Rabu, 1 Mei 2013

Review Movie : The Croods


da tengok cerita ni dekat panggung wayang? 

buat sesiapa yang belum tengok cerita ni dekat wayang, I bet, u must watch it!!!! cerita ni adalah sangat best malah lagi best daripada The Incredibles - Brad Bird , Despicable Me - Pierre Coffin dan lain-lain.

bagi aku cerita ni sangat best. tak tahu kalau orang lain kata cerita ni tak berapa best atau so - so. well, in my opinion, cerita ni adalah sangat bagus, penuh dengan tauladan, penuh dengan nasihat, penuh dengan ideologi yang bagus

banyak yang aku belajar lepas tengok The Croods ni

1)jangan ada pemikiran yang sempit.

2) hendaklah eager untuk mencuba sesuatu yang baru

3) jangan jadi paranoid terhadap benda yang kau tak tahu

4) hidup kena guna otak, jangan guna anggota badan je.

dan banyak lagi la kalau aku nak senaraikan lagi kebaikan menonton cerita The Croods ni. aku tengok cerita The Croods ni dengan Ameer dan juga Rita dekat Jaya Jusco Bukit Raja Klang lepas datang ke Digi HQ untuk event 36 jam tanpa henti - Hackathon - 

cerita The Croods ni sesuai untuk ditonton bersama keluarga. masa aku tengok cerita The Croods ni pun, ramai je yang tengok dengan anak-anak diorang. karakter dalam The Croods adalah sangat comel dan memang menarik dan bakal membuatkan anak-anak anda semua terpaku melihat cerita The Croods ni.



ni trailer dia. bila tengok komen-komen penonton dekat bahagian bawah youtube tu, aku macam wow!!! dorang pun setuju dengan aku yang The Croods is the best. it is really unexpected la. you will never expect that the story will gonna be awesome.

the story is full of joy. full of family bond and sentiasa gelak tengok cerita The Croods. suggesting, buat sesiapa yang belum tengok The Croods, cerita ini adalah wajib tonton :)

boleh datang dengan family dan pasti family pun tersenyum lebar lepas tengok cerita The Croods :) okay, selamat 1 Mei dan selamat bercuti!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...