assalamualaikum and a very good evening.
okay, baru ada feeling nak upload episode 6. sekarang, tengah merangkak-rangkak nak siapkan After A Year ni. dalam progression dengan penuh gigih dan jayanya nak siapkan. ya Allah, I hope, I will make this After A Year dengan penuh coolionya. *tadah tangan* aminnn.
here we go. Episode 6 of After A Year
**********************************************************************
Hinara duduk termangu dalam kelas. Kelas Petroleum I baru habis. Dia terbengap habisan dalam kelas tadi. Dia rasa Prof Jo masih guna bahasa Inggeris moden dan bukannya bahasa Inggeris kuno, tapi kenapa dia tak dapat tangkap langsung Petroleum I tadi?
Adakah kerana dia baru perasan akan balasan mesej malam tadi? Adakah sebab itu? Hinara mengeluarkan telefon bimbitnya dari Versace. Balasan mesej tersebut berbunyi begini.
Ini Emir adik Armand Amir. Ingat? Kita ada jumpa dekat Times Square dulu.
Dia baru perasan akan mesej tersebut betul-betul sebelum dia masuk ke dalam kelas. Dia tak sempat nak cek inbox telefon bimbit pagi tadi sebab terlewat bangun. Mahunya dia macam lipas kudung masukkan semua barang make up dalam Versace tadi. Sempat la jugak dia touch up dalam perjalanan ke uni.
Tapi tu la, dalam masa dia ber touch up tak siap-siap, *entah kenapa tak siap-siap. Haha* dia langsung lupa akan telefon bimbitnya. Nah! Dan hasil dia, terus bengap tak dapat nak tafsir apa-apa dalam Petroleum I tadi.
Bahana apa ni Hinara? Padahal mesej Emir tu pendek dan ringkas je. Kalau pada pandangan orang luar seperti Hajar, dia mungkin merasakan bahawa Hinara sekarang sedang mengalami masalah wanita/senggugut/period pain/ dan bersamaan dengannya kerana gadis itu kelihatan diam batu sahaja sejak mula.
Hinara gigit bibir. Dia dah lama tak dengar cerita pasal Armand. ye la, da berapa lama dia tak keluar. Maka , da lama juga la dia tak terserempak dengan Armand. sampai sekarang, dia masih buntu, who are you, Armand Amir? Who are you?
Adakah Armand Amir itu seorang makhluk asing dari planet Namek?
Ataupun bunian daripada keturunan Diraja Bunian?
Ataupun budak itu anak orang kaya keturunan Donald Trump tak?
Eh? Okay. Melalut lagi Hinara.
Mungkin aku boleh tanya dekat Emir sendiri even aku bukanlah suka sangat dekat budak kecik tu. aku tak tahu kenapa, tapi aku memang tak berapa suka sangat dekat Emir. Emir semacam ada bad aura. Amik kau Hinara. Da macam ahli sihir sudah ada bad aura.
Hinara da gelak dalam hati. Hinara mula menekan-nekan keypad telefon bimbitnya untuk membalas mesej Emir. Balasan tersebut berbunyi begini
Sila jumpa jam 4 petang di Pavilion.
Da macam klu main explorace je kan Hinara gaya kau hantar mesej dekat Emir. =.=’tapi kan Hinara, kau nak ajak siapa pergi Pavilion? Takkan nak pergi sorang-sorang je? Adus. Mungkin dia akan paksa Hajar menemaninya nanti.
“kita nak pergi mana?” tanya Hajar. Ketika itu si gadis yang sedang bertudung litup itu sedang enak melayan aiskrim cornetto.
“ada syarat!! Belanja aku aiskrim dulu!”
Hinara terus buat muka.
“teman aku pergi Pavilion kejap.” Kedua-dua mereka kini sedang menunggu KTM di Stesen Serdang. “panas la.” Rungut Hinara. Budak tu mula terasa nak gunting je dia punya rambut. Rambut ni boleh tahan semak jugak.
“apa yang kau expect kalau pukul 2 petang? Salji turun dengan lebatnya?” canda Hajar. “eh? Kau nak beli apa? Aku ingat kau da beli da kau punya barang make up untuk this week punya fashion show.”
“ aku sesaja je ajak kau keluar jejalan.” Jawab Hinara tak jujur.
Hajar gigit lagi aiskrimnya. “okay, a really weirdo answer from you.” Gigit lagi. “ suddenly?” tambah Hajar.
Hinara angkat bahu. “panas la Hajar.”
Hajar buat muka. “sabar la kejap. Da yang kau ajak keluar sekarang ni kenapa? Memang la panas Hinara oit. Cuba la ajak keluar petang ke malam ke apa ke.”
“ memang aku boleh keluar kalau malam wahai cik Hajar.” Sindir Hinara.
Hajar buat muka. Kemudian gigit lagi aiskrim. “ tapi kita ada kelas TITAS kot nanti pukul 5 petang. Kau nak ajak pergi mana ni sebenarnya?”
“pavilion. Bukan aku da bagi tahu ke tadi?”
“nak buat apakah?”
“jumpa kawan.” Jawab Hinara pantas.
“jumpa kawan?” tanya Hajar semula ragu-ragu.
Shit. Adui, boleh pulak terlepas cakap.
“sesaja jalan je la.” Hinara tukar jawapan. Hajar terus buat muka lagi.
“oo, kamon Hinara. Takkan nak rahsia dengan aku kot. Kau nak jumpa siapa ni?
Armand ea?” teka Hajar. Hajar da mula tergelak-gelak.
Hinara terus blush. Entah kenapa dia perlu blush padahal telahan Hajar itu salah sama sekali. Apesal nak blush semacam ni? Perlu ke nak blush wahai Hinara? Kenapakah? “ bukanlah.”
“ da tu?” Hajar tersenyum lebar. “amboi kau. Rahsia-rahsia je ye dengan aku. Tak acik betul.” Usik Hajar. “sejak bila nak rahsia-rahsia dengan aku ni?”
“jom, KTM da sampai.” Ajak Hinara sebelum budak perempuan itu bangun.
“alaaaaa, Hinaraaaaaaaaaaaaaa.”
Hinara dan Hajar berdiri dengan sabar dan menunggu di hadapan Pavilion. Hajar da mula klik lidah tidak sabar. Hinara da mula panas hati.
“ kau nak jumpa siapa ni sebenarnya? Da 30 minit kita tunggu.” Bebel Hajar. Budak tu melihat jam pada pergelangan tangan. “lagi 15 minit kawan kau tak datang, aku terus balik je. Hari ni da la kena hantar assignment TITAS dekat dr. Sukki. Kau lupa ke?” bebel Hajar lagi.
“aku ingat.” Jawab Hinara. “ isy, aku pun da naik bengang. Mana budak seekor ni.” Hinara mula naik bengang. Da la panas aku tunggu dekat depan Pavilion ni.boleh pulak si Emir ni terkedek-kedek datang.
Telefon bimbit Hinara bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Hinara baca perlahan-lahan mesej tersebut sebelum menyumbat telefon bimbitnya geram ke dalam Versace. “shiznits. Dia tak jadi datang. Jom balik. Kalau aku dapat dia, memang aku tembak budak tu.” Hinara da mula mencarut.
“kau nak jumpa siapa ni sebenarnya?” tanya Hajar.
Hinara dan Hajar mula berlalu dari situ. Hajar masih dengan muka tidak percaya dia. “ jadi, ini je kesudahan dia?” Hajar pulak mula mencarut sakan. “ siapa budak yang ajak kau jumpa sangat ni? Lain kali kalau nak buat ...... “ Hajar mula membebel.
Hinara diam tidak menjawab soalan Hajar tadi. Dia jugak tidak melayan bebelan Hajar yang panjang menjela itu. Tapi, kalau dia jadi Hajar jugak, dia akan bengang serta-merta. Oo, kam on Emir. Apesal kau buat lawak dekat aku? Kau nak makan kaki aku ke? Tetiba pulak terasa menyusahkan Hajar Ismail ni.
“baik kita cepat. Kalau tak submit TITAS tu, mahunya mati kita.” Tambah Hajar tetiba. Hajar dan Hinara pantas menuju ke Stesen Imbi dan seterusnya menuju ke Stesen KL Sentral sebelum sampai ke UPM semula.
Hajar silang kaki dalam Bilik Seminar 2. “kau bagi tahu aku, siapa yang ngada-ngada nak jumpa kau tapi at last, tak datang langsung.” Gadis itu mula memasukkan buku rujukan TITAS ke dalam begnya.
Hinara tutup buku. Pftt. Nasib baik sempat hantar assignment even dia dan Hajar lambat masuk ke kelas 15 minit. Nasib baiklah Dr. Sukki ni sporting habis dan benarkan juga hantar assignment even terlambat sekalipun.
Hinara malas nak ambil pusing dengan soalan Hajar yang tak berapa nak enak di dengar tu. Hinara terus memasukkan buku TITAS ke dalam beg. Pap!
“sakit la!” marah Hinara.
“kau still tak jawab soalan aku lagi.” Paksa Hajar.
“aku malas nak menjawab soalan kau tu. buat sakit hati aku je.”
“kau nak jumpa Armand ke sebenarnya? Apesal dia tetiba tak datang?”
Eh? Hinara da terasa macam nak tampar je mulut si Hajar ni. Mulut banyak betul soalan. Aku bukan nak jumpa Armand tu la. Aku nak jumpa adik dia. Adik dia yang macam tahi tu. jadah tak datang lepas aku gigih datang ke Pavilion? Terus lepas tu, si Emir tu dapat mesej maki daripada aku.
Kalau aku nak jumpa si Armand tu, 100% si Armand tu tak akan lewat. Eh? Tahu-
tahu je si Hinara yang Armand tu takkan lewat.
“da la, malas nak melayan kau.” Hinara terus bangun.
“eh? Kau nak pergi mana?”
“ balik la. Kelas da habis.”
“tak nak gosip-gosip dulu ke?” Hajar bersaing langkah dengan Hinara. Kedua-duanya menuju ke tempat tunggu bus. Hajar tunggu bus untuk balik ke kolej manakala Hinara pula menunggu pemandunya datang seperti biasa.
Mama Hinara pernah cakap. “da, da, da. Tak payah tinggal dekat hostel!”
Pada mulanya, dia memang tak kisah sebab dia memang satu kepala dengan mama dia, tapi sejak akhir-akhir ni, memang sangat menyusahkan dia bila tak duduk hostel sebab nak buat grup diskusi malam-malam memang tak dapat nak buat dengan kawan-kawan.
Dia pernah menyuarakan pada mama yang dia nak tinggal dekat hostel. Mama serta merta mengamuk macam orang baru hilang lelaki.
“takde gosip la weh. Gosip da habis.”
“gosip pasal Armand tak habis lagi! By the way, muka dia pun aku tak pernah nampak lagi. Gila misteri dia tu. dia tu artis ke sampai kau dok nak berahsia dengan aku.”
Hinara buat muka. “ aah Hajar. Dia artis dan pelakon. Kau tak tahu ke yang dulu tu, dia yang berlakon untuk cerita geng bus sekolah.”
Hajar da tunjuk muka aura nak sekeh kepala Hinara.
“popular betul si Armand tu.” sinis Hajar. “eh, tadi kau nak jumpa siapa?” tanya Hajar lagi. Hinara diam je. Malas nak menjawab soalan berulang kali daripada Hajar tu. kang kalau dia membebel memarahi si Hajar tu, mahunya terkeluar jawapan daripada mulut dia. Hajar tu kan pendebat. Mahunya dia tu psiko aku lepas tu dia dapat jawapan. Tak ke haru je nanti.
“tak nak bagi tahu kau.” Titik.
“ciskek. Kenapa tak nak bagi tahu aku. Aku kan kawan baik kau.”
“ngada.” Hinara dah gelak. “kawan baik, tak kawan baik. Rahsia tetap rahsia
okay.”
“kedekut gaban kau ni. Eh, bas aku dah sampai la. Esok jangan lupa pulak, ada discussion pasal kemahiran berfikir pukul 9 pagi.”
“okay.” Balas Hinara. Lepas tu si Hajar terus berlalu dan mula berebut-rebut sambil tolak-tolak dengan pelajar lain. Hinara hanya tengok sahaja. Kelakar pun ada bila tengok gelagat si Hajar. Memang la kesian tengok berebut-rebut dengan student lain nak naik bus, tapi more to kelakar la. Hinara da geleng kepala.
************************************************************************
okay, tamat episode 6 ! aku ingat nak upload panjang lagi. em, tapi takpe la. yang ni pun da cukup . hee. till then. wait for the next episode!! babai :)
assalamualaikum and goodnight :) jangan lupa baca doa tidur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan