Memaparkan catatan dengan label fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan

assalamualaikum and a very good evening. salam hujan dan sejuk buat semua.

hari tu, not la hari tu sangat, minggu lepas aku ada pergi Genting Highland untuk attend Press Conference of 20th Century Fox World and Genting Integrated Tourism Plan. sebelum tu, mestilah anda anda sekalian sudah tahu bahawasanya Outdoor Theme Park telah ditutup and akan ditambah dengan something else yang baru.

mula-mula aku pikir, perghh, macam rugi la jugak Genting robohkan all the permainan semua tu. last hari tu aku tengok, hati bermuram durja sebab Roller Coaster, Space Shot semua da hilang wassalam kena lenyek dengan steamroller. tapi bagi aku, maybe Genting da buat keputusan yang bijak and mereka pun amik risiko yang tinggi untuk runtuhkan all that stuff and thing.


jadi, dengan robohnya Outdoor Theme Park, mereka akan buat semua permainan baru yang datangnya based from 20th Century Fox World. sebelum tu, aku nak tanya, korang ni tahu ke tak 20th Century Fox World tu apa? hahahahahah


this is 20th Century Fox. antara cerita-cerita dari 20th Century Fox ialah Percy Jackson and The Olympians ; The Sea of Monsters, The Wolverine, Turbo, The Heat, Internship, Epic, The Croods, Lincoln, Life of Pi, Abraham Lincoln ; Vampire Hunter, X Men First Class dan banyak lagi la. jadi, macam Disneyland ada Pooh la, Mickey Mouse la apa la, jadi Genting will have all that watak untuk Outdoor Theme Park yang baru. freaking excited untuk main all those games bila semua da siap nanti!

Press Conference yang berlangsung dekat Genting ni dihadiri oleh beberapa orang besar seperti Perdana Menteri kita, President of 20th Century Fox World, anak kepada Lim Goh Tong which is yang tengah pegang Genting sekarang. all the big names datang dekat Press Conference hari tu. even wartawan dari TV3, luar negara and macam-macam semua datang. well, big Press Conference kan? jadi , aku yang sebagai remaja media yang baru beberapa kali dijemput ke Press conference ni terasa kecik gila hari tu. what a world la aku ni. 




ni masa pelancaran by Najib dekat Genting masa tu. what a day! memang pelancaran yang agak grand. 


ni pulak masa sesi soal jawab antara media sama ada dari luar negara ke dalam negara. macam - macam soalan jugak la. contohnya macam pasal hotel baru, shopping mall baru *yes! akan ada shopping mall baru yang super besar , super grand macam Pavi di Genting Highland*

tak sabar tunggu Genting boleh operasi sepenuhnya nanti with new games, new outdoor theme park. it will be awesome and will be more grand than usual. Genting memang buat and amik risiko yang tinggi dengan pecahkan , hancurkan, lupuskan all the outdoor theme park and bina yang baru tapi it will be fresh start for them. heh. aku pun ada fresh start kat Genting. HAHAHAHAHAHAHAHAH, aku sebenarnya da lama jugak tak kembali ke dunia blog dan masa Genting hantar email hari tu, tetiba terasa blessed and -,- pergi je la. KAH KAH KAH. thanks Genting sebab jemput datang ke Press Conference hari tu.



muka freaking excited bila dapat pergi Press Conference and lepas dapat goodies dari sana. btw, masa ni sejuk abadi menggigil. Genting baru lepas hujan. -,- tapi kinda poyo la, orang lain lek lek je pakai short, aku je feeling UK dekat Genting tu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. 



 by the way, aku tak pernah bosan bila makan dekat Genting Highland :) thanks to Coffee Terrace for our superb lunch :D bila borak-borak dengan Pelf Yeen *dia ni Executive Public Relations & Communications of Genting* dia bagi tahu, per entrance ialah 81 myr untuk sekali makan kat situ. it is really worth it :))))) *senyum lebar habis*

jadi untuk Genting! best of luck to you guys for upcoming year! serius tak sabar tunggu Genting berwajah baru and tak sabar tunggu mainan and all new games from Genting. make it worth pal! *ceh, macam bercakap dengan kawan2 je, kau ingat dia baca blog kau ni? KAH KAH KAH, najrul bangang*

again and again, thanks for inviting me. kalau ada event lain, boleh la sent email ye. heheheheheh. :) till the end. babai. thanks for reading!


p/s


cuba teka dia ni siapa? well, kawan aku kinda bangang bila dia cakap kat aku.

"dia ni bukan ke pakwe kapel seminggu Puteri Awani tu?"

aku da -,- what the heck is that la "kau biar betul."

tahap cibs kawan aku tu, dia straight forward je tanya depan-depan dekat budak tu, "eh? kau yang video kapel seminggu tu ea?"

budak tu da blushy shy. btw, dia baru habis spm. -,- The End

Ahad, 2 September 2012

kad matrik pelajar baru :) hari pertama daftar

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

haiiii, kembali semula. tibojah hari ni aku terasa nak update belog lagi sementelah aku gigih update aku punya tumblr. eh?

hari ni selesai untuk hari pertama untuk sesi pendaftaran untuk first year degree Kolej 13, UPM. aku was, phew. rasa lega bila all that thing sudah selesai. apa yang belum selesai ialah Borang Zakat dan jugak borang bantuan. eh?

kalau tak silap aku la.



ni pulak ada gambar yang aku gunakan untuk kad matrik aku. comel tak? comel tak? hahaha. Jaja, kawan aku cakap, 

" kau nak gemuk weh."

and I was like. 

=.='

you are so mean wahai jaja. sekarang ni, pada waktu ini ialah waktu untuk kumpulan aku ber sentri. sentri ni macam kena jaga malam sebab nak kejutkan budak-budak first year degree bangun pada esok hari supaya tidak terlewat.

woah. 

kepala aku pun da mula mengong sakan. kejap lagi mungkin boleh tidur comel-comel dalam bilik yang sejuk ni tanpa mengeluarkan batuk yang over. hahaha. ya kanak-kanak sekalian, aku sekarang mengalami batuk yang agak kering serta over.

ya. mungkin ujian daripada Allah untuk aku ;') tu je kot aku nak bebel kan. heh.

till then
2 september 2012
Serdang

jangan lupa juga unutuk baca cerpen yang aku buat, tajuk dia After A Year. boleh jenguk pada sidebar :D



Isnin, 6 Ogos 2012

Bawak handphone ke sekolah. bagus ke tak? apa pendapat korang?

assalamualaikum wbt dan salam Nuzul Quran buat semua

bawak handpone ke sekolah. memang la bila aku dengar, aku dah rasa pelik semacam.

1) kenapa perlu budak-budak sekolah ni bawak handphone ke sekolah? adakah ianya menjadi suatu keperluan yang nyata? adakah ianya sangat perlu di sekolah. bagi aku memang ada pro dan kon bila kau bawak fon ke sekolah tapi bagi aku, lagi banyak buruknya daripada yang baiknya.

ok fine. aku tak rasa bawak fon itu adalah perlu ke sekolah. its just so rubbish hell weh. adakah budak-budak sekolah yang baca blog aku akan rasa butthurt? arhh! biarkan. padan muka korang. haha. siapa suruh baca blog aku. sekarang rasakan.

2) bagi aku bila bawak fon ke sekolah, hanya akan menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat. kau tak fikir macam tu ke? sekarang ni, budak-budak sekolah dah guna fon I Phone 4s. aku ni je yang dah besar panjang still guna fon stok baling anjing. first and foremost, bila aku dengar yang FON BOLEH BAWAK KE SEKOLAH, automatik aku fikir, KAU GILA??? ITS PORN LA WEH!!!

seriously hell, kat dalam dunia ni, dari yang kecik hingga ke besar, semua pernah tengok dot dot dot. ok foine. tak nak mengaku tak pe. tak kisah. tak kisah la sama ada kau tengok through kau suka atau kau tengok secara kau tak sengaja, atau kau tengok bila kawan kau bawak.

3) back in school, bila aku zaman sekolah, its just, homaigod, homaigod. budak-budak sekolah bila tunjuk fon, first thing dia yang akan dia tunjuk is "eh, aku ada porn la! nak tengok?"

kau nak cakap blog aku kotor ke apa ke, but I was telling the truth. aku lagi la membesar kat kampug. yang kat bandar lagi la kau jangan cakap. kau tak rasa bila BUDAK-BUDAK SEKOLAH DIBENARKAN BAWAK TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH, THAT porn thing might be happen? pastu ada pulak kejadian rakam buat seks la apa la kat sekolah.

kau tak rasa macam bangang ke rule MEMBAWA KE SEKOLAH ADALAH DIBENARKAN.

a really gila !!

kau tak rasa ke benda rakam-rakam semua tu might be happen?????

4) back in school, aku adalah pengawas and bila dilantik menjadi ketua pengawas, all the burden macam memuncak kat bahu kau. dulu, rule bawak fon ke sekolah tak dikuatkuasakan but the kes kecurian always happen. hilang duit la. hilang baju la . ( eh? ) hilang apa la , hilang itu la, hilang ini la dan macam-macam lagi. termasuk juga hilang dara ( another eh??? )

bila rule BAWAK FON DIBENARKAN, aku da macam terdiam. eh? kalau macam ni memang selepas ni pengawas akan ada tugas baru which is

MENUBUHKAN SKUAD PEMBASMI MENANGKAP PENCURI TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH.

its just hell yeah. *rolling eyes* budak-budak zaman sekarang ni bukanya pakai fon stok baling anjing macam SABUN, DAUN, 3310, TORCHLIGHT la apa la lagi. sekarang semua stok I Phone, BB dan macam2 lagi. even budak sekolah rendah pun da ada I pad. kau tak rasa kadar kecurian itu semakin meningkat?

kau tak rasa ke kadar peras ugut antara pelajar sekolah semakin meningkat? kau tak rasa kadar buli semakin meningkat? kau tak rasa semua benda negatif mula timbul ke?

5) all of sudden, aku terasa, WHAT IS THE MAIN MOTIF LA THOSE STUDENTS BOLEH BAWAK TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH?????

best punya aku caps lock. haha. kalau terasa nak pupuk sikap IT dalam diri, its bullshit. tamat. kalau rasa, bila ada kecemasan, those yang bawak fon boleh telefon mak pak, its another bullshit. entah la. aku rasa semua benda ni karut. tak boleh pakai.

memang kesian sangat sangat la kat cikgu-cikgu yang nak mengajar. ini bukan USA yang open dopen terhadap semua benda. this is Malaysia. aku bukan lah cakap, "ooo, Malaysia should keep the old tradition dengan tidak membawa telefon bimbit ke sekolah." but the main thing is buat apa kau nak bawak telefon bimbit ke sekolah?

sebab bila kau nak kena culik, kau sempat nak kol mak pak? eh? kalau sempat la. *rolling eyes*

6) aku ni teruk ke? abaikan. oooo, lagi satu. korang tahu tak bila bawak fon ke sekolah, kadar meniru adalah sangat tinggi macam KLCC tu? sepupu aku yang sekolah dot dot dot back in 2010 pernah cerita kat aku.

"ooo, aku bawak je fon masuk exam. amik gambar jawapan add math and bila cikgu tak nampak, tengok je la jawapan guna fon. simple as that!"

lepas tu gelak. then dia tambah.

" kadang-kadang kalau tak tahu, boleh mesej-mesej kawan oo. alaa, cikgu tak perasan punya."

and terfaktab sangat. terdiam. terpaku. okay, masa tu aku terdiam sebab "ish, macam apa je dia ni, aku punya la kampoi jawab addmath, dia boleh bantai tiru!" (soalan percubaan addmath selangor masa tu sangat susah!!!!)

kau tak rasa , benda-benda macam ni  boleh berlaku?

7) bagi aku, takde kebaikan bawak fon. tamat. kalau kau nak rasa bawak fon, belajar pandai-pandai masuk universiti, then hari-hari kau boleh guna fon. bagus kan?

eh? entry ni emo ke? haha


till then. babai!!!
0045
Serdang
by @TheodoreNazrul


Jumaat, 3 Ogos 2012

Diskriminasi pelajar universiti

assalamualaikum wbt dan salam nak sahur buat semua.


kau tahu tak apa itu Diskriminasi pelajar universiti? aku rasa mesti kau tak tahu. ye la. sebab aku yang reka ayat ni. dan ayat ni baru terkeluar dari kepala otak aku beberapa saat yang lalu.

1) kau orang tahu tak bahawasanya orang selalu pandang respect atau pandang tinggi dekat orang yang belajar Engineering and belajar Medic. just for these two. untuk yang lain, orang tak berapa nak pandang sangat. sebab apa? mentaliti masyarakat dah tetapkan macam tu.

kat Malaysia ni, orang selalu nampak only Engine and Medic la kos kat univerisiti yang paling gempak. yang paling handal. yang paling layak disanjungi. ==' habis macam mana dengan kos yang lain?

2) aku bukan cakap kos lain, orang pandang cikai ke apa, tapi realitinya memang macam tu. tengok je la dekat senarai biasiswa atau apa-apa sekalipun, yang paling diutamakan adalah Engineering dan juga Medic. kasihan betul kos-kos lain kat universiti. seolah-olah dianak tirikan. ye. dah jadi macam anak angkat.

3) aku bukan nak salahkan people who took on Medic or Engineering or what, korang memang takde kena mengena langsung, so, kepada budak Medic atau Engine yang baca entry aku, tak payah nak butthurt sangat. this entry more to MASYARAKAT SETERMPAT. aku cuma tak puas hati dengan pandangan masyarakat sekarang. diorang selalu tunjuk muka pelik lepas aku bagi jawapan kepada soalan diorang.

"nanti sambung kat universiti, amik course apa?"

"hutan." senyum.

dan mereka mula tunjuk muka pelik.

teruk sangat ke kalau aku tak ambil Engineering ataupun Medic? menyedihkan ke kalau aku tak dapat nak ambil Engineering atau Medic?

4) dalam dunia ni, ada banyak option. bukan on those tu je. bukan hanya pada Engineering atau Medic je. oo, kamon masyarakat Malaysia. tolong tukar pandangan anda., aku da nak naik meluat ni bila pandang muka orang yang always tunjuk muka pelik. seolah-olah menjadi suatu kesalahan. pfft.

adakah mereka yang tidak mendapat course engineering, medic atau tidak mahu mengambil course medic, engineering dikira dumb or somewhat? macam tu ke? macam tu ke pemikiran korang? ya. aku tahu memang those tak menyatakan tapi boleh nampak kot dalam nada dan pertuturan. ye la, sebab nak jaga hati, takkan la diorang nak cakap,

"eh, kau tak amik Medic? kenapa? peliknya!"

kalau diorang cakap macam tu, itu memang dah kes haru biru la weh.

5) adakah ianya sesuatu yang aneh kalau kitorang semua dapat course makanan? course hutan? course vet? course nutrionist? dan lain-lain? adakah ianya memalukan? kenapa pemikiran masyarakat macam tu eh? sebab sudah menjadi kebiasaan agaknya. memang sudah tak dapat ditolong.

aku berharap-harap sangat la , please, please, please tukar pandangan anda-anda sekalian agar tidak memandang 'orang yang tidak mengambil Engineering dan Medic itu makhluk aneh lagi pelik."

aku rasa entry ni lebih kepada luahan perasaan aku. haha. yang lain tak payah nak butthurt sangat la. kalau rasa nak komen entry ni, then kau boleh la komen, kalau tak nak komen pun takpe. tehee. okbai. till then

0344
3 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul




Rabu, 1 Ogos 2012

Be Realistic

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.




Exams.

sekarang dekat twitter semua sibuk ucap goodluck kepada candidates PMR sebab esok diorang ada Trial PMR. aku pun nak ucap goodluck la and gila best of luck kepada yang nak ambil Trial. tapi apa yang aku nak cakap kat sini, please Be Realistic.

huh? apa yang nak kena Be Realistic ni?

1) korang tahu tak, setiap kali nak PMR atau SPM atau UPSR atau setiap kali pendaftaran baru pelajar Asasi, diorang selalu tanya,

"nanti target berapa untuk UPSR?"

dan mereka semangat menjawab, "5A la!"

"rasa-rasa target berapa untuk SPM?"

"haruslah straight A's"

aku kalau dengar orang cakap macam tu, terus aku tergelak. bukan sebab aku menganjing ke apa ke, tapi please Be Realistic la.

kau suka sangat target, "ooo yeah, aku boleh je dapat straight A's" tapi yang nak buat aku tergelak is,

KAU TAK BELAJAR LANGSUNG!

how come la nak dapat straight A's yang konon-kononnya itu.

2) berangan lebih. mak dan ayah selalu cakap,

"kalau dapat nombor 1,2,3 ayah bagi hadiah."

masa tu barulah berkobar kobar nak pulun belajar. tapi belajar untuk minggu pertama je. lepas tu canang kat semua orang " kalau aku dapat the best, mak pak aku bagi hadiah."

dan aku terasa nak pui, pui je. memang la boleh dapat hadiah from mak ayah kau kalau kau tu malas nak belajar. lepas tu meniru la apa la. kawan aku pernah cakap,

"si H tu sama je macam si B tu. sanggup buat apa saja untuk dapatkan pointer tinggi."

and I was like ==' what? kau serius ke? what the heck. please be nice la. kalau kau dapat pointer tinggi with that way , I mean in meniru way, takde guna la kan. kalau nak dapat hadiah sekalipun, tak perlu la sampai nak meniru bagai.

itu la yang aku kata Be Realistic. kalau kau rasa tak mampu, just say it. "okay, aku tak mampu nak dapat straight A's . jadi aku target nak dapat 5A je."

tak mati la weh.

3) poyo. kau tahu tak poyo tu apa? poyo dengan apa yang dia ada. poyo cakap dengan semua orang,

"aku boleh la dapat semua tu. tak payah belajar. kacang goreng."

aku bukanlah tak puas hati kalau dia nak target 10A ke 4 flat ke 8A ke apa ke, tapi macam yang aku cakap la. kau kena la tengok jugak kemampuan kau. kalau kau rasa kau sekadar CAKAP TAPI TAK MAMPU, BAIK TAK PAYAH CAKAP.

aku bukan nak nak merendahkan orang, tapi tu la mentaliti masyarakat sekarang.

"kita kena target the best supaya boleh dapat result macam tu."

aku da terasa aura nak lempang je. memang tak salah, tapi kena lah tengok, KAU NI MAMPU KE NAK BUAT??? kalau tak mampu, just follow the flow and trying your best la. aku bukan nak cakap, selamanya kau follow the flow, but one fine day, kau kena lah berusaha jugak. takkan la nak ada kat takuk yang lama je.

4) aku memang tabik spring dekat diorang yang study hard and get the best result. orang macam ni, kalau target high pointer, aku kira, "ooo, bagus lah budak ni. memang kita nampak la usaha dia belajar and tolong bla bla bla."

aku percaya aura seseorang budak tu kita boleh nampak dengan cara dia study, dengan cara dia guide kita masa dalam kelas. dengan cara dia bagi jawapan which is in smart way not in a dumb way.

masa aku mula-mula masuk asasi dulu, memang haram jadah tak kenal semua orang. dah la sorang-sorang jek. memang dasar forever alone la aku. masa tu kelas math and kelas math memang macam #TartBantat  susah dia MasyaAllah. memang boleh menangis aku mula-mula.

tapi budak sebelah aku tenang je tunjuk kat aku which is somehow, he has an aura. haha. kau mampu buat macam tu?

5) jadi, sekarang, before exams, apa kata buat tazkirah kat diri sendiri., aku target straight A's. mampu ke aku buat? tanya diri sendiri, aku nak 4 flat, boleh ke aku dapat?

IF kau boleh buat, then teruskan your effort. study smart and not study hard. believe in what are you thinking. heh. for the PMR, SPM candidates, I wish all the best to all of you. May Allah bless you always and reminds it, BE REALISTIC ALWAYS ;))

tehee. till then

1510
1 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul

Sabtu, 28 Julai 2012

Layan Olympic London Live

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua


ni aku punya maskot! yeay!!


jadi, bagi sesiapa yang nak tengok Olimpik secara siaran langsung tetapi masa tu korang kena kerja, tak ke agak haru sikit di situ. boleh je nak layan online sebenarnya, ni pun aku baru tahu semalam. jadi buat student, yang bekerja, mak bapak yang berebut TV dengan anak ke apa ke, maka boleh la layan Olimpik secara siaran langsung.

siap boleh tengok siaran ulangan lagi. haha. macam aku malam tadi terlepas nak tengok Opening Ceremony. baru la kejap tadi kekdahnya gigih tengok Opening Ceremony. tehee.

jadi, siapa-siapa yang nak layan Olimpik Live from London dan malas atau tak dapat nak tengok dari TV, boleh klik sini untuk capaian pantas. gitu~ haha.

@Official Olympic Channel

kat sini banyak je siaran ulangan, ada jugak sukan-sukan menarik dari Olimpik yang dulu-dulu punya. sangat epik okay bila aku layan Gimnastik Artistik, The Magnificent 7 - Olimpik Atlanta tahun 1996.

okay, aku nak blogwalking dulu. till then.

1204
28 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul


Rabu, 25 Julai 2012

Kepercayaan Arab Jahiliyyah

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

aku rasa semua orang agak familiar dengan arab jahiliyyah. siapa yang tak tahu tu boleh terjun gaung je la. Arab Jahiliyyah ni sangat pemes amos dengan daya kepimpinan diorang. golongan arab jahiliyyah ni wujud selepas runtuhnya empangan Saba' kalau tak silap aku la.

selain terkenal dengan daya kepimpinan diorang, arab jahiliyyah ni juga pemes amos dengan sikap diorang yang bodoh yang teramat seperti bunuh anak perempuan dan kaum wanita memang dijadikan hamba habisan la.

aku malas nak ulas lanjut pasal arab jahiliyyah ni sebab korang sendiri dah belajar masa zaman sekolah. hari ni aku nak sentuh serba sedikit beberapa kepercayaan arab jahiliyyah yang tak boleh pakai langsung. kiranya kepercayaan diorang ni memang loser habisan la.



Allah SWT telah mensyariatkan bahawa tiadanya Bahirah, Sa'ibah, Wasilah dan juga Ham

1) Bahirah

Bahirah ialah unta betina yang telah beranak 5 kaali dan anak yang ke 5 itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil susunya.

2) Sa'ibah

 Sa'ibah ialah unta betina yang dibiarkan pergi ke mana sahaja lantaran sesuatu nazar. seperti, jika seorang arab jahiliyyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, maka dia biasa bernazar akan menjadikan untanya Sa'ibah apabila maksud atau perjalanannya berhasil atau selamat.

3) Wasilah

Wasilah ialah seekor kambing betina yang melahirkan anak kembar yang terdiri daripada jantan dan betina , maka yang jantan disebut Wasilah , tidak boleh disembelih atau diserahkan kepada berhala.

4) Ham

Ham ialah unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi kerana telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali.

bila aku baca those kepercayaan ini memang aku tergelak habisan la. memang sangat karut betul. pffft. bagi aku memang sangat tidak relevan la kepercayaan-kepercayaan ini. kalau ada yang buat lagi macam tu zaman sekarang, memang aku gelar diorang tu BA-GE-RO.

haih. memang kepercayaan yang loser habisan.

till then
2140
25 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul




Sabtu, 21 Julai 2012

jom sahurrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat nak bersahur buat semua.

dalam masa beberapa jam je lagi, kita as a muslim dan muslimah kat Malaysia akan bersahur. wehuuu! tak sabar nak sahur.


haha. 

kalau masa kecik-kecik memang selalu sangat la aku macam ni. tapi bila dah besar sikit, takde kerjanya nak mengantuk bagai macam ni.

kang nanti kalau tak sahur mahunya lapar gilos nanti. tak ke nanti perut berkeroncong joget sana sini nanti. lagipun, banyak la fadilatnya bila kita bersahur ni. ;)

too many.

heh.


yeay!!!!!!!!! jom la kita bersahur setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini dan cuba kutip sebanyak mungkin keberkatan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW ini. 

bukan senang tau nak dapat kerberkatan ni. tapi bersahur ni senang kan? heh. kira worth la kalau kita bersahur ni. ;DD

akhir kata, jom sahur dan berpuasa sepenuh hati !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

till then.

0102
21 Julai 2012
Klang


Jumaat, 6 Julai 2012

Celebs yang kita patut sanjung

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


okay, teruskan kepada tajuk utama kita pada hari ini iaitu Selebriti..ada apa dengan selebriti? apa pandangan korang tentang selebriti ini?


apa yang aku maksudkan di sini, not celebs macam Ning Baizura, Siti Nurhaliza atau Erra Fazira itu, ni celebs yang dari appearence dia, kita boleh expect,

dude! she's got talent la. that's what we call X factor.

ataupun,

babe. mamat tu totally got karisma la. nak pikat dia la.

heh. itu kita panggil selebriti bila totally depan mata kau,


sangat outstanding.

petah bercakap

takde sikap malu-malu macam beruk nak kena cepuk.

totally got look and X Factor

sangat bijak dan bila bercakap, kau akan terangguk-angguk macam baru kena sumpahan Imperius oleh 
Voldi Voldemort tu, 

ini kita panggil celebs. bukan mudah nak cari celebs ni sebab dia macam totally perfect yang tiada tandingannya. yes. ianya macam kau cari seekor semut di tengah-tengah gurun gobi itu. tahu gurun gobi? haha. aku totally dumb bila bagi perumpamaan dan suck tentang geografi.

okay. itu tak penting. dalam dunia ni, of course without no doubt aku akan cakap Nabi Muhammad SAW adalah seorang celebs yang patut kita sanjungi. helllo, beliau sangat outstanding okay with his word. aku suka dengar kisah-kisah nabi dan rasul serta para sahabat. 

aku suka dengar bila para sahabat ada masalah dan mereka-meraka sekalian akan berbondong-bondong serta berduyun-duyun berjumpa dan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. ianya sangat nice dan aku suka dengar penyelesaian masalah yang dijawab oleh Nabi Muhammad SAW. it's totally magic with his word which is aku sangat tak jangka dengan apa yang Rasulullah jawab. 

masa zaman aku tabika kemas, kami-kami si warga tabika akan ternganga mulut bila cikgu kat depan baca kisah-kisah nabi. nama cikgu aku, Cikgu Zaiton, miss her trillion times suddenly.

hari ni kita akan baca buku yang ada gambar ikan besar.

siapa boleh teka kisah nabi apakah itu? ataupun

hari ni murid-murid nak baca kisah apa?

it's memorial with those celebs yang kita puja. masa kecik-kecik kita akan puja them. sangat! puja dan semat dalam hati ,

okay, nak jadi budak baik dan dapat ganjaran pahala.

those para nabi dan those para rasul yang mulia ada ciri-ciri celebs yang aku nyatakan. mereka memukau dengan cara mereka yang tersendiri. alhamdulillah. disebabkan oleh mereka, kita mampu bersaing dengan agama-agama lain.

islam an-nur. ;)

dan kisah memorial dan epik Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS. aku rasa semua orang tahu mereka punya kisah. sangat nice with sacrifice yang menggugat hati. :( aku sendiri tak sanggup nak buat if diperintahkan begitu. :(  *another sad smile*

p/s
celebs zaman sekarang yang dipuja Justin Bieber, Lady Gaga, Katy Perry and others. its hard to say that but that was true. aku pun macam tu. sebab apa ea? kejutan budaya ke? aku pun tak tahu. bagi aku, tak salah if kita pandai bahagi and think positively and think correctly. deeply, aku suka zaman kanak-kanak aku. zaman celebs kanak-kanak aku.

memoir ~

1400
6 Julai 2012
Klang



Selasa, 3 Julai 2012

ini cerita orang riak kena hempuk.


assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

di suatu petang yang banyak burung berterbangan


"kau ni lama aku tengok  takde perubahan pun , tengok aku kereta besar, rumah besar, awek besar..semua besar lah.kau ada?"


"tak de"


"kesian aku tengok kau ni.aku ingat nasib kau  takkan berubah lagi kot.hahaha"


"ok...aku nak tanya kau sikit boleh?"


"hah nak tanye apa........cepat sikit aku ada hal ni.....buang masa cakap dengan orang "low class" ni"


"kau lahir keluar ikut mana?"


"rahim mak aku lah...apesal kau tanya macam tu?"


"kau keluar dari situ ,kau ada pegang kunci kereta tak?"


"tak"


"geran rumah?"


"tak de lah"


"sijil amanah saham?"


"apa kau merapu ni"


"jadi semua tak de la, kau telanjang je kan, tanpa seurat benang kan?"


"ya."


"jadi apa beza kau dengan aku? aku lahir pun telanjang jugak, tapi tak pernah aku nak riak macam tu kat orang lain sebab aku tahu harta ini semua hanya dipinjamkan sementara dan akan ditanya di akhirat kelak apa yang telah kau buat dengan harta ni"


in conclusion.


#so x yah nk bangga diri sangatlah, tolonglah anda hanya diciptakan dari AIR MANI YANG MENGHINAKAN!!!!!#wallahualam




1131
3 Julai 2012
Johan Setia
by Muhibbudin Ibrahim

Selasa, 26 Jun 2012

Samsung Galaxy Note

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


@Samsung Galaxy S III

hari tu, aku dah cerita pasal Samsung Galaxy S III. disebabkan aku tak pergi launching dia, jadi entry untuk Samsung Galaxy S III ialah entry yang agak cincai ajo. haha. tak kisah la. sekarang, aku nak bercerita pula tentang Samsung Galaxy Note.

mungkin ramai yang dah guna fon jenis ni dan aku bukanlah ada duit yang banyak untuk beli fon ni, tapi aku rasa fon ni quite well sebab dia ada banyak funtion yang kau boleh guna pada satu-satu masa. fon ini adalah multitasking. :)

yes, you heard me.

lemme explain more.


research telah dijalankan dan telah mendapati bahawasanya, manusia pada abad ini ingin melakukan banyak kerja dalam satu masa yang sama. sama ada membuka email, bermain game, berchatting dan sebagainya. ya, manusia memang tamak. diorang nak buat semua kerja pada satu-satu masa.


untuk melakukan all those works yang diorang nak tu, maka berbagai gadget telah diangkut ke dalam beg sandang. seperti nak amik gambar dengan kadar yang bagus, kena guna DSLR. nak bukak internet dengan puas hati dan boleh terbeliak biji mata, kena bawak notebook. tak pun laptop.

tak ke semua itu menyusahkan bila kau nak carry semua benda tu. sangat berat okay. lahar sangat kalau nak bawak semua tu.


dan lagi kesadisan amat, bila kau dah bawak banyak gadget pun, kau still bawak buku nota untuk kau jot down some ideas yang kau rasa best. 

macam pergi holiday. terasa macam nak tulis isi-isi penting untuk tulis dalam blog, aduii. terpaksa keluarkan buku nota untuk kau salin isi dia sebelum kau tulis pada blog.

tapi kini tidak lagi.


dengan Samsung Galaxy Note, kau boleh buat semua kerja itu dalam satu device. sangat bagus kan? heh. da la ringan. maka, tak perlu la kau nak letak Samsung Galaxy Note dalam beg sandang yang besar itu. letak dalam handbag pun boleh seperti Gucci sambil kau bergaya jalan lenggang lenggok macam kucing parsi dapat makanan.

jadi, apa yang bagusnya bila kau guna Samsung Galaxy Note ni???

1- S Planner



Dengan S Planner, ia akan memudahkan korang membuat jadual walaupun jadual korang tu pack gila macam apa je. sesuai la untuk yang bekerja luar sana sini dan banyak show macam artis popular. ye la, bila banyak kerja yang kau kena buat dalam masa sehari, kadang-kadang , ada jugak yang kau miss. 

jadi, bukankah lebih molek kalau ada S Planner ni. mudah hidup. 


2- S Pen dan Touch Screen 

Samsung Galaxy Note akan provide korang ability untuk catat idea di mana-mana sahaja tak kira waktu. memang cool habisan la. S Pen apabila digabungkan dengan fon yang totally touch screen memang akan buat fon ni tahap kelas atasan punya la. 

dengan S Pen, korang boleh melukis dan menulis beberapa idea pada masa itu juga tanpa berlengah lagi. kekdahnya aku rasa Samsung Galaxy Note ni sesuai untuk orang yang bekerja di site seperti engineering dan juga arkitek. ye la, bila kau ada idea je, kau boleh terus menulis dan melukis on the spot tanpa perlu berlengah lagi.

3- S Memo


S Memo datang dengan S Pen ni. kalau masa tu korang nampak idea ni kat mana-mana dan terasa macam best je kalau dapat simpan untuk tatapan sorang-sorang, maka, korang boleh buat begitu. 

macam yang korang nampak kat gambar ni, korang boleh crop picture, handwriting malah boleh juga buat voice music recording. heh.  tak ke sikit punya gempak tu. memang sesuai la untuk sesiapa yang menjadi blogger full time dan juga sesiapa yang bekerja sebagai wartawan. benda ni sangat advance okay!!

memang boleh buat kerja yang banyak dalam satu-satu masa.

4- Samsung's Chat on Communication.


bila nak hantar mesej, korang bukan sahaja boleh ber texting only. malah, korang boleh lukis, warna dan bla bla bla dengan S Pen korang. tak ke kewl gila bila buat macam ni. lagi-lagi kalau nak tunjuk direction, memang mudah habisan la. :)

jadi, sebelum aku akhiri sesi Samsung Galaxy Note ni, jom layan video ni sebagai konklusi. bwahahah. kalau layan video ni lagi okay kot dan lagi korang mudah paham.


pendapat aku la. Samsung Galaxy Note ni sesuai dengan orang yang banyak kerja dan suka buat kerja yang banyak pada satu masa yang sama. 

kiranya kalau nak rush gilos macam ayam, memang sesuai la untuk guna fon ni. banyak aplikasi dia yang menarik. heh. aku tak mampu nak catat semua untuk tatapan korang.

disebabkan ai begitu malas la kekdahnya dan ai juga ada banyak kerja lain, maka tamatlah sudah entry Samsung Galaxy Note ini. hehe.

till then.
1720
Klang,


Ahad, 24 Jun 2012

Job description seorang Vampire

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

currently sekarang ni aku sedang bercuti. cuti Asasi Sains Pertanian selama 4 bulan. semua orang yang aku jumpa, akan bertanya, cuti berapa lama? cuti sem ke?

dan dengan gaya malas nak menjawab kerana telah merasakan telah menjawab soalan itu buat kali sejuta,

" cuti 4 bulan. bulan 9 ni sambung degree."

dan itulah job description seorang Nazrul. Nombor 1, apabila orang bertaanya, sekarang cuti berapa bulan, dia akan menjawab dengan molek molek padahal dia dah terasa aura nak baling kasut je sebab bosan dengan soalan yang sama.

job description nombor 2. menjadi seorang guru tuisyen yang berkaliber. haha. kononnya berkaliber.

sekarang cuba untuk menjadi seorang tenaga pengajar di rumah sendiri dan cuba mengajar tanpa menaikkan temperature dalam badan sebab terlampau marah.

jadi, sekarang, dekat rumah aku ada ajar budak tingkatan 3 bernama Naufal dalam matapelajaran matematik dan bahasa Inggeris. lepas tu, ajar budak darjah 1 bernama Hadi dalam matapelajaran matematik dan bahasa inggeris juga. eh? sama la pulak.

dan mengajar budak darjah 3 bernama Irsyan dalam matapelajaran bahasa melayu. Aiman, seorang budak darjah 3 dan aku mengajar dia subjek matematik. akhir sekali ialah Azwan, aku mengajar dia subjek matematik dan dia darjah 5.

jadi, sekarang aku ada Naufal, Hadi, Irsyan, Aiman dan Azwan sebagai anak murid aku. haha. tentunya aku mengajar molek-molek amat. oh, terlupa pula! aku ada ajar juga anak buah aku, Adriana. aku mengajar dia baca ABCDE dan dia berusia 4 tahun.

selain daripada mengajar di rumah dengan gaya convincing habis dekat budak-budak tu, aku juga merupakan pentegar online yang amat hebat. haha. selain daripada mengonlinekan diri pada laman sosial terkenal pada masa kini iaitu facebook, aku juga bergiat aktif dalam laman sosial Twitter dan juga blog.

ooo, i lap u guys so much la.

selain itu, aku juga turut menggiatkan diri dalam arena Anime44 dan juga Manga setiap hari selasa dan juga Khamis. hehe.

itulah job description seorang Nazrul.

menjawab soalan-soalan orang ramai, "sekarang tengah buat apa? cuti berapa lama? sambung bila?"

menjadi seorang guru tuisyen paling sopan di dunia.

meng online dengan kadar paling hebat sekali di dunia.

ia.

itulah kerja saya hari-hari sehingga bulan 9 nanti. bwahahah.

till then.
2014
Klang,
by @TheodoreNazrul

Jumaat, 22 Jun 2012

Pledge to Live Green. save the Earth.

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

entry ni aku terlebih dahulu kredit kepada ContengConteng. dapat idea daripada dia. :)

@ContengConteng

so, here we go.

tahukah anda bahwa dunia sekarang sangat kotor. sampah merata-rata tempat. pembakaran terbuka, tumpahan minyak dan berbagai lagi. kita sebagai manusia pun selalu sakit-sakit dan kalau kita sakit, kita boleh pergi ke klinik.

tapi macam mana pula dengan haiwan? haiwan takde klinik. =.='

WWF Malaysia kini telah menjalankan misi untuk menyelamatkan sebanyak mungkin Penyu yang berada di Malaysia. tak kisah la kau bukan join WWF Malaysia dan kau nak join WWF Kanada sekalipun, tetapi kau still boleh jalankan misi ini di negara sana.


tahukan anda bilangan penyu kini makin merosot sebanyak 95 peratus berbanding tahun-tahun 1960 an? 


punca kemorosotan saya adalah disebabkan perbuatan manusia. ya! manusia memang kejam! mereka makan telur-telur yang saya tetaskan di  pantai dengan rakusnya. 

mereka ingat nak bertelur tu senang ke??

apabila anak-anak saya mula lahir, daripada banyak-banyak anak saya yang lahir, hanya 1 peratus sahaja yang boleh hidup dengan cabaran. yang lain, mereka mati. ;(

sama ada mati kerana di baham oleh haiwan jahat yang lain ataupun mati disebabkan perbuatan dungu manusia.


saya tertipu. :( ianya adalah sampah sarap yang dibuang oelh manusia ke lautan lepas. dan saya tercekik. lalu mati. riwayat saya tamat dan bilangan penyu semakin berkurangan. the end.


walaupun cerita yang aku buat ni memang entah apa-apa, tapi tak kisah la, antara moral value dia ialah

1) jangan makan telur penyu. kalau kau makan telur penyu, macam mana anak dia nak menetas!  cuba penyu makan telur kau. haha. mahunya kau menangis. banyak lagi telur yang kau boleh makan, telur ayam ke, telur itik ke telur angsa dan berbagai telur lain la, apesal telur penyu jugak kau nak baham. alahai manusia. benak betul otaknya. kasihan penyu. 

2) tolong jangan buang sampai di merata-rata tempat. itu la gunanya tong sampah dicipta. tong sampah dicipta untuk sumbat sampah dalam itu. jadi, buat apa la kau buang ke laut. kasihan penyu. tercekik makan plastik!

dan banyak lagi la, aku malas nak taip,

jadi, kita sebagai manusia yang bertatatsusila, apa kata jangan makan telur penyu dan jangan buang sampah di merata-rata tempat seperti di laut. tak baik sungguh.

sekiranya anda ingin membantu usaha pemuliharaan penyu, anda boleh tolong WWF Malaysia!!!

langkah 1

Klik banner di bawah ini.


langkah 2

sila ikut rajah di bawah



langkah 3

selesai!!!!!!!!!! dan boleh la anda share tanda anda memulihara dan bantu penyu untuk hidup. please and please share about this. kasihan penyu penyu itu. mereka pun nak hidup jugak.




sekian, mengucapkan terima kasih kepada @ContengConteng untuk entry penyu dan saya meng kopi paste gambar dari belog beliau. 

sejak ini, ingin saya katakan, saya sayang penyu. :)

p/s
kalau tak boleh klik banner di atas, klik link ni

2213
Klang,






Khamis, 21 Jun 2012

Samsung Galaxy S III

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


Samsung Galaxy S III dengan tema inspired by nature telah mencipta satu fenomena baru dalam dunia gadget. dilancarkan pada 3 Mei 2012, telefon bimbit ini tekah menawarkan aplikasi aplikasi yang sangat cool, superb dan ohsem. heh.

kekdahnya aku bercakap dalam bahasa melayu dan inggeris yang bercampur baur. haha.

tapi tak kisah la, jom kita layan dia punya ohsem features yang memang gempak habisan. bila aku tengok, mulut dah ternganga semacam je. it is beyond and unbelievable.

1- SMART STAY

 

 Tahukah anda bahawa Samsung Galaxy S III ini akan menunggu anda tidur. kalau korang tak tidur lagi, dia akan stay bercahaya je. kalau korang tidur, barulah dia akan padam. cool kan? 

da macam robot peneman tidur sudah. tehee.

2) DIRECT CALL


Kalau korang tengah mesej dengan pakwe ke makwe ke kengkawan ke apa ke dan bila korang nak call diorang immediately, korang boleh letak terus je Samsung Galaxy S III tu dekat telinga korang. it will automatically tolong menelefon kan orang yang sedang korang mesej masa tu.

power kan? da macam cerita power rangers je.

3) SMART ALERT


Kalau korang berada jauh sikit dari Samsung Galaxy S III ni, lepas tu kalau ada mesej atau missed call daripada sesiapa, dia akan vibrate molek-molek untuk bagitahu korang

" ada mesej masuk la."

dia tak la kata , " ada mesej masuk la." tapi dia akan vibrate dan vibrate secara gently *macam yang dikatakan dalam website* untuk tarik perhatian korang. haha. kekdahnya ai rasa Samsung Galaxy S III ni dah macam kucing. tapi nice ;D

4) S VOICE

  

Samsung Galaxy S III jugak akan respond dengan apa yang korang cakap. korang boleh suruh diorang on telefon bimbit, tolong angkatkan fon dan lepas tu korang boleh cakap sesedap rasa malah korang boleh suruh Samsung Galaxy S III amik kan gambar dengan memberi arahan mudah pada dia!

ianya semacam robot kecil yang comel. haha.

5) S BEAM



korang letak 2 bijik Samsung Galaxy S III ni back to back and lepas tu korang boleh transfer pictures, videos dan bermacam-macam lagi. lebih kurang macam Infra Red la kan tapi Samsung Galaxy S III ni lagi advance la sikit.

6) AllShare Cast

  

nampak tak dalam gambar tu? heh. apa yang korang main dekat Samsung Galaxy S III, korang boleh mainkan jugak dekat big screen macam tV untuk lebih suuu real sikit. 

menurut website Samsung,

It lets you play together: beam your photos, videos - even
the game you’re playing - onto big screen, with your phone
doubling as a controller.


power kan? ini dah memang kira super duppa coolio la.

banyak la lagi dia punya awesoem features. kalau aku senaraikan pun, memang lahar la kan. lama lagi la nak habis. this awesome and beyond phone have so many great and superb features. heh.

till then,

1416
Klang,
@TheodoreNazrul





Jumaat, 15 Jun 2012

Hotel dan Restoran dalam Laut at Ithaa Undersea Restaurant

assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua.

Underwater suite and restaurant in the Maldives

Ithaa Undersea Restaurant dari Conrad Maldives Rangali Island ialah restoran yang terletak 16 kaki di bawah paras aras laut. which is bagi aku tersangat la cool. kau boleh menikmati pemandangan laut 180 darjah.

heh. seolah-olah macam kau tengah makan dalam laut la kekdahnya. cool gilak!!!!!!! masa tengah makan, tetiba je ada ikan pari melintas la apa la. tak ke sikit punya cool tuuuuuuu.

kalau nak makan kat restoran ni, kena buat tempahan 14 hari lebih awal. heh. dan kat sini hanya disediakan lunch dengan dinner jak. masa-masa lain tak boleh. attire pulak, korang kena look smart. aku tak tahu la pulak apa maksud sebenar dia, ''attire is smart" heh.

kalau pakai khakis dengan t shirt tak look smart ke? eh?

Underwater suite and restaurant in the Maldives

aww! Pari yang sangat comel.

restoran ni dah wujud 5 tahun lepas lagi masa diorang baru mula-mula bukak hotel tu. dan sempena menyambut ulang tahun Conrad Maldives Rangali Island, diorang ubah restoran ni jadi hotel untuk tidur pulak.

Underwater suite and restaurant in the Maldives

wowowowow!! tak ke sikit punya cool tu weh. gempak gilos. nak tidur pun rasa tenang je. nak tidur pun, pandang kiri is ikan, pandang kanan pun ikan juga. haha. full of ikan.

memang pencinta alam habisan la siapa-siapa yang tempah hotel ni. untuk harga, aku tak tahu pulak the exactly price. haha. tapi aku rasa memang mahal la kot. kalau aku ni keturunan Sultan Rajawali ke apa ke, memang da lama dah melepak dekat hotel ni.

wahaha. dan malangnya memang angan-angan mat jenin je la kan Nazrul oitt.

k guys, till then.

1036
Klang,
by @TheodoreNazrul

p/s
ada sesiapa nak bawak aku tak? haha






Rabu, 13 Jun 2012

Panda is sweet!!!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

entry ni buat mereka yang sedang bergelut dengan exam. (amik kau!! bergelut dengan final exam la kekdahnya, mwahahaha)

for those yang selalu stay up malam, this might be sweet. eh? haha.

for you, a little panda. :) from me.




haha, this panda macam nak pakai baju jee. da,da,da. jangan nak stres sangat hadap exam tu. doa banyak-banyak mintak terang hati. semoga korang sukses!


till then. babai :)

kave down, 1524



Ahad, 10 Jun 2012

ada siapa-siapa boleh jawab?

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

yang mana lagi sakit? which is the most hurt?

saying something and wishing you hadn't?

or

saying nothing and wishing you had?

untuk first question. aku akan jawab, aku menyesal bagi tahu rahsia aku kat seorang budak asasi tu.

untuk second question. aku akan jawab, kau memang shit!!!!!! kau dekat twitter punya baik tapi bila dah jumpa macam taik. *such a drama*

macam mana dengan korang pulak?


Jumaat, 8 Jun 2012

please say the magic word.

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

please use the magic word.

:: kalau nak mintak tolong orang, sila cakap " weh, tolong aku ambikkan barang itu. aku nak guna sekejap."

sangat sakit hati bila orang just cakap, " weh, amikkan barang tu. aku nak guna sekejap."

please and do spot the differences.

tak kisah la korang tak kenal ke antara satu sama lain, atau korang just pernah borak sekali, atau korang kawan ke, atau korang sepupu ke, atau korang sahabat baik pun, but oo kamon la, sangat tak suka okay bila orang cakap, " weh, belikan aku makanan, aku lapar la." instead of " weh, tolong belikan aku makanan. aku lapar la."

till then.

babai.

p/s
tak mati pun kalau guna this magic word. :)

Tiket dan Tiket dan Tiket

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.



tiket masuk muzium padi. 


Tiket untuk Menara Alor Setar


Tiket Keretapi, Senandung Langkawi.


Tiket komuter.


Tiket bus.

all of this, semua tiket ni aku dapat *dapat? beli is the correct I guess, tehee* during my holiday at Kedah Darul Aman started Friday last week till Tuesday on 5th June 2012.

sejujurnya, this holiday is awesome!!!!!!!! siapa kata Malaysia takde tempat percutian yang best? heh. till then, next story more come. haih! Kedah is amazing with so many awesome thing. tiver je rindu dekat Kedah balik. :)

p/s
slang kedah pun comel je kalau dengar

kave down
1808



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...