Ahad, 26 Ogos 2012

After A Year -Episode 2-

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

kembali semula bersama cerpen ;) hiks. ni ialah episode 2 untuk after a year. kalau nak baca episode yang pertama, boleh klik pada sidebar. aku harap la korang semua enjoy baca short story ni. maybe tak la femes macam hasil karya shakespeare atau Hlovate atau Aisya Sofea yang Adam & Hawa bakal masuk ke siaran televisyen, but I hope, this new karya yang bagi aku so-so, boleh buat hati korang enjoy.

hahaha. aku pulak yang nak tergelak.

kay, enjoy the reading!!


“ kenapa awak ikut saya?” tanya Hinara geram kepada Armand. Ketika itu mereka duduk sebelah menyebelah dalam stesen komuter menuju ke KL Sentral.

Komuter 1 Malaysia tidak sesak seperti LRT tadi. Mungkin sebab sudah jam 10 malam. Siapa lagi yang sibuk keluar sana sini pada jam 10? Lain la lelaki sebelah dia ni. Entah apa la yang budak lelaki ni buat kat luar sekarang ni? Bukan budak lelaki pada waktu begini sedang berlumba motor ke?

Tak pun ber-gig underground sambil menyanyikan lagu Hujan, Bunkface tak pun lagu dari Beattles.

Tak pun sedang ber-basket ball di mana-mana sahaja.

Tak pun sedang berjimba sakan dalam Zouk.

Jadi apa budak lelaki ini buat? Menempel sebelah aku pulak tu! Entah-entah memang betul tak dia ni perompak? Tak pun perogol?

Hinara cuak. Mama!!!!!!!!

“ hei, jangan la tunjuk muka cuak. Saya just nak temankan awak je sampai KL Sentral. Risaukan awak.”
Hinara terus tak cuak mendengar jawapan Armand. Dia rasa nak sekeh-sekeh je kepala si Armand ni.

“ jadi awak rasa saya ni perempuan yang lemah?”

“ err, ya.”

“ jadi, kalau macam tu, saya rasa awak dah silap. You may go.” Hinara berasa terhina apabila Armand mengatakan dia ni seorang yang lemah. Dia belum kenal aku ni siapa agaknya.

“ tadi saya rasa ada dua orang lelaki perhatikan awak.” Bisik Armand.

“ mana? Mana?” tanya Hinara pantas. Kepalanya pusing ke kanan ke kiri sebelum dia berhenti apabila mendengar Armand tergelak.

“ gurau je la.”

Hinara peluk tubuh. “ do you think it is funny?”

Armand terhenggut-henggut gelak.

“hey, shut up.” Hinara memukul-mukul bahu Armand menggunakan beg tangannya.

“ kelakar la.” Bahunya masih terhenggut-henggut lagi. Hinara hanya peluk tubuh sahaja. Dia memandang ke depan. Ketap bibir. Konsentrasinya memang terganggu apabila Armand masih gelak kecil. Ini sudah lebih!

Pap!

“ boleh tak diam? Dah macam badut je.” Marah Hinara. “ kalau nak gelak sangat, pergi gelak dekat tempat lain. Do you think it is funny? If you think it is funny, you may go. I don’t need you and I’m even don’t know who are you.”

“ sorry.”

“ go!” tempik Hinara.

Penumpang komuter memandang ke arah mereka. Hinara hanya menunduk tanda malas mahu melayan. Padahal dia nak tampar muka si Armand ni.

Armand terkulat-kulat. “ I’m so sorry. Sorry. Okay. Saya diam je.”

Hinara  hanya menjeling geram tanda tidak puas hati.

“ KL Sentral. Pertukaran stesen. KL Sentral.”

Hinara bangun. Dia menunggu pintu komuter terbuka. Armand juga berdiri. Dia berdiri belakang sikit dari Hinara. Pintu komuter terbuka.

Hinara pantas keluar. Dia hanya nak lari dari Armand ni.

Armand si lelaki pelik.

Armand yang aneh.

Armand yang serabai.

Armand yang comot.

Armand yang tak tahu malu.

Hinara segera ke eskelator. Langkahnya sedikit laju. Dia tak mahu Armand mengikuti dia. Tapi Armand juga gigih berlari-lari anak mengekori dia.

“ awak!” panggil Armand dari bawah eskelator. Budak lelaki itu tidak lagi menaiki eskelator. Hinara sudah sampai pertengahan eskelator.

“ awak!” panggil Armand lagi. Hinara hanya membuat bodoh. Dia hanya memandang sekilas pada Armand sebelum pandang ke hadapan semula.

Armand pantas mengejar Hinara dengan menaiki tangga yang terletak antara dua eskelator.

“ awak.” Armand tarik nafas panjang-panjang. Lelah mungkin kerana berlari. Entah apa-apa entah. Baru lari sikit dah penat. “ nama?”

“ what?” tanya Hinara balik.

“ apa nama awak?” tanya Armand sambil dadanya berombak kecil mengambil nafas. Hinara malu. Biar betul mamat ni! Depan belakang dia ada orang lain. Semua orang melihat perilaku Armand. This man, you are insane! Malu gila. Sambil itu Armand bergerak naik tangga mengikut Hinara yang semakin lama semakin ke atas.

Hinara dah sampai hujung eskelator. Dia nak benam kepala dia dalam tanah.

Malu? Yes.

Tersangat malu okay!!!

Apa yang si Armand ni buat? Nak je aku tampar dia lelaju. Setelah memberi tiket kepada abang KTM , apa yang dia fikir sekarang ni just nak keluar dari KL Sentral je. Tak nak pandang dah muka Armand.

“ awak.” Panggil Armand lagi. “ tunggu sekejap.” Halang Armand. Dia berdiri di hadapan Hinara.
Hinara pandang kanan dan kiri.

“ please, saya nak tahu nama awak je. Tak lebih pun.”

Hinara cuba nak bergerak tapi Armand pantas menghalang.

“ fine, fine. Nama saya Anna Julia Hinara.” Now. Can you just leave me. Please."

Entah kenapa lepas tu muka Armand muram. Tapi memang bukan masalah aku pun. Dah kira baik aku bagi tahu nama aku. Yang nak muram bagai apesal?

Armand cuba tersenyum. Tapi jelas pada pandangan Hinara ianya sangat pahit.

“ err, Anna. Saya mintak maaf. I’m just being stupid.” Armand mengeluh. “ i think I should leave.” Dan Armand terus berlalu.

Hinara hanya merenung Armand pergi melangkah dengan longlai. Hinara hanya angkat bahu. Bukan masalah aku pun. Telefon bimbitnya berdering dengan lagu Today My Life Begins by Bruno Mars.

Abang Joshua!

“ hello abang Joshua. Abang dekat mana? Dah sampai?”

*********************************************************************

tadaa!!! hanya setakat ini untuk episode 2. okbai. kalau suka boleh ajak semua orang baca. haha

till then
26 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...