Isnin, 29 April 2013

After A Year - Chapter 9

assalamualaikum dan selamat petang.

well, actually , almost pagi. masa aku nak update entry ni, sesungguhnya, aku baru teringat yang aku belum update entry YNOT GRAFFITI. oh boy. serius terlupa. nanti bila aku da rajin, aku update ye cerita pasal Genting tu.

okay, jadi, sekarang aku nak post cerita tentang si Anna Julia Hinara. chapter 9 of After A Year. here we go :)



************************************************************************************


Hinara gigih mencari maklumat pasal Junior Squasy Selangor. Tak pun, dia tulis pada tab , Pemain Squasy Selangor. Hampa bak hang! Hinara tak jumpa apa-apa. Kalau da fed up, dia terus taip Armand Amir pada google. Hampa. Tak dapat jugak.

“oit.” Tegur Hajar. Dia duduk disebelah Hinara. “carik apa? Husyuk bebenar.” Kedua – dua mereka berada di Kafe Kompleks Akademi A. Hinara terus tutup laptop. Sejak berjumpa dengan Emir hari tu, gigih dia mencari maklumat pasal Armand kat internet.

Tapi jadah haram tak dapat apa. Motif Hinara nak carik over over pasal Armand? Err, just nak kenal and tahu macam-macam gitu jek. Takde lebih-lebih pun la.

“da pukul berapa ni?” tanya Hinara pada Hajar.

“2.30 petang. 2.45 kita masuk la dalam kelas. Hambar gila kalau nak masuk awal-awal dalam kelas. Skema namanya.”

Mata Hinara meliar sana sini. Saja je nak mencuci mata. Nak usha budak-budak kat sini. Kadang-kadang banyak gelagat yang dapat dilihat. Biasalah manusia. Perangai lain-lain. Ada je dia nampak kadang-kadang pakwe-makwe gaduh hanya kerana cool blog. Jadah?

Hajar da mula texting someone. Ke main twitter. Entah. malas Hinara nak amik tahu. Tapi satu Hinara tahu pasal Hajar. Budak tu gila twitter. An any cases yang berlaku depan budak tu, pantas Hajar akan tweet.

Gaya da convincing habis macam Gossip Girl. Hinara terpandang pada seseorang. Matanya memicing tidak puas hati. Gosh. Biar betul? Biar betul apa yang dia nampak depan mata ni? Dia hanya memandang seorang budak lelaki yang sedang berjalan dengan lagi seorang budak lelaki. Kedua-duanya berjalan menonong sambil bergosip berdua tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Oh lord. Dia study dekat sini jugak ke rupanya?

Hinara speechless. Ini sesuatu yang di luar jangkaan wahai Hinara.

“jagakan beg aku, aku nak beli air jap.” Pinta Hajar

Tapi Hinara hanya terkaku diam. Dia masih speechless. Is it Armand? harap matanya tak silap.





Hinara terjenguk-jenguk sekeliling masa dia nak masuk dalam kelas TITAS. Mana tahu dia boleh nampak lagi kelibat Armand ke? Dia macam ragu-ragu je tadi. Betul ke Armand? ke pelanduk dua serupa? Dia terus texting Emir dan bertanyakan pada budak lelaki tu

Armand study dekat mana?

But that was 30 minutes ago. Sampai sekarang takde balasan daripada Emir. Tak tahu la budak tu sengaja tak nak membalas mesej tersebut ataupun budak tu busy tengah buat kerja lain atau whatsoever tapi dia tetap eager gila nak tahu pasal Armand.

Sejujurnya dia memang tak tahu langsung pasal Armand tapi at one point , ada satu suara dalam kepala otak dia bersuara.

Kenapa nak tahu pasal Armand?

Dia tak tahu nak jawab apa. Maybe sebab dia RASA dia patut tahu pasal Armand. Hinara da terasa hidup dia macam dalam Samarinda. Penuh dengan drama.

“apa yang kau menungkan?” tanya Hajar.

Dr. Sukki kat depan da gigih bagi lecture pasal Tamadun.

“takde apa-apa.” Balas Hinara pendek. Dia mengeluh. Buat kesekian kali dia tengok telefon bimbitnya. Mana tahu ada balasan daripada Emir. Tapi kenapa dia dapat rasakan yang Emir tak akan balas dia punya mesej. Tak guna punya budak. =.=’ saja je nak buat aku tertanya-tanya

“apa cerita kau dengan Armand sekarang?” tanya Hajar. Ternyata budak tu da bosan dengan Dr. Sukki kat depan. Kelas baru start 15 minit tapi Hajar da tersengih-sengih tutup buku pastu hadap dia. Hajar pernah kata dulu yang dia memang lemah dan malas nak upgrade pemikiran dia pasal Sejarah.

“aku bebal sikit pasal sejarah.”

“apa cerita kau dengan Armand? kau da tahu ke siapa dia?” Hajar bertanya lagi selepas Hinara hanya diam.

“tak tahu pun.” Hinara jawab pendek.

“da tak terserempak ke dengan dia kat mana-mana?” tanya Hajar.

“nope.” Jawab Hinara pendek. Budak perempuan tu seolah-olah dah berputus asa. Benda tu juga disedari oleh Hajar.

“kenapa kau nak kecewa sangat ni? Macam sedih je tak dapat jumpa Armand lagi.” Usik Hajar. Hinara da buat muka.

“am I?”

Hajar hanya mengangguk. “lebih kurang macam tu la. By the way, aku rasa kisah hidup kau dengan Armand ni macam unik la. Macam cerita novel je. Macam cerita Adam dan Hawa je.”

“shessh. Cerita apa tu? cerita jiwang-jiwang, leleh air mata ke?”

“forget about that. Kau tak rasa ke, kau patut carik Armand. aku rasa dia tu jodoh kau la.” Lagak Hajar da macam nujum je. “kau tak rasa ke yang dia tu macam soulmate kau? kau tak rasa ke dia tu macam teman sehidup semati kau?”

Hinara tak tahu nak bagi reaksi apa. Dia tak tahu sama ada dia nak gelak ke apa. Dia pandang blur pada Hajar. Cuma apa yang Hajar cakap tu, satu je dia boleh komen. MENGARUT!

“kau ni sah da mengarut gila. Aku dengan Armand takde apa-apa la. Aku tak tahu langsung pasal dia dan dia jugak tak tahu apa-apa langsung pasal aku. Tamat.”

“ya kat belakang tu?” tegur Dr. Sukki. “ada apa-apa nak tanya ke?”

Damn it. Hinara da terasa nak benam kepala dalam tanah. Hajar da terus fokus pandang depan sebelum perlahan-lahan pandang dia.  Hajar pandang dia dan seolah-olah berkata, ‘siapa suruh cakap kuat-kuat.’

Hinara hanya mampu cakap sorry dalam hati. Dr. Sukki terus memberi lecture kat depan. Hajar terus fokus pada screen dekat depan. Mungkin dia takut kalau kena sergah macam tadi dengan Dr. Sukki agaknya.

At least, Hinara dapat lari daripada soalan-soalan gila si Hajar. Hajar tak tahu lagi yang lelaki sebelah dia masa kat Times Square ialah Armand. Hajar juga tidak tahu bahawa dia ada berjumpa dengan Emir si adik Armand kat Mid. Hajar juga tidak tahu bahawa budak lelaki dekat 7e dulu tu ialah adik Armand. Hajar tidak tahu apa-apa. Dan dia juga tak nak bagitahu Hajar apa-apa.

Dia akan bagitahu. But, not this time. This is just too early for Hajar to know everything. Kang nanti haru je kalau budak perempuan tu tulis dekat twitter. Hinara sekali lagi tengok telefon bimbit kalau ada mesej daripada si Emir. Nothing. Dan dia hampa sekali lagi.

Kenapa dia rasa hampa?

Adakah dia kecewa sebab dia tak dapat tahu pasal Armand?

Dia bukanlah jatuh cinta sebenarnya pada Armand. dia just curious je nak tahu pasal Armand. entah berapa kali dia tekankan benda yang satu ni dalam kepala otak dia. Dia tak minat akan Armand. titik. dia tak jatuh cinta pandang pertama pada Armand. titik. dia tak jatuh feeling pada Armand. tamat.

She feel’s nothing. Zero. Nada. Yelle puci. Titik. Noktah.

For seriously, dia rasa curious nak tahu pasal Armand maybe sebab Armand ialah budak lelaki yang berani nak tegur dengan dia. Dia sebelum ni mana ada budak lelaki yang approach dia in any cases. Kes si Umar tu belakang cerita la.
Sejak dari zaman sekolah, takde pun budak lelaki yang nak tegur-tegur dia. Takde pun budak-budak lelaki yang akan ajak dia keluar jejalan. Secara jujurnya memang takde. Bukannya dia terlalu memilih tapi maybe budak-budak kat sekolah pandang dia as a Queen Bee dan terlalu hebat untuk didampingi.

=.=’

Siapa yang tak teringin nak keluar jejalan dengan budak-budak lelaki. Keluar melangha ke mana-mana macam tengok wayang ke apa ke. Kawan-kawan geng perempuan dia, selalu je keluar dengan boyfriend diorang. Tapi dia, boleh dikatakan agak forever alone la jugak.

Dia tak pernah ada boyfriend. Dia tak pernah ada kawan lelaki. Bila masuk uni ni je, dia mula borak-borak dengan budak lelaki. Kes Umar tolak tepi sekali lagi. So, nak dipendekkan cerita, bila dia kenal seorang budak lelaki macam si Armand, of course la dia rasa curious gila barbie nak tahu , siapa itu Armand? Siapa yang tak terasa nak kenal?

Armand si messy boy. Armand yang kacak.

Hinara blush tetiba. Apa yang aku pikir ni. Crap. So, memang dia takde niat nak dan tidak terniat langsung untuk jatuh cinta pada Armand. dia just nak tahu pasal Armand. titik. Hanya itu!

Maybe dia dan Armand lepas ni boleh jadi kawan baik. Who knows?

“okay, class dismiss. Jangan lupa, minggu depan kita akan ada kuiz ye.” Pesan Dr. Sukki. Pelajar-pelajar mula bangun dari kerusi. Hinara juga ambil langkah yang sama. Hajar awal-awal lagi da terus belah dari kelas. Dia kata, dia ada hal dengan kawan dia. Telefon bimbit Hinara berbunyi. Mesej masuk.

Abang Armand study dekat UPM. Kenapa?

Hinara terasa darahnya berhenti kaku. Jadi, betul la tadi Armand. ke logam maya sahaja? Ke penaduk dua serupa sahaja?



***********************************************************************************

okay. sekian tamat untuk chapter 9 ni. :) selamat malam semua. nak tidur dulu. huarghhh *yawn sambil tutup mulut guna tangan* live well guys :)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat lagi sambungan. cerita ni superb. *thumbs up*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...