assalamualaikum.
da lama gila tak update belog. sorry guys. kalau blog aku ni banyak pembaca la. haha. here we go, Episode 5 of After A Year. akhir2 ni aku busy gila dengan kursus entah apa-apa entah pastu ada banyak lagi meeting nak kena attend bla bla bla. kekdah cakap, aku da macam PM je. lepas ni aku akan cuba update belog sebab banyak lagi benda yang aku nak bebelkan. :(
malas nak membebel banyak, naaaaaaaa , selamat membaca. doakan la aku istiqamah dalam menyiapkan after a year ni.
************************************************************************
Hinara berteleku pada laptop. Dia sebetulnya malas sungguh-sungguh nak buat assignment yang telah diberikan oleh pensyarahnya pagi tadi. Iman awal-awal lagi sudah mengajak lepak di mana-mana.
Tapi, dia awal-awal lagi sudah berkata pada Iman yang dia malas nak keluar pada
malam itu. Jadi Iman hanya keluar berdua sahaja bersama abang Joshua. Mungkin menonton wayang atau pergi bermain bowling agaknya.
Tak pun pergi ke kedai buku. Iman tu ulat buku. Aku? Aku bukanlah ulat buku. Hello, aku lebih sukakan fesyen daripada buku. Buku untuk budak skema dan fesyen adalah untuk budak cool macam aku je. Bwahahaha. Hinara dah gelak dalam hati.
Hinara gigit bibir. Dia tak tahu nak buat apa. Bercerita tentang Armand, dia dah tak dengar khabar berita dari jejaka itu lagi. Emir pun diam aja walaupun mempunyai nombor telefon miliknya. Permainan adik beradik itu membuatkan Hinara berasa pening.
Armand dengan perangai peliknya. Sampai sekarang dia tidak mengetahui apa kena si Armand itu dengan dirinya. Dia rasa, sebelum ini mereka berdua tidak pernah terserempak, berjumpa atau terlanggar di mana-mana. Melainkan kejadian di Stesen PWTC itu.
Ya. Hanya itu sahaja.
“ nak satu?”
Hinara blush. Tetiba je. Teringat akan huluran Roti Boy dari Armand buat dia rasa seriau ketika itu. Aku memang gila kalau aku terima huluran daripada Armand ketika itu. Yang si Armand tu pun selamba dek dia je hulur Roti Boy dekat aku. Dengan muka kusut masai tahap apa je, muka macam perompak pun ada, lagi la buat aku takut.
First time pulak aku pergi Stesen PWTC tu. Dan first time jugak pergi ke tempat-tempat begitu. =.=’
Terasa dirinya sungguh kasihan. Dia mungkin hebat dalam bidang fesyen, tapi kalau melibatkan hubungan persahabatan-atau-apa-apa-je dia agak skeptikal sikit. Mama sedari kecil telah mengajar bahawa orang-orang jembel atau orang-orang kelas bawahan ni jangan nak rapat sangat dengan diorang.
Kata mama, mereka itu hanya suka akan harta dan bukan suka akan huluran persahabatan. Dan dia, termakan oleh kata mamanya. Bukti? Pada dia berumur 13 tahun, dia telah menghina seorang anak penjual aiskrim hanya kerana budak perempuan itu terlanggar dia.
“ woi! Kau ni apesal? Cari gaduh dengan aku ke?”
Menggunakan pengaruh sebagai anak orang kenamaan, budak itu dibuang sekolah. Masuk 17 tahun, ada seorang budak perempuan bernama Irene Isabelle masuk ke sekolahnya. Dia, Anna Julia Hinara yang dikenali sebagai Pemaisuri dan mempunyai pengaruh yang kuat berasa berang amat apabila Irene Isabelle menggugat tampuk penguasaannya di sekolah. Da macam cerita cerekarama kelas atasan je kan?
Dan semua tu memang kenangan habisan. Tapi sejak dia masuk UPM, perangai dia a bit berubah la. Da tak berapa nak skeptikal terhadap semua orang. Walaupun dia agak cepat meragui,
“eh? Apesal budak perempuan ni nak rapat dengan aku?”
Walaupun niat sebenar budak perempuan tersebut hanyalah ingin berkenalan, namun dia cepat suspicous. Mama selalu kata,
“diorang semua tu nak duit je. Hah Joshua! Lepas ni pergi kawan lagi dengan orang gelandangan macam tu.” bebel mama.
Masa tu, kitorang satu family tengah makan malam dan mama membebel tak sudah. Mama membebel sebab masa tu kawan abang Joshua ada pinjam duit dan sekarang kawan abang Joshua tu kemalangan lalu koma.
Masa tu,aku baru tingkatan 5. Aku ada membebel la jugak pada abang Joshua. Pot pet pot pet tak sudah. Kata macam-macam kat abang Joshua.
“kenapa abang bagi pinjam duit kat sesiapa entah?”
“bukannya sikit. 5 ribu tahu tak!”
“abang ni gila ke apa?”
“abang ni saja je kan nak buat mama marah?”
“apa kena dengan abang Joshua ni?”
Dia teringat kembali perbualan dia dengan abang Joshua selepas itu. Perbualan yang merubah dirinya yang agak skeptikal terhadap orang kelas bawahan, bak kata mamanya la kepada kurang skeptikal terhadap golongan itu.
“ dan lepas ni mesti Hinara tak dapat keluar ke mana-mana sebab abang Joshua buat perangai.” Hinara da muram habisan.
“jom ikut abang Joshua somewhere kejap.”
“mana?” Hinara da malas nak melayan. Dia terasa da harapan nak beli evening dress Dolce & Gabbana hancur musnah begitu sahaja sebab abang Joshua suka-suka je buat perangai.
“jom la.” Lalu abang Joshua menarik tangannya bangun.
“da sampai.” Abang Joshua tarik brek tangan kereta.
“hospital? Siapa ada dekat sini?” Hinara mula memandang bangunan hospital dari dalam kereta. Hospital kerajaan pulak tu. siapa kawan abang Joshua yang masuk hospital kerajaan ni? Ada ke stok kawan abang Joshua yang masuk hospital kerajaan? Bukan semua masuk hospital swasta je ke?
Tak pun, ada special doktor ataupun nurse di rumah. memang tu spesis kawan abang Joshua. Ok fine. Not abang Joshua only la. Kawan dia juga kebanyakan macam tu. bukannya kebanyakan. Tapi semua rasanya.
“kawan abang. Dia sakit sikit.” Jawab Joshua. “jom.” Ajak abangnya lagi. Joshua mula melangkah keluar dari kereta sebelum Hinara mengikut sama.
Hinara hanya mengikut langkah abangnya masuk ke hospital tersebut. Dia sebetulnya tidak begitu selesa apabila datang ke situ. Dia memang tak pandai nak sembunyi riak muka jijik bila hidu segala bagai bau kat situ. Ketika itu mereka sedang menunggu lif untuk naik ke tingkat atas.
“abang Joshua.” Hinara mencuit sikit lengan Joshua. “busuk la.” Bisiknya perlahan. “tak suka bau ubat kat sini.”
“laaa, kalau Hinara sakit, ubat ni jugak la yang cure Hinara.”
Hinara buat muka. “tapi tak busuk macam ni.”
Joshua senyum. “chill je kay.”
Ting! Lif terbuka perlahan dan umat manusia mula berebut-rebut masuk ke dalam lif. Hinara tertolak-tolak. Dia memang dah sakit hati habisan. Mukanya mula menyinga. Tapi, nasib baik la dia dapat masuk ke dalam lif sebab abang Joshua awal-awal da pegang tangan dia.
Mungkin abang Joshua da dapat agak perkara sebegitu boleh berlaku. Abang Joshua ni pun satu! Haih. Da tau banyak orang jembel macam ni, nak jugak datang sini. Kalau ada yang mula nak mengendeng dekat dengan dia, memang dia tampar je kat situ on the time.
Ting!
“jom keluar.” Ajak abang Joshua. Hinara tak tunggu lama. Dia da malas nak sesak-sesak dalam lif yang kecil dan kotor tu. Bukanlah kecik pun tapi mungkin lif itu penuh dengan orang ramai, maka sebab itu menjadikan lif tersebut sesak dan sempit sedikit.
“siapa sakit?” tanya Hinara kepada abang dia. Dia memang langsung tak tahu yang abang dia ada kawan yang err, tinggal di hospital kerajaan. Dia ingat kawan abang dia ni stok anak orang kaya, anak tan sri, anak dato’ and so far, memang dia tak pernah nampak pulak abang Joshua ada kawan yang agak low class.
Setakat ni, dia nampak semua kawan abang Joshua bawak kereta gah seperti yang kalau dia senaraikan memang kereta yang gempak amat la dan menjadi kegemaran ramai tanpa perlu ditapis lagi. Contohnya.
1- Mini Cooper S
2- Lamborghini Sesto Elemento
3- Bugatti Veyron
4- Lexus LF-A
5- Renault DeZir
Dan berbagai-bagai lagi la. Ada ke yang bawak kereta-kereta tersebut stay kat hospital kerajaan macam ni?
“hai Zetty.” Tegur abang Joshua kepada seseorang yang sedang baring pada katil. Perempuan tu nampak sakit. Sangat! Mukanya pucat dan agak kusam sedikit. Perempuan bernama Zetty tersebut cuba bangun tapi dilarang oleh abang Joshua.
Zetty memandang ke arahnya. “adik kau?” dahi Zetty berkerut.
Abang Joshua memandang ke arahnya sebelum tersenyum kecil dan memandang kembali ke arah Zetty. “my only beloved sister. Hinara.”
Hinara senyum nipis memandang Zetty. Dia berjalan mendekati Zetty untuk bersalaman dengan gadis itu.
“cantik.” Puji Zetty.
“tengok abang dia la kan.”
Gelak besar. Hinara diam je. Tak tahu nak buat reaksi apa. Jadi ini la kawan abang Joshua. Diorang berdua nampak mesra sangat. A really close friend. Kawan yang macam boleh kita rely on kalau kita ada masalah.
Tetiba je dia nak tanya diri dia sendiri. Aku ada ke kawan yang macam Zetty-abang Joshua ni? Aku ada ke kawan macam ni? Hinara telan liur.
Tak perlu nak jadi bijak wahai Hinara dan tak perlu nak IQ 360 dan upper class macam Albert Einstein kalau nak teka jawapan dia. dia melihat Zetty dan abang Joshua gelak lagi. Entah apa yang lawak pun, dia tak tahu. Tapi seems like kedua-duanya sangat happy.
Pernah ke dia macam tu?
Tak pernah. Never once. Sedih tak Hinara?
Hinara hela nafas. Ini ke yang abang Joshua nak tunjuk sebenarnya? Ini ke abang Joshua? Dia pandang abangnya. Dan pada masa yang sama, abangnya juga pandang ke arahnya lalu tersenyum nipis.
“jom ikut abang Joshua somewhere kejap.”
Memang apa yang dia nak tunjuk buat otak aku berfikir ligat macam enjin kapal.
Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Kenangan pergi ke hospital bersama abang Joshua berkecai sejurus telefon bimbitnya bergetar.
Hinara da kerut dahi. Siapa la pulak yang hantar mesej ni? Budak mana ni? Mesej tersebut berbunyi.
Esok jumpa jom!
Hinara kerut dahi lagi. Memang aku tahu la kau siapakan?
Siapa ni?
Hinara mencampak telefon bimbitnya ke tepi. Dia baring terlentang menghadap siling bilik. Dia masih memikirkan tentang perkara tadi. Dia ada kawan yang rapat macam abang Joshua dan Zetty ke? Dulu rasanya macam takde je. Malah, dulu dia rasa, kawan-kawan dia hanya akan datang kepada dia ketika dia senang dan gembira sahaja.
Kalau sedih? Memang haram la nak nampak wajah. Memang tak akan nampak langsung. Cuma, sejak dia masuk uni, dia kenal dengan Hajar. Hajar baik dengan dia. Dia sebetulnya tidak berapa ingat tentang perkenalan awal antara dia dan Hajar.
Tapi yang pasti, bukan aku la yang tegur Hajar dulu. Rasanya masa kelas Organik Chemistry yang pertama kot. Tak pun masa tutorial. Eh? Tak kisah la semua tu. apa yang penting Hajar sangat baik!
Masa dia sedih sebab dia hampir gagal paper Kalkulus, Hajar jugak yang bagi semangat kat dia padahal markah Kalkulus Hajar pun lebih kurang sama je macam dia. Hajar tak cengeng macam dia. Haha. Kalau nak diingat balik memang boleh buat drama air mata la. Buat malu je kalau nak diingat balik.
Tapi, dia berkawan dengan Hajar ni pun, mamanya bukan tahu. Apa yang dia tahu, Hajar bukanlah anak orang kaya. Hajar hanyalah anak seorang pesara kerajaan dan ibunya pula adalah seorang guru Fizik di SBPI Gombak.
Apa reaksi mama kalau tahu yang dia berkawan dengan Hajar?
Marah?
Mengamuk?
Baling kerusi? Eh? Okay. Tu terlebih hiperbola.
Hinara kerut dahi. Takkan la nak kawan pun kena kongkong. bagi pendapat Hinara, tak kisah la kita kawan dengan siapa-siapa, asalkan kita berkawan dengan orang yang baik. Tak kisah la dia tu kaya ke miskin ke apa ke, asalkan dia tak buat jahat kat kita, maka dia boleh la dianggap sebagai kawan.
Err, that would be a defination daripada seorang Anna Julia Hinara.
Hinara menguap. Ya Allah. Ngantuk gila kot. Sekarang da pukul berapa la. Esok nasib baik la kelas dia pukul 10 pagi dan bukan pukul 8 pagi. Mahunya dia menangis kalau terlepas kelas esok.
Dia menggosok-gosok matanya perlahan-lahan. Dan lama kelamaan mata dia mula kuyu sebelum dia masuk ke alam mimpi. Sekejap je dia dah belayar entah ke mana.
Hinara menguap lagi. Selamat malam semua.
Hinara perlahan-lahan mengiring ke tepi sambil memeluk bantal lena.
***********************************************************************
monolog dan perbualan Hinara sorang2 aje. till soon. nanti aku update Chapter 6. babai :) happy study semua. dan semester 2 di UPM telah bermula. weehu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan