Selasa, 24 Julai 2012

kahwin awal. apa pendapat korang semua?

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.


perkahwinan awal. ataupun korang semua boleh panggil dia as a perkahwinan sewaktu umur yang amat muda. berdasarkan video dekat atas ni, they are too early untuk suatu perkahwinan.

ini pendapat aku.

1) perkahwinan awal bagi aku amat susah la. da la nak jaga diri sendiri pun susah, lagi la nak jaga anak orang lain. kalau umur terlalu muda, nak bagi makan apa dekat isteri? kalau ada anak nanti macam mana? nak beli pampers guna daun? tak ke sikit punya haru kalau anak-anak pakai daun je ganti pampers sebab takde duit nak beli Drypers.

2) memang la orang kata,

" kau ni mulut bacul la kata macam-macam, dah dia nak kahwin, itu hak dia!"

tapi kan, bagi aku, memang betul la kot. kalau kahwin sewaktu remaja ini, emosi memang la sangat tidak stabil. dengan hormon baru nak naik. dengan macam-macam lagi. okay foine. korang boleh je kata aku mulut bacul ke apa ke, tapi cuba la jadi realistik. orang muda ni dah la darah panas. cakap pun sesuka hati je. kang nanti tak pasal-pasal bercerai. heyyy! aku bukan mendoakan okay. aku just cakap je. kalau dapat kawal perasaan, then its good la kan.

3) memang orang kata kahwin awal tu bagus. ye. aku tak nafikan. kahwin awal memang bagus sebab dapat elakkan maksiat. tapi , oo kamon la. adakah purpose sebuah perkahwinan itu hanya untuk mengelakkan maksiat? lets say la, adakah seorang lelaki berumur 28 tahun berkahwin dengan seorang gadis berumur 24 tahun, kahwin semata-mata nak elakkan maksit? nooo! semestinya la tak kan? ada banyak purpose lain untuk seseorang itu berkahwin.

kau berkahwin bukan setakat nak elak seks bebas. bila kau mula berkahwin, kau akan laksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya. aku paling tak dapat terima mind set manusia yang cakap,

"ooo, kahwin awal ni bagus sebab dapat elak seks bebas."

4) aku selalu wonder. kalau yang kahwin awal ni, adakah anda-anda sekalian meminta duit mak bapak anda untuk duit rumah? untuk duit nafkah isteri? untuk duit universiti? untuk duit pampers anak? untuk duit motor? untuk duit kereta?

aku tak la kisah sangat kalau kau pelajar universiti di tahun akhir sebab at the same time kau boleh berkerja. ni yang under 20 dah kahwin, apa kes? memang la Allah kata, kalau kahwin, rezeki memang murah. tapi kalau kau still mintak duit mak bapak kau, memang sangat tak cool la. baik tak payah kahwin macam tu.

5) bagi aku, bila kau nak ready dah kahwin. kau dah ready nak bimbing pasangan kau. solat sama-sama. nasihat menasihati antara satu sama lain. tiada rahsia antara keduanya. bantu membantu. cek bacaan al quran sama-sama. pergi jejalan atau shopping sesama. tak ke sweet gilos itu. ni kalau baca quran pun tunggang langgang. solat pun entah ke mana, macam mana kita nak bimbing pasangan kita?

aku paling tak dapat terima kenyataan kalau seorang manusia itu hanya terpikir,

"ooo, segala urusan kahwin macam solat, baca quran bla bla bla itu kerja lelaki. bukan perempuan. jadi buat apa aku nak get ready la kan?" kata Minah.

dan selepas itu aku dah terasa aura nak lempang lelaju gadis bernama Minah itu. seorang perempuan pun haruslah get ready sebab kalau si suami tersilap, si isteri boleh la perbetulkan apa yang si suami itu silap. ni kalau suami pun silap. si isteri tak tahu apa-apa, memang hancus la. loser habisan kau tahu tak?

entah la weh. aku rasa banyak sangat kontra dia berbanding dengan pro dia. kalau kau fikir perkahwinan ini semata-mata nak elak maksiat atau seks bebas, then kau patut pikir, adakah kau hidup berdasarkan maksiat semata-mata. takkan la kau tak boleh kawal bila kau berdua?

kalau kau takut sangat orang mengata, bawak la adik ke apa ke.

tapi bagi aku, IF kau dah ready. kau dah cukup nafkah dan boleh bagi dengan sempurna, then kahwin la. tak salah. TAPI kalau kau still duit mintak mak bapak FULLY, baik tak payah kahwin. kalau kau rasa kau boleh bimbing pasangan kau, then KAHWIN la sebab memang bagus kahwin awal.

tapi tu la aku cakap, kena la GET READY semuanya. jangan kahwin semata-mata SATU IAITU NAK ELAK MAKSIAT. bagi aku sangat tak relevan. apa-apa pun, bagi yang kahwin awal tu, aku doakan selamat menjalani bahtera perkahwinan.

aku memang tabik spring la sebab umur muda-muda dah berani nak galas tanggungjawab yang sangat berat, bukan semua orang mampu buat macam tu. hanya insan terpilih je daripada Allah SWT yang boleh buat macam tu.

untung kan jadi insan yang terpilih? :)

till then,

2004
24 Julai 2012
Serdang
by @TheodoreNazrul



7 ulasan:

Unknown berkata...

Fuhhh , sesok napeh bace ni . Ada betul jugak ape yg awk cakap ni , kalau under 20 dah kahwin macam tak berape relevan lah ...

wani ezryl * berkata...

kahwin dalam usia yg sgt muda.. ada pros and cons. but cukup matangkah/readykah couple tu utk masuk ke alam dewasa, walhal diorang masih lagi remaja. diorang mungkin akan terlepas moments indah zaman remaja.. macam budak bijak langkau kelas la. dia memang boleh naik kelas tapi dia akan tertinggal experience dengan kawan-kawan sebaya. begitulah kira-kiranya.. :)

kasut puteh berkata...

ada baik ada buruk nyaa. good utk mereka yang faham betul2 faham apa tu perkahwinan. tp kurang bagus utk mereka yang masih mentah dalam dunia ni. teringin jgk nak kawin awal...hahaha xD

Unknown berkata...

Betul. Ain rasa la at least biarlah umor lepas 18 kalau nak kahwin...bawah 18 mcm terlalu muda sgt >.<

trialtodelete berkata...

Kwn aku kawen waktu umur dai 19.
we were not happy..u know, thinking about maturity and responsibility as well as the financial stability. Tp skrg diorag okay kot..i hpe so


but this one..haha they're too young. Bagus nk elakkn maksiat tp nak kawin, bkn itu sahaja sebabnya ttp byk lg.

Dari segi nafkh dan sebagainya pulak mcm mana?

For me, kawen awal ni kena fikir ratusan kali. dunia skrg mcm2 boleh jadi

vendoline berkata...

time PLKN ritu..ramai kwn2 dah bertunang then terus kawin..ase tak caye

Madame Mamayue berkata...

gud entryyy. i like. follow u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...