Rabu, 1 Ogos 2012

Be Realistic

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.




Exams.

sekarang dekat twitter semua sibuk ucap goodluck kepada candidates PMR sebab esok diorang ada Trial PMR. aku pun nak ucap goodluck la and gila best of luck kepada yang nak ambil Trial. tapi apa yang aku nak cakap kat sini, please Be Realistic.

huh? apa yang nak kena Be Realistic ni?

1) korang tahu tak, setiap kali nak PMR atau SPM atau UPSR atau setiap kali pendaftaran baru pelajar Asasi, diorang selalu tanya,

"nanti target berapa untuk UPSR?"

dan mereka semangat menjawab, "5A la!"

"rasa-rasa target berapa untuk SPM?"

"haruslah straight A's"

aku kalau dengar orang cakap macam tu, terus aku tergelak. bukan sebab aku menganjing ke apa ke, tapi please Be Realistic la.

kau suka sangat target, "ooo yeah, aku boleh je dapat straight A's" tapi yang nak buat aku tergelak is,

KAU TAK BELAJAR LANGSUNG!

how come la nak dapat straight A's yang konon-kononnya itu.

2) berangan lebih. mak dan ayah selalu cakap,

"kalau dapat nombor 1,2,3 ayah bagi hadiah."

masa tu barulah berkobar kobar nak pulun belajar. tapi belajar untuk minggu pertama je. lepas tu canang kat semua orang " kalau aku dapat the best, mak pak aku bagi hadiah."

dan aku terasa nak pui, pui je. memang la boleh dapat hadiah from mak ayah kau kalau kau tu malas nak belajar. lepas tu meniru la apa la. kawan aku pernah cakap,

"si H tu sama je macam si B tu. sanggup buat apa saja untuk dapatkan pointer tinggi."

and I was like ==' what? kau serius ke? what the heck. please be nice la. kalau kau dapat pointer tinggi with that way , I mean in meniru way, takde guna la kan. kalau nak dapat hadiah sekalipun, tak perlu la sampai nak meniru bagai.

itu la yang aku kata Be Realistic. kalau kau rasa tak mampu, just say it. "okay, aku tak mampu nak dapat straight A's . jadi aku target nak dapat 5A je."

tak mati la weh.

3) poyo. kau tahu tak poyo tu apa? poyo dengan apa yang dia ada. poyo cakap dengan semua orang,

"aku boleh la dapat semua tu. tak payah belajar. kacang goreng."

aku bukanlah tak puas hati kalau dia nak target 10A ke 4 flat ke 8A ke apa ke, tapi macam yang aku cakap la. kau kena la tengok jugak kemampuan kau. kalau kau rasa kau sekadar CAKAP TAPI TAK MAMPU, BAIK TAK PAYAH CAKAP.

aku bukan nak nak merendahkan orang, tapi tu la mentaliti masyarakat sekarang.

"kita kena target the best supaya boleh dapat result macam tu."

aku da terasa aura nak lempang je. memang tak salah, tapi kena lah tengok, KAU NI MAMPU KE NAK BUAT??? kalau tak mampu, just follow the flow and trying your best la. aku bukan nak cakap, selamanya kau follow the flow, but one fine day, kau kena lah berusaha jugak. takkan la nak ada kat takuk yang lama je.

4) aku memang tabik spring dekat diorang yang study hard and get the best result. orang macam ni, kalau target high pointer, aku kira, "ooo, bagus lah budak ni. memang kita nampak la usaha dia belajar and tolong bla bla bla."

aku percaya aura seseorang budak tu kita boleh nampak dengan cara dia study, dengan cara dia guide kita masa dalam kelas. dengan cara dia bagi jawapan which is in smart way not in a dumb way.

masa aku mula-mula masuk asasi dulu, memang haram jadah tak kenal semua orang. dah la sorang-sorang jek. memang dasar forever alone la aku. masa tu kelas math and kelas math memang macam #TartBantat  susah dia MasyaAllah. memang boleh menangis aku mula-mula.

tapi budak sebelah aku tenang je tunjuk kat aku which is somehow, he has an aura. haha. kau mampu buat macam tu?

5) jadi, sekarang, before exams, apa kata buat tazkirah kat diri sendiri., aku target straight A's. mampu ke aku buat? tanya diri sendiri, aku nak 4 flat, boleh ke aku dapat?

IF kau boleh buat, then teruskan your effort. study smart and not study hard. believe in what are you thinking. heh. for the PMR, SPM candidates, I wish all the best to all of you. May Allah bless you always and reminds it, BE REALISTIC ALWAYS ;))

tehee. till then

1510
1 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul

2 ulasan:

syakey berkata...

agak ah. aim lah ikut kemampuan, karang sape jugak kecewa, mak bapak. diri sniri rs slumber dekk je

Rizal Sadiman berkata...

betul tu...semua kena ikut kemampuan..

btw, sem ni dpt bape? ehe

http://igossiprizal.blogspot.com/2012/08/ishare-korean-tour.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...