Sabtu, 13 April 2013

After A Year - Chapter 8

assalamualaikum.

here we go. chapter 8 of After A Year.

**************************************************************************


Hinara berjalan seorang-seorang di Mid Valley Megamall. Dia nak beli dress baru untuk Fashion Show kat Putrajaya nanti. Dia masuk ke Zara terlebih dahulu. Hari ni dia seorang je. Hajar ada hal katanya. Jadi tak dapat nak teman. Hinara da gelak setan dalam hati. Bukannya aku tak tahu kau nak pergi date si Hajar ni. Tu pun nak rahsia dengan aku. Dia mula memilih pakaian kat dalam Zara. Hinara kelihatan ralit memilih pakaian. Dia memang begitu. Akan tumpu pada pakaian yang dia nak pakai tanpa mahu mempedulikan orang sekeliling.

Handphone Hinara berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Hinara hanya
biarkan. Dia merasakan bunyi tersebut hanya menyemakkan lubang telinga dia.
Hanphone berbunyi lagi. Tetapi seperti biasa, Hinara tetap membiarkan juga
Malas nak melayan telefon bimbitnya. Dia mengusha pulak jenis-jenis sweater yang ada dekat Zara tu. Selak sana. Selak sini. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Hinara da terasa nak mencarut. Aigoo. Siapa je la yang semak sangat nak mesej-mesej aku ni. Can you just shut it up handphone?

Hinara amik telefon bimbit dan terus buat silent mode kat telefon bimbitnya. Tapi sempat jugak dia baca mesej yang baru masuk telefon bimbitnya itu. 3 mesej dari orang yang sama. Hinara tahan nafas sebelum matanya pusing kanan, pusing ke kiri.

Mesej dari Emir si adik Armand itu.

I saw you. Jom lepak. Burger King.

Hinara pandang kanan dan kiri lagi. Mana tahu tetiba dia ternampak kelibat si Emir tu. Da lama dia tak dengar khabar budak lelaki itu. Dan juga Armand of course. Armand pun da lama sangat menghilang. Dia sampai sekarang tidak tahu kemana hilangnya Armand. She also don’t know who is Armand. Where are the hell is he live?

Siapa Armand?

Berapa umur dia?

Bila tarikh lahir dia?

Siapa ayah dia? Eh? Yang ni mungkin tak perlu.

Dia da ada awek ke belum? =.=’ this is bizarre Hinara.

Jadi, mengenangkan dia pun blur terhadap Armand dan dia pun tak tahu dan masih musykil dengan si Emir, jadi dia terus balas

Okay. Gimme 5. Then I will come. Dont be late!

Kalau budak ni tak datang macam dulu kat Pavi tu, memang wasalam aku letupkan Mid ni.




Hinara ketuk-ketuk meja dengan jarinya. Yang ni dia panas. Dia da terasa angin monsum barat daya mula berhembus dari lubang hidung dia. Dia mula rasakan rambutnya mengerbang panas. Tolonglah Emir jangan buat aku makin benci dekat kau. Aku actually, tak la benci membunuh pun pada si budak lelaki itu tapi setiap action dia agak menjengkelkan.

First, masa dekat Squasy KL Open.

Second, masa dekat 7 Eleven.

Third, masa dia tak datang dekat Pavilion dulu.

Yang ketiga dia paling bengang gila. Nasib baik la sempat je dia dengan Hajar hantar assignment Titas dekat Dr.Sukki. Kalau tak memang wassalam kena bambu la.

Hinara tenung jam tangan. Lewat 15 minit. Ni da memang cilaka ayam. What on earth budak lelaki ni buat? Dia sengaja nak test darah aku ke apa? Hinara terus bukak telefon bimbit, lepas tu terus taip mesej maki-maki Emir. Dia klik hantar.
Puas hati dia hantar mesej maki-maki pada Emir. Serve you right la. Apesal . . . .

“hai!!! Sorry late.” Sapa seseorang and it is Emir. Hinara buat muka. Great. Dia da sampai lepas aku hantar mesej dekat dia.

Emir mengambil tempat depan Hinara dan tak lama kemudian telefon bimbit Emir berbunyi. “sekejap ea.” Kata Emir.

Emir baca mesej. Hinara nampak budak lelaki tu angkat-angkat satu kening. Lepas tu terus masukkan telefon bimbit kat dalam kocek seluar dengan awkwardly.

“err.” Jelas Emir hilang bicara.

This is just awkward moment untuk Hinara. Dan juga untuk Emir actually. Bila Hinara maksudkan dia maki-maki Emir, dia MEMANG buat begitu. Segala ayat kejian dan makian yang bermula dengan huruf B seperti bangang, bodoh, bongok dan whatsoever habis diluahkan dalam mesej tersebut. Tu yang macam blerghh, awkward moment ever. What? Siapa yang tak bengang kalau datang lambat!

“nak pergi order dulu.” Emir bangun. Jelas pada pandangan Hinara, Emir nak bangun pergi amik order pun in awkward style. Damn shit. Budak ni pandai pulak bagi aku rasa bersalah. Dan Hinara, sejak bila akhir-akhir ni pandai mencarut?
Ampunkan aku Ya Allah.




Emir duduk kembali lalu beri Hinara air coke dan burger sebijik. Dia pulak makan kentang goreng dan minum mirinda strawberi.

“Emir, look, I am just so sorry.”

“naaa. Lupakan je la. I know this is my fault sebab datang lambat.”

Hinara silang tangan. “now tell me the story.”

Emir angkat kening sebelah. “cerita pasal apa?” dia gigit satu kentang goreng.

“pasal budak perempuan tu.”

“budak perempuan mana?” Emir da kerut dahi.

“the girl yang Emir kata dulu tu. masa kat Times Square.”

Terdapat pengertian pada raut wajah Emir. “naaa. Tak best la kalau terus cerita pasal dia.”

“siapa dia tu?” tanya Hinara lagi.

Emir gigit lagi satu kentang goreng. “actually Emir nak mintak maaf sebab tak datang Pavi hari tu. Ada probs sikit.”

Hinara mendengus. Ni lagi satu buat kepala aku berasap. “lain kali fon tu baling kat anjing je lepas tu suruh dia makan. You have fon on your own. You can text me.” Ni yang aku terasa nak basuh ni. Gasak kau la budak. Apesal buat aku bengang gila. “ lain kali mesej dulu takde la aku susah payah nak datang pavi memang kau pikir aku ni takde kerja lain nak buat kau tahu tak aku banyak esaimen nak kena hantar tapi disebabkan kau aku sanggup datang pergi Pavi.”

“akak cakap dalam satu nafas. Amazing!” mata Emir bersinar kagum. Emir keluakan telefon bimbitnya dari kocek. “okay, ulang cakap balik.”

“kau nak buat apa?” tanya Hinara ragu-ragu.

“nak ambik masa. Nak tengok berapa laju akak cakap,”

Sumpah dia terasa nak simbah Emir dengan coke. Haih, budak ni boleh tahan mengundang.

“naaa. Chill okay sistah!” Emir masukkan balik telefon bimbit dalam kocek dan telan lagi satu kentang goreng. “garang sangat. Muka da cantik tapi perangai spooky habis.”

“mana Armand?” tanya Hinara pantas. Dia sedut coke sikit. Dari dia simbah kat muka budak bertuah ni, baik dia telan ke tekak. Budak ni la kan, kalau adik aku memang aku da simbah asid kasi insaf sebab perangai macam ayam.

“abang? Dia ada kelas. Takkan nak paksa dia datang pulak.” Emir gigit lagi kentang goreng. “tapi kalau dia tahu akak ada dekat sini, dia datang je kot.” Tambah Emir perlahan.

Hinara yang masa tu sibuk letak sos dekat burger tak berapa nak hadam apa yang Emir cakap . dia cuma dengar part ‘dia datang je kot’ .” apa dia? Ulang balik.”

“tarapapa.”  Emir angkat bahu. “so, marah lagi ke?”

“of course marah! You are late. Da la tak datang. Lepas tu belanja burger je? This only? Okay hambar.” Hinara gigit burger sikit. Actually, dia tak la makan sangat burger ni. Big whoa kalau mama tahu and Puan Marina tahu. Mahu kena bebel.
Burger kan banyak kolestrol.

=.=’

Kam on, nanti aku makan la banyak-banyak sayur. Takpun, kalau da terdesak, aku jolok tekak aku dengan jari.

Okay, that is weird. Aku tak akan buat macam tu. Anoreksia overdose.

“so, the girl. Apa yang misteri sangat pasal the girl tu?”

Emir hanya tersenyum. “alaa, akak ni cepat sangat nak capai klimaks la. Pada pertemuan kali pertama ini, mungkin kita patut berkenalan dulu antara satu sama lain. I don’t know you and you also don’t know me. And you also don’t know my abang Armand sekali. By the way, may I ask, macam mana akak dengan abang Armand boleh kenal?”

“what do you mean?”

“ye la, Emir nampak akak first time dekat Times Square but you guys obviously bukan first time jumpa dekat Times Square tu kan. At first, I am just curious, who on earth la you sister sebab abang tu jenis tak banyak cakap dengan gadis. Dan sangat rare la kalau dia bercakap dengan gadis. And after that I figured it out, your face just like one girl. Senior at my school. Okay. Cukup introduction. My name is Emir Haikal, 18 years old, single, anak bongsu dan juga adik kepada Armand Amir.” Emir tersengih. “and you?”

“my name is Anna Julia Hinara. 20 years old. Single. Model and also anak bongsu. Adik kepada Addy Joshua Hezry.”

Emir angkat kening. “uu, model. Macam mana korang berjumpa? I mean, macam mana akak berjumpa dengan abang? You are model and my abang is just my abang la. Tak pernah nak terlibat dengan orang-orang modelling ni semua.”

“well, rumit sangat nak cerita. Masa tu your abang yang tegur dulu. Well of course like usual, dia macam tak sedikit waras.” Emir tergelak kecil. Dan Hinara terus bercerita pada Emir kisah bagaimana dia terjumpa dengan si Armand. Tapi Hinara tak cerita pun yang dia ada terserempak dengan Armand dekat airport. Cukup je la kisah dia berkenal-kenalan dengan Armand dekat Stesen PWTC.

“gila la!” kata Emir. Budak lelaki tu da tak percaya. “my abang buat macam tu? blerggh. Itu sangat menakjubkan. Abang ialah seorang yang pemalu. Well, not la pemalu sampai tak nak bercakap langsung but the way akak cerita, my abang seriously like a romeo. Something yang memang bukan sikap dia la.”

“so, cerita la sikit pasal Armand.” pinta Hinara.

“abang Armand. kitorang ada dua orang adik beradik je. abang sangat baik dan dia memang sangat baiklah. Apa yang Emir mintak, dia akan try penuhi. Kitorang berdua budak Squasy Selangor. Sebab tu kita ada berjumpa dekat Times Square. Remember? Dulu, abang ada bercinta dengan. . .”

Telefon bimbit Emir berbunyi. “kejap.” Emir angkat fon. “hello, assalamualaikum.” Lepas tu Emir memandang Hinara pelik. “ada dekat burger king.”

Jeda.

“aah. Mid. Takpe la. Kejap lagi Emir balik. Kbai. Assalamualaikum.” Emir masukkan fon kat dalam kocek seluar. “Emir kena balik dulu la. Ada hal keluarga. Nanti kita cerita lagi.” Emir dengan pantas terus belah chow cin cau dari Burger King.

Hinara da terasa macam apa je. Dia baru je nak tanya macam-macam pasal Armand kat Emir. Dia terasa macam membuang masa. Dia tak dapat apa-apa maklumat langsung pasal Armand. Emir terus keluar dari Burger King macam tu je. Tanpa ucap babai juga.

Hinara lost pasal Armand. Tadi lagi sikit si Emir nak bagitahu pasal lover si Armand pada zaman dahulu kala. Tapi pada masa yang sama, telefon bimbit budak tu berbunyi. Tak ke terasa macam, saat-saat kemuncak untuk kau tahu pasal segala-galanya, dan benda tu kena hold buat sementara waktu. It is just like, kau tahu diri kau bakal diumumkan sebagai johan dan juara agung American Idol, tapi tetiba je Ryan Seacrest pengsan ataupun kena sawan dan pengumuman juara kau ditangguh untuk minggu depan.

Kalau Hinara senaraikan biodata Armand dekat buku 555, apa yang dia dapat hanyalah,

Armand Amir ada seorang adik lelaki bernama Emir Haikal. Berumur, err, okay. Tak sempat nak tanya Emir. Tinggal? Juga tidak tahu di mana budak-budak itu tinggal. Ah sudah. =.=’ Hinara da terasa loser gila. Emir pulak terus belah macam tu je. Bukan nak bagi tahu belah sebab apa. At least bagi la tahu kau belah sebab apa. Cuma apa yang Hinara tahu, Armand tu budak sukan. Budak Squasy Selangor.


***********************************************************************************

okay. sekian untuk chapter 8 :) esok nak pergi event YNOT GRAFFITI COMPETITION> jumpa kat sana!

1 ulasan:

Hawa Power berkata...

Heiyoooooo ! Nanti bila update post genting kalau ada gambar kitorang nak. Ni hawa tau. Hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...