Isnin, 5 Disember 2011

~ cucuk tanam padi yang sangat menerujakan!!

assalamualaikum.


hampir ke 3 pagi dan aku tak larat nak tulis panjang menjela pada pagi yang sepi dan hening ni. eceh wah. ayat nak puitis dan bermadah seloka la gamaknya. apa-apa pun, jumaat lepas iaitu 2 Disember 2011, aku dengan kengkawan pergi ke Ladang Bersepadu UPM untuk buat praktikal agriculture kitorang iaitu 


CUCUK TANAM ANAK BENIH PADI !!!!!!!!!!!


disebabkan kemalasan aku sudah tahap bagaikan kura-kura galapagos, maka aku memutuskan hanya untuk letak gambar sahaja. seolah-olah aku telah putuskan bahawa anda-anda sekalian memang patut melihat gambar tanpa mendengar bebelan aku lagi. 


enjoy ~ eheh.



disebabkan aktiviti cucuk tanam padi sangat ekstrem la konon-kononnya, maka aku dengan kengkawan memutuskan untuk memakai baju kolej bewarna hitam agar kalau kotor macam baru kena lenyek dengan steamroller pun, masih mudah dicuci berbanding memakai baju putih yang kalau kotor , memang sangat berzaman untuk menghilangkan kotoran degil itu.


ini adalah jentera apa entah. okay, masa ni aku tak berapa tumpukan perhatian, maka aku memang tidak mengetahui apakah nama mesin ini. err, mungkin bukan mesin, lebih kepada jentera. 


dan selepas itu, aktiviti cucuk tanam dihujani dengan hujan yang sangat lebat. 

-sangat sejuk
-hujan tahap lebat macam baru kena simbah dengan 10 baldi dalam masa 10 saat. 
-kaki cepat cramp sebab terendam dalam air dalam jangka masa yang lama sangat.
-aktiviti bermula jam 3 petang dan berakhir 5.45 petang.




ini adalah praktikal agriculture untuk Asasi Sains Pertanian macam aku ni. sesiapa yang amik Bachelor Sains Pertanian, juga akan buat aktiviti cucuk tanam ni. kesuluruhannya, pertanian bukanlah subjek yang membosankan walaupun kadang-kadang kau tertidur kat dalam kelas bila pensyarah memberikan syarahan yang menusuk kalbu sampai kau mengantuk.



dan seperti biasa, pesta lumpur!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

selepas habis cucuk tanam, masing-masing semangat genggam lumpur sebab nak hempuk kepala @ badan kawan dengan lumpur. sejujurnya la kan, aku suka gilak dengan aktiviti baling-lumpur-gelak-tawa-dan-gambar-cun


overall, i loike this practical of agriculture. 

kave down ~ 
5 Disember 2011, 0302.




8 ulasan:

wanda berkata...

hurrmm...menarikk..mandi lumpur gitu..hahaa

sYiRa LoKMaN berkata...

haha...best nye! habis mandi lumpur ! :D

Si DauN CeRi berkata...

yg paling lencun n kotor tu mesti mangsa kena baling lumpur letew.. tengok sawah penah la, masuk lam sawah tak pnah lagi..

syakey berkata...

takdak pacat ke... haha

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

@wanda ~ kitorang memang menantian saat itu.

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

@syira ~ memang best gilak!

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

@ceri ~ tahu takpe! u should try rendam2 dalam sawah. tehee.

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

@syakey ~ supposely ada. tapi entah la. haha. takde pulak hari tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...