da lama gila aku tak post pasal After A Year kan? haha. after a year tu apa? After a year tu ialah mini novel yang aku create a long time ago. da lama bak hang! tapi sekarang aku baru nak masukkan kat dalam blog ni.
aku ada je post episode 1 dan jugak episode 2, After A year sebelum ni. kalau nak baca, boleh klik dekat sidebar kay. now! here we go! episode 3 of After A Year!!
Hinara masuk ke dalam dewan kuliah. Hari ini ada kelas Organic Chemistry. Aduh, malasnya nak hadap subjek itu. Sejak zaman sekolah lagi dia memang lemah tajuk-tajuk dalam organic chemistry ni.
Dia mengambil tempat di sebelah Siti Hajar. Hajar Ismail.
Hajar dari Perak darul Ridzuan.
Hajar yang baik hati.
Hajar yang selalu teman dia makan.
Hajar yang selalu teman ajar subjek-subjek killer.
Hajar yang penyabar juga.
“ hai Hinara.” Sapa Hajar.
“ hai Hajar!” sapa Hinara ceria.
“ eh? Ni kenapa terlebih ceria? Kekdahnya ada gosip nak story la tu?”
Hinara buat muka. “ Hajar. Takde gosip okay. I’m free of gossip.”
“ ye la tu. Kononnya takde gosip. Semalam aku nampak kau dating dekat library tu apa? Amboi. Patut la semalam aku ajak study grup sama-sama, dia tak nak. Ada hal kononnya. Padahal dating.”
Hinara kerut dahi. Apa yang makcik ni cakap? “ err, semalam? Bilakah? Oh!” tetiba terdapat pengertian dalam kepala otak Hinara. “ Umar. Maksud kau, Umar ke? Hajar. Kitorang takde apa-apa okay. Umar tu dah la psiko gila okay. Dia yang ajak jumpa.” Hinara buat nada meluat.
“ jumpa kat library? Umar ajak jumpa dekat library?”
Hinara angguk.
“ Hambar gila.” Sambut Hajar.
“ i know right. Gila hambar. Kalau nak ajak jumpa pun, ajak la jumpa dekat tempat lain. Ni tak, ada ke library.”
“ yang kau pergi jumpa dia dekat library tu apesal? kau boleh je tolak kan? Kenapa? Dah kena nasi kangkang Umar ke?”
Gelak!
Nasib baik Dr. Asmah tak masuk lagi. Pelajar-pelajar lain tak ambik kisah sangat pun sebab masing-masing juga sibuk bergosip.
“ nasi kangkang pun boleh Hajar oit.”
“ eh? Kenapa dia ajak jumpa?”
“ sebab dia psiko. Dia ajak couple.” Hajar terus tergelak. “ dia tu gila ke apa? Tolong la sedar diri tu sikit. Muka loser habisan. Ada hati nak ajar aku couple.”
“ seriously people? Budak tu ajak couple?” Hajar tunjuk muka jengkel. “ dia memang psiko habisan. Habislah lepas ni budak tu mesti ajak jumpa je. Uuuuu.”
“ Hajar.” Hinara tepuk tangan Hajar. “ come on. Jangan nak buat lawak okay.”
Hajar hanya tersengih je. Tapi Hinara tahu, Hajar nak tergelak besar tu. Siapa yang akan tak tergelak besar okay. Aku pun bodoh pergi bagi tahu Hajar. Umar adalah budak nerd yang sangat nerd.
Sekian.
Noktah.
Malas dah nak cerita tentang Umar yang nerd itu.
Tiba-tiba Hinara teringat peristiwa malam tadi. Dia teringat akan Armand .
Armand tak nerd.
Dan kitorang berjumpa pun bukan dekat library. Ianya di stesen PWTC. Pelik? Sangat pelik.
Dia teringat akan huluran Roti Boy Armand.
Dia teringat akan kejaran Armand semasa dia di eskelator.
Dia teringat apabila Armand tersenyum pahit.
“ malam tadi kan, aku ada jumpa seorang lelaki dekat Stesen PWTC. Nama dia Armand.”
“ apa dia Hinara? Ulang balik semula.” tanya Hajar sekali lagi. Gadis itu sedang mengambil barang dari beg kuliahnya sebentar tadi. “ sorry, aku tak dengar tadi.” Hajar senyum kambing.
“ malam tadi aku ada jumpa seorang lelaki tu.” Ulang Hinara. “ nama dia Armand. He was pyscho. Yes. Itu baru kita boleh panggil kita psiko.”
“ kenapa kau cakap macam tu? Dia ada buat apa-apa ke dekat kau ke?”
“ actually, malam tadi aku pergi PWTC. Ada KL Fashion Show and I went to PWTC Station. Entah macam mana tetibe je dia tegur aku. Pelik sangat. Dia tanya.”
“ nak satu?”
Dan selepas itu Hinara ulang cerita kepada Hajar dari A sampai Z. Dari mula-mula Armand hulur Roti Boy sampai kepada Armand mengejar dia ketika dia di eskelator KL Sentral kemudian bersambung sampai ke “ err, Anna. Saya mintak maaf. I’m just being stupid.”
“ oh Hinara! Kalau aku jadi kau, dah lama aku amik can nak kenal dia.” Respon Hajar pantas. Hinara terkejut. “ tapi betul jugak cakap kau, dia tu memang psiko. Tapi, bukan semua lelaki macam tu. Aku rasa dia tu bukan lelaki yang jahat.”
“ tu apa yang kau rasa.” Balas Hinara. Dia kerut dahi. “ Aku rasa kalau kau ada dekat tempat aku, kau mesti dah menjerit. Ye la, kau kan cepat panik.”
Hinara gelak. Hajar pula buat muka.
“ tapi seriously Hinara. Aku rasa, aku kena ajar kau macam mana nak naik komuter, Rapid LRT, Putra and Monorail bla bla bla semua tu. Lepas ni kalau kena kacau takde la panik macam malam tadi.”
“ yap. Aku pun rasa macam tu. Tapi mama kata tempat macam tu tak elok. Tu tempat untuk golongan bawahan je. Mama kata......”
Hajar tersenyum sinis. Dia pintas cakap Hinara“ dan siapa pulak mak kau? Keturunan diraja ke? I’m not to be rude but your mum are sceptical with all of this. Trust me. There’s nothing to afraid when we are goin to place like that. Our prime minister not doing thing like that just for free. Setiap benda yang dicipta, I bet, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.”
Hajar si budak bahas sudah mula berbahas. Hajar dulu pernah dapat naib johan Debat Keamanan di UPNM. Malangnya UPM kalah kepada UPNM pada peringkat akhir. Hajar mencari barang lagi dalam beg kuliahnya.
Oh, Hajar keluarkan buku Organic Chemistry rupanya.
“ Aku memang nak try.” Hinara teragak-agak. “Tapi mama selalu tak bagi. Aku rasa abang Joshua pun mama tak bagi tapi dia curi-curi naik komuter sebab dia tahu semua route.”
“ now you tell me.” Hajar sengih kambing. Sekali lagi. “ eh, by the way Hinara, handsome tak Armand tu.”
Hinara dah buat muka. “ Hajar. He is messy okay!”gelak.
“ takpe la. Aku suka orang messy ni. Ada mintak nombor telefon dia tak?”
“ Hajar please.”
“ tahu tak dia tinggal dekat mana?”
“ no.”
“ tapi kenapa dia muram ea malamn tadi?”
“ just don’t know.”
“ alaa, kenapa kau biarkan dia macam tu je. Kalau aku, da lama aku mintak nombor telefon dia.”
“ tak malu!”
Hajar sengih. “ macam cerita dongeng je la cerita kau ni.”
“ cerita dongeng ada happy ending je. Thanks cakap macam tu my Hajar.”
“ Aku nak sangat macam tu.”
“ then you can try do by yourself sister.”
“okay pelajar.” Dr. Asmah dah masuk dalam dewan kuliah. “ semua dah sedia nak buat kuiz pagi ni?”
Dan rungutan dalam dewan kuliah mula kedengaran. Hinara dan Hajar seraya berkata serentak perlahan.
“ there you go. Quiz. Just love it sistah.”
“ eh, berani pulak naik komuter sorang-sorang hari tu?” tanya Joshua. Ketika itu Hinara dan Joshua sedang lepak di Secret Recipe KLIA. Makan sebentar dan bersantai di kedai comel itu sebelum menjemput sepupu mereka yang akan pulang dari Hungary.
Hinara menyuap sesudu Indulgences ke dalam mulut. “ sesaja je. Bukan selalu kan?”
“ tapi kenapa tetiba je? Mesti ada sebab kan?”
“ takde apa-apa la abang Joshua. Betul. Takde apa-apa.” Tambah Hinara apabila Joshua tunjukkan muka tak puas hati.
“ okay then kalau macam tu.” Joshua angkat bahu. Joshua mengerling jam tangan. “ eh, dah habis makan? Kalau dah, jom kita tunggu dekat bawah.” Ajak Joshua. Hinara menyuap buat kali terakhir sebelum mencapai Gucci dan mengikut Joshua yang sudah mula melangkah meninggalkan Secret Recipe.
Baru pukul berapa. Apesal abang Joshua nak gerak awal sangat? Hinara dah merungut dalam hati.
Hinara dan Joshua menunggu sepupu mereka dengan sabar di Balai Menunggu. Mereka berdiri sebelah menyebelah. Hinara sebenarnya malas nak ikut si Joshua ni sebab dia dah berjanji dengan Hajar untuk belajar naik tren hari ini. Tapi disebabkan Joshua dah memaksanya dan Hajar pula kata tak kisah, maka dia pun mengikut la jugak abangnya itu menapak ke KLIA.
Ramai la pulak yang menunggu hari ini kat Balai Menuggu. Memang semua dah pakat nak balik ramai-ramai dari luar negara ke apa? Tetiba lagu 4 Minutes- Madonna feat Justin Timberlake- menyanyi kuat di Balai Menunggu itu.
Sejurus lagu 4 Minutes berkumandang dengan kuat, ramai orang mula bergerak ke tengah-tengah Balai Menunggu dan mula menari.
“ Flashmob!” Kata Hinara pantas.
Mereka mula menari dengan rutin yang sama. Serius Hinara rasa terkejut. Sebelum ini dia hanya membaca dalam blog Hanis Zalikha sahaja tentang fashmob di KLIA dan memang dia berharap sangat-sangat agar dia sendiri boleh melihat flashmob itu dihadapan kepala matanya sendiri.
Now, you have watch it Anna Julia Hinara.
Hinara terkejut gila bila abangnya, Joshua menyertai flashmob tersebut dan mula menari. Sekarang krew flashmob itu sedang membuat aksi Wacking tidak kira lelaki mahupun perempuan.
“ abang aku ni biar betul.” Gumam Hinara. Hinara pasti sangat abangnya itu sendiri adalah ahli flashmob sebab rutin diorang semua adalah sama. Tiada yang silap pun. Tapi sejak bila abang join street dance ni?
Kalau mama tahu memang masak la abang. Aksi Wacking kini bertukar kepada aksi lain. Mereka yang berada di balai menunggu ada yang mula mengambil gambar dan ada juga yang merakam aksi flashmob. Hinara menyertai yang lain dengan menepuk-nepuk tangan.
Joshua meminggir dari kumpulan flashmob dan menarik tangannya.
“No,no, no.” Hinara cakap tak nak pun tapi sekarang kini dia berada di tengah-tengah krew flashmob. Krew-krew flashmob menepuk tangan sambil membuat bulatan di sekelilingnya. Hinara hanya mampu berdiri tanda dia tak tahu nak buat apa.
Kemudian ahli flashmob itu meneruskan tarian mereka dengan membuat aksi lain. Hinara hanya mengikut perlahan sahaja sebab dia tidak tahu menahu langsung tentang rutin yang dimainkan oleh krew-krew flashmob tersebut.
Ok, now I’m looking so stupid because I don’t know the routine. Thanks Abang Joshua. You made my day. I just love you.
Tapi lama kelamaan, apabila Hinara tenung perlahan-lahan tarian itu, dia dapat menangkap rutin yang dimainkan oleh krew-krew tersebut. Eh? Macam senang je. Tak la susah sangat dan dia mula menari sama perlahan-lahan.
Dan Hinara mula tenggelam dengan lagu 4 Minutes.
Dalam kereta Waja itu kecoh dengan gelak tawa Hinara, Joshua dan juga sepupu mereka Iman Halili.
“ I was like. Eh? Itu bukan Hinara dengan Joshua ke? Sejak bilalah pulak korang semua pandai menari ni? Auntie Maria tak bising pulak.”
“ believe me.” Kata Joshua dari tempat pemanduan. Dia pandang ke belakang sebentar memandang Iman sebelum pandang ke hadapan semula. “ jangan cakap dekat mama kitorang. Kalau tak, I was dead.” Joshua pandang Hinara. “ and I do not know that you can dance really well sister. Since when la you can dance like that?”
“ hello, tengok kaki la.”
Kereta itu bergema dengan gelak tawa lagi. Kini mereka menuju ke Height Hills untuk menghantar Iman pulang ke rumah.
“ Hinara actually bukan la krew flashmob tadi pun.” Bagitahu Joshua pada Iman. “dia just menggedik je menari dekat tengah-tengah tu.”
“abang!” marah Hinara. “ now you tell me. Keji punya abang.” Hinara pandang Iman di kerusi belakang. “ abang aku memang psiko. Aku kat tepi je. Lepas tu tetiba je dia tarik aku pergi kat tengah-tengah tu. Gila tak gila.”
“tapi kau tak la memalukan diri sendiri sangat.” Balas Iman. “ at first aku ingat kau krew flashmob tu, tapi bila aku nampak kau terjatuh.”
Joshua dah mula gelak. Dan Hinara memarahi abangnya sambil memukul mukul kecil abangnya.
“ aku dah macam, okay, she is not the krew. Aku tahu sangat.” Tambah Iman satu persatu.
“ aku rasa macam nak hempuk diri sendiri je bila jatuh tadi. Malu gila weh. Malu tahap apa je. Hello, aku pakai heels kot.” Muka Hinara dah merah. Padahal dia jatuh tadi bukan la sebab kasut tumit atau apa. Tapi sebab ada Armand. Armand melihat dia menari. Hinara tahu sangat yang itu Armand.
Dengan rambut se-messy itu. Ya. Hinara kenal sangat yang itu Armand. Bila dia nampak Armand tadi, dia terus terjatuh sebab terkejut. Apa mamat tu buat kat sini? Dan matanya memaku pada Armand. Lekap.
Armand pada mulanya hendak masuk ke dalam krew flashmob itu dan membantunya bangun, tapi apabila abang Joshua membantunya bangun, dia melihat si Armand memberhentikan langkah dan terus berlalu dari situ.
Siapa kau Armand? Siapa kau? Kita kenal ke? Do we know each other?
*******************************************************************
tamat!!! tamat untuk episode 3. okay. stay tuned untuk episode 4! hahaha. okbai. kalau suka, komen la :)
1 ulasan:
siapa armand sebenarnya??! lama gle ok nk tggu ko update cerita ni! haha. best jugak ceritanya!
Catat Ulasan