Selasa, 26 Jun 2012

Samsung Galaxy Note

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


@Samsung Galaxy S III

hari tu, aku dah cerita pasal Samsung Galaxy S III. disebabkan aku tak pergi launching dia, jadi entry untuk Samsung Galaxy S III ialah entry yang agak cincai ajo. haha. tak kisah la. sekarang, aku nak bercerita pula tentang Samsung Galaxy Note.

mungkin ramai yang dah guna fon jenis ni dan aku bukanlah ada duit yang banyak untuk beli fon ni, tapi aku rasa fon ni quite well sebab dia ada banyak funtion yang kau boleh guna pada satu-satu masa. fon ini adalah multitasking. :)

yes, you heard me.

lemme explain more.


research telah dijalankan dan telah mendapati bahawasanya, manusia pada abad ini ingin melakukan banyak kerja dalam satu masa yang sama. sama ada membuka email, bermain game, berchatting dan sebagainya. ya, manusia memang tamak. diorang nak buat semua kerja pada satu-satu masa.


untuk melakukan all those works yang diorang nak tu, maka berbagai gadget telah diangkut ke dalam beg sandang. seperti nak amik gambar dengan kadar yang bagus, kena guna DSLR. nak bukak internet dengan puas hati dan boleh terbeliak biji mata, kena bawak notebook. tak pun laptop.

tak ke semua itu menyusahkan bila kau nak carry semua benda tu. sangat berat okay. lahar sangat kalau nak bawak semua tu.


dan lagi kesadisan amat, bila kau dah bawak banyak gadget pun, kau still bawak buku nota untuk kau jot down some ideas yang kau rasa best. 

macam pergi holiday. terasa macam nak tulis isi-isi penting untuk tulis dalam blog, aduii. terpaksa keluarkan buku nota untuk kau salin isi dia sebelum kau tulis pada blog.

tapi kini tidak lagi.


dengan Samsung Galaxy Note, kau boleh buat semua kerja itu dalam satu device. sangat bagus kan? heh. da la ringan. maka, tak perlu la kau nak letak Samsung Galaxy Note dalam beg sandang yang besar itu. letak dalam handbag pun boleh seperti Gucci sambil kau bergaya jalan lenggang lenggok macam kucing parsi dapat makanan.

jadi, apa yang bagusnya bila kau guna Samsung Galaxy Note ni???

1- S Planner



Dengan S Planner, ia akan memudahkan korang membuat jadual walaupun jadual korang tu pack gila macam apa je. sesuai la untuk yang bekerja luar sana sini dan banyak show macam artis popular. ye la, bila banyak kerja yang kau kena buat dalam masa sehari, kadang-kadang , ada jugak yang kau miss. 

jadi, bukankah lebih molek kalau ada S Planner ni. mudah hidup. 


2- S Pen dan Touch Screen 

Samsung Galaxy Note akan provide korang ability untuk catat idea di mana-mana sahaja tak kira waktu. memang cool habisan la. S Pen apabila digabungkan dengan fon yang totally touch screen memang akan buat fon ni tahap kelas atasan punya la. 

dengan S Pen, korang boleh melukis dan menulis beberapa idea pada masa itu juga tanpa berlengah lagi. kekdahnya aku rasa Samsung Galaxy Note ni sesuai untuk orang yang bekerja di site seperti engineering dan juga arkitek. ye la, bila kau ada idea je, kau boleh terus menulis dan melukis on the spot tanpa perlu berlengah lagi.

3- S Memo


S Memo datang dengan S Pen ni. kalau masa tu korang nampak idea ni kat mana-mana dan terasa macam best je kalau dapat simpan untuk tatapan sorang-sorang, maka, korang boleh buat begitu. 

macam yang korang nampak kat gambar ni, korang boleh crop picture, handwriting malah boleh juga buat voice music recording. heh.  tak ke sikit punya gempak tu. memang sesuai la untuk sesiapa yang menjadi blogger full time dan juga sesiapa yang bekerja sebagai wartawan. benda ni sangat advance okay!!

memang boleh buat kerja yang banyak dalam satu-satu masa.

4- Samsung's Chat on Communication.


bila nak hantar mesej, korang bukan sahaja boleh ber texting only. malah, korang boleh lukis, warna dan bla bla bla dengan S Pen korang. tak ke kewl gila bila buat macam ni. lagi-lagi kalau nak tunjuk direction, memang mudah habisan la. :)

jadi, sebelum aku akhiri sesi Samsung Galaxy Note ni, jom layan video ni sebagai konklusi. bwahahah. kalau layan video ni lagi okay kot dan lagi korang mudah paham.


pendapat aku la. Samsung Galaxy Note ni sesuai dengan orang yang banyak kerja dan suka buat kerja yang banyak pada satu masa yang sama. 

kiranya kalau nak rush gilos macam ayam, memang sesuai la untuk guna fon ni. banyak aplikasi dia yang menarik. heh. aku tak mampu nak catat semua untuk tatapan korang.

disebabkan ai begitu malas la kekdahnya dan ai juga ada banyak kerja lain, maka tamatlah sudah entry Samsung Galaxy Note ini. hehe.

till then.
1720
Klang,


5 ulasan:

AmyZana berkata...

orang kaya bolehlah beli -.-

DanieL AdiE berkata...

Dengan senyuman saya katakan saya pengguna Samsung galaxy Note

Memang terbaik!

syakirahmn berkata...

mmg best galaxy note ni tp tak mampu T__T

Tanpa Nama berkata...

i am samsung note user, ada jgak member tgelak sebab koling2 tp hp besar sgt kt tlinga. but why should i care? :p

cydayf berkata...

jatuh hati kat note, haih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...