Khamis, 25 Julai 2013

pembaca novel yang keji

assalamualaikum dan selamat pagi


macam da lama gila tak update blog. okay. abaikan. aku suka pergi MPH. in any cases, kalau pergi mana-mana shopping mall, selain aku terjah cinema, aku akan terjah MPH. kalau aku pergi MPH, mesti aku akan terus ke kawasan Novel Melayu. bukan sebab aku ni mat jiwang , tapi aku ni memang suka membaca.

dari dulu aku memang suka membaca. mula-mula baca Alaf 21 and after that, aku berhenti baca sebab Alaf 21 kinda gross and kinda lucah la jugak sebab ianya kadang2 berkenaan dengan perkahwinan dan too much sayang sayang sayang. oh gosh, gila siot. then aku start baca Hlovate - Jemari Seni dan aku jugak ada baca novel selain daripada Hlovate seperti Pingu Toha, Noor Suraya, Syud, Nasz dan banyak lagi la.

aku tak la alergik sangat baca novel Jemari seni macam aku baca novel Alaf 21 sebab novel Jemari seni kinda good. dan tiada la part geli jiwang lagi selulit serta seks yang jadah kekdahnya rasa macam nak baling kasut. tapi , bak kata pepatah, bagai kacang lupakan kulit *aku rasa pepatah ni langsung tak kena dengan situasi aku* aku berubah hati. aku sekarang gigih baca Lejen Press dengan Fixi.

semalam, aku pergi Mid untuk tengok Monster University. kekdahnya lahar baru nak tengok cerita ni walaupun cerita ni da berzaman. hahahahahahahahahaha. lepas aku beli tiket wayang *aku tengok sorang2 je, dasar forever alone* aku terus pergi MPH sebab masa tu ada masa lebih kurang another one hour.

jadi takkan la nak tercongok dekat Mcd depan Panggung pulak kan. jadi melepak di MPH, apa yang aku suka buat ialah membaca buku secara free. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAA. kalau anda melepak di mana-mana kedai-kedai buku besar seperti Kinokuniya, Popular dan juga MPH mesti akan ada pembalut buku yang da terbukak. aku tak tahu la siapa yang kejis bukak dulu pembalut buku tu. jadi sebagai pembaca berhemah, aku duduk bersila kat lantai MPH dan mula membaca beberapa buku yang aku teringin beli tapi takde duit. contohnya buku Fixi, Ajaib - Syafiq Aizat,


kekdahnya dalam masa 1 jam, aku baca buku ni. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA. Takde la aku baca dari kulit depan hingga je kulit belakang. kononnya , niat utama nak membaca buku ialah

1) kalau berminat, boleh terus bayar kat kaunter pembayaran
2) kalau rasa cerita tu macam wow, memang akan membelinya

dan aku rasa buku tu memang best, tapi disebabkan aku dapat baca secara free, jadi aku decide,

1) nak baca jugak dan eh? da sampai klimaks cerita. =.='

disebabkan aku da tahu jalan cerita, jadi aku memutuskan, malas la nak bayar. *terus bangun, kibas-kibas bontot, lepas tu letak balik buku ajaib kat rak.* and then, lepas tu aku terus capai novel lain. HAHAHAHAHHAHAHAHA. sumpah terasa macam kekejian gila. aku memang ada niat nak bayar tapi tu la, bila aku nak bayar je, terus terpikir, aku masih ada banyak lagi novel yang tak terbaca kat rumah tu. why bothering nak beli novel baru. *keep reading novel kat tangan sampai klimaks novel*

jadi, itulah kisah saya dan MPH. nak dijadikan cerita, aku la pembaca novel yang keji tu. -,- kbai. aku tak tahu, aku mampu istiqamah atau tak update blog ni. doakan je la. 

1 ulasan:

wani ezryl * berkata...

hahaha bagus ko mengaku itu ko, dik :P sis kalau belek2 buku kat kedai buku kalau best, terus beli. tp kalau accidentally terrrrbaca buku kat kedai buku smpai habis mk/s.. dah. camne nk beli sebab dah habis baca kan? jd kita sama2 pembaca novel yg keji itu :DD keep up the reading!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...