Jumaat, 30 Mei 2014

Press Conference of Peter Marvey : Magician Without Limit #VMY2014

assalamualaikum dan selamat petang serta selamat bersawan pada blog ini.



last week, almost last week la jugak, aku pergi ke The Loaf of Pavilion untuk Press Conference untuk Peter Marvey : Magician Without Limit ni. okay, before that, siapa tahu , siapakah itu Peter Marvey? hahahahahahha, aku tak tahu la kalau orang lain pernah dengar. aku rasa kalau anda ni merupakan peminat tegar cerita Now You See Me ataupun kau ni peminat kepada cerita Harry Potter series, might be kau akan kenal dengan Peter Marvey ni sebab dia ni adalah magician yang sangat power dan superb.

zaman dahulu kala, masa aku kecik-kecik, orang selalu kata, magician ni menggunakan ilmu hitam untuk buat magic tu dan aku pun yang agak bangang lagi dungu hanya percaya je la semua tu. tapi bila besar sikit, masuk sekolah menengah, baru la tahu bahawasanya magician tu mostly guna illusion eyes je. maksudnya mata kau ni diperdayakan la. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. okay, mata pun kira loser la jugak sebab senang-senang je diperdayakan.

okay, back to the topic.

1) who is Peter Marvey?

apa yang aku tahu pasal Peter Marvey ni dia adalah berasal dari Swiss. dia ada teater yang dia buat sendiri kat dalam rumah dia and itu menunjukkan yang dia sangat passion dalam magic. and dia selalu buat show kat situ, kat dalam rumah dia tu. which is ,,siapa yang nak tengok show kat situ adalah sangat susah and very the susah. kau kena tempah dia terlebih dulu untuk tengok show dia. well, dia magician yang sangat power kan? jadi bukan mudah nak tengok show dia. dia adalah sangat limited!

2) apa dia buat kat Malaysia sekarang ni?

well, now dia akan buat persembahan dekat Genting Highland and yolls boleh tengok magician dia dekat sana dengan harga yang murah. apa yang aku tahu, ni first time dia datang kat Malaysia and really excited gila babi punya bila dia datang Malaysia.

3) Magic apa yang dia boleh buat?

yellop puyoo dude, dia punya magic memang power la wakaupun semua tu hanyalah ilusi mata semata. dia ni memang tahap power la tapi still bukan dalam kategori Merlin, Voldermot ataupun Albus Dumbledore. tapi kalau dalam kategori manusia atau Muggle macam dalam cerita Harry Potter tu, dia ni boleh dikatakan antara ter power la jugak.

dia pernah menang banyak anugerah peringkat antarabangsa. antaranya ialah Golden Wand Trophy pada tahun 1996, Merlin Award of International Magicians Society tahun 2002, dia juga merupakan Swiss National Champion dari tahun 1993 hingga 1995.

dia boleh buat banyak magic for sure. tapi yang paling power dan paling superb adalah levitation. masa press conference dekat pintu masuk Pavilion dulu, dia ada terapungkan Hannah Tan, JJ dari Red FM dan jugak Cheryl Lee dari 988 FM dan ye, depan mata aku, dorang terapung macam apa je -,- serius rasa blerghhh dan wow gila. dan ye, dia adalah master of levitation.

4) Levitation tu apa?

daripada wikipedia

"Levitation is the process by which an object is suspended by a physical force against gravity, in a stable position without solid physical contact."

bahasa mudah dia ialah kau terapung. atau dalam bahasa Harry Potter, kau telah menggunakan sihir Wingardium Leviosa dalam kelas Mantera bersama Prof Flitwick. (pastikan sebutan GAR anda adalah jelas dan OOOOOOOsa anda adalah panjang bila sampai OOO tu)


5) saya rasa teruja nak jumpa dia. macam mana nak tengok show dia and of course macam mana nak jumpa dia?

actually Peter Marvey da mula buat show dia kat Genting International Showroom bermula dari 28 May 2014 sehingga 18 November 2014. tapi bukanlah setiap masa dia buat show and setiap jam dia buat show. dia pun kena rehat jugak kan? jadi, kalau nak tengok show dia atau usha persembahan levitation dia yang power gila barbie tu, korang boleh call

03-2718 1118 

ataupun korang log on to

www.rwgenting.com

6) ALAAAA, apa yang saya tahu persembahan dia malam la. takkan nak balik dari genting malam-malam buta?

kalau macam tu, korang try la usha website genting sebab pada waktu cuti sekolah ni, dorang ada buat promotion dari segi bilik, games and all that. so, kinda worth la jugak kalau kau lepak genting sekarang ni. dapat tengok magic, bilik pun murah and lagi murah kalau anda datang bersama family. boleh usha dekat website genting pasal harga bilik, games and all that.


7) macam mana dengan harga Peter Marvey ni? mahal tak? berbaloi tak untuk tengok dia ni?

untuk Peter Marvey ni dia ada 3 kategori which is VIP, PS1 and PS2. harga untuk VIP dewasa ialah RM 118. VIP kanak-kanak ialah RM 68. harga untuk PS1dewasa ialah RM88 dan harga PS1 kanak-kanak ialah RM48. Manakala harga untuk PS2 dewasa adalah RM48 dan kanak-kanak PS2 ialah RM28

bagi aku quite okay la harga dia sebab dia bukan selalu datang Malaysia and agak susah jugak la dia nak datang Malaysia. so, bila da ada kat Malaysia ni, apa lagi , grab la chance untuk berjumpa dengan dia :)

8) ada harga family tak untuk Peter Marvey show ni?

as what Kevin Tan, Assistant Vice Press of Promotions & Entertainment Resorts World Genting telah katakan masa pelancaran, Genting ialah tempat untuk family. kami menyediakan harga terbaik untuk pakej family. for further info about harga family, anda-anda semua boleh la menerjah webiste Resorts World Genting secepat mungkin la ye :) ye la, takut penuh je nanti

 jadi, apa lagi :) jangan lupakan dapatkan tiket anda secepat mungkin dan sepantas mungkin dan kita boleh berjumpa di Resorts World Genting nanti! :) dan jangan lupa share pengalaman anda bila pergi ke Resorts World Genting untuk tengok performance Peter Marvey yang sangat power tu! biar orang ramai rasa magic Peter Marvey itu menerusi pembacaan yang anda tulis. :)

The end.

tidur dulu. adios amigos. jumpa di Genting Highland pada 3 dan 4 jun 2014 nanti ya!





1 ulasan:

Unknown berkata...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui AKI DARMO saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan AKI DARMO,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan AKI DARMO yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti, AKI DARMO juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penglaris jualang silahkan hubungi AKI DARMO di 082-310-142-255 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya –ATAU KTIK ALAMAT BLOG AKI -http://pendidikanmerangin.blogspot.co.id

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...