Jumaat, 11 Mac 2011

~ Germany Got It Love < part three >

p/s if wanna shoutbox. just click my picture yang sengal kat tepi tu. have a nice day. :D

assalamualaikum.


heya, heya. haha. here I give to you, part three of Germany Got It Love. :D enjoy. *macam ada yang tunggu je :P*


*******************************************************************



Musim panas datang pada bulan Julai seperti biasa. Semua sekolah di Jerman di tutup sepanjang musim panas. Termasuk Uni of Hannover.


“sekurang-kurangnya ada life kat Jerman ni.” Kata Amanie. rambut gadis itu kusut masai. Dia bangun dari katil dan menuju ke meja belajar miliknya. Lalu di kemas sehabis baik dan sekemas mungkin segala buku rujukan gemuknya. Amanie baru lepas seksa semalam dengan last paper exam untuk season itu. Dia dah habis 3 hari lebih awal.

El duduk menghadap lappy sedari malam tadi. Amanie mencebik. Tahu lah exam dah habis awal. Mahu dia tahan cemburu bagai nak rak sebab tengok El dengan Niesz galak bercerita tentang perlawanan bola sepak antara Bayern Munchen dengan Schalke 04.

“esok nak pergi mana je?” tanya Amanie. dia duduk di sebelah gadis itu. El memandang wajahnya sambil angkat-angkat kening.

“ Noah and the clan ajak pergi holiday.”

Amanie pulak angkat kening. “ ke mana je?”

“aku pun tak tahu.” Jawab El innocent.






“dah sampai.” Kata Noah. Kereta berhenti diparkirkan di hadapan sebuah cathedral yang besar gedabak macam hapa je.

El menyedut udara dalam-dalam. “ udara cologne.”

“gila meroyan punya otak.” Kata Amanie pelik. “Lain la kalau kau cakap, udara Hawaii, make sense la jugak.” El dah tergelak.

“ wei, ambil gambar jom.” Teriak Niesz. Berpusu-pusu yang lain menerpa ingin turut serta. El hanya tersenyum. Trip ni dirancang oleh Noah dengan kengkawan. Yang join ramai la jugak. Around 20 orang. Perghh! Macam nak pergi meminang pun ada!

“el.” Panggil Niesz dari hujung sana.

El hanya tersenyum. Aku dah tahu trick budak ni. “ tolong ambilkan gambar,” hulur kamera sambil tersenyum kambing. Niesz, Niesz.

“amboi kau orang. Galaknya la. Macam aku tak tahu, facebook jugak yang jadi mangsa.” El dah bercekak pinggang.

“macam tak kenal kitorang pulak.” Kata Mimin sebelum melalak ketawa. Niesz hanya tersenyum nakal sebelum berlalu dari situ. “macam-macam la budak-budak ni.” El dah geleng-geleng kepala. “ Noah tak nak join?” tanya El sambil merenung si jejaka yang masih berdiri di sebelah dirinya.

“ biar Noah sahaja yang ambilkan gambar. El pergilah sertai mereka.” Nak gelak pun ada jugak dengar telo si Noah ni.

“cepatlah El!” teriak Niesz. “budak-budak dah penat posing ni.”

Budak ni la kan. El memberi kamera kepada Noah sebelum menyertai budak-budak yang lain untuk mengambil gambar.

“aik?”Niesz dah senyum-senyum pandang dirinya.

“ kenapa? Ada keganjilan ke di wajahku?” tanya El kepada Niesz.

“ bahasa sasterawan sungguh.”

“ok guys! Ready!” kata Noah. “ say cheese everyone!!”

Gelak reramai.

“cheese!!”





“besar gila bapak Cathedral ni.” Kata Niesz. Kepalanya dah mendongak habisan cuba melihat bumbung
bangunan tersebut. 
Mulutnya dah menceceh pot pet pot pet. El berjalan berdua dengan Noah. Macam yang Mimin cakap awal-awal lagi.


“kau orang berdua ni ada paper ke?” bisik Mimin. Tak boleh cakap kuat-kuat sebab Noah kan dah boleh paham cakap BM.

“erk?” El dah bantai guling gelak. “ lain kali tanya la soalan reasonable sikit. Ni tanya macam tanya soalan budak darjah 1 je.”

Dan Mimin hanya mencebik. Semuanya dah berpisah-pisah membuat kumpulan sendiri dan mereka semua hanya lepak kat situ dalam sejam before gerak pergi Dresden.

“ huge.” Puji El.

“ iyap.” Setuju Noah. “suka jalan-jalan di Jerman?” tanya Noah. Mereka terus berjalan seiring.

“suka.” Angguk El ceria. “believe me, cuaca kat sini even summer pun sangat sejuk la. Berbanding kat Malaysia, Malaysia sangat panas.”

Noah angkat kening. “ saya tak kisah je tinggal di negara panas macam Malaysia.”

“eh?” El dah kerut dahi. “ Noah nak pindah dekat Malaysia ke?”

Noah hanya senyum. “ bergantung kepada keadaan.”

“ I see.” Kata El perlahan. “so!” kata El kuat tetibe. Dia berhenti di hadapan Noah dan memandang jejaka itu. “ nanti bila nak datang Malaysia, just bagi tahu El ok! I will be your tour guide!”

Noah dah tergelak. “ you’re just like child El. Always happy.”

“ don’t worry, always be happy.”

Gelak lagi. 


Mereka terus berjalan tanpa bercakap apa-apa selepas itu. Melayan perasaan melihat suasana di atas bukit, berjalan-jalan di celah orang ramai yang berposing sakan macam tak pernah jumpa camera. Salah seorangnya ialah Niesz.

“el!” panggil Niesz. “ jom ambil gambar.” Ajak Niesz. El memandang Noah.

“ El pergi dulu k.”

“oh ok. Lain kali tak payah bagi tahu Noah pun tidak mengapa.”

“oh, El takut Noah tetiba risau la pulak.” Senyum. “ k, chow dulu.” El melambai-lambai sebelum pergi ke arah Niesz. Noah melambai kecil pada El yang semakin hilang dari pandangan.




Malam di Dresden.

“ sumpah syiok gila la tadi.” Bebel Niesz. Dia menghenyakkan punggung di atas katil. Mereka semua check in dalam sebuah motel. Takkan la gamak nak lepaking sewa hotel kat Dresden ni. Mahunya terbang je duit macam gi tu.

El pergi ke tingkap untuk melihat suasana malam di Dresden. Lawa. Totally superb. Subhanallah. Amanie berdiri di sebelahnya.



“ gila cun!” puji Amanie. “ Niesz!” pekik Amanie. El dah jeling maut pandang minah tu. Apakah??

Niesz  keluar laju dari bilik mandi. “ apa dia? Apa dia? Siapa kemalangan?” tanyanya cuak.

Pap! “ni apa ke jadahnya cerita pasal kemalangan. Aku lesing baru tahu. Sini!” panggil Amanie. “cun gila kot!”

Niesz menempek di sebelah Amanie. “wei! Lawa gila. Jom siap cepat. Kita pergi date kat situ.” Niesz dah beria-ia.

“solat la dulu!” amaran Mimin.

Amanie, Niesz dengan El dah sengih kambing. “ baik naqibahku.”

Mimin sengih kambing. “ cepat siap. Aku pun dah tak sabar ni,” katanya teruja. Dia dah terlompat-lompat kecil.

“choy!” kata El, Niesz dan Amanie serentak sebelum tergelak.




“el! Noah!”panggil David. “look at here.” Kedua-duanya pandang ke arah David seperti yang di arahkan sebelum flash camera menangkap wajah mereka. “ perfect!” David mengangkat ibu jari tangan. “like a lovely couple.” Puji David.


Muka El dah blush habisan. Apa ke mencarut mamat ni mengarut.

“shut up David.” Kata Noah sambil gelak. Mereka seramai 20 orang berjalan-jalan macam buat konvoi Cik Kiah bergerak menuju ke Dresden Opera House.

Dan bila El bertanya kepada Noah. “ ada teater apa malam ni?”

Noah tersenyum sebelum menjawab. “ Anna and The King.”

“oh.” 


“ pernah tengok teater?” tanya Noah. Ketika itu semua dah buat kubu beramai-ramai kat dalam Opera House.


“ tak pernah pun lagi.” Jawab El. “ first time sebenarnya.” Sebab aku tak suka tengok pun sebenarnya!

“ I see.” Balas Noah sambil terangguk-angguk sedikit. “ hope you like it.” Noah kenyit mata menggoda.

“hopefully.” El dah ceria habisan. Memang pandai aku berlakon :P



Kedengaran suara Niesz terjerit-jerit memanggil Abraham dengan Gabriel. Bagus la tu. Tiga-tiga budak tu dah macam jakun spesis apa je. Setiap kali ada tempat menarik, setiap kali tu la berposing sakan.

Bak kata Niesz. “ dah kata holiday. Enjoy je la.”

Enjoy la sangat. Dia rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala dia kat tembok jambatan ni. Malu? Jangan cakap la. Teringat peristiwa malam tadi.




“El.” Panggil seseorang.

El menguap. choy! Siapa je la yang ganggu aku tidur ni.

“el.” Panggil suara yang lain pulak sebelum dia terdengar gelak kecil. Erk? Matanya terus terbuka bulat.

“mak!” El terkejut. Bukak-bukak mata je terus nampak muka Noah. “Noah!” marah El.

“sorry, sorry.” Kata Noah cemas. “Awak tertidur El.” Tambah Noah. “ mengantuk sangat ke?” prihatin jejaka tersebut. “ kalau mengantuk kenapa tak bagi tahu awal-awal lagi?”

El pandang sekeliling. Tempat duduk hampir kosong. “ saya tertidur?” tanya El perlahan.

“ dah, dah bangun puteri raja El.” Sergah Amanie. “ kau nak bertapa kat Opera House sampai malam keliwon ke? Jom balik motel. Aku tahu la kau benci giiila dengan teater tapi tak payah la tidur terang-terangan.”

El memandang ke arah Noah dengan pantas dan dia perasan akan riak wajah jejaka itu yang berubah buat seketika.



“ cappucino?” hulur Noah.

baru je cakap pasal mamat ni.

“ thanks.”

Noah berdiri di sebelahnya menghadap sungai yang bersih gila. Macam tapak kasut dengan minyak wangi. Sungai Klang tahap badak kotor macam hapa je. 
Teringat kata-kata Is dulu masa dia bersekolah.

“ kalau lepak kat tepi sungai Klang, kadang-kadang boleh nampak babi mati terapung!”

Memang bercanda macam cipan je. “em, Noah” panggil El.

“yes.” Mata Coklat Noah memandang ke arah anak mata hitam bulat milknya.

“actually El nak cakap sorry pasal malam tadi.” El memandang ke arah hadapan semula. Malu.

“oh.” Hanya itu yang mampu dibalas oleh Noah. “it’s ok.” Tambah Noah pendek.

“ sorry sangat-sangat.” El tak tahu nak cakap apa dah.

“it’s ok El.” Kata Noah ceria. “ noah ok je kalau El tak suka tengok. Sebenarnya Noah pun rasa mengantuk je malam tadi Cuma takut nak lelapkan mata.” Cerita Noah.

“erk? Kenapa?” tanya El pelik.

“ semalam El tidur dekat bahu Noah. Kang nanti Noah terlentok atas kepala El, mahunya kena baling batu dengan El.”

El hanya tergelak. “so sorry Noah. Last night , urgh, I don;t know. That’s-bored.” El menjulingkan mata ke atas.

“agree.”

Kedua-duanya gelak sakan.

p/s

done for this part. part four will comig soon. happy? hee. siapa2 yang belum baca part one, part two, boleh klik sini,


and ni pulak, zaman sekolah El Dania.


k, chow guys!

3 ulasan:

nina berkata...

bestlarh crita nazrul ni. hehe..
x sabar nak tunggu part 4.
teruskan menulis. jgn berenti. :D

мiмiп gопjепg berkata...

huahhh. peribahasa ker yang bagai tapak kasut dengan minyak wangi tu? kahkahkahkah. sumpah suka. hahaha

Nazrul Ashraff berkata...

@nina ~ haha...thanks..kui kui kui..

@mimin ~ gi-la..haha..k, no hal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...