Assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.
al kisah. maka tersebutlah kisah.
bangun pagi (pukul 11.34 a.m. sebab terlampau lama online) kerana
terpaksa disebabkan bunyi telefon aku yang menandakan mesej masuk.
ok fine lah untuk aku bangun, matahari pun dah terpacak atas kepala.
dengan mata yang berat tak nak bukak, aku paksa juga suruh bukak. henset aku
pandang dengan ucapan terima kasih sebab "berjaya" kejutkan aku. so,
aku pun baca lah mesej tu sambil gosok-gosok mata biar tahi mata tu jatuh dari
duk melekat kat keliling mata aku ni.
member aku tulis dia minta tolong, and kejap lagi dia nak datang
bilik jumpa aku. so, aku balas 'ok' lah, sebab aku fikir, ok, member minta
tolong, kita kena tolong. tunggu punya tunggu, akhirnya sampai jugak. so, dia
pun explain apa benda yang dia nak aku tolong dia.
and bila dengar apa yang dia cakap, my reaction was like
this
terkedu gila.
aku : what? aku, buat persembahan? kau gilah bah gituh!!!
member : weyh, akak-akak kat kolej ni, time meeting, semua dah
kata, cari syaza athirah tu, suruh dia buat persembahan. so aku pun
angguk-angguk je kepala. dah diaorang cadangkan kau der.
aku dah rasa macam nak lompat tingkap bilik aku je. gi-lah! aku
pulak yang diseru nak buat persembahan. ok, nak kata aku ni budak sangat
popular, idok ler.. nak kata retisss tu, jauh sekali. tapi kenapa aku?????
mangsa keadaan kah aku? ye lah,persembahan tu untuk pertandingan kolej yang
akan berlangsung pada ahad ni, dan aku baru dapat tahu pagi tadi.(rabu).
sangatlah weyh! motif sangat!
dan, perasaan aku
memang rasa macam nak kata NO je, tapi bila ada housemate aku ni
macam excited giler... so, aku rasa tetiba semangat hutan artis tu dah meresap
masuk, membuatkan aku cakap YA.
sekarang, aku duk puas memikir pasal apa aku nak buat dengan semua
housemate aku, (aku paksa bebudak satu rumah masuk sebab nak cari volunteer
memang takder la, lagipun budak rumah aku kepala semua masuk air macam aku
gak..) hopefully dapat buat yang terbaik. ^.^
insyallah. doakan. amin.
p/s :bila fikir balik, mungkin nama aku naik time meeting tu sebab
before this aku banyak masuk pertandingan buat persembahan untuk wakil kolej.
ada jugak buat persembahan masa makan malam.
2 ulasan:
gud luck yee ngn persembahan tu.
gud luck...jaga2 ader yg memerhati ^__^
Catat Ulasan