Jumaat, 26 Julai 2013

saya pernah pergi Press Conference :)

assalamualaikum dan selamat petang dan salam 1 puasa buat semua.

dalam lifetime aku, aku pernah pergi beberapa kali je Press Conference. Press Conference pertama yang aku pergi ialah LG Party. next is Press Conference of Genting Mobile Apps dekat Wisma Genting. lepas tu , pergi Media Launching of Snow World dekat Genting Highland and paling latest ialah Press Conference of Digi WWWoW All Award 2013. takde la latest mana pun sebab benda ni da berzaman dan aku baru ada feeling nak bertaip. HAHAHAHAHAHHAAHHAAHAHA. thanks to Digi because invite me for this event. :)

aku macam still tak percaya la jugak sebab eventhough aku bukan wartawan yang mengarang untuk Berita Harian, Sinar Harian, Metro atau Kosmo tapi aku still pernah pergi Press Conference. eventhough aku pelajar Fakulti Perhutanan dan aku bukan budak Mass Comm or budak bahasa, aku pernah la jugak berminggle dengan semua wartawan. kekdahnya minggle. LULZ.

be a blogger, memang bagi banyak advantage untuk semua orang. one of it is attend the Press Conference. maybe akan ada orang cakap, PC je? who cares? hahahahahahaha. siapa yang cakap who cares boleh la tekan button X merah di belah kanan anda. kira macam best la jugak pergi PC ni sebab boleh jumpa ramai blogger lain, boleh jumpa ramai wartawan lain, boleh jumpa ramai talented bachelor dekat Malaysia, boleh jumpa ramai orang kaya-kaya dekat event and that is really good.

aku pergi PC bukanlah aku kena bayar 10 juta dollar pun. aku pergi dengan hati yang tenang dan tidak perlu membayar apa-apa malah hanya perlu membawa Kamera anda yang super canggih itu. dan juga perut yang kosong. ye la, setiap kali habis PC atau event, mesti akan ada makanan free. hahahahahahaha. kejis gila kau Nazrul cakap pasal makanan free.


ini ialah pas pelawat masa aku nak pergi ke Digi HQ dekat Shah Alam untuk event Digi Wow All Award 2013 tu. aku tak ingat la pulak the exact date and day tapi kalau tak silap bulan Mei 2013 rasanya. serius rasa cool gila dapat benda ni. *jakun :3* padahal benda ni bukanlah apa-apa pun. 


macam yang aku cakap, kat mana-mana PC atau event , mesti akan ada makanan disediakan. nampak macam hunger gila kan aku cakap pasal makanan. hahahahahahahaha. ah gasak. aku memang suka pergi event sebab makanan dia sedpa-sedap. untuk event Digi ini, dorang sediakan Chatime free. ada 3 perasa. aku ni da la batak makanan, pastu tak pernah minum chatime, jadi memang amik je la perisa apa-apa. for sureal, oh lord. AKU TAK SUKA MINUM CHATIME. mungkin chatime untuk orang kayo ajo kot. sorry chatime, aku ingat kau ni sedap macam cool blog. rupanya tidak. hampa satu badan hari tu.


most of the blogger and wartawan akan duduk kat sini. tetamu kehormat atau VVIP akan duduk kat seat khas atau sofa yang enak lagi gebu. 


disebabkan event Digi ini event yang sangat besar, jadi macam yang korang nampak, Digi ni memang banyak penaja la . contohnya macam Yahoo Malaysia, AIG , Era, ASTRO, IACT College, Google Malaysia, Chatime, Nuffnang, Churp Churp , MSN, HTC, and banyak lagi la. gambar kat atas ni, ni semua ialah wakil-wakil tertinggi syarikat yang aku sebut tadi tu. memang rasa wow la sebab dapat jumpa all those Executive yang memang high achievers dan memang real depan mata. kau akan rasa wow sebab mereka sangat hebat dan mampu pegang jawatan yang sangat tinggi :)


boleh berjumpa abang kacak dari Era :)


dan juga gadis cantik daripada Hitz. :D pergi PC memang best dan akan dapat banyak experience. untuk Digi Event ni, habis je PC, terus pulak sambung kepada event lain iaitu Minggle With The Top Malaysia's Bloggers and Youtubers. ada 3 orang hari tu tapi yang aku ingat ialah Budiey.com. Budiey ni ceritakan la pengalaman dia menjadi blogger pemes amos dan pergi ke Hong Kong la London la apa la itu la ini la. dia memang superb dan macam-macam lagi la. 

sebenarnya, jadi blogger yang bagi aku peluang untuk ke Press Conference ni and have a really good time. walaupun sekarang da jarang menaip. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. kekdahnya aku pemalas nokharom, tapi seriously, for those yang nak gain experience, boleh la mencuba membuat blog. banyak benda yang korang akan dapat. one of it is this PC :) mana tahu, anda akan pemes amos suatu hari nanti macam Hanis Zalikha , Maria Elena ataupun Fatin Liyana. kekdahnya, promot blogger dot kom. please bayar aku blogger. 

ini la kisah saya bila saya pergi Press Conference. I'm still kiddo lagi. aku baru 19 tahun. *bajet muda, KAH KAH KAH* tapi try la banyak benda and for sure akan gain banyak benda nanti.

saya sudah merasai pengalaman itu.  anda bila lagi ? :)

*bajet* 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...