entry ni aku terlebih dahulu kredit kepada ContengConteng. dapat idea daripada dia. :)
@ContengConteng
so, here we go.
tahukah anda bahwa dunia sekarang sangat kotor. sampah merata-rata tempat. pembakaran terbuka, tumpahan minyak dan berbagai lagi. kita sebagai manusia pun selalu sakit-sakit dan kalau kita sakit, kita boleh pergi ke klinik.
tapi macam mana pula dengan haiwan? haiwan takde klinik. =.='
WWF Malaysia kini telah menjalankan misi untuk menyelamatkan sebanyak mungkin Penyu yang berada di Malaysia. tak kisah la kau bukan join WWF Malaysia dan kau nak join WWF Kanada sekalipun, tetapi kau still boleh jalankan misi ini di negara sana.
tahukan anda bilangan penyu kini makin merosot sebanyak 95 peratus berbanding tahun-tahun 1960 an?
punca kemorosotan saya adalah disebabkan perbuatan manusia. ya! manusia memang kejam! mereka makan telur-telur yang saya tetaskan di pantai dengan rakusnya.
mereka ingat nak bertelur tu senang ke??
apabila anak-anak saya mula lahir, daripada banyak-banyak anak saya yang lahir, hanya 1 peratus sahaja yang boleh hidup dengan cabaran. yang lain, mereka mati. ;(
sama ada mati kerana di baham oleh haiwan jahat yang lain ataupun mati disebabkan perbuatan dungu manusia.
saya tertipu. :( ianya adalah sampah sarap yang dibuang oelh manusia ke lautan lepas. dan saya tercekik. lalu mati. riwayat saya tamat dan bilangan penyu semakin berkurangan. the end.
walaupun cerita yang aku buat ni memang entah apa-apa, tapi tak kisah la, antara moral value dia ialah
1) jangan makan telur penyu. kalau kau makan telur penyu, macam mana anak dia nak menetas! cuba penyu makan telur kau. haha. mahunya kau menangis. banyak lagi telur yang kau boleh makan, telur ayam ke, telur itik ke telur angsa dan berbagai telur lain la, apesal telur penyu jugak kau nak baham. alahai manusia. benak betul otaknya. kasihan penyu.
2) tolong jangan buang sampai di merata-rata tempat. itu la gunanya tong sampah dicipta. tong sampah dicipta untuk sumbat sampah dalam itu. jadi, buat apa la kau buang ke laut. kasihan penyu. tercekik makan plastik!
dan banyak lagi la, aku malas nak taip,
jadi, kita sebagai manusia yang bertatatsusila, apa kata jangan makan telur penyu dan jangan buang sampah di merata-rata tempat seperti di laut. tak baik sungguh.
sekiranya anda ingin membantu usaha pemuliharaan penyu, anda boleh tolong WWF Malaysia!!!
langkah 1
Klik banner di bawah ini.
langkah 2
sila ikut rajah di bawah
langkah 3
selesai!!!!!!!!!! dan boleh la anda share tanda anda memulihara dan bantu penyu untuk hidup. please and please share about this. kasihan penyu penyu itu. mereka pun nak hidup jugak.
sekian, mengucapkan terima kasih kepada @ContengConteng untuk entry penyu dan saya meng kopi paste gambar dari belog beliau.
sejak ini, ingin saya katakan, saya sayang penyu. :)
p/s
kalau tak boleh klik banner di atas, klik link ni
2213
Klang,
4 ulasan:
baru je pledge mlm tadi sbg tanda sokongan
sedih sangat...tak henti2 nangis baca entry ne
wahahaha! bagus2. :)
thanks la sebab nangis :')
Catat Ulasan