kau tahu tak apa itu Diskriminasi pelajar universiti? aku rasa mesti kau tak tahu. ye la. sebab aku yang reka ayat ni. dan ayat ni baru terkeluar dari kepala otak aku beberapa saat yang lalu.
1) kau orang tahu tak bahawasanya orang selalu pandang respect atau pandang tinggi dekat orang yang belajar Engineering and belajar Medic. just for these two. untuk yang lain, orang tak berapa nak pandang sangat. sebab apa? mentaliti masyarakat dah tetapkan macam tu.
kat Malaysia ni, orang selalu nampak only Engine and Medic la kos kat univerisiti yang paling gempak. yang paling handal. yang paling layak disanjungi. ==' habis macam mana dengan kos yang lain?
2) aku bukan cakap kos lain, orang pandang cikai ke apa, tapi realitinya memang macam tu. tengok je la dekat senarai biasiswa atau apa-apa sekalipun, yang paling diutamakan adalah Engineering dan juga Medic. kasihan betul kos-kos lain kat universiti. seolah-olah dianak tirikan. ye. dah jadi macam anak angkat.
3) aku bukan nak salahkan people who took on Medic or Engineering or what, korang memang takde kena mengena langsung, so, kepada budak Medic atau Engine yang baca entry aku, tak payah nak butthurt sangat. this entry more to MASYARAKAT SETERMPAT. aku cuma tak puas hati dengan pandangan masyarakat sekarang. diorang selalu tunjuk muka pelik lepas aku bagi jawapan kepada soalan diorang.
"nanti sambung kat universiti, amik course apa?"
"hutan." senyum.
dan mereka mula tunjuk muka pelik.
teruk sangat ke kalau aku tak ambil Engineering ataupun Medic? menyedihkan ke kalau aku tak dapat nak ambil Engineering atau Medic?
4) dalam dunia ni, ada banyak option. bukan on those tu je. bukan hanya pada Engineering atau Medic je. oo, kamon masyarakat Malaysia. tolong tukar pandangan anda., aku da nak naik meluat ni bila pandang muka orang yang always tunjuk muka pelik. seolah-olah menjadi suatu kesalahan. pfft.
adakah mereka yang tidak mendapat course engineering, medic atau tidak mahu mengambil course medic, engineering dikira dumb or somewhat? macam tu ke? macam tu ke pemikiran korang? ya. aku tahu memang those tak menyatakan tapi boleh nampak kot dalam nada dan pertuturan. ye la, sebab nak jaga hati, takkan la diorang nak cakap,
"eh, kau tak amik Medic? kenapa? peliknya!"
kalau diorang cakap macam tu, itu memang dah kes haru biru la weh.
5) adakah ianya sesuatu yang aneh kalau kitorang semua dapat course makanan? course hutan? course vet? course nutrionist? dan lain-lain? adakah ianya memalukan? kenapa pemikiran masyarakat macam tu eh? sebab sudah menjadi kebiasaan agaknya. memang sudah tak dapat ditolong.
aku berharap-harap sangat la , please, please, please tukar pandangan anda-anda sekalian agar tidak memandang 'orang yang tidak mengambil Engineering dan Medic itu makhluk aneh lagi pelik."
aku rasa entry ni lebih kepada luahan perasaan aku. haha. yang lain tak payah nak butthurt sangat la. kalau rasa nak komen entry ni, then kau boleh la komen, kalau tak nak komen pun takpe. tehee. okbai. till then
0344
3 August 2012
Klang
by @TheodoreNazrul
10 ulasan:
biase ah. medik ngan engin jugak yang dipuji :P
masyarakat biasanya tak nampak dah kepentingan cos yang lain . ko lah yg kena terangkan kat diorang.
educate lah sikit2 :)
biase ah 2... cos dorang kan org kate pro.... yg wat muke pelik tu cube ko tanye...
"eh korang ingat u kat Malaysia ni ade 2 kos aje ke?" kesian....
aku lak yang lelebihkan...bahhahhaa
Samalah cam akak ni sambung buat master org tanya ambik course ape,pengajian pendidikan ekonomi rumahtangga, lepas tu wat muka pelek,ade ke course tu kat u,belajar pasal ape,hello..bukak minda sikitlah,engko hengat belajar masak ngan jahit je ke,klau dh level master atau phd mestilah advance kan,klau kat oversea tu course ni dh jadi sebahagian dari elemen dalam kekeluargaan dan sains kepenggunaan,penting tu utk membina keunggulan modal insan bertaraf duniabagi membina kecemerlangan hidup individu,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara
nanti klau dah semua org ambik course engine dgn medic, siapa pulak nak ambik course yg lain2 tu? kesimpulannya semua bidang adalah penting. mentaliti masyarakat mmg ambik masa sikit utk diubah. biasalah kalau tekak org asia ni nak makan nasi je, kalau suruh diorg tukar makan fish&chip lambat sikit nak adaptnya.. haha. sama la mcm persepsi2 diskriminasi yg ko cakap semua ni. yg penting esok ko grad & menyumbang banyak kepada msyarakat yg sibuk2 dok discriminate ko tu. baru diorg tau pentingnya course2 lain ni kan :) sekian.
orang hutan hahahah :8)
Persepsi masyarakt nazrull
AKu course TESL.kdg2 org benci huhu
GUD ENTRY org Hutan....haha
Btw congratz sbb dpt smbg degree
Kita generasi baru lah yang harus ubah ok benda2 macam ni.
aku dak engineering! ahahaha. :D
aku setuju dgn kau. tu sbb m'sia ni ngra bru nak maju. ngra luar org dh x pndg pon engine & medic je as courses yg konon2 best sgt
Catat Ulasan