Ahad, 23 Januari 2011

~ 25 fakta tentang saya.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.


tadi aku blogwalking and cuci2 mata dekat blog Asha Spencer. aku baca entry dia pasal 25 fakta yang syiok pasal diri kita. jadi, malam ni, aku rasa macam nak menggedikkan diri aku je mengejoin benda alah ni. haha* tengah takde idea sebenarnya*


mari kita kentut beramai-ramai! haha. kiddin je.


fakta 1.
aku suka gosip. huh? memang jarang dengar lelaki suka gosip, but heya, that's me. I do love gossip. tadaa! aku pernah digelar paparazi oleh Miss Diyana masa form 3 sebab aku always tahu all gossip. kuang kuang kuang. jangan la nak rahsia dari aku sebab aku ni banyak contact. tak dari budak A, aku tanya budak B. kalau budak B buat bodoh, aku tanya budak C. huhu. asalkan aku akan dapat gossip tu, baru aku puas hati.


fakta 2.
aku anak bongsu. kebanyakan budak-budak kelas aku semua tahu aku anak bongsu and aku only king in the sibling. gagaga. tapi aku tak suka bagi tahu orang pasal family aku sebab aku lebih suka jadi wallpaper daripada public figure. easy pissy.


fakta 3.
aku cepat marah. iyap. ngee, aku memang cepat marah. kalau aku marah kat kelas, bebudak lain memang tak akan tegur. *sorry guys* tapi selalunya diorang akan buat bodoh je sebab selalunya aku akan sejuk balik dalam masa 2 minit je. grr. 


fakta 4.
aku bekas ketua pelajar. huh? haha. with capital letter of E and X ok. hee, aku baru jadi pengawas masa form 4 and bila masuk form 5, aku antara 2 nama yang di calonkan kepada pengetua untuk di interview. *ngeri bila nak ingat balik* at the end, aku kena pegang that jawatan jugak. dari february 2010 hingga november 2010


fakta 5.
aku suka posing depan kamera. hoho. memang bukan jadi rahsia lagi pasal benda ni kat kelas aku. sebab budak-budak kelas kitorang selalu je bawak kamera pergi sekolah. ecece, nak buat kenangan terindah la kononnya. padahal, berposing sakan 1 sekolah without rasa penat. ye la, da aku ada mandat besar! mana tak diorang suka suki bawak benda pelik g sekolah. sob sob sob.


fakta 6.
aku suka tidur. aku kalau dah ngantuk memang tidur je. kalau otak dah tak boleh pikir apa, aku tidur je la. so far, aku pernah tidur dalam kelas fizik, bio, add math, math, bm, bi, sejarah. haha. macam semua je aku tidur. cikgu bio pernah cakap macam ni kat aku.


" nazrul ngantuk ye? malam tadi bagi anak minum susu ke?"


fakta 7.
aku seorang yang tak tahu malu. haha, yang ni memang semua orang dah tahu, aku hati kering, so, apa-apa aktiviti yang nak di buat mesti didahului oleh aku untuk cakapkan benda itu. sebab, bebudak lelaki kelas aku sangat pemalu. gila shy! tak faham aku.....aku start jadi emcee untuk perhimpunann rasmi masa aku form 4 agy. kalau tak silap, oktober 2009.


fakta 8.
aku suka warna ungu. pelik kan? haha, dulu cikgu aku cakap warna ungu ni untuk homoseksual homosapien. ye ke? entah.* aku angkat bahu* .dulu aku suka warna biru. tapi disebabkan ramai sangat yang suka warna biru, jadi minat aku terus bertukar dari biru kepada ungu terchenta.


fakta 9.
suara aku sedap! haha,* nak bangga jap * tapi tu dulu, bukan sekarang la.suara aku dah makin husky sekarang ni * gila kentang aku mencarut !!* sekarang suara aku dah tak sedap. sob sob sob. sedih kan bila suara kita dah tak sedap macam dulu. dulu aku pernah dapat naib johan nasyid and naib johan marhaban peringkat daerah klang (amal islami ). * bangga siot *


fakta 10.
aku jadi ketua kelas selama 3 tahun, pengawas selama 2 tahun. ni masa sekolah agama dulu. hee, memang keganasan yang aku serapkan kat kepala budak-budaknya. haha. *i like*


fakta 11.
aku mempunyai ingatan yang kuat. err, tapi tu dulu la. haha, sekarang dah cepat lupa sebab banyak kunyah semut. hee. aku pernah jadi johan 2 tahun berturut-turut pertandingan bercerita (amal islami ), tempat ke 3 pertandingan bercerita (sekolah kebangsaan ), tempat ke 4 pertandingan syarahan terbuka sempena maulidul rasul. tapi sekarang, aku makin cepat lupa. haha, dah 18 la katakan. 


fakta 12.
aku kurang suka kawad. aku bukan tak suka, tapi aku jelek tengok orang yang ajar kawad. so evil tahap *^$&*. hee, kat sekolah aku, kadet bomba and pengakap memang sangat tip top la. aku suka pengakap actually sebab diorang belajar kawad without kekerasan sangat. tak macam kadet bomba. tapi from kawad stuff, bonding boleh tercipta. yang ni aku setuju sangat2.


fakta 13.
aku suka baca novel. aku ok je baca novel, tapi aku amat lelah bila masuk bab sob sob sob. buat kepala aku pening je. so, jiwang is over to me. haha, tapi kan, kadang-kadang aku ayan je part sob sob sob tu, tapi takde la nangis macam mak aku. mak aku kalau baca sampai nak nangis2 semua. pastu kata aku takde perasaan sebab tak nangis pun. what the heck.......


fakta 14.
aku minat catur. aku start learn belajar main catur masa umur aku 8 tahun. and aku start wakil sekolah masa umur aku 11 tahun. masa umur 11 tahun tu, aku main 2 game je sebab aku demam teruk bila aku sampai SKI ( nama sekolah ). tapi bila sampai kat rumah, aku terus sihat walafiat. and keesokannya, aku terus demam seminggu. perkara paling pelik pernah aku alami. all demam week tu, aku always mimpi sekolah tu je. sangat ngeri! sakit kepala aku bermula bila aku melangkah masuk kat sekolah tu. terus rasa nak muntah!


fakta 15.
aku pernah masuk ragbi. hoho. bukan ragbi 7 sebelah ye adik2. badan aku kecik je kot. masa darjah 2, aku masuk ragbi sentuh je sebab aku ada kepantasan yang budak2 darjah 3 takde. haha* nak bangga jap* tapi masuk sekejap je sebab cikgu yang ajar ragbi tu garang macam ^$*&^. terus aku resign kontrak * haha, gaya poyo je cakap*


fakta 16.
aku pergi sekolah naik basikal. primary school, naik bas sekolah jep. start secondary school, aku naik basikal. rumah aku ada la dalam 3-4 km dari sekolah. haha, memang mantop la. tak payah nak pergi gim untuk fit kan badan. aku dah excersice hari2 g sekolah sampai aku rasa bosan tahap gaban nak naik basikal lagi.


fakta 17.
aku suka bawak motor lelaju. hee, yang ni bebudak kelas aku je tahu. tapi jap agy, family aku tahu la bila sis aku terjah blog senget aku ni. haha. paling laju aku pernah bawak 120 km/j kat lebuh raya shahpadu. tapi kan, "eh ni ke 120?aku rasa macam bawak 80 km/j." dah tak boleh laju lagi, nak buat macam mana. sob sob sob.


fakta  18.
aku si nomad. hee, kawan aku, Miss Vanilla pernah panggil aku budak nomad sebab aku suka duduk berpindah randah masa kat dalam kelas dulu. motifnya? gossiping la kawan. kuang kuang kuang. gossip is a good habit ok. sebab kita boleh tahu keadaan sekeliling kita tanpa perlu menonton tV. *ajaran sesat*


fakta 19.
aku buat novel. yang ni maybe some of korang-korang semua dah tahu macam yang aku ada mention masa segmen Inche Ben dulu tu. segmen masihkah kau ingat??


fakta 20.
aku takut tengok kecederaan. aku memang alah la tengok benda yang satu ni. aku tak boleh tengok orang lain punya luka sebab aku rasa nak muntah. tak muntah, aku maybe akan sakit kepala serta merta dan mungkin berlarutan lama gila babeng. hee, sebab tu aku awal-awal dah cakap kat emak aku. " mak, no medic-medic ok!"


fakta 21.
aku tak pernah ada handphone. haa! biar kentang kau ni. haha, k, aku ada phone tapi tu semua phone sis aku. bila diorang beli phone baru, phone yang dolu-dolu tu, diorang akan bagi kat aku. * aku mintak sebenarnya * hasil dalam negerinya? aku sekarang ada 2 phone, 1 sim maxis, 1 sim celcom. kakak aku ni kaya raya tak macam aku ni yang papa kedana. haha.


fakta 22.
aku pernah dapat tawaran SBP. siapa-siapa yang tak tahu SBP tu apa. korang gi tanya uncle google, tak pun aunt Chrome. kalau diorang tak bagi jawapan, korang baling batu dekat muka diorang sampai retak. haha. aku dapat Sains Seremban. cis, sekolah fully lelaki. aku tak masuk pun sekolah tu sebab mak aku cakap, 


" kalau tak dapat 8A masa pmr, kena masuk asrama."


tapi bila da dapat tawaran, mak aku cakap macam ni pulak.


" kau g masuk sekolah tu."


aku? buat bodoh je. lalala 


fakta 23.
best friend aku is gegurl. ala, yang ni tak payah aku mention banyak-banyak sebab aku already mention dia kat segmen Inche Ben, aku ni lelaki ...lelaki ini... her name is Syaza Athirah Hamzah or nama glamour dia is Miss Sya the Heart Broken Speechless.


fakta 24.
aku pernah nampak hantu. benda ni jadi masa aku 6 tahun. masa maghrib hari kejadian berlaku (ada kenduri sunat) aku main aci sorok with all cousin yang gonjeng. akibatnya, aku yang nampak hantu and aku gak yang demam macam hapa je! tapi masa puasa, main gak aci sorok. haha, ye la, big boss la kawan, hantu kan dah kena tangkap. :D


fakta 25.
test jpj. 25 januari 2011, aku akan test JPJ untuk kereta punya. wish me luck k! aku ni cepat gelabah and ada kesangsian yang sangat tinggi. aku selalu pikir, eh, benda tu dah buat ke. eh? benda ni dah buat ke. last2 aku gak yang dalam masalah disebabkan sikap aku yang pelik tu.


hee, dah habis pun 25 fakta geli and sodap pasal aku. haha, korang pun boleh je sesedap oranje jemput join. lagi ramai lagi best. ni bukan contest ye adik-adik. jangan nanti tetiba korang minta Shawl or topup 30 hinggit kat aku sebab korang kata, korang dah join benda alah ni. lepas tu korang dapat fedex, hadiah khas dari aku. lempang lelaju. hehe.


kalau suka, komen la yep. have a nice day!

7 ulasan:

Adie Zaim berkata...

gelak pon ade..kutuk pon ade..ok la...nice blog..gua da bz keja la..xde mse nk update blog der...

Nazrul Ashraff berkata...

hehe..aq kn tanam anggur jep skang ni..haha

aBidaH berkata...

haha..so funny..hehe

Punca Utama | PU berkata...

gud luck for driving test...
just relax.. tak payah gelabah sgt..hehehe

Nazrul Ashraff berkata...

@ abidah ~ eh?? tang ne yang funny 2??

@ PU ~ haha..wish me luck!

@cik_ezati berkata...

whoaaa...gilerrr laa *kelip2 mata jap*

fakta 3, 8, 13 tu same tapi siyess ak rse 1st time ak jmpe laki cam ko, yg kuat gosip, yg ske bce novel wuuuuu, thums up XD

Nazrul Ashraff berkata...

@ zati ~ ni yg namanya special..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...