Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Khamis, 21 Februari 2013

semester 2 of degree life.

assalamualaikum and a very good evening.

hari ni da masuk hari ke 4. seriously terkejar kejar ke sana sini untuk uruskan itu dan ini. serious rasa penat gila bak hang untuk uruskan sana dan sini. that is all the experienced that I gained from college.

untuk semester 2 ni, aku ada subjek Dendrologi, Komputer di dalam hutan, pengenalan kepada sains perhutanan, pengucapan awam, biology dan juga oral interaction skill.


ni jadual aku untuk sem 2. aku amik 15 kredit hour. thanks to Allah, aku tak amik koko this sem, so sabtu aku free. wiiii. 

Dendro : blur. aku tak paham apa yang kak pa cakap kat depan. kak pa tu lab assistant kitorang. aku punya coursemate panggil dia akak hotsetaff.

Komputer di dalam hutan : asfa kata kelas ni susah and asfa ialah seorang gadis yang mahir pasal komputer. aku pulak ialah manusia yang aca dumb pasal komputer. jadi kau nampak tak apa yang bakal jadi kat aku?

pengenalan kepada sains perhutanan : lecturer aku sangatlah sempoi. baik gila. haha.

Pengucapan Awam : opkos kitorang dapat hot lecturer. well, like seriously, kalau lecturer daripada FBMK, semuanya ialah jenis yang hotsetaff *kak pa kes lain even dia dari Fakulti Hutan,* well, aku suka and satu kelas suka dengan lecturer Pengucapan Awam. dia ada PHD dari NZ. coolllllllllll.

Oral Interaction Skill : Kbai . BHEP you are suck!

belum masuk hujung minggu lagi tapi aku da rasa letih gila. even baru first week, esaimen berlambak gila woi. lagi2 esaimen dendro. haih. boleh tahan mengundang kalau aku nak carik part2 tumbuhan tu kat internet.

serious , ada juga feeling nak baling lappy je. kah kah kah. aku da malas nak taip banyak2. nak tidur dulu. esok ada kelas Oral Interaction Skill. blerghh. kelas BI.

=.='

selamat malam!! May Allah Bless Us


Ahad, 2 September 2012

kad matrik pelajar baru :) hari pertama daftar

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

haiiii, kembali semula. tibojah hari ni aku terasa nak update belog lagi sementelah aku gigih update aku punya tumblr. eh?

hari ni selesai untuk hari pertama untuk sesi pendaftaran untuk first year degree Kolej 13, UPM. aku was, phew. rasa lega bila all that thing sudah selesai. apa yang belum selesai ialah Borang Zakat dan jugak borang bantuan. eh?

kalau tak silap aku la.



ni pulak ada gambar yang aku gunakan untuk kad matrik aku. comel tak? comel tak? hahaha. Jaja, kawan aku cakap, 

" kau nak gemuk weh."

and I was like. 

=.='

you are so mean wahai jaja. sekarang ni, pada waktu ini ialah waktu untuk kumpulan aku ber sentri. sentri ni macam kena jaga malam sebab nak kejutkan budak-budak first year degree bangun pada esok hari supaya tidak terlewat.

woah. 

kepala aku pun da mula mengong sakan. kejap lagi mungkin boleh tidur comel-comel dalam bilik yang sejuk ni tanpa mengeluarkan batuk yang over. hahaha. ya kanak-kanak sekalian, aku sekarang mengalami batuk yang agak kering serta over.

ya. mungkin ujian daripada Allah untuk aku ;') tu je kot aku nak bebel kan. heh.

till then
2 september 2012
Serdang

jangan lupa juga unutuk baca cerpen yang aku buat, tajuk dia After A Year. boleh jenguk pada sidebar :D



Jumaat, 24 Ogos 2012

Eid Mubarak!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

heh. da lama gila kan aku tak update belog. aku pun da lupa gaya nak update belog and aku pun da lupa macam mana excitement perasaan menulis tu. heh.

btw, Eid Mubarak already coming. heh. how yours?? mine? oo, I'm really enjoy this eid mubarak with ma pemly. haha. every single day, kitorang jalan-jalan and macam tak ingat dunia. sobs. even we are tired or what so ever, hey!! to remind yollls, Eid Mubarak is about kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi right?

and opkos lerrr, hari raya is all about kutip duit raya bagi peringkat umur macam aku yang tak sedar diri da besar gajah. haha. tapi kan, rule kat family aku ni,

selagi korang masih belajar dan tidak bekerja , maka korang dapat hak la nak kutip duit raya. ahaks! so, apa lagi, datang la melawat rumah ai. bwahahah.

kay, stop babbling pasal entah apa-apa entah kau ni Nazrul . jom kita layan gambar raya je la.

hey you, you, you. before I'm telling you more , lemme tell all of you, *gedik gila gaya kau cakap ni.* tema tahun ini untuk family aku adalah KUNING!! yeya. mempersembahkan, budak paling kacak untuk abad ini,

NAZRUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


bwahahaha. sila muntah dengan pantas.

btw, yes. this is my outfit during the first day of eid. gila kau! ahaha. best kot kalau dapat pakai baju melayu baru yang bertema. hiks. tahun lepas tema keluarga aku ialah Turqoise yolls. and before that is Oranje. 


this is ma siblings. yes. kak ngah, alang and aku. kak long takde sebab dia anak angkat. haha. mati la aku kalau dia baca apa yang aku tulis ni. kuning is all way around kecuali alang la sebab baju raya dia kind like more to warna cream and not too yellow. 


ni pulak sesi mintak maaf serta sob sob sob yang tak sobs mana pun. aktiviti mintak maaf setiap tahun juga disertai dengan aktiviti kutip duit raya. bwahahaha.

lepas mintak maaf, dan kutip duit raya. lepas tu ialah sesi ambil gambar seperti setiap tahun. its family time!!!!!!!!!!!! 

dey! gambar family la kan. hiks. 

dalam gambar family haruslah ada emak, ayah , kak long and her husband. also with her kids which is Adriana and Aidlilya. both of them are adorable. 


comel kan? ye la, dalam gambar je nampak comel. hakikatnya, nak je aku tampo sorang-sorang. bwahahaha.

btw, this year eid mubarak is so much fun. I have many entry want to post yet I'm too lazy to post it. heh. esok still jalan-jalan raya with ma pren pulak. and after that, Ameer and I will goin to Genting to attend some event there. hope it will be so much awesome. ;)

till then from me. ;)

kepada sesiapa yang suka baca cerpen, boleh la baca karya aku yang tak seberapa ini. haha. aku pasti korang tak akan menyesal bila baca :)


24 August 2012
0234
Klang








Isnin, 23 Julai 2012

Riana berjaya puasa sehari penuh!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


ya. macam yang korang semua lihat. 

this is Adriana Farihah. my niece. umur dia 4 tahun sekarang ni.

masih berbotol susu dan masih suka tunjuk peace bila ambil gambar. mungkin mengikut gen gen yang terdapat pada makcik-makciknya kot. hahaha. Adriana semalam kekdahnya sangat gigih berpuasa sehari penuh!

aku memang dah kagum habisan dengan keupayaan Adriana. *keupayaan pun boleh kan Ted* haha. apa-apa pun, Adriana memang hebat la. dia baru 4 tahun tapi dah mampu tak makan dan tak minum. walaupun budak kecik memang la tak digalakkan untuk berpuasa dan dalam Islam pun takde mengatakan bahawa budak umur 4 tahun wajib berpuasa tetapi bagi aku, this is truly good la kan.

ianya bagaikan latihan yang bagus bagi budak-budak kecik macam dia. nanti bila dah besar takde la shock sangat bila disuruh berpuasa. haha. nanti jangan jadi macam aku. umur 8 tahun pun still duduk kat tepi mak aku sambil makan kuih raya yang mak aku buat.

menjadi tester la kononnya untuk kuih raya emak. hahaha.


cara yang sangat keji oleh Ted sewaktu beliau berumur 8 tahun. haha.

aku pun tak ingat the exact tarikh aku puasa penuh. tapi yang pasti dan tersangat pasti bukan lah masa umur aku 8 tahun. heh.

bagus gila budak-budak sekarang ni puasa penuh. aku tabik spring doink toink. :) now, tell me, umur berapa korang start puasa penuh?

till then.

1645
23 Julai 2012
Serdang



Sabtu, 21 Julai 2012

Puasa :)

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

tarawih dah. puasa pun dah. pergi Bazaar pun dah. cuma satu je belum.

sabar.

ya. aku kena belajar sabar dan kawal perasaan. tak bermakna puasa aku kalau aku cepat marah dan cepat cengeng. eh? hehe.


setan semua dah takde. yang tinggal hanya nafsu sahaja. ya. ini la peluang terbaik aku untuk menjadi seorang manusia yang dapat kawal perasaan dan kawal riak muka dengan baik juga.

hehe.

aku ni memang kadang2, kalau tengah bengang, automatik akan terkeluar pada muka. sangat sadis =.=' doakan aku untuk menjadi manusia yang lebih baik. 

selamat puasa semua. dan selamat juga untuk menunaikan solat sunat tarawih. 

till then.

2044
21 Julai 2012
Klang

jom sahurrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat nak bersahur buat semua.

dalam masa beberapa jam je lagi, kita as a muslim dan muslimah kat Malaysia akan bersahur. wehuuu! tak sabar nak sahur.


haha. 

kalau masa kecik-kecik memang selalu sangat la aku macam ni. tapi bila dah besar sikit, takde kerjanya nak mengantuk bagai macam ni.

kang nanti kalau tak sahur mahunya lapar gilos nanti. tak ke nanti perut berkeroncong joget sana sini nanti. lagipun, banyak la fadilatnya bila kita bersahur ni. ;)

too many.

heh.


yeay!!!!!!!!! jom la kita bersahur setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini dan cuba kutip sebanyak mungkin keberkatan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW ini. 

bukan senang tau nak dapat kerberkatan ni. tapi bersahur ni senang kan? heh. kira worth la kalau kita bersahur ni. ;DD

akhir kata, jom sahur dan berpuasa sepenuh hati !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

till then.

0102
21 Julai 2012
Klang


Jumaat, 20 Julai 2012

hilangnya saya

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

aku da lama gilos tak update belog. kasihan kau belog. hampir seminggu juga la kau terabai tanpa kasih sayang aku. haha. esok dah nak puasa, aku harap, this puasa, I can do very well! chaiyokk!

walaupun kekdahnya, sebahagian besar, aku tak akan berada di rumah sepanjang aku berpuasa hijrah ini, namun ianya adalah tanggungjawab yang aku harus galas.

aku berharap la sangat aku tak menangis sob sob sob sebab tak dapat puasa kat rumah. bwahahaha.


terpaksa menceriakan gambar :(

aku sebenarnya risau bila tengah malam ni. haha. mesti aku lapar punya la kat kolej nanti. kalau dulu aku ada la jugak coco crunch tak pun honey star yang aku boleh baham kalau di tengah-tengah malam buta tetiba aku kelaparan. tapi nampaknya sekarang, aku kena jaga nafsu makan. 

bwahahah.

memang lepas ni aku kurus la. heh. takpe la. puasa pun mengajar erti nafsu yang perlu dijaga. gizzuew.

p/s

aku rindu nak makan ayam goreng. 

till then.

20 Julai 2012
1142
Klang


Khamis, 28 Jun 2012

Tourism Malaysia : Sabah di Bawah Bayu!!!!!

assalamualaikum wbt

jadi esok aku dengan family aku akan ke Sabah negeri di bawah bayu!!!!!!!!! oo  yeah. memang kali pertama untuk aku jejakkan kaki ke Sabah. kalau dulu travel Kedah dengan kawan aku. sekarang dengan family pulak.

antara tempat yang aku akan pergi

: Jambatan Tampurali
: Pekan Kundasang Market
: Pekan Nabalu (Karambunai ) Market
: Kinabalu Park ( Canopy Walk )
: Poring hot spring
: Desa Mesilau Dairy Farm
: Rumah Terbalik Tampurali
: Luanti Sungai Tagal ( Fish Spa )
: Kundasang War Memorial
: Sabah Tea

sangat tak sabar aku. ni pun dah jiggle semacam je. kah kah kah. over kau Nazrul. entry Tourism Malaysia : Kedah Darul Aman pun tak siap lagi, ni dah jejalan lagi. hah, gasak la. asalkan enjoy. :)

jadi blog ni akan sunyi sepi selama 3 hari.

tu je ai nak bagitahu. okbai.

0026
Klang
@TheodoreNazrul

Rabu, 27 Jun 2012

tolong laaaaaaaa.

assalamualaikum.

kau ingat nak mengajar tu senang ke? al kisah nak dijadikan cerita, aku ada anak murid bernama Aiman dan Irsyan. pada Jumaat malam, aku dengan kadar molek bolek telah mengajar Aiman subjek Matematik. manakala aku ajar Irsyan subjek Bahasa Melayu.

setelah tamat kelas matematik pada jam 9.30 malam, aku ada pesan dekat Aiman dan juga Irsyan.

" kelas seterusnya hari ahad, jam 9 pagi tau." bagitahu aku.

jadi, selepas aku mengajar, dengan kadar goyang kaki, aku online je la sampai ke pagi sebab Sabtu memang aku tak perlu mengajar sesiapa pun. malah, petang Sabtu nak pergi jejalan dengan Rita dan juga Nadia. Malamnya pula akan pergi bermain bowling.

apa yang aku buat sabtu pagi?

aku tidur.

tepat jam 9 pagi. ada orang bagi salam kat luar rumah dan emak aku bergegas masuk ke bilik aku.

"Aiman datang. bangun cepat. ajar dia."

aku dah merungut-rungut. " apesal dia datang pulak pagi sabtu ni? kan dah cakap kelas ahad pagi."

at first, aku memang bengang habisan la. dengan tak cukup persediaan nak mengajar. tak cukup persediaan nak hadap sesiapa pun sebab aku nak rehat je.

dalam kepala otak aku. aku nak rehat molek-molek je. tak nak diganggu oleh sesiapa. mak aku kata,

"pergi je la ajar dia."

dan aku pun mengajar. tapi aku merungut la jugak sebab aku bengang. aku yang kena ajar. aku yang sakit kepala. aku yang mengantuk. aku yang matanya sangat pedih. aku yang menguap tak sudah. aku yang rasa takde mood nak mengajar. mata aku merah sebab aku sakit mata.

tapi aku ajar la Aiman tu baik-baik. aku ajar sifir. ya. aku sangat sabar ketika itu walaupun hakikatnya kepala aku dah macam nak meletup seolah-olah ada nukleur di kepala aku. sakit kepala yang over. aku bayangkan nak makan pain killer je masa tu. *over sangat*

dan cerita tentang aku moody ketika hendak mengajar telah dicanai kepada semua orang. seolah-olah dalam penceritaan palsu itu, aku telah menjadi bagaikan Lord Voldermort. seolah-olah aku ni makan gaji buta.

"dah orang bayar tu. pergi je la ajar."

tapi masalahnya sekarang, waktu mengajar telah ditetapkan dan bukanlah salah aku. kira untung dan baik la juga aku pergi mengajar. tetapi cerita telah tersebar seolah-olah aku tak kenang dek untung.

"kau ada isu ni." kata pakcik aku.

dan aku terus masuk rumah tanda malas nak mendengar. sekian. cerita tamat. dan aku adalah orang teranaiya.

the end.


Genting Press Conference

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.


sila klik untuk tumbesaran.

so this event will be held a few hour more at Genting Highland. aku memang tak dapat pergi sebab ada isu sikit. event yang sangat gempak ni dan sekejap ni pun aku tak dapat pergi padahal Nuffnang dah siap call semua untuk confirmation. 

now, I must message Darren untuk cancel. 

untuk kali ni, dah 3 kali aku tak dapat pergi event Genting. such a pity untuk aku. ya. aku memang kasihan. 

i was pissed off just. I cant go just because so silly entah apa-apa aku pun tak paham sebab apa tak dapat pergi. foine. kau menang. aku malas nak amik tahu. 

event yang dua jam ni pun aku tak dapat pergi. memang hidup aku ni menyedihkan betul. ya. tersangat. aku baru nak joget joget sikit. tapi gasaklah, dah tak dapat pergi nak buat macam mana. 

so, sekarang. I'm lying down on my bed. sambil berharap nama aku tak akan kena blacklist sebab banyak kali tak hadir event. *tadah tangan*

tu je la. okbai. malas da nak taip banyak-banyak.

Ahad, 24 Jun 2012

Job description seorang Vampire

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

currently sekarang ni aku sedang bercuti. cuti Asasi Sains Pertanian selama 4 bulan. semua orang yang aku jumpa, akan bertanya, cuti berapa lama? cuti sem ke?

dan dengan gaya malas nak menjawab kerana telah merasakan telah menjawab soalan itu buat kali sejuta,

" cuti 4 bulan. bulan 9 ni sambung degree."

dan itulah job description seorang Nazrul. Nombor 1, apabila orang bertaanya, sekarang cuti berapa bulan, dia akan menjawab dengan molek molek padahal dia dah terasa aura nak baling kasut je sebab bosan dengan soalan yang sama.

job description nombor 2. menjadi seorang guru tuisyen yang berkaliber. haha. kononnya berkaliber.

sekarang cuba untuk menjadi seorang tenaga pengajar di rumah sendiri dan cuba mengajar tanpa menaikkan temperature dalam badan sebab terlampau marah.

jadi, sekarang, dekat rumah aku ada ajar budak tingkatan 3 bernama Naufal dalam matapelajaran matematik dan bahasa Inggeris. lepas tu, ajar budak darjah 1 bernama Hadi dalam matapelajaran matematik dan bahasa inggeris juga. eh? sama la pulak.

dan mengajar budak darjah 3 bernama Irsyan dalam matapelajaran bahasa melayu. Aiman, seorang budak darjah 3 dan aku mengajar dia subjek matematik. akhir sekali ialah Azwan, aku mengajar dia subjek matematik dan dia darjah 5.

jadi, sekarang aku ada Naufal, Hadi, Irsyan, Aiman dan Azwan sebagai anak murid aku. haha. tentunya aku mengajar molek-molek amat. oh, terlupa pula! aku ada ajar juga anak buah aku, Adriana. aku mengajar dia baca ABCDE dan dia berusia 4 tahun.

selain daripada mengajar di rumah dengan gaya convincing habis dekat budak-budak tu, aku juga merupakan pentegar online yang amat hebat. haha. selain daripada mengonlinekan diri pada laman sosial terkenal pada masa kini iaitu facebook, aku juga bergiat aktif dalam laman sosial Twitter dan juga blog.

ooo, i lap u guys so much la.

selain itu, aku juga turut menggiatkan diri dalam arena Anime44 dan juga Manga setiap hari selasa dan juga Khamis. hehe.

itulah job description seorang Nazrul.

menjawab soalan-soalan orang ramai, "sekarang tengah buat apa? cuti berapa lama? sambung bila?"

menjadi seorang guru tuisyen paling sopan di dunia.

meng online dengan kadar paling hebat sekali di dunia.

ia.

itulah kerja saya hari-hari sehingga bulan 9 nanti. bwahahah.

till then.
2014
Klang,
by @TheodoreNazrul

Khamis, 21 Jun 2012

Pelupa

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

siapa kat sini bukan seorang yangt pelupa? aku memang tabik la kalau kau bukan seorang yang pelupa sebab kau mempunyai daya ingatan yang bagus.

aku?

aku memang seorang yang pelupa. haha. kesian kan?


aku selalu lupa dekat mana aku letak barang aku. 

aku takde masalah nak mengafal isi-isi penting dalam Biology mahupun Agriculture. aku boleh menghafal bulat-bulat setiap ayat dalam nota peperiksaan agriculture yang setebal 5 muka surat itu tanpa tertinggal satu patah perkataan pun termasuk la ayat 'a' dan 'the'. aku juga pernah johan pertandingan bercerita masa aku umur 8 tahun. kena hafal 3 pages full with words dan 2 ayat al quran.

tapi kalau masuk bab pasal barang macam 


tak pun,


aku memang seorang pelupa habisan. haha

kalau kat rumah jangan cakap la,


kesudahannya aku kena marah dengan mak aku sebab selalu lupa letak barang. sob3x sangat. korang macam aku tak? haha. aku bet, korang mesti selalu ingat barang. 

aku risau je nanti bila dah besar, kekdahnya aku lupa 


bwahaha.

till then,
1739
Klang,








Isnin, 18 Jun 2012

Top 10 Baby paling kelakar dekat youtube. Video must watch!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

dalam kegigihan melayari churp churp la kekdahnya, sekali aku terjumpa video yang suwittt gilos ni. heh. aku malas nak cakap banyak-banyak, korang je la yang layan and nilai sendiri tahap sweet mious dia tu. tehee.


aku bila tengok bebudak kecik ni, hidung aku dah boleh berair dah sebab banyak gila gelak. heh. they are sooo cute. kecik-kecik dah pandai buat ekspresi yang bagus macam tu. tehee.

anak-anak buah aku pun takde lawak macam tu tapi diorang tetap adorable di hati aku. ecehh. bwhaha.



this is Aidilya Farzana. tapi aku panggil dia as Dilya jak. seorang chicky dan banyak cakap!


dari belah kiri is Sara Emily and lagi seorang ialah Adriana Farihah. Sara is not my niece pun. tapi mak aku dah jaga dia since her chlid baby little cute, so da kira macam niece aku jugak la kan. haha. 

Sara seorang yang bijak. and Adriana pulak my real niece. heh. Riana memang budak yang nakal amat! tapi dengar kata. :)

aku rasa semua orang ada niece diorang. tak pun nephew dan semestinya ada kenangan yang tersendiri. tehee. share-share la yop dengan aku, apa nama niece korang? tak pun nephew. dan kenangan dengan diorang? heh.

mesti banyak kan? hee. 

till then.

1100
Klang

Khamis, 14 Jun 2012

cerita durian saya.


assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua. eh?

*this post by the Lady*


sekarang musin durian dan tersangatlah melambak kan gerai jual durian? ada yang open sampai tengah malam..

kat tempat aku ni, memang susah gilos nak dapat durian. dah la UiTM tempat aku ni macam dalam hutan. huhu. sadis kemain, maka, dengan gigihnya terpaksalah aku melangkah naik bas semata-mata nak mencari buah durian pada waktu malam. sadis tak? tak ke semangat gila tu namanya.

dan akhirnya tercapai jugak lah hajat aku..



muka keji bila dapat makan durian. haha. ada aku peduli?


 tadaaa!! durian 1.5 kilo plus 1.3 kilo, total harga dapat RM20 hinggit.. tu pun lepas dapat diskaun RM 2.40 sen..

aku tak tahu la mahal ke tak. tapi dah suka kan, aku bedal je la makan dengan kawan aku. benda sedap weh, siapa yang tak nak kan.

tapi yang paling best, esoknya aku dapat durian lagi. heh



tadaaa!!!!!!!!!

abaikan kasut biru yang buruk ittew. haha.

aku melantak benda ini dalam cuaca yang panas lagi membahang. * yes, you read it. aku sanggup makan dalam cuaca yang panas!!!!!!*


kegilaan pada buah berbau semerbak harum wangi kembang semangkuk, *certain people je anggap busuk  =.='*  .. membuatkan aku sanggup berpanas dan makan kat padang bola tampar sesorang. <--- ni sebab semua dah pandang pelik bila aku usung tupperware yang dalamnya ada isi durian. macam pelik sangat pulak?

pelik ke? aku rasa biasa je. haha.



burp. burp. burp.

\melantak habisan aku.  kah kah kah *gelak setan* the reason aku melantak, hellos bennos, durian sangat sedap okay

 selesai lah sudah misi rahsia sangat sulit geng hantu durian.. haha.. memang sapu guna jari lah bekas ni sebab rasa rugi lak nak tinggal sisa..

hah, walaupun tak sesenang nak dapat durian, tapi pengalaman untuk dapat apa yang kita suka tu, sangatlah seronok. tersangat seronok. tak tipu weh!

kay guys. nak chow cin cau dulu. babai.

0136
Kuala Pilah.
Syaza Athirah Hamzah.

Rabu, 13 Jun 2012

Panda is sweet!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

entry ni buat mereka yang sedang bergelut dengan exam. (amik kau!! bergelut dengan final exam la kekdahnya, mwahahaha)

for those yang selalu stay up malam, this might be sweet. eh? haha.

for you, a little panda. :) from me.




haha, this panda macam nak pakai baju jee. da,da,da. jangan nak stres sangat hadap exam tu. doa banyak-banyak mintak terang hati. semoga korang sukses!


till then. babai :)

kave down, 1524



Jumaat, 25 Mei 2012

Pemalas.

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

tadi balik solat, parking motor novo kakak aku, aku nampak 3ekor anak kucing.


actually, diorang tak la seburuk ni, haha. tapi kat mata diorang ada benda aneh. aku rasa kena jangkitan kuman kot. siap berair bagai. ada taik mata bersepah sana sini.


aish. kesian la kucing aku. walaupun aku bukan la peminat kucing *tak minat pun, okbai* tapi aku tak sampai hati la tengok diorang sakit. ye la, aku ni ada sikap humaniti yaang tinggi. #gizzuew~

jadi, aku dengan kadar berjalan-jalan 0.5 km/j masuk ke rumah dan bagi tahu dekat mak aku.



haha. dan aku pun shing shong shing shong jak la dekat mak aku. pastu aku tersegih-sengih macam kerang busuk sebelum masuk bilik.

bwahahaha. sekian entry dari budak pemalas macam sloth dari aku. 

kave down.

1540

lets twittering peeps!



notakaki

ya!! aku memang pemalas. sorry~

Isnin, 21 Mei 2012

Sekitar Malam Gala ASPer 2012.

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

kekdahnya Malam Gala ASPer da lama berakhir tapi still nak post somethin jugak. heh. malam ni, kita akan layan fesyen!! jom kita layan fesyen semua orang pada malam tersebut!!


this is currently my outfit on that night.


with Sarvini. lawa kan??


Siew Lee with her evening dress meanwhile Kunambiga with her saree

 

with Zunikha Azmira. bagi aku Zunikha punya outfit sangat style!


Roopan and Sarania. such a lovely couple. ngeh3x.


With Asfaezzah Acepa.


Afiqah Narwawi!!!


Haidhar Ibrahim. sangat paparazi okay!


Deco team. :)


member of C402


Syaz and Naqi.


with Izatul.


th girls of Hi-5


kuliah 7!!!


the best part of the night. kuliah 4 of 2011/2012

will miss you guys. :)

kekdahnya banyak gambar aku. haha. haruslah banyak gambar aku sebab guna kamera aku. bwahahah.

till then. love.

lets twittering tweeple.

@HangNazBenji








Jumaat, 20 April 2012

~ natural

assalamualaikum



dari kiri ialah Aidilya, Sara dan juga Adriana. comel je kan?? haha. aku rasa gambar ni di amik masa bezday Riana yang ke 4 masa 16 April 2012 hari tu. aku malangnya ada dekat UPM, jadi tak dapat nak join bezday party Riana. sob3x.

Riana yang pakai baju merah. ceria nak mampus. haha. ye la, budak kecik2, memang takde masalah dalam pikiran diorang. semua pikir nak makan, main, berak, kencing je. bila dah besar sikit baru la tahu erti tanggungjawab itu.

aku nak cerita panjang2 pun, aku tak tahu nak cerita apa sebab aku takde pun kat bezday party tu. heh. tapi, apa yang aku pasti ianya dipenuhi dengan makanan dan kek serta air berbusa yang sangat sedap. T_T nak jugak. :(



and another picture from them. oooooooo, aku pasti kek itu sangat sedap lagi lazat. yum3x. *motif nak yum3x?? haha, padahal bukannya kau ada dekat Klang pun masa tu. cis*

till then. nak chow dulu. banyak lagi entry yang tak bertaip. even Wildlife Charity pun tak bertaip lagi. kekeke. malasnya nak taip! okay. babai.

siapa2 yang suka baca novel, mini novel or cerpen, boleh klik di sini

@7 street writers

dan siapa2 yang tahi twitter, boleh klik sini

@IncheVampire

lets tweet tweeple.

kave down, 03.29 pm.Friday. 20 April 2012

Selasa, 10 April 2012

~ degree

assalamualaikum

disebabkan aku dah nak habis asasi, maka permohonan degree telah pu dibuka. ==' and i'm really afraid about it. sangat. pilihan pertama aku ialah Bachelor Sains Taman & Rekreasi or you can call it as a BSTR. sebab apa aku takut? sebab aku takut tersalah pilih. a lot.

family aku nampak bidang kerjaya engineering je. wahai family ku, ketahui la bahawasanya saya sama sekali tidak pandai dalam fizik. lemah sangat., fizik is just too complex for me. I just can't get use all the equations and all of that. pening weh!

I just hope this BSTR ialah pilihan  yang tepat. this BSTR ialah satu-satunya course di Malaysia dan hanya terdapat dekat UPM je. hardcore sangat. so, aku rasa, * aku rasalah!!* peluang pekerjaan adalah sangat tinggi.

=='

wahai family ku, aku tahu semua nak yang terbaik untuk aku. taapi ketahuilah, yang kena belajar dan bekerja itu adalah aku dan bukannya kamu, kamu mahupun kamu. aku tahu dimana kemampuan aku dan aku tahu sampai mana je limit aku.

sekian.

ini entry bangang sebab aku rasa useless.

kave down. 0350 pm. nak sambung tidur. babai.

p/s
one of the job is I can be tour guide. which is salah satu impian aku sejak zaman sekolah menengah. and of course, tak payah nak masuk pejabat sangat dan dapat berjalan-jalan. psiko sangat~

Ahad, 12 Februari 2012

~ siblings

assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.

akhir-akhir ni aku memang malas sangat nak update belog. aku just letak gambar then letak sikit ayat. haha. memang tahap pemalas gajah. hello, kita buat blog adakah untuk memuaskan hati pembaca atau memuaskan hati penulis? aku stick kepada point nombor 2 iaitu memuaskan hati penulis.

hee.

si, here we go, next picture. Siblings.


orang selalu cakap, 

" eh, muka kau dengan kakak kau sama la!"

and sampai sekarang aku still tertanya-tanya, 

" what the hack and mana yang samanya?"

a big ques-ti-on mark di situ bebeh. sama ke? entah la. aku rasa macam lain je. takde yang sama pun. okay, cuba tengok gambar lain pulak. adakah sama ??


sama ke? still aku tak nampak resemblance tu weh!! 

another big - go a Ques-ti-on mark from me bebeh. erk? mungkin setiap orang pendapat dia lain. heh, apa pendapat korang? aku tak rasa muka aku sama dengan kakak-kakak aku ni. zzzz. fellas dan fenin sudah. =='

siapa-siapa yang suka baca novel atau cerpen, boleh klik sini

babai! happy reading semua :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...