahal tak? berbaloi tak untuk tengok dia ni?

untuk Peter Marvey ni dia ada 3 kategori which is VIP, PS1 and PS2. harga untuk VIP dewasa ialah RM 118. VIP kanak-kanak ialah RM 68. harga untuk PS1dewasa ialah RM88 dan harga PS1 kanak-kanak ialah RM48. Manakala harga untuk PS2 dewasa adalah RM48 dan kanak-kanak PS2 ialah RM28

bagi aku quite okay la harga dia sebab dia bukan selalu datang Malaysia and agak susah jugak la dia nak datang Malaysia. so, bila da ada kat Malaysia ni, apa lagi , grab la chance untuk berjumpa dengan dia :)

8) ada harga family tak untuk Peter Marvey show ni?

as what Kevin Tan, Assistant Vice Press of Promotions & Entertainment Resorts World Genting telah katakan masa pelancaran, Genting ialah tempat untuk family. kami menyediakan harga terbaik untuk pakej family. for further info about harga family, anda-anda semua boleh la menerjah webiste Resorts World Genting secepat mungkin la ye :) ye la, takut penuh je nanti

 jadi, apa lagi :) jangan lupakan dapatkan tiket anda secepat mungkin dan sepantas mungkin dan kita boleh berjumpa di Resorts World Genting nanti! :) dan jangan lupa share pengalaman anda bila pergi ke Resorts World Genting untuk tengok performance Peter Marvey yang sangat power tu! biar orang ramai rasa magic Peter Marvey itu menerusi pembacaan yang anda tulis. :)

The end.

tidur dulu. adios amigos. jumpa di Genting Highland pada 3 dan 4 jun 2014 nanti ya!





Ahad, 29 Disember 2013

Tocie dan Final Exam semester 1 sesi 2012/2013

esok da start final. ada 6 subjek untuk sem ni tapi just ada 5 paper je. aku ada subjek Ekologi Sumber Rekreasi, Inventori Sumber Rekreasi, Survei Hutan, Kuantitatif, Kemahiran Rekreasi Luar dan juga Kem Hutan. Kem Hutan tu da hantar report jadi tak berapa nak bother sangat pasal exam.

esok pulak ada 2 paper which is Ekologi Sumber Rekreasi and Survei Hutan. serius cuak abadi nak jawab all those paper. harapnya semester ni dapat naikkan balik pointer aku. pointer sem lepas amat la jatuh macam apa je. serius rasa nak pengsan bila tengok pointer sem lepas. slip exam aku tak carik lagi. entah kat mana entah slip exam aku. -,- dan dan dan .... emm emm , aku tak jumpa pun PA aku lagi untuk mintak tandatangan approve slip exam aku. KAH KAH KAH. esok la aku jumpa dia and bagi slip exam tu.


untuk TOCIE pulak, aku dapat band 4. alhamdulillah :) what is TOCIE anyway? aku tak tahu la uni lain ada TOCIE atau tak tapi kat UPM ni ada je. even TOCIM pun ada. by the way, TOCIE stands for Test On Communication In English di mana budak-budak yang dapat band 3 masa MUET dulu digalakkan amik TOCIE semester ni. tapi ada je budak yang tak amik sem ni and might be amik semester depan ataupun semester semester lain. tapi TOCIE is wajib for all those students yang dapat band 3. -,-

TOCIE tu macam test cakap-cakap / speaking macam MUET dulu di mana akan ada topik yang diberi and point yang diberi and semua orang akan bercakap and give their own opinion. dengar kata, siapa yang dapat Band 3 dan ke bawah akan amik kelas something apa entah. -,- sounds creepy.

heh, tu je la cerita nak diceritakan untuk minggu ni. might get more busy and busy menjelang exam ni. malas nak pikir lain and nak pikir pasal exam je. malas nak pikir benda bangang atau masalah lain and pikir pasal score tinggi je dalam exam. mungkin akan tidur lambat sampai mata jadi panda selepas ni. heh. *tapi akhir-akhir ni entah kenapa asyik tidur awal je -,-*

btw, good luck to all UPMians dan budak-budak uni lain yang akan amik exam start from tomorrow. :) May Allah bless and ease us always.

Jumaat, 27 Disember 2013

Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan

assalamualaikum and a very good evening. salam hujan dan sejuk buat semua.

hari tu, not la hari tu sangat, minggu lepas aku ada pergi Genting Highland untuk attend Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan. sebelum tu, mestilah anda anda sekalian sudah tahu bahawasanya Outdoor Theme Park telah ditutup and akan ditambah dengan something else yang baru.

mula-mula aku pikir, perghh, macam rugi la jugak Genting robohkan all the permainan semua tu. last hari tu aku tengok, hati bermuram durja sebab Roller Coaster, Space Shot semua da hilang wassalam kena lenyek dengan steamroller. tapi bagi aku, maybe Genting da buat keputusan yang bijak and mereka pun amik risiko yang tinggi untuk runtuhkan all that stuff and thing.


jadi, dengan robohnya Outdoor Theme Park, mereka akan buat semua permainan baru yang datangnya based from 20th Century Fox World. sebelum tu, aku nak tanya, korang ni tahu ke tak 20th Century Fox World tu apa? hahahahahah


this is 20th Century Fox. antara cerita-cerita dari 20th Century Fox ialah Percy Jackson and The Olympians ; The Sea of Monsters, The Wolverine, Turbo, The Heat, Internship, Epic, The Croods, Lincoln, Life of Pi, Abraham Lincoln ; Vampire Hunter, X Men First Class dan banyak lagi la. jadi, macam Disneyland ada Pooh la, Mickey Mouse la apa la, jadi Genting will have all that watak untuk Outdoor Theme Park yang baru. freaking excited untuk main all those games bila semua da siap nanti!

Press Conference yang berlangsung dekat Genting ni dihadiri oleh beberapa orang besar seperti Perdana Menteri kita, President of 20th Century Fox World, anak kepada Lim Goh Tong which is yang tengah pegang Genting sekarang. all the big names datang dekat Press Conference hari tu. even wartawan dari TV3, luar negara and macam-macam semua datang. well, big Press Conference kan? jadi , aku yang sebagai remaja media yang baru beberapa kali dijemput ke Press conference ni terasa kecik gila hari tu. what a world la aku ni. 




ni masa pelancaran by Najib dekat Genting masa tu. what a day! memang pelancaran yang agak grand. 


ni pulak masa sesi soal jawab antara media sama ada dari luar negara ke dalam negara. macam - macam soalan jugak la. contohnya macam pasal hotel baru, shopping mall baru *yes! akan ada shopping mall baru yang super besar , super grand macam Pavi di Genting Highland*

tak sabar tunggu Genting boleh operasi sepenuhnya nanti with new games, new outdoor theme park. it will be awesome and will be more grand than usual. Genting memang buat and amik risiko yang tinggi dengan pecahkan , hancurkan, lupuskan all the outdoor theme park and bina yang baru tapi it will be fresh start for them. heh. aku pun ada fresh start kat Genting. HAHAHAHAHAHAHAHAH, aku sebenarnya da lama jugak tak kembali ke dunia blog dan masa Genting hantar email hari tu, tetiba terasa blessed and -,- pergi je la. KAH KAH KAH. thanks Genting sebab jemput datang ke Press Conference hari tu.



muka freaking excited bila dapat pergi Press Conference and lepas dapat goodies dari sana. btw, masa ni sejuk abadi menggigil. Genting baru lepas hujan. -,- tapi kinda poyo la, orang lain lek lek je pakai short, aku je feeling UK dekat Genting tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. 



 by the way, aku tak pernah bosan bila makan dekat Genting Highland :) thanks to Coffee Terrace for our superb lunch :D bila borak-borak dengan Pelf Yeen *dia ni Executive Public Relations & Communications of Genting* dia bagi tahu, per entrance ialah 81 myr untuk sekali makan kat situ. it is really worth it :))))) *senyum lebar habis*

jadi untuk Genting! best of luck to you guys for upcoming year! serius tak sabar tunggu Genting berwajah baru and tak sabar tunggu mainan and all new games from Genting. make it worth pal! *ceh, macam bercakap dengan kawan2 je, kau ingat dia baca blog kau ni? KAH KAH KAH, najrul bangang*

again and again, thanks for inviting me. kalau ada event lain, boleh la sent email ye. heheheheheh. :) till the end. babai. thanks for reading!


p/s


cuba teka dia ni siapa? well, kawan aku kinda bangang bila dia cakap kat aku.

"dia ni bukan ke pakwe kapel seminggu Puteri Awani tu?"

aku da -,- what the heck is that la "kau biar betul."

tahap cibs kawan aku tu, dia straight forward je tanya depan-depan dekat budak tu, "eh? kau yang video kapel seminggu tu ea?"

budak tu da blushy shy. btw, dia baru habis spm. -,- The End

Isnin, 29 Julai 2013

YNOT Graffiti Event

assalamualaikum dan selamat petang.

aku sebolehnya nak habiskan  entry-entry genting yang supposedly aku kena siapkan lama. aku tak nak la berhutang ni sebab tak best la kalau berhutang ni. kalau pergi event, mesti akan pergi free dan tak payah bayar apa-apa. sebagai balasan, korang kena la tulis entry. heh. dan aku rasa entry aku ni macam da lapuk sangat. tapi takpe la, aku tulis jugak. kita share cerita dan pengalaman.

YNOT Graffiti Event ni, event yang dibuat kat Genting dan aku tak ingat bila the exact tarikh dan waktu sebab benda ni macam da lama sangat. aku tak pasti antara April ataupun Mei 2013. tak kisah la bila-bila. tapi bagi aku, semua event genting adalah sangat best dan YNOT Graffiti Event one of it yang memang tak bosan!


pass masuk yang membenarkan kau keluar masuk Theme Park Genting tanpa perlu membayar apa-apa. this pass also membenarkan kau pergi ke mana sahaja kau nak kecuali pub dan kasino la. yang dua tu tolak tepi. bagi aku pass ni macam sangat berguna. hahahahahahahahaha. untuk event ni, aku pergi dengan Jaja sebab selalunya kalau ada apa-apa event, kita memang boleh bawak seorang kawan , tak kisah la siapa-siapa pun, untuk join sekali.

YNOT Graffiti Event ni actually ialah pertandingan lukis graffiti di antara beberapa buah kolej. dekat sekitar Theme Park, masa tu ada je dinding kosong yang already dan jadi Graffiti wall. all was made by all those college student.






hahaha. macam banyak gambar aku je yang semak kan. tapi nak buat macam mana, all those graffiti is super and divinely cool. aku sangat wow!! memang sangat-sangat hebat for those yang berjaya cantikkan dinding-dinding kosong dekat Genting tu. bukannya mudah nak buat art dekat dinding pastu main lakar macam tu je. buat graffiti bukan macam melukis kat atas kertas. even kau melukis, kau still boleh melakar. kalau buat graffiti, kau terus je buat dan baling-baling warna spray dan tiada melakar.

masa YNOT Graffiti Event ni tengah berlangsung, ada another big event sedang berlangsung dekat Genting iaitu Genting Water Festival 2013. memang banyak gila model-model thailand yang seksi meksi. aku memang tutup mata je la sepanjang jalan kat Water Festival tu. memang blushing habis. haahahahahhahahahaha.


minda terasa dirogol dengan semua Water Festival ni. T_T . with the pass yang kitorang dapat tadi tu, memang dapat je main dengan bubble tu. kalau nak main tu, kena bayar lain la. bukannya suka-suka boleh main. tapi aku dengan Jaja putuskan yang errr, okay, baik pergi jalan-jalan dari main bubble. hahahahahahaha. yang penting jaga pandangan mata :3


ni pulak dekat dalam Arena of Star, Genting Highland. ada band dari Taiwan kot, ke China yang buat performance kat sini. aku memang nokharom tak paham la kalau dorang nyanyi ke apa tapi Jaja ni orang cina, jadi dia beria-ia la ajak aku. kalau band ni nyanyi, aku memang muka blur je pandang pentas tapi si Jaja ni dok miming orang kat depan tu nyanyi.

selain daripada YNOT Graffiti Event and Genting Water Festival 2013, blogger yang datang jugak dapat naik Wave Blue Rider yang baru dibukak kepada umum masa tu. and kitorang dapat naik free :3 serius best gila!!!


me and Jaja.

masa malam pulak, Elecoldxhot ada buat performance. Genting kalau waktu malam memang agak horror sikit. dengan dia punya kabus lagi. memang feeling zombi habis la. 


Elecoldxhot with LED Suit. tahu tak siapa Elecoldxhot ni? dorang la yang menang Showdown 2011. super duppa cool :) sebenarnya ada lagi satu kumpulan yang buat performance. pretty awesome jugak tapi aku tak ingat nama kumpulan tu.


Will miss this oldie time. :') *tears drop*


and my face yang annoying. HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHHAA. setiap kali ada event, mesti akan dapat makanan free yang super sedap. :) makan kat Genting and it is all sponsored by Genting itself. thank you so much guys :) just love it this YNOT Graffiti Event. dengar cerita , lepas ni Genting Highland akan ditutup sebentar untuk renovation. wuuuuu, I will miss all the great time there. :'(

so far, banyak jugak la event Genting yang aku da pernah join. so far, aku memang tak pernah keluar duit pun kalau pergi mana-mana event Genting. you guys memang rock. first time aku pergi event Genting masa umur aku 19 tahun and it is really hell time great. masa tu la aku kenal dengan Pen Merah dan Nisa Kay. dan sampai sekarang dorang still ingat aku. wakakakakakakakakakakakaka. macam tak percaya je. *tiup rambut*


menjadi blogger , ianya sangat seronok :) till we meet again. babai :) selamat berpuasa semua. 








Jumaat, 26 Julai 2013

saya pernah pergi Press Conference :)

assalamualaikum dan selamat petang dan salam 1 puasa buat semua.

dalam lifetime aku, aku pernah pergi beberapa kali je Press Conference. Press Conference pertama yang aku pergi ialah LG Party. next is Press Conference of Genting Mobile Apps dekat Wisma Genting. lepas tu , pergi Media Launching of Snow World dekat Genting Highland and paling latest ialah Press Conference of Digi WWWoW All Award 2013. takde la latest mana pun sebab benda ni da berzaman dan aku baru ada feeling nak bertaip. HAHAHAHAHAHHAAHHAAHAHA. thanks to Digi because invite me for this event. :)

aku macam still tak percaya la jugak sebab eventhough aku bukan wartawan yang mengarang untuk Berita Harian, Sinar Harian, Metro atau Kosmo tapi aku still pernah pergi Press Conference. eventhough aku pelajar Fakulti Perhutanan dan aku bukan budak Mass Comm or budak bahasa, aku pernah la jugak berminggle dengan semua wartawan. kekdahnya minggle. LULZ.

be a blogger, memang bagi banyak advantage untuk semua orang. one of it is attend the Press Conference. maybe akan ada orang cakap, PC je? who cares? hahahahahahaha. siapa yang cakap who cares boleh la tekan button X merah di belah kanan anda. kira macam best la jugak pergi PC ni sebab boleh jumpa ramai blogger lain, boleh jumpa ramai wartawan lain, boleh jumpa ramai talented bachelor dekat Malaysia, boleh jumpa ramai orang kaya-kaya dekat event and that is really good.

aku pergi PC bukanlah aku kena bayar 10 juta dollar pun. aku pergi dengan hati yang tenang dan tidak perlu membayar apa-apa malah hanya perlu membawa Kamera anda yang super canggih itu. dan juga perut yang kosong. ye la, setiap kali habis PC atau event, mesti akan ada makanan free. hahahahahahaha. kejis gila kau Nazrul cakap pasal makanan free.


ini ialah pas pelawat masa aku nak pergi ke Digi HQ dekat Shah Alam untuk event Digi Wow All Award 2013 tu. aku tak ingat la pulak the exact date and day tapi kalau tak silap bulan Mei 2013 rasanya. serius rasa cool gila dapat benda ni. *jakun :3* padahal benda ni bukanlah apa-apa pun. 


macam yang aku cakap, kat mana-mana PC atau event , mesti akan ada makanan disediakan. nampak macam hunger gila kan aku cakap pasal makanan. hahahahahahahaha. ah gasak. aku memang suka pergi event sebab makanan dia sedpa-sedap. untuk event Digi ini, dorang sediakan Chatime free. ada 3 perasa. aku ni da la batak makanan, pastu tak pernah minum chatime, jadi memang amik je la perisa apa-apa. for sureal, oh lord. AKU TAK SUKA MINUM CHATIME. mungkin chatime untuk orang kayo ajo kot. sorry chatime, aku ingat kau ni sedap macam cool blog. rupanya tidak. hampa satu badan hari tu.


most of the blogger and wartawan akan duduk kat sini. tetamu kehormat atau VVIP akan duduk kat seat khas atau sofa yang enak lagi gebu. 


disebabkan event Digi ini event yang sangat besar, jadi macam yang korang nampak, Digi ni memang banyak penaja la . contohnya macam Yahoo Malaysia, AIG , Era, ASTRO, IACT College, Google Malaysia, Chatime, Nuffnang, Churp Churp , MSN, HTC, and banyak lagi la. gambar kat atas ni, ni semua ialah wakil-wakil tertinggi syarikat yang aku sebut tadi tu. memang rasa wow la sebab dapat jumpa all those Executive yang memang high achievers dan memang real depan mata. kau akan rasa wow sebab mereka sangat hebat dan mampu pegang jawatan yang sangat tinggi :)


boleh berjumpa abang kacak dari Era :)


dan juga gadis cantik daripada Hitz. :D pergi PC memang best dan akan dapat banyak experience. untuk Digi Event ni, habis je PC, terus pulak sambung kepada event lain iaitu Minggle With The Top Malaysia's Bloggers and Youtubers. ada 3 orang hari tu tapi yang aku ingat ialah Budiey.com. Budiey ni ceritakan la pengalaman dia menjadi blogger pemes amos dan pergi ke Hong Kong la London la apa la itu la ini la. dia memang superb dan macam-macam lagi la. 

sebenarnya, jadi blogger yang bagi aku peluang untuk ke Press Conference ni and have a really good time. walaupun sekarang da jarang menaip. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. kekdahnya aku pemalas nokharom, tapi seriously, for those yang nak gain experience, boleh la mencuba membuat blog. banyak benda yang korang akan dapat. one of it is this PC :) mana tahu, anda akan pemes amos suatu hari nanti macam Hanis Zalikha , Maria Elena ataupun Fatin Liyana. kekdahnya, promot blogger dot kom. please bayar aku blogger. 

ini la kisah saya bila saya pergi Press Conference. I'm still kiddo lagi. aku baru 19 tahun. *bajet muda, KAH KAH KAH* tapi try la banyak benda and for sure akan gain banyak benda nanti.

saya sudah merasai pengalaman itu.  anda bila lagi ? :)

*bajet* 



Rabu, 1 Mei 2013

Review Movie : The Croods


da tengok cerita ni dekat panggung wayang? 

buat sesiapa yang belum tengok cerita ni dekat wayang, I bet, u must watch it!!!! cerita ni adalah sangat best malah lagi best daripada The Incredibles - Brad Bird , Despicable Me - Pierre Coffin dan lain-lain.

bagi aku cerita ni sangat best. tak tahu kalau orang lain kata cerita ni tak berapa best atau so - so. well, in my opinion, cerita ni adalah sangat bagus, penuh dengan tauladan, penuh dengan nasihat, penuh dengan ideologi yang bagus

banyak yang aku belajar lepas tengok The Croods ni

1)jangan ada pemikiran yang sempit.

2) hendaklah eager untuk mencuba sesuatu yang baru

3) jangan jadi paranoid terhadap benda yang kau tak tahu

4) hidup kena guna otak, jangan guna anggota badan je.

dan banyak lagi la kalau aku nak senaraikan lagi kebaikan menonton cerita The Croods ni. aku tengok cerita The Croods ni dengan Ameer dan juga Rita dekat Jaya Jusco Bukit Raja Klang lepas datang ke Digi HQ untuk event 36 jam tanpa henti - Hackathon - 

cerita The Croods ni sesuai untuk ditonton bersama keluarga. masa aku tengok cerita The Croods ni pun, ramai je yang tengok dengan anak-anak diorang. karakter dalam The Croods adalah sangat comel dan memang menarik dan bakal membuatkan anak-anak anda semua terpaku melihat cerita The Croods ni.



ni trailer dia. bila tengok komen-komen penonton dekat bahagian bawah youtube tu, aku macam wow!!! dorang pun setuju dengan aku yang The Croods is the best. it is really unexpected la. you will never expect that the story will gonna be awesome.

the story is full of joy. full of family bond and sentiasa gelak tengok cerita The Croods. suggesting, buat sesiapa yang belum tengok The Croods, cerita ini adalah wajib tonton :)

boleh datang dengan family dan pasti family pun tersenyum lebar lepas tengok cerita The Croods :) okay, selamat 1 Mei dan selamat bercuti!!!

Sabtu, 16 Mac 2013

happy birthday ikan!!!!!!!!!

assalamualaikum and a very good evening

semalam ialah 15 Mac 2013 which is hari jadi jaja. aku dengan Desague telah merancang untuk prank jaja. segala rancangan dan perancangan telah dirancang dengan penuh jayanya oleh Haidhar. :)

jadi cerita bermula pada jam 8 malam apabila aku turun ke Phoenix.

***************************************************************

aku berjalan ke Pejabat Bumi yang terletak dekat betul-betul sebelah blok G atau blok Marikh. terus aku telefon Hajjar untuk mintak tolong dia.

"hello, assalamualaikum kak Hajjar. ada kat mana?"

"kat bilik. kenapa?"

"nak jumpa kejap. sekejap je. jumpa dekat Pejabat Bumi. cepat tau."

"okay, okay." jawab Hajjar memberi persetujuan pantas. tak lama lepas tu, nampak Hajjar keluar dari biliknya dan pantas menuju ke Pejabat Bumi. Hajjar kelihatannya pakai baju kurung. "nampak tak pakai baju apa? terus sambar je baju tadi. kenapa?"

"ni tolong pakaikan kat Haiza. kitorang nak prank dia." aku pantas bagi kain hitam dengan eye mask *eye mask ke namanya? =.=' ah, gasak. haha* pada Hajjar. "cepat tau." gesa aku.

"Haiza ada kat bilik ke?" tanya Hajjar.

"ada, ada," jawab aku pantas. "sebab petang tadi da cakap kat dia, malam nanti ada meeting MGP. mesti dia tak ke mana-mana."

"ouh okay. kalau macam tu tunggu kejap." Hajjar terus kembali ke blok perempuan.

jadi, aku pun tunggu je la dengan penuh berpeluhnya dekat depan Pejabat Bumi tu. mak aih., lama okay tunggu si Haiza ni bersiap. I was like. =.=' sejak bila si ikan bersiap lama gila. si Haiza ni bukanlah jenis yang berfesyen. aku syak mesti Hajjar ada make up, make up muka si Haiza ni.

=.='

hahaha. disebabkan aku da mula berpaya berlecak tunggu kat pejabat bumi tu, terus aku telefon Jana.

"hello, jana. cuba tengok Haiza kat sebelah bilik kau tu. dia tengah buat apa? tapi jangan cakap kat dia, aku yang tanya."

"aaa, okay-okay." jawab Jana dari hujung corong telefon. lepas tu, dari hujung corong telefon, aku dengar si Jana ni bagi salam kat bilik Haiza. aku rasa si Jana tengah mengusha apa yang si Haiza ni tengah buat.

lepas tu Jana cakap. "okay, okay jap. da nak siap ni."

tak lama lepas tu, aku nampak si Haiza ni dipimpin oleh Hajjar sambil matanya legap ditutup dengan kain hitam. Haiza mula jalan terkedek-kedek macam itik. aku tak tahu sama ada aku da mula hilang sabar sebab Haiza ni lambat sangat jalan ataupun aku nak tergelak sebab kelakar gila bak hang.

masa tu, kat Dataran Phoenix ada Aiman, Syakir dengan Alip. aku awal-awal lagi da bagi amaran kat diorang suruh diam kalau nampak apa-apa yang strangers. nasib baik la diorang diam masa nampak Haiza dipimpin oleh Hajjar masuk ke dalam  kereta.

Hajjar pakaikan seatbelt pada Haiza. "jangan bukak ikatan tu." amaran Hajjar pada Haiza. Hajjar pandang aku lepas tu seisi kereta.



"jaga dia elok-elok." pesan Hajjar. aku hanya buat thumbs up sebab tak nak bercakap apa-apa. kalau aku cakap, of course la si Haiza ni tahu yang aku ada dalam kereta tu.

jadi, kereta kitorang pun mula bergerak ikut kereta kat depan. kereta depan , dalamnya ada Haidhar, Gee, Pika dan juga Asfa. kereta kedua pula, ada Acap selaku driver, Farris, Naqi, aku (duduk kat kerusi belakang) dan juga Haiza yang duduk kat kerusi depan sambil matanya tak nampak apa.

"siapa ni?" tanya Haiza.

kitorang diam je. acap kuatkan radio.

"korang nak pergi mana?"

"siapa korang ni?"

"kenapa diam je?"

"kenapa tak cakap apa-apa."

Haiza mula frust sebab kitorang diam. aku dengan budak-budak lain da nak tergelak terbahak-bahak. acap awal-awal da buat muka 9gag dia tu. lagi la aku nak gelak bak hang punya. lepas tu, fon Haiza berbunyi.

aku da mula mencarut dalam hati. adus. mintak-mintak la budak Haiza ni tak bukak mata untuk angkat fon. yang ajaibnya, Haiza mampu angkat kol walaupun dengan matanya yang tertutup. terus aku tabik spring doink toink dekat Haiza. haha. mesti dia da memahami tubuh fon dia dengan begitu baik sampaikan dengan mata tertutup pun dia mampu tahu kat mana button nak angkat kol.

"hello." jawab Haiza.

diam sekejap. "ili ke ni?"

diam lagi. "ni kena culik ni. tak tahu dorang bawak ke mana." aku terus nak tergelak. buat pengetahuan korang, Haiza ni cina dari Sabah, jadi pemilihan  ayat dari dia, kadang-kadang agak lawak seperti,

'bom jatuh gugur dari angkasa.'

=.=' hahaha. ayat dia tak salah. tapi kelakar dan nampak macam klasik.

"tak tahu ili. mata tertutup. tak tahu siapa diorang ni." jawab Haiza lagi. aku rasa budak perempuan tu da bengang. masa tu jugak terus aku texting si Gee.

'weh, gee. pergi kol jaja. buat nampak macam korang ada kat bilik.'

tak lama lepas tu, fon Haiza ni berbunyi lagik. yang ni aku syak dari Gee. tapi rupanya dari Pika.

"hello." jawab Haiza. "sorry la. tak dapat nak datang malam ni. malam ni busy. malam ni ada meeting dengan Pai pasal MGP. pastu ni kena culik. malam nanti nak pergi bilik adik-adik asasi."

walaupun aku tak tahu apa yang Pika cakap, tapi aku tahu apa isi yang Pika cakap, mesti pasal buat facial kat bilik dorang kat KMR.

"tak dapat la Pika. esok lusa tak boleh ke? tapi malam ni memang tak boleh."

lepas borak itu-ini dengan Pika, si Haiza ni letak fon. aku duduk kat belakang Haiza jadi aku nampak si Haiza ni main-main fon dia. dia pusing-pusingkan fon dia macam helikopter.

lepas tu, tetiba aku dengar suara Haiza bising-bising. "tak baik amik fon orang!!" acap bagi fon Haiza kat Naqi sebelum aku amik fon Haiza untuk hack budak perempuan tu.


lepas hack Haiza , bagi aku hack yang tidak seberapa la. kitorang pun sampai Putarajaya. kitorang buat prank besday party Haiza kat dataran Putrajaya. kereta kitorang berhenti dan parkir kereta belakang kereta Haidhar. kitorang still dalam kereta and nampak dari dalam kereta macam mana Haidhar, Gee, Acepaa dan juga Pika deko tempat dengan masa yang zap zap zap cepat gila. angkut tikar segala bagai, letak makanan bla bla bla sebelum kitorang dari dalam kereta, hulurkan kek.  aku and the rest mula duduk kat keliling makanan sambil Haiza dipimpin oleh Pika pulak. 

pika duduk and dia nak suruh Haiza duduk, tapi Haiza tak paham. Pika tak boleh nak cakap guna suara. ye la, kalau cakap, mesti la kantoi nanti si Haiza ni tahu. si Pika beria-ia tarik tangan Haiza suruh budak tu duduk. tapi budak tu tak paham, lepas tu tanya. 

"nak buat apa ni? cakap la!"

akhirnya, entah macam mana *memang ajaib la* si Haiza ni dapat duduk jugak. lepas tu Pika bukak kain hitam Haiza, 

one, 

two, 

three. 

once Haiza bukak je mata dia, terus kitorang cakap,

HAPPY BIRTHDAY HAIZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lepas tu, si Haiza ni bantai menangis. haha. terharu sangat kot. lepas tu, ramai-ramai kitorang nyanyi lagu happy birthday kat dia. 



dear Haiza Kah.

selamat hari jadi!!!!!!!!!!!!!!!!!!! selamat menjadi gadis yang berumur 20 tahun!! haha. yang pasti kau da tua la. lepas ni, moga lagi dedikasi update twitter kau tu. dan semoga gadis yang lebih baik untuk semua. amin :)


dari kiri

@aku
@gee

sekian!!!!!!!!!!!!!!! kita jumpa lain kali. sekian cerita epik seekor ikan bernama Haiza atau Jaja. cerita epik yang mungkin boleh diceritakan kepada anak cucu dia dengan permulaan ayat yang bakal digunakan ialah

"pada suatu malam, masa tu nenek tengah tidur........"

semoga panjang umur :)

orang2 yang terlibat secara tidak langsung








Jumaat, 8 Mac 2013

result semester 1 degree. full

assalamualaikum wbt dan selamat petang. almost pagi and almost subuh masa aku tulis entry ni.

ohayo gozaimasu!!

aku da masuk minggu ketiga untuk semester 2. ini bermaksud, aku da dapat tahu result almost 4 weeks ago. alhamdulillah, result aku sangat okay dan aku bersyukur gila-gila.

saat aku tengok result aku tu, aku da ARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!

okay, disebabkan masa tu hujan, maka satu rumah *emak, ayah, anak2 buah* tak dengar la aku menjerit gila barbie happy. haha. masa aku tengok result tu, aku tengah on call dengan Jaja kat fon.


aku tak tahu la jaja masa tu dengar aku menjerit ke tak. tapi for sure, masa tu aku tengah guling2 macam guli kat dalam bilik sebab terlalu happy. sebelum ni, masa zaman asasi, tak pernah dapat result gempak macam ni.

result masa zaman asasi aku adalah result zaman gonjeng2. result main2 dan sebagainya tanpa serius pointer after all. menjadi cabaran untuk aku ialah untuk kekalkan pointer yang ada .

semester 2 aku sangat hardcore. a bit. maybe not a bit. tapi sangat banyak. much hardcore daripada semester 1. dan aku ada 21 kredit hour di mana, aku ada 2 kali kelas malam dan 4 kali kelas start jam 8. 

i was like 

=.='

oh boy. kelas pukul 8 pagi la aku paling hambar sekali dan paling susah nak bangun. XD seriously, memang susah nak bangun. haha. hopefully, semester 2 ni, aku dapat bangun dengan cekal dan tabah pada jam 8 pagi tanpa pertolongan Heiqal si rumate. *konon*

okay, got to go. a lot of work need to do. kepala aku da macam kena gerudi keluar sekarang ni. 

selamat malam. babai. assalamualaikum. :)

Khamis, 21 Februari 2013

semester 2 of degree life.

assalamualaikum and a very good evening.

hari ni da masuk hari ke 4. seriously terkejar kejar ke sana sini untuk uruskan itu dan ini. serious rasa penat gila bak hang untuk uruskan sana dan sini. that is all the experienced that I gained from college.

untuk semester 2 ni, aku ada subjek Dendrologi, Komputer di dalam hutan, pengenalan kepada sains perhutanan, pengucapan awam, biology dan juga oral interaction skill.


ni jadual aku untuk sem 2. aku amik 15 kredit hour. thanks to Allah, aku tak amik koko this sem, so sabtu aku free. wiiii. 

Dendro : blur. aku tak paham apa yang kak pa cakap kat depan. kak pa tu lab assistant kitorang. aku punya coursemate panggil dia akak hotsetaff.

Komputer di dalam hutan : asfa kata kelas ni susah and asfa ialah seorang gadis yang mahir pasal komputer. aku pulak ialah manusia yang aca dumb pasal komputer. jadi kau nampak tak apa yang bakal jadi kat aku?

pengenalan kepada sains perhutanan : lecturer aku sangatlah sempoi. baik gila. haha.

Pengucapan Awam : opkos kitorang dapat hot lecturer. well, like seriously, kalau lecturer daripada FBMK, semuanya ialah jenis yang hotsetaff *kak pa kes lain even dia dari Fakulti Hutan,* well, aku suka and satu kelas suka dengan lecturer Pengucapan Awam. dia ada PHD dari NZ. coolllllllllll.

Oral Interaction Skill : Kbai . BHEP you are suck!

belum masuk hujung minggu lagi tapi aku da rasa letih gila. even baru first week, esaimen berlambak gila woi. lagi2 esaimen dendro. haih. boleh tahan mengundang kalau aku nak carik part2 tumbuhan tu kat internet.

serious , ada juga feeling nak baling lappy je. kah kah kah. aku da malas nak taip banyak2. nak tidur dulu. esok ada kelas Oral Interaction Skill. blerghh. kelas BI.

=.='

selamat malam!! May Allah Bless Us


Khamis, 14 Februari 2013

Open Theme Park - keliling Genting.

assalamualaikum and a very good evening.

almost 330 in the morning masa aku buat entry ni. gila busy bak hang dengan segala bagai kursus and bercuti sana sini. memang takde masa la nak buat entry kat blog. esok malam aku ada sambung kursus lain dengan BHEP UPM pulak. ah gasak. nasib baik ada kawan. boleh gonjeng sana sini.

okay, lupakan pasal tu. aku bet semua orang pernah pergi Genting. masa aku dapat invitation untuk join event Genting which is pelancaran Snow World, this is the hell first time aku pergi Genting =.=' kesian gila hidup aku.

haha, aku memang tak pernah pergi theme park dia. so far, kekdahya aku just pernah main kat Times Square tu je la. kat Genting? memang jadah haram aku tak pernah langsung main apa2 kat situ. nehi, zero, kosong, yelle puci, nada.

so, after the pelancaran Snow World tu, currently memang first time la aku main kat Open Theme Park of Genting Highland. sebab tu la, aku macam batak nak buat entry ni. tadaa! Najrul first time main kat Open Theme Park. *clap, clap sejuta kali*



semangat main Spidey ni. gila bak hang la, aku jerit macam apa je. tapi bukan jerit kepit la =.=' haha. aku jerit kuat2 punya macam Genting tu keturunan aku yang punya.



muka semangat haidhar naik Spidey. XD.


space shot? ke solero shot? what eva watapadia la, aku nak naik, tapi Haidhar, Amirul and Syahmi, semua tak nak naik. maka, disebabkan takde kawan and lepas tu budak2 ni kata gayat la, perut nak terkeluar la apa la, terus aku , ahh, malas la nak naik benda alah tu.

tapi nanti bulan Mei, aku nak pergi Genting dengan Kak Ngah , dia kata,

" benda tu tak seram langsung."

i bet u will sis. haha. nanti kita naik sama2 okay!



benda alah yang untuk budak2 ni pun, aku bantai naik dengan Haidhar and Syahmi. masa kitorang pergi tu, tak ramai pengunjung pun sebab ye la, kitorang pergi hari rabu. ke hari selasa. tak dapat dipastikan la bila. so, disebabkan da takde aktiviti lain, maki weolls pun naik la benda alah itu. dengan penuh riang ria lagi girang okay.



first world hotel yang warna warni. woot woot. nanti masa bulan mei, aku dengan kak ngah akan jejak kat situ. free of charge dan fully support by Genting Highland! thanks Dato' kevin Sim. lebiu so much la. :)



aktiviti wajib ialah Bumper Car! woot woot. this is what we loike. masa aku dengan syahmi, Haidhar and amirul tunggu turn nak naik bumper car, semua dok perhati keliling. semua dok perhati, budak kecik mana yang sesuai nak jadi mangsa Bumper Car.

haha, like seriously, kitorang naik Bumper Car dua kali sebab nak membuli budak. watapadia syiok gila la! haha. budak2 yang macam umur 6 ke 7 tahun, memang jadi mangsa kitorang la. haha. so funny la bila ingat balik.



semangat gila kot naik gajah ni! haha. for the hell yeah, gajah ni memang trang tang tang sesuai untuk budak 4 ke 5 tahun cenggitu tapi dengan bosan gila barbie, maka , aku dengan budak2 lain putuskan untuk naik jugak benda alah ni. ye la, buat apa lepak dalam Genting lama-lama kalau tak try benda lain kan?

Am I right?

hehe.





sebelum kitorang balik, kitorang , all the bloggers berkumpul kat satu tempat ni. tapi aku lupa la nama tempat tu. dia macam muzium of Genting la. dekat dengan Coffee Terrace je. by the way, ni semua pingat dan piala yang Genting dapat sepanjang diorang wujud kat dunia ni.

so many trophy and blerghh, coolio gila and sangat gempak kot!!




tadaa!!! ini adalah permainan wajib okay kalau korang datang ke Genting. haha. serius cool gila benda ni XD kah kah kah.

aku memang teringin la naik kuda pusing2 ni. bukan senang nak dapat kan. memang feeling macam budak2 perempuan pakai baju pink pastu ada reben kat belakang. haha.

so guys, aku rasa, alaa, banyak je daripada korang da penah pergi Genting kan? I bet you will. aku rasa , aku je la yang loser agak lambat nak pergi. haha. *gelak tersipu-sipu* tapi kan, best gila kot kalau pergi dengan kawan2. feeling dia tu memang terasa la.

kau nak gonjeng2, gelak2 macam apa je pun boleh because korang hang out dengan kawan2. for real, Genting is super coolio. korang lepak sana, memang bonding antara kawan2 memang akan jadi makin rapat gila :)

okay, nak tidur dulu. selamat malam. :) till then.

babai!! assalamualaikum.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...