Isnin, 9 April 2012

~ presentation

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

untuk asasi ni, memang banyak sangat presentation. a lot. sangat. tapi best jugak buat presentation ni kadang-kadang. best kalau kau dapat teammates yang best and sucker sucks kalau kau dapat teammates yang hambar, psiko dan macam-macam lagi.

secara moleknya, boleh aku katakan, aku dapat teammates yang okay dan molek-molek serta segar bugar baik. sangat warm dan tak banyak cekadak. heh. hopefully, masa degree, aku dapat teammates yang baik. amin~

so, here we go. untuk zaman asasi ni, presentation memang bersepah dan beratur macam ayam nak pergi bekerja. eh? tiver je ayam. haha. untuk sem 3 ni, aku dah buat presentation Biologi dan ia berkenaan dengan katak.

 aku dah buat jugak presentation SSK which is presentation aku berkenaan dengan warna. minggu lepas, aku dah selesai buat presentation pasal agriculture. yang ni pun sangat best and enjoy aku present walaupun dalam proses nak buat tu agak perit la jugak. masing-masing stress dan buat muka je.



pagi tadi pulak, aku dah selesai buat presentation math. psiko sangat presentation tu. haha. agak hambar dan aku rasa macam terawang-awang je masa kena komen. not so good~

so, aku punya next presentation is Organic Chemistry in the Kitchen and aku akan present pasal Alkene. sangat tak pandai pasal tu. aku actually ada masalah sikit dengan Organic Chemistry ni. tak pandai sangat. T_T 

sedih sangat. nasihat aku la untuk yang nak masuk alam degree ataupun asasi ataupun diploma ataupun budak2 sekolah. *bajet hot, gizzuew~*

:: seharusnya kau jangan nak bajet hot tak sumbang idea ataupun apa-apa masa nak buat slide. orang memang tak suka kalau kau sekadar datang, sok sek sok sek macam ayam kena sampar lepas tu balik bilik tak buat apa-apa. sumpah aku cakap, lepas tu, orang dah tak nak grup dengan kau lagi. sadis sangat.

:: kalau kau pandai buat slide, atau kau pandai present, atau kau pandai bagi idea, tapi kau bukanlah dalam kalangan orang yang disukai dalam kelas, sama jugak kau ni masuk dalam kategori useless lagi menyedihkan. T_T

seharusnya kau menjadi orang yang disukai di dalam kelas agar kau tidak di banned dan bukanlah pilihan terakhir di dalam kelas kerana kalau kau pilihan  terakhir, kau memang menyedihkan. hambar!

:: bila present, kenalah present dengan yakin dan tidak hambar sebab markah presentation kan ikut grup. kau tak rasa kesian ke kalau kawan kau present dengan sangat bagus tapi kau present macam taik burung, padahal markah diberi mengikut kumpulan. secara tak langsung, grup kau dapat markah rendah.

dengan itu, seharusnya kau presenta dengan baik sebab kalau kau present dengan buruk, kau hanya menjadi least of the class masa nak buat selection grup. kesian.

aku rasa ni je kot. jari aku pun da penat. okay. tararara. 

selamat malam semua. ;)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

time asasi presentation hujung2 sem.. tapi time degree dari awal2 sem pun dah kena present :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...