Jumaat, 30 Disember 2011

~ it's all about 2011 story

assalamualaikum.

2011 bakal menutup tirai dalam masa beberapa hari je lagi. maka, sebelum tirai 2011 melabuhkan tirainya, aku nak ceritakan serba sedikit apa yang dah jadi kat aku sepanjang tahun 2011 ini. tapi, aku nak ceritakan benda yang best-best je la. benda yang bosan-bosan dan menusuk kalbu itu, aku campak parit dulu. haha.

tahun 2011 dimulakan dengan keputusan SPM yang dikeluarkan pada bulan Mac 2011. dan untuk keputusan SPM, aku dapat 7a2b dimana subjek bahasa inggeris dan biology aku dapat B! sob3x. sedih betul. dan alhamdulillah, all the other subject, I got an A's. dan koleksi-koleksi plak aku makin bertambah! yeppy! and alhamdulillah sebenarnya sebab tanpa keizinan Allah SWT, aku tak akan achieve benda segala bagai ni.


next is, pengalaman bekerja buat pertama kalinya. buat pertama kalinya, aku bekerja sebagai tutor. bwahaha. percaya atau tak aku ajar seorang budak lelaki darjah 4 bernama Lukman dan seorang budak perempuan darjah 5 bernama Najihah. its actually, ada pro dengan cons dia sebab aku kena ajar semua subjek. maksud aku semua subjek ialah aku ajar semua subjek sekolah agama dan aku ajar jugak semua subjek sekolah kebangsaan. aku ajar diorang baca Al-Quran, tauhid, tajwid, bahasa arab, sirah etc etc etc and also aku ajar sains, matematik, muzik bahasa inggeris, bahasa melayu etc etc etc. kadang2 okay, dan kadang tak berapa okay. 

next, tawaran masuk Asasi Sains Pertanian, UPM. aku masuk ASPer masa bulan Mei and itulah first time aku masuk asrama. maksud aku, hidup dan tinggal dan belajar secara berasrama. before this, aku ada dapat tawaran sekolah berasrama penuh iaitu Sains Seremban masa aku 16 tahun, tapi aku tak nak pergi, so this is the life that I must through.

keseuluruhannya, tinggal kat asrama sangat best! i have been a lot of experience. 


majlis Apresiasi ASPer, Putrajaya.

broga Hill. memang memori.

'
program anak angkat.

and the rest!


untuk tahun 2011 jugak, aku dah dapat merasa pointer pertama aku sepanjang bergelar pelajar Asasi. untuk semester 1, aku dapat 3.709 dan untuk semester 2, aku tengah work it out and hopefully dapatlah merasa dean list 3.75 itu. heh. tahun 2011 jugak, aku menjadi wartawan untuk Asasi batch 7 and ianya sangat menyeronokkan! 

juga, dapat jumpa dengan mufti perak, malik noor dan orang-orang terkenal yang lain. masa tu pergi ke majlis di Maju Junction Mall bersama MPP! kerlas weh! lepas tu pengalaman pergi ke Melaka dengan pasukan debat UPM. great and awesome experience! dapat jumpa dengan budak- budak dari universiti lain such as UTP, UKM, UIA, USM, UMT, UPNM etc etc etc.

presentation pun sangat seronok dengan kumpulan aku menang untuk pertandingan komersial break, Save the Animals. dan jugak, dapat pujian lepas buat presentation agriculture dan juga biology.

memang sangat menyeronokkan! dan tahun ni jugak, merupakan tahun aku tidak memegang catur! haha. last aku pegang catur masa aku 17 tahun. untuk pertandingan daerah klang dan masa tu pun just dapat top 50 daripada 120 peserta. pencapaian terbaik aku, masa aku 15 tahun which is dapat ranking no 11 dan pemain melayu terbaik! eceh wah! but Miss Sya more lucky sebab dia bekas johan catur bawah 12 tahun, bekas naib johan catur bawah 15 dan tempat ketiga berkumpulan catur kategori perempuan. aku? hambar weh! hanya top 20 catur bawah 12 dan ranking no 11 itu. 

dan tak lupa juga, cerita My Evil Girl Name's Lily, dapat sambutan yang sangat menggalakkan! hee. thanks for the readers dan thanks juga kepada yang pernah suggest aku untuk letakkan Lily's sebagai novel online secara jualan. 

hopefully, tahun 2012 akan bermula dengan hebat dan awesome! harap-harap begitu la! hee. okay, i've got to go. it's gonna be a long daaaaaaaaaay tomorrow sebab nak kena start study fizik dan juga agriculture! heh. babai! assalamualaikum.

kalau suka boleh tekan button like dan juga button share. terima kasih!




2 ulasan:

yana lyana berkata...

wahwahh..banyaknye kejayaan die..
semoga lebih success tahun depan..

happy new year :)

Nazrul Ashraff berkata...

@yana ~ happy new year jugak!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...