sebuah kisah yang bermula setahun lalu.
setahun yang tak lama sebenarnya. satu perkenalan. satu cerita. err, mungkin banyak cerita. heh. tapi tak kisah la. apa-apa pun, cerita ini bermula pada satu hari isnin yang cerah. aku panggil ia, hari isnin yang ceria.
dan cerita bermula apabila aku berjalan bersendirian menuju ke kelas pertama aku. kelas Biology. oh! lupa pulak nak memperkenalkan diri.
hai!! nama saya Emir Ridhwan Muhammad. semua orang boleh panggil saya Emir.
aku kuak pintu kelas. perghh. dari luar nampak kuno habisan la kelas ni. bentuk dia dah macam lori kontena pun ada. tapi bila masuk kat dalam 'lori kontena' ni, rasa sejuk je.
kekdahnya memang la sejuk wahai Emir sebab aircond kan terpasang. haha. aku hanya tergelak dalam hati lalu mengambil tempat di sebelah seorang budak lelaki. budak tu kecik jak. pakai cermin mata. aku tersenyum seketika sebelum pandang ke hadapan kelas.
malu la weh nak tegur budak baru ni.
oh, lupa lagi nak cerita! haha. *semuanya kau lupa kan Emir?* hari ni mula la kehidupan aku sebagai seorang pelajar dekat satu universiti terkemuka kat Malaysia ni. heh. teruja weh bila dapat surat tawaran. siapa yang tak suka! hee.
tetiba pintu dari hadapan kelas terbuka. seorang lecturer tua masuk. aku hanya mampu telan liur. gulp. there you go. this is my starting point. starting point untuk berjaya. eh? apa yang kau merapu ni Emir.
" nama saya Dr Abdul Rahim. Lecturer Biology kamu. juga merupakan PA untuk kuliah kamu. apa-apa pun, saya ucapkan selamat datang buat kamu semua ke universiti ini."
1. krik.
2. krik.
3. krik.
err.
dan krik.
okay.
memang krik krik krik dan hambar habisan.
" sebelum tu, kamu da ada ketua kuliah ke belum?" tanya Dr. Abdul Rahim lagi. " kalau belum ada calon, kamu boleh la calon siapa-siapa yang kamu suka."
dan kuliah itu mula bising. tetiba je. bising bagaikan baru dilanggar garuda. bising sebab semua sibuk nak mencalonkan nama.
2 ulasan:
bila nak calonkan org sorang pon taknak kan
Amboiiiiii ade sambung2 ek...
Catat Ulasan