Isnin, 19 Disember 2011

~ recycle week! sila selamatkan dunia anda!!

assalamualaikum.


Recycle Week dah tamat. bermula 12 Disember 2011 dan berakhir pada 18 Disember 2011.  tapi aku tak join mana pun. haha. sepatutnya aku kena tolong gotong royong hari ni, tapi disebabkan overslept maka aku tidak menghadirkan diri pada aktiviti gotong royong itu. maaf wahai kengkawan!


aku sebenarnya AJK Publisiti untuk Recycle Week. jadi kerja mewarna banner itu adalah tugas aku bersama beberapa yang lain. partner aku untuk AJK Publisiti ialah Merd, Haiza dan Bambam. 


aku dah malas nak membebel panjang. dalam entry ni, aku nak tunjuk hasil kerajinan aku mewarna banner! Nazrul ni bagus tau, dia tahu mewarna banner. heh. tapi yang sungguh malang, dia tak tahu melukis. :(


enjoy the pictures!!



design asal yang dilukis Merd.


gigih mewarna!! Barney, Merd dengan Bambam


okay, masa ni aku berpura-pura je mewarna. bwahaha. untuk blog punya pasal!


dan!!! inilah dia!! banner telah siap sepenuhnya. cantik tak? cantik tak? heh. gigih tau kitorang berempat mewarna. dari jam 10.30 malam sampai 1.30 pagi. pheww! berlecak ketiak weh!!

Guna-Beri-Recycle.

mula-mual kau guna, then kau beri dan selepas itu, boleh mulakan aktiviti Recycle. nice kan!

sebenarnya , habis je kitorang mewarna, masing-masing mula buat kerja gila untuk amik gambar. aku, Merd, Bambam dengan Barney memang hardcore gambar. heh.

aku namakan gambar-gambar ni, KEGILAAN DI BILIK DEKO!!


aku tak sangka Merd dengan Bambam boleh jadi retard gilak! bwahaha


semangat gila aku dengan Barney amik gambar sambil angkut bintang. haha. dan aku pun gigih jugak nak imbang basikal tu., dah la basikal tu agak tinggi., aku ni pulak memang la pendek kemetot!


aktiviti tak berfaedah dari seorang Bambam.


barney bajet kiut. uekkk.


overall, aku suka aktiviti macam ni. haha. lepak mewarna even esoknya ada kelas. aku tak kisah join benda-benda macam ni asalkan pelajaran okay dan pembahagian masa okay, maka aktiviti seperti ini harus wajib disertai.

heh. rindu moment gelak ketawa! bila dah tua, dan bila aku baca balik entry ni, mesti aku tergelak sorang-sorang, harapnya , aku masih hidup untuk kenang semua ini! okay. nak tidur dulu. selamat malam semua. ;)

have a nice day ahead guys. 

kalau suka entry ni, boleh tekan button like dan button share. terima kasih ;D




2 ulasan:

FR berkata...

comelnya banner korang :D
ghinduu ah waktu waktu mcm tu . lama tak mewarna ramai2 gitu -,-

Nazrul Ashraff berkata...

@raihana ~ haha. sila ingat kembali. memang best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...