Isnin, 23 Julai 2012

Riana berjaya puasa sehari penuh!!!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


ya. macam yang korang semua lihat. 

this is Adriana Farihah. my niece. umur dia 4 tahun sekarang ni.

masih berbotol susu dan masih suka tunjuk peace bila ambil gambar. mungkin mengikut gen gen yang terdapat pada makcik-makciknya kot. hahaha. Adriana semalam kekdahnya sangat gigih berpuasa sehari penuh!

aku memang dah kagum habisan dengan keupayaan Adriana. *keupayaan pun boleh kan Ted* haha. apa-apa pun, Adriana memang hebat la. dia baru 4 tahun tapi dah mampu tak makan dan tak minum. walaupun budak kecik memang la tak digalakkan untuk berpuasa dan dalam Islam pun takde mengatakan bahawa budak umur 4 tahun wajib berpuasa tetapi bagi aku, this is truly good la kan.

ianya bagaikan latihan yang bagus bagi budak-budak kecik macam dia. nanti bila dah besar takde la shock sangat bila disuruh berpuasa. haha. nanti jangan jadi macam aku. umur 8 tahun pun still duduk kat tepi mak aku sambil makan kuih raya yang mak aku buat.

menjadi tester la kononnya untuk kuih raya emak. hahaha.


cara yang sangat keji oleh Ted sewaktu beliau berumur 8 tahun. haha.

aku pun tak ingat the exact tarikh aku puasa penuh. tapi yang pasti dan tersangat pasti bukan lah masa umur aku 8 tahun. heh.

bagus gila budak-budak sekarang ni puasa penuh. aku tabik spring doink toink. :) now, tell me, umur berapa korang start puasa penuh?

till then.

1645
23 Julai 2012
Serdang



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...