Ahad, 7 Ogos 2011

~ panggung dakwah. jumpa orang pemes letup-letup dekat maju junction mall.

assalamualaikum.


hari sabtu lepas, aku dengan several budak2 kolej 13 pergi maju junction mall untuk dengar ceramah agama. actually, pihak UPM dapat invitation untuk dengar ceramah tu. maka, kami2 yang bertuah ni telah dipilih oleh Allah untuk pergi.


alhamdulillah ;)


aku bersyukur sangat2 yang aku pergi dengar ceramah tu instead aku boleh pergi sogo or jalan TAR dengan kengkawan kuliah aku. ok, back to the topic. 


well, ceramah tu berlangsung dekat tingkat 10 Maju Junction Mall. 



panggung dakwah sebenarnya bergerak ke seluruh negara setiap bulan. setiap bulan akan mempunyai tajuk yang lain. jadi, untuk bulan ogos ni, tajuk dia adalah Ramadhan terakhir. 

pengacara atau moderator untuk Panggung Dakwah ini ialah Aziz Desa yang lebih dikenali sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O.


ahli2 panel untuk Panggung Dakwah ialah 

:: Dato' Seri Harussani Zakaria, Mufti Perak.

:: Malek Noor. 

:: Ustaz Haji Mohd Farhan Al Hafiz.

overall, Panggung Dakwah sangat best. banyak jugak Muallaf dekat situ. actually, it's good for them to learn it. aku rasa those muallaf lagi untung sebab dapat hidayah daripada Allah SWT. bukan semua orang boleh dapat.

aku tak ingat semua tajuk yang dibincangkan sebab 1/4 daripada ceramah tu, aku bantai tidur. haha. bukan sebab bosan tapi sebab terlalu mengantuk. a day before that, aku tidur lambat. tu yang ngantuk tahap tak boleh cakap bila hadap ceramah tu.

tapi, apa yang aku ingat ialah Ramadhan Terakhir & Mencari Malam Lailatul Qadar.

formula mendapat malam Lailatul Qadar.
pesanan Imam Ghazali ke atas anak muridnya Syeikh Hasan.

1- jika Ramadhan hari sabtu -LQ malam 23 R
2-jika Ramadhan hari khamis -LQ malam 25 R
3-jika Ramadhan hari selasa / jumaat - LQ malam 27 R
4-jika Ramadhan hari isnin -LQ malam 21 R
5-jika Ramadhan hari ahad / rabu - LQ malam 29 R

best kan kalau dapat reach malam Lailatul Qadar sebab malam lailatul qadar itu ialah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. ;)

kebanyakan orang kat situ termasuk aku ( syhhh ) menangis bila ada part yang menyentuh hati. oh puh lease! takkan kau nak gelak bila ada part yang menyentuh hati. kan? kan? kan? tu namanya tak sensitif. pfft.

aku nak siap2 dulu. ok la. semoga bergembira menyambut puasa semua! ;)

8 ulasan:

fathiahRAIHANA berkata...

tak la, takde salahnye nangis kerana Allah , hee :)
bestnya ada can dengar benda2 tu..
dan nk dpt lailatulQadr pun kena la start dr skrg ..
jgn tggu 10 mlam trakhir bru nk Qiyam .. :)
selamat berbuka nzrul .

DanieL AdiE berkata...

Tiap airmata yang jatuh dek kerana Allah, ianya akan menjadi saksi di akhirat kelak... InshaAllah..

hamzah ian berkata...

harap masih lagi bernyawa

Si DauN CeRi berkata...

bagusnya aktiviti kamu bulan2 puasa ni, dengar ceramah. sy dah balik umah ni kuat betul dugaan tdo. asek nak tdo je keje.. ha3

vampire and his lady berkata...

@raihana ~ yap2.. betul tu ;)

vampire and his lady berkata...

@daniel adie ~ insya Allah cikgu ;)

vampire and his lady berkata...

@hamzah ~ mestilah! haha

vampire and his lady berkata...

@ceri ~ haha.. nasib baik benda tu ada. bwhaaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...