Selasa, 20 Disember 2011

~ AIDS. jangan pinggirkan mereka.

assalamualaikum.

sepanjang minggu lepas iaitu dari 13 Disember 2011 sampai 16 Disember 2011, ada satu pameran dekat ruang legar Perpustakaan UPM tentang AIDS. aku, Haidhar, Barney, Pka dan Uti tengok-tengok sekitar pameran untuk tahu apa yang pameran itu bagi kepada umum. apakah pro ia tentang benda itu.



nama dia ialah Hope Exhibition. aku tak tahu secara spesifik apakah maksud disebalik Hope Exhibition itu tapi aku rasa , ianya mungkin tentang harapan dan impian seorang yang berpenyakit AIDS. dorang tak mintak banyak, tapi diorang sentiasa berharap, masyarakat dapat terima diorang.



dekat situ jugak, ada tempat khas untuk kita turunkan tandatangan dan tulis ucapan tanda kita bagi sokongan dekat mereka-mereka di luar sana yang menghidapi penyakit ini. ianya bukan lah penyakit secara genetik atau apa, tapi apa yang aku rasa ( malas nak buat research! ) ianya tersebar melalui seks bebas dan permindahan darah. ya! sangat yakin sekali. (angguk-angguk kepala dengan semangat!)

ada banyak kisah yang ditampal dekat situ dan aku baca la. sebenarnya ada 4 kisah je! heh. dan aku secara gigihnya, aku baca keempat-empat sekali! 3 kisah sangat aneh dan macam mintak pelempang. ada satu kisah tu sangat sedih.

aku cerita secara kasar je la.

sekitar tahun 70 an -80 an


Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki pada zaman sekolah menengah. sangat mencintai dia sehinggakan aku sanggup gadaikan semuanya pada dia. ya! semuanya. aku rasa cinta itu sangat manis. seronok kan cinta itu?


pada suatu hari, teman lelaki aku kemalangan jalan raya dan dia terbunuh, pada masa itu, aku mengandungkan anaknya. sangat sedih bukan? aku terpaksa menghadapi kehidupan dengan anakku keseorangan. macam mana aku nak hadapi kehidupan tanpa dia di sisi aku? bagaimanakah?


keluarga teman lelak berjumpa aku dan ingin memberitahu aku sesuatu.


" anak kami ada AIDS."


DUM! masa tu aku rasa dunia ni macam dah terbalik je. tapi pada masa itu, aku tak risaukan keadaan aku. aku lebih risaukan keadaan anak dalam kandungan. dan nasib baik, setelah membuat pemeriksaan doktor, anak aku terselamat dari virus itu. dan aku...... dijangkiti.


kami membuat keputusan untuk memberitahu anak aku tentang penyakit aku itu apabila umur dia mencecah 18 tahun. pada ketika itu, dia sudah cukup matang untuk menilai segalanya. dan aku.... terus sakit. sumpah! aku tak pernah membuat seks dengan orang lain melainkan teman lelaki tu sahaja. malah sekali sahaja! sangat sedih bukan? 


entah la~ tak tahu nak cakap apa.


secara kesuluruhannya, aku bukanlah seorang narator yang baik! bwahahaha. dan cerita itu tamat disitu. cerita tu patutnya sangat sedih, tapi bila aku ceritakan balik, dah jadi sangat aneh penceritaan itu!  last word dari aku!




keep strong guys!

p/s
oh! itu kisah orang luar negara tau! heh. kalau suka boleh la tekan button like dan tekan button share. terima kasih! goodnyte semua! have a nice day ahead!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...