@Tourism Malaysia : Muzium Padi, Kedah Darul Aman
entry yang terlewat sangat oleh Nazrul. haha.
okay guys. pada 1 jun 2012, aku dan beberapa orang kawan aku ada naik ke Menara Alor Setar untuk aktiviti ber-lagha- tanpa henti setelah tamat zaman asasi. heh
buat mereka yang tak tahu, aku dan Haidhar telah melawat ke Kedah dan tidur di rumah kawan kitorang iaitu Din selama beberapa hari untuk majlis khatan adik Din. sementara ada masa terluang serta di rumah Din pun tidak bermula lagi acara rewang merewang masak sana sini, maka kitorang pun berjimba la sana sini dengan kadar sepantas kilat.
terlebih dahulu,
ahli berjimba pada hari itu ialah
dari kiri : Din, Gee, aku dan juga Haidhar
tukang amik gambar, adik Gee iaitu Najmi.
ini pemandangan dalam lif sementara lif bergerak ke atas.
walaubagaimanapun, hari itu sangat hujan dan berangin. kiranya dekat puncak Menara Alor Setar tu memang angin kuat tahap mega dan tempias hujan memang tak boleh belah.
angin dia jangan cakap la, baju aku terasa macam nak terbang je. haha. tapi syiok la.
kat situ ada juga disediakan teropong peninjau untuk kau ambil feeling macam Johnny English tengah buat siasatan. haha. teropong tu agak tinggi la jugak dia punya 'power' memang teropong habisan aku hari tu walaupun hujan lebat. heh.
dekat Menara Alor Setar tu, kalau tak silap aku, ada 4 teropong serupa untuk pengunjung tatap dan posing di situ. kekdahnya ayat kau sangat tak boleh belah Nazrul. :p
tu dia, tu dia. haha.
rambut aku dah kebelakang habis. baju pun dah macam nak koyak je. petanda angin yang kuat macam puting beliung. *over dover ayat kau! haha*
aku tak tahu ni zaman bila punya, tapi menara Alor Setar berada di nombor 19. uuuuuuuuuu. menara Kuala Lumpur pula berada di nombor 4.
tak kisah la tinggi ke tak, asalkan aku enjoy masa pergi sana. heh.
amik feeling macam Titanic :D
pengunjung masa tu tak berapa nak ramai sangat. mungkin sebab hari hujan kot. aku dengan bebudak ni je yang berjiwa muda pergi redah hujan nak naik Menara Alor Setar.
kalau aku tak singgah rumah Din awal bulan Jun hari tu, memang aku tak merasa la pengalaman yang best macam ni. thanks Din dan Gee sebab bawak aku dengan Haidhar. heh.
tiket pun murah je.
RM 8.00 per person. kira berbaloi la kan?
till then.
1027
Klang,
@TheodoreNazrul
2 ulasan:
Ok masih belum pernah sampai situ :3
amboi! enjoy ko eh..murah la rm8 je
Catat Ulasan