assalamualaikum wbt dan selamat petang baut semua
@Teaser of Awana Genting
@Larangan di Awana Genting
@Rajawali of Awana Genting
@Pasar Ikan Bakar of Awana Genting
@Suasana Malam di Awana Genting
@Rumah Panjang of Awana Genting
@Genting Strawbery Park
percutian ke Hotel Awana Genting ditaja sepenuhnya oleh Genting dan juga Nuffnang
so, It have been a while. entry ni sepatutnya dah lama aku buat, tapi sekarang baru ada semangat nak menaip. heh. takpe la, asalkan aku menaip juga entry pasal Jungle Trekking ni.
actually, dekat Genting Highland, bukan sahaja ada permainan taman tema untuk korang jerit sekuat kuat hati lepas tu korang muntah akhirnya sambil cakap, "nak lagi!" dekat Genting juga korang sebenarnya boleh buat aktiviti jungle trekking yang sangat ohsem.
bukan la dekat Genting Highland yang dekat puncak itu. kalau nak buat aktiviti jungle trekking, korang kena datang ke Awana Genting. silalah google ye dimana Awana Genting itu. tehee. tak susah pun nak carik.
sebelum sampai Genting Highlang tu, mesti akan melalui Awana Genting terlebih dahulu buat sesiapa yang menaiki kenderaan menuju ke puncak Genting Highland.
okay, jom layan gambar sebab aku pun dah malas nak menaip. hahaha
gambar ni aku curik dari Nisa Kay. actually, kitorang para blogger telah dipecahkan dalam 3 kumpulan. so, ini la grupmate aku.
so, we have Maisarah from Uniten. Kak Anne from Penmerah. next is me. then, NisaKay. sebelahnya ialah Iris. the guy with white pants is Daniel. dan yang baju merah is tour guide kitorang.
dan kitorang buat jungle trekking sejauh 3.8 km. haha. kau mampu? masa mula-mula aku fikir,
"oo, jungle trekking ni mesti tenang-tenang punya. tengok pokok. tengok burung berkicauan."
sekali amik kau! mahunya aku terberak, terkencing sebab this Jungle Trekking memang gilos! memang gila la weh! memang tahap adventurous punya.
this is our first pit stop. ada sungai weh! tapi cetek je la. tempat kau nak rehat-rehat santai sebentar. bila masuk dalam hutan, pfft. kau jangan cakap la dia punya environment tu macam mana. err, pacat memang macam nokharam. banyak sungguh-sungguh
see!! pacat tu dah gemuk weh!! haha. walaupun sebelum ni aku pernah pergi sawah padi dekat Pasir Panjang, tapi takde la pulak kena gigit pacat ke apa ke. so, ni kali pertama la aku kena gigit pacat. reaksi aku? memang haru je. T_T. nasib baik ada Kak Anne yang gigih bantu tolong buangkan pacat untuk kitorang semua
ya! bukan aku je okay yang over bila hadap pacat. almost team member aku seriau dengan pacat. haha. lembik betul.
dan selepas rehat 15 minit macam tu, kitorang gerak lagi. dan perjalanan selepas itu semakin gila dengan keadaan bukit bukau yang semakin curam dan tak boleh belah. dan juga licin. night before that, Hujan.
ni pulak second pit stop. agak dalam la jugak dia punya sungai. jadi, aku dengan beberapa orang blogger yang lain terus lompat masuk dalam sungai! wooo. sejuk habisan la. tapi memang puas habisan.
dan lepas tu, kitorang teruskan perjalanan lagi. jalan dan jalan dan jalan. precaution memang kena ambil la sebab jalan agak lembab dan juga licin. kalau silap langkah mahunya kau tergolek terjatuh lalu menangis la kekdahnya. heh
bila dah sampai, kitorang kena tanam pokok sebagai tanda simbolik la apa la. heh. aku pun dah tak ingat. so, my grupmate dengan semangat waja seolah olah baru balik dari perang, amik cangkul, letak pokok dan tanam.
dan yang best, kitorang boleh namakan pokok itu dengan apa yang kitorang nak bagi. so, nama pokok kitorang adalah comel. haha.
you are so COMEL after all.
jadi, itulah pengalaman aku dengan grupmate aku bila kitorang buat jungle trekking dekat Awana Genting. aku ada jugak tanya,
"pernah ke orang buat jungle trekking kat sini."
tour guide kumpulan lain ada jawab,
"ada je. banyak budak-budak sekolah pernah je buat jungle trekking dekat sini. sekolah agama pun ada."
so, here we go. boleh je sesiapa nak buat jungle trekking kat sini. dia ada banyak trek. trek yang kitorang lalu ialah 3.8 km. tapi ada je trek 1.8 , 10 km , 12 km dan bla bla bla aku tak ingat. haha
memang ini pengalaman yang menyeronokkan la. tehee.
till then.
0033
Klang,
by @TheodoreNazrul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan