Ahad, 7 April 2013

After A Year - Episode 7-

assalamualaikum and a very good morning!

setelah sekian lama tidak update belog, maka, pada saat ini, aku akan mula update belog dengan penuh gigih. kalau aku rajin la. hahaha.

semester 2 untuk aku, amatlah susah, busy dan hardcore. kalau bukak laptop pun, just bukak facebook, twitter and then tidur, nak update pun takde mood. eh? jadi, doa doakan la supaya istiqamah aku ni makin meningkat untuk update.

jadi, ini sambungan kepada After A Year, here we go, Episode 7 :)

**********************************************************************

Hinara bukak twitdeck. Dah tak tahu nak buat apa lagi malam-malam ni. Lagi dua hari, dia ada fashion show dekat Kuala Lumpur. Aigoo. Malasnya nak pergi. Dengan assignment berlambak-lambak lepas tu , esok pukul 9 pagi da kena ada dekat library. Malasnya.

Bayangkan, jam 9 pagi dah kena ada kat library. Skemanya aku. =.=’ kalau tahu dek Iman, mesti budak tu gelak terguling-guling. Hinara tumbuk-tumbuk bantal. Ah! Da jadi psiko pulak aku nak tumbuk-tumbuk bantal.

Hinara baring terlentang. Esok ada kelas Statistik. Lepas tu kelas Kenegaraan. Petang pulak ada Petrokimia lab session. Gila esok busy gila nak mati. Mahunya aku terkujat kalau tak prepare mental dengan fizikal. Lab report untuk sesi lepas da siap. Yang minggu ni punya segala intro dengan konklusi, awal-awal dia dah bantai tiru dekat internet sebab masa tu dia malas nak carik info dalam buku. Kah kah kah. Asalkan aku siap. Daripada tak buat langsung?

Hinara guling-guling lagi. Tetiba fon dia bunyi. Ada mesej yang masuk. Siapakah? Dia berharap ianya mesej daripada Hajar yang berbunyi begini

“grup discussion esok tak jadi.”

Tapi malangnya, ianya tidak berbunyi begitu. Mesej tersebut berbunyi begini.

Sorry . tak datang tadi.

Hinara tak save no tu, tapi dia tak perlu jadi bijak untuk tahu siapakah pemilik nombor telefon tersebut. Hinara da terasa aura nak mencarut dalam hati. Lepas membebel sakan dekat Emir (hanya dalam mesej je la) terus dia campak fon ke tepi.

Aigoo. Budak tu terus buat aku nak baling pasu kat muka dia. Apa la masalah dia tu? memang aku suka tunggu macam pak jaga sekolah sampai lenguh kaki aku. Lain kali bagi tahu la awal-awal tak jadi nak jumpa. Takde la membazir duit aku belanja Hajar makan aiskrim tadi. Kejinya kau Hinara. Mengungkit dalam hati rupanya.

Jangan lah marah. Tapi tadi memang ada hal.

Ah budak ni! Nak simpati aku pulak. Hinara terus capai fon dan off. Selesai. Hinara terus off laptop. Capai selimut dan set jam pada 6 pagi. Okbai. Nak tidur. Selamat malam semua. Jumpa esok pagi.




Hinara tak tahu nak cakap apa. Bebudak lelaki tak datang lagi untuk diskusi Kemahiran Berfikir. Ni lagi sorang makhluk nak kena pelangkung. Punya la Hajar da bagi tahu semalam, diskusi dijalankan pada jam 9 pagi.

Hinara klik lidah. Ni da jam 10. Still tak datang lagi. Bagus. Memang bagus. Hajar da dok telefon budak-budak dua ekor ahli mereka yang lain. Tapi still tak angkat jugak. Umar salah seorang yang datang lambat. Ciskek betul budak ni. Takkan la hanya sebab aku tolak cinta dia, dia dah tak nak datang langsung.

Hajar lagi best. Dia kata, “Umar segan dengan kau kot.”

Hinara da terasa nak tergelak je bila dengar Hajar cakap macam tu. apa ke benda budak si Hajar ni merepek. We are 20. Come on Umar. Takkan la tak nak datang hanya sebab aku reject cinta kau.

“sorry terlambat.” Tegur Umar tetiba. Budak lelaki itu termengah-mengah datang ke arah Hajar dan Hinara. “sorry Hinara. Tadi aku ada hal la.”

“Umar, agak-agak la kot kalau nak datang lambat. Bukannya kau tak boleh bagi tahu aku. Tak pun mesej si Hinara ni. Haila Umar. Aku rasa nak sekeh je kepala kau ni.”

Tapi Umar tak melayan si Hajar. “so, mintak maaf tau Hinara” ulang Umar lagi. Dia hanya pandang Hinara sahaja. Hajar da tunjuk muka meluat kat belakang si Umar tu. Hinara da tak tahu nak bagi reaksi apa.

“apesal kau lambat?” tanya Hajar.

“so, apa progression?” tanya Umar pada Hajar. Budak lelaki itu mengambil tempat di sebelah Hinara dan pantas memandang Hajar bagaikan big boss. Hajar da panas je. Dia da terasa aura nak baling kerusi dekat mamat tu.

“jadi takde progression la? Jadi apa kau buat dekat sini lama-lama kalau takde apa-apa progression? Mesti mengumpat je kerjanya. Tak pun mesti mengusha jantan-jantan kat luar.” Hina Umar.

Hajar dah bengang habisan. Hinara bengang jugak. Apesal mamat sorang ni psiko gila? Kenapa nak marah Hajar seorang je? Aku pun tak buat kerja jugak.

“hai, sorry late.” Izzat pulak datang.

“apa masalah kau ni Umar? Am I doing wrong?” tanya Hajar sambil matanya memicing ke arah Umar.

“salah kau ialah tiada progression langsung. Lang-sung.” Ulang Umar sambil menekankan suku kata langsung.

“hey, hey, dude, apa yang jadi ni?” tanya Izzat. Dia da ambil tempat sebelah Hinara.

“yang kau lambat ni apesal?” marah Umar tetiba pada Izzat. Izzat da tunjuk muka blur. “lepas tu sibuk duduk mengendeng tepi Hinara ni apesal pulak? Da tak boleh nak duduk dekat tepi Hajar ni ke?”

Hinara dah what the hell with this Umar? Apesal perangai macam mintak kaki dari aku je. Izzat awal-awal lagi malas nak melayan. Umar and his possessive evil like into Anna Julia Hinara. Umar obses terhadap Hinara. Semua orang kat kolej tahu.
Sebagai balasan, Izzat buat bodoh, keluarkan laptop dan mula berborak dengan Hinara. Umar buat muka. Hajar peluk tubuh sambil tunjuk riak tak puas hati.

“okay, I am so sorry sebab datang lambat.” Kata Izzat sambil tersenyum lebar.

“and I am also so sorry to you guys because there is no progression after all about this Kemahiran Berfikir thing.” Tambah Hajar sambil menjeling pada Umar.

“baguslah kalau semua da tahu salah masing-masing.” Kata Umar bongkak. Hinara da terasa nak sepak-sepak si Umar. Perangai macam apa je. kau pun datang lambat, lepas tu sibuk nak havoc hal orang lain.

Ni ke perangai manusia yang mintak couple dengan aku. Dia memang tak dapat bayangkan kalau dia ni couple dengan si Umar ni. Mahunya semua dihalang. Semua lelaki loser macam ni ke? Armand pun macam ni ke?

Erk?

Apesal tetiba keluar topik Armand ni? =.=’

“okay guys. Just chill out. Kita mulakan perbincangan Kemahiran Berfikir kita dengan lafaz bismilah dan surah al fatihah.” Kata Izzat.

Semua mula menadah tangan untuk membaca doa. Secara jujurnya, Hinara senang dengan lelaki macam Izzat ni. Baik. Tak la marah-marah dan dia tak gila juga macam si Umar. Senang lepak je bukannya senang apa ke benda nak ajak couple.

Umar? Seorang yang gila.

Izzat? Normal dan sangat baik.

Umar? Suka marah-marah.

Izzat? Baik hati dan sopan.

Armand??

Dia tak tahu apa-apa pasal Armand. gosh! Apesal aku pikir pasal Armand ni. Aku da lama tak jumpa dia pun. Hinara mengentak meja tetiba.

“eh sayang, kau ni meroyan apa?” tanya Izzat.

“apesal kau panggil dia sayang?” Umar da merenung tajam. Hinara da malas nak pikir apa-apa. Lantak la semua ni. Izzat merenung marah ke arah Umar.

******************************************************************

psiko part tentang Umar. will update really soon chapter 8. sorry pendek sikit. heh.

@Miste_N

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...