Khamis, 31 Januari 2013

After A Year - Episode 4

assalamualaikum and a very good evening

entry pasal genting tak update lagi, tapi dok sibuk nak update benda lain. haha. sat na, first and foremost, nak update dulu pasal After A Year, my lovely novel. eceh wah. haha.

hope this episode, boleh la satisfy korang - korang dan anda2 sekalian. :) here we go. episode 4 and currently after this, terus nak update entry genting tapi make it in a draft first. enjoy :)

*******************************************************************


Hajar dan Hinara duduk sebelah menyebelah pada kerusi menunggu yang terdapat pada stesen Bandar Tasik Selatan. Mereka sedang menunggu Putra untuk menuju ke Hang Tuah sebelum mengambil monorail dan bergerak ke Imbi / berjalan kaki sahaja. ( itu apa yang diberitahu oleh Hajar pada Hinara!)

Dan mereka berdua menunggu dengan sabar.

“ macam mana kalau Hinara jumpa Armand lagi?” Tanya Hajar.

Hinara terdiam. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa. Angin kuat tetiba datang. Rambut Hinara beralun lembut manakal tudung Hajar dibuai angin.

Hinara angkat bahu. “ entah.” dia pandang Hajar. “ Hajar rasa apa yang patut Hinara buat?”

“ I think you should talk to him.”

“ really?”

“ itu yang sebaiknya.” Jeda sebentar. “ Hinara, kau orang berdua dah terserempak dua kali. Its twice.” Hinara telah pun memberitahu pada Hajar tentang apa yang berlaku di KLIA baru-baru ini. “ I don’t know but I think, mungkin dia nak cakap something dekat Hinara.”

“ tapi kitorang tak kenal pun. How come la dia nak cakap something dekat Hinara?” Balas Hinara pantas. Dia munyskil.

Hajar pula angkat bahu. Putra telah sampai. Hajar dan Hinara berdiri dan bersedia untuk masuk ke dalam Putra. “ kita tengok je la nanti.” Jawab Hajar perlahan.



Times Square sesak dengan orang ramai. Hinara dengan Hajar bukannya nak shopping sangat pun. Tujuan nak keluar pada hari tu pun sebab Hajar nak ajar Hinara guna kenderaan awam. Naik komuter, Putra, Monorail bla bla bla. Biar tak buta lepas ni. Biar tak sesat. Biar tak takut kalau kejadian lepas berlaku lagi. Dulu jumpa dan bertembung dengan Armand kira okay la lagi bagi Hinara sebab lelaki itu walaupun kelihatan messy namun tak la buat perkara yang pelik-pelik pada dirinya.

Kalau jumpa orang lain macam mana? Mahunya aku menangis terguling-guling sebab takut kalau diorang ada buat sesuatu. Rasa-rasanya hari ni jumpa Armand lagi tak?

“ Hinara.” Panggil Hajar. “ jom kita masuk Romp kejap. Aku nak cari baju untuk abang aku la. Hari jadi dia minggu depan.”

“okay. Jom.” Sambut Hinara. Kedua-duanya bergerak masuk ke Romp. Selepas itu dia rasa nak ketuk diri sendiri. Apa yang kau fikir ni Hinara? Macam la KL ni kecik sangat nak jumpa orang sesedap oranje. Lagipun, yang kau berharap nak jumpa si Armand tu buat apa? Kau nak main scene jatuh-jatuh lagi macam cerita bollywood? Hinara, tolong jangan malukan diri sendiri.

Behave yourself. Arghh!!! Persoalan tentang Armand ni membuatkan kepala aku makin pening je.



Hinara menyuap kentang putar lagi dalam mulut. Hajar sedang menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Mereka berdua kini berada di KFC. Aras paling bawah sekali dekat Times Square. KFC penuh dengan pelanggan. Waktu makan tengah hari la katakan. Semua pakat nak baham KFC je padahal food court bersepah dekat Times Square ni. Ni pun nasib baik dia dan Hajar sampai awal dan dapat tempat duduk. Kalau tak memang wassalam je la merempat makan dekat mana-mana.
Hinara pandang ke arah luar. Squasy KL Open sedang berlangsung ketika ini di Times Square. Dia tak minat sangat dengan sukan ni. Kalau setakat nak sokong je, dia boleh je sokong. Tapi kalau nak melibatkan diri dalam bidang sukan, opps, sorry. Memang tak minat. Langsung tak minat.

“ jom, jom.” Budak lelaki belakang Hinara bangun tetiba. Hinara hanya mengerling sahaja. Kedua-duanya pakai sweater warna merah kuning. Selangor? “ Nicol nak lawan la lepas ni. Epik tu.”

Hinara suap lagi kentang putar lagi dalam mulut. Tak ambil peduli.

“ jom!” tarik Hajar.

“ pergi mana?”

“ Nicol nak lawan kan?”

“ hah?”





Hinara duduk di sebelah Hajar. Sebelah Hinara yang lagi satu ialah Armand. Budak lelaki dibelakangnya tadi yang memakai swater merah kuning semasa di KFC tadi ialah Armand. ( bukanlah budak lelaki mana pun!) tapi Hinara tak bagitahu Hajar pun bahawa orang disebelahnya itu ketika ini ialah Armand.

“ Anna minat tengok skuasy?” bisik Armand perlahan. Badan Hinara keras apabila Armand mula menegurnya. Haila si Armand ni. Buat terkejut aku je. Budak lelaki disebelah Armand ( yang ni betul nampak macam budak lelaki) asyik-asyik tertoleh ke arahnya.

“adik saya. Emir.” Bagitahu Armand apabila Hinara mengangkat kening tanda ingin tahu.

“ jangan panggil saya Anna lagi.” Bagitahu Hinara perlahan. Dia tak mahu Hajar tahu bahawa orang disebelahnya ini adalah Armand. Takut Hajar kepoh semedang nanti. Hajar dilihatnya sedang memandang kosong ke arah tengah gelanggang yang kosong. Mesti tengah dengar lagu. Tapi bagus la, tak payah la si Hajar ni tahu yang sebelah aku ni Armand.

“ dah tu nak panggil apa? Err, kenapa kita berbisik?” Armand tunjuk muka pelik. Dia pandang Hinara. Hinara pandang Armand. Ayat yang lebih tepat, Hinara pandang tepat ke arah mata hazel Armand. Adik Armand masih curi-curi pandang ke arah Hinara.

“ Hinara pun cukup.” Jawab Hinara cepat. Dia pandang ke depan semula. Adus Hinara. Yang kau pandang mata dia lelama tu kenapa? Dia tak betah nak pandang lama-lama. Dia tak betah nak cakap lama-lama dengan Armand. And bila kali terakhir diorang bercakap? It was a long time ago. Dekat KL Sentral. Bila scene tu? Emm, almost 1 month ago. Rasa macam semalam je berlaku.

“ akak lawa la!” puji Emir semerta.

Hinara terkejut apabila tetiba je si adik Armand ni puji dia.

“ akak tak macam pure malay pun.”

“ Emir.” Tegur Armand. “ ada ke tanya soalan macam tu.”

Hinara angkat bahu. Orang dah puji, nak buat macam mana kan. Dia kehadapan sikit untuk bercakap dengan Emir. “ aah. Akak bukanlah pure malay. Ayah orang jepun. Emak pulak baba nyonya. And actually, akak bukan malay pun.”

“ wow!” Emir teruja. “ untunglah abang Armand dapat awek cun macam akak ni.” Emir tumbuk perlahan bahu Armand.

Ah sudah budak ni. Hinara buat muka. Oh come on. Layak ke abang kau nak couple dengan aku?

“ dia bukan awek abang la Emir.” Bisik Armand. “kitorang tak kenal pun antara satu sama lain.” Cakap Armand perlahan. Namun Hinara masih dapat menangkap bisikan Armand tu.

Emir dah kerut dahi. “dah tu?” Emir curi-curi pandang lagi ke arah Hinara. Namun terus mengalihkan pandangan apabila menyedari Hinara sedang memandang ke arahnya.

“ kawan biasa je.”

Emir kerut dahi lagi. “ seriously?”

“ sangat-sangat serius.”

“ pelik la.” Kerut dahi lagi.

Armand pulak yang kerut dahi. “ apa yang pelik pulak ni?”

“ kenapa muka dia macam familiar ek?” Emir tukar topik.

Armand diam. Terus dipandang ke depan tanpa riak. Terus sudah tidak melayan Emir lagi. Tidak menggeleng, tidak mengangguk, tidak berkata apa-apa sepatah pun pada soalan Emir tadi. Hinara diam je walaupun dia pelik dengan perangai Armand.

“gotcha.” Emir tumbuk perlahan bahu abang dia. Dia pandang Hinara. “ muka akak macam seorang senior kat sekolah Emir la.”

“Emir.” Tegur Armand.

“ ye la abang. Muka dia macam...”

“diam.”

Dan Emir tergagap gagap diam. “fine.” Emir pandang ke depan menghadap gelanggang. Tapi dia mengerling lagi ke arah Hinara sambil mengangkat-angkat kening. Hinara dah pelik. Aku ni memang la loser sikit kalau nak mentafsir bahasa isyarat macam ni.

“adik, enough.” Tegur Armand lagi. Hinara dah gelak dalam hati. Kan dah kena. Tapi Armand dengan Emir ni comel je jadi adik beradik. Close enough. Tapi padan muka jugak dengan si Emir ni. Main-main mata pulak. Nakal gila.
Tapi kenapa ya? Kenapa Armand tetiba suruh Emir diam? Kenapa tetiba Armand bersikap pelik. Kenapa ya Armand aneh betul perangai dia.

Kini Armand hanya diam. Memeluk tubuh. Hinara memandang Armand dari sisi tepi. (memang berani la pandang Armand sebab budak lelaki tu sedang memandang ke arah hadapan. Cuba kalau bertentang mata, mahunya melompat terkeluar jantung aku ni.)

Rambut. Messy kelas atasan. Tapi bukanlah in messy as macam semak samun. It is messy tapi at the same time sedap mata memandang. Eh?

Hidung pulak. Mempunyai ciri-ciri roman nose.

Bibir pulak. Merah. Tanda tak hisap rokok. Bagus jugak si Armand ni. Mungkin 
sebab dia budak sukan kot. Kena jaga kesihatan bagai. Entah-entah kalau bukan budak sukan, dah lama agaknya budak ni hisap rokok. Em, baguslah tu Hinara. Buat telaah sendiri-sendiri. Tambah dosa je tahunya.

Kumis. Nipis. Cute. Ah sudah. Sudah pandai pulak bagi gelaran cute pada Armand. Memang dah capai hormon mereng ni.

“ dah habis tenung saya?” tanya Armand perlahan. Dia tesenyum nipis.

Hinara telan liur. Dia pandang ke arah gelanggang. Kantoi Hinara, buat kantoi je. Kan dah malu sendiri. Pipi terasa hangat. Mana ciri-ciri perempuan timur yang mama selalu terapkan itu Hinara?

“ jangan nak perasan sangat boleh tak?” sindir Hinara. Amboi Hinara. Tadi kau jugak yang malu. Sekaranng nak menyindir nombor satu pula. Armand pula yang malu sendiri.

Tetiba sorakan kuat penonton. “ladies and gentleman. Present to you, a match between Nicol David, world number one ranking from Malaysia against Rachel Grinham, world number two ranking from Australia!”

Emir dah sorak habisan. Hajar juga. Kawasan sekeliling sudah bising dengan sorakan.“dah nak start la!” nampaknya Hajar sungguh teruja. Dia menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh. “ tak sia-sia aku pergi Times Square hari ni dengan kau.” Cakap Hajar kuat kerana suasana yang agak bising.

“ aku pun sama jugak!” balas Hinara sambil menepuk tangan.

Dan Hajar terus bersorak kuat bersama penonton yang lain. Hinara secara diam-diam mengerling Armand di sisi yang kini sedang bersiul. Siapa kau Armand? Siapa kau?





“akak!” panggil seseorang.

Hinara tercari-cari arah punca panggilan itu. Siapa pulak yang suka-suka panggil aku kakak ni. Muka aku ni tua sangat ke? Emir melambai-lambai dari luar 7 Eleven sebelum datang menghampiri Hinara. Hinara buat muka terkejut. Budak ni nak apa? Ketika itu dia dan Hajar sedang berada di 7 Eleven untuk membeli Coke sebelum pergi ke Pavillion pula. Hajar kata dengan berjalan kaki dari Times Square pun boleh.

Hajar hanya diam merenung Emir yang datang mendekat. Hajar pandang Hinara dan matanya seolah-olah bertanya, siapa ni?

“ ya?” tanya Hinara.

Hinara dah kerut dahi. Dia meliarkan pandangan. Tak nampak la pulak si Armand.

“ hai. Seorang je?” tanya Hinara lagi. Dia cuba buat gaya biasa kerana dia tidak mahu Hajar tahu bahawa budak lelaki tersebut ialah adik Armand. kalau Hajar tahu, pasti 7 Eleven itu akan gamat dengan suaranya semerta.

“aah. Abang pergi tandas kejap. Em akak, nak nombor telefon boleh tak?”

Hinara dah kerut dahi. Hajar lagi la. “ em, Hajar.” Hinara pandang Hajar. “ Tolongkan bayarkan dulu coke ni. Nanti aku bayar dekat kau.” Hinara memberi coke pada Hajar dan Hajar perlahan-lahan bergerak menuju ke kaunter untuk membayar tetapi matanya tetap merenung curiga.

“ okay. She is weird.” Kutuk Emir.

“ she is not.” Bela Hinara. “ kau nak buat apa dengan nombor telefon aku?” Hinara tak tahu kenapa tapi dia kurang menyenangi dengan si Emir.

Emir angkat bahu. “ saja-saja je. Saya rasa akak mesti nak tahu kan pasal tadi?” 
Emir bermain-main kata. Masih menggunakan perkataan akak walaupun Hinara telah membahasakan diri aku-kau.

“ pasal apa?”

“alaa, pasal yang saya kata muka akak sama macam seorang perempuan senior saya tu.” Emir buka fridges. “Em, anggur ke strawberi? Strawberi macam sedap je.” Emir ambil Bliss perisa strawberi.

“ okay. Ambil nombor aku cepat.” Kata Hinara pantas.

“ouh okay.” Emir pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. “ berapa?”

*********************************************************

so. end for this chappy. next time, I will update chapter 5. babai :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...