aku rasa semua orang tahu apa itu Melaka. Melaka memang dari dulu tersangat la femes amos disebabkan Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah dan apa-apa je la yang lain.
jadi, Mac yang lalu, ( Mac okayyyyyyyyyyy ) setelah melakukan charity di Zoo Melaka, kitorang terus bergerak ke pusat bandar Melaka untuk enjoy sana sini dan ambil gambar sambil jerit hooyah!!
@Wildlife Charity
jadi, aku dengan Jaja telah memutuskan bahawa kitorang nak jejalan dekat sekitar A Famosa dan kawasan sekeliling. bebudak yang lain awal-awal lagi dah menghilang ke tempat shopping. diorang kata, nak carik baju murah la katakan.
aku dah tergelak terbahak-bahak. macam la dekat KL nuha takde sale.
aku dengan family aku memang suka jejalan. tapi tak la pernah pulak kitorang pergi dekat Melaka ni. haha. pelik gilos. first time aku pergi dulu pun dekat sini dengan bebudak bahas UPM. kira ni second time la aku jejak dekat sekitar A Famosa ni. hehe.
tengok je la. dengan gaya aku amik gambar pun dah menunjukkan yang aku ni batak dengan tempat ittew. bwahaha. okay foine. aku sebenarnya suka amik gambar tak kira di mana aku berada sebab aku rasa mengambil gambar itu adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan. kah kah kah.
aku sebenarnya jejalan kat situ dengan Jaja. tapi kat dalam entry ni, aku tak dapat post la gambar jaja sebab masa tu dia free hair. sekarang dia dah cantik bertudung ;') gizzuew~
aku rasa memang Malaysia ni banyak je tempat menarik untuk kita semua lawati. too many. da la banyak tempat menarik, lepas tu seronok pulak tu. lagi la seronok kalau dapat ambil gambar sambil posing sakan di mana-mana sahaja.
bwahahha. kat Malaysia pun, banyak je tempat shopping yang kau boleh terjah. tak semestinya perlu ke Paris mahupun Milan ajo kalau nak shopping. nak shopping dekat Malaysia pun boleh. banyak je tempat yang best! heh.
aku rasa ni je kot yang aku nak bebel. till then. selamat berbuka buat semua. ;)
1725
22 Julai 2012
Klang
by @TheodoreNazrul
2 ulasan:
aku baru perasan kau tukar nama blog kau
pineng best utk dijelajah ~ singgah situ pulak.
Catat Ulasan