Ahad, 24 Jun 2012

Job description seorang Vampire

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.

currently sekarang ni aku sedang bercuti. cuti Asasi Sains Pertanian selama 4 bulan. semua orang yang aku jumpa, akan bertanya, cuti berapa lama? cuti sem ke?

dan dengan gaya malas nak menjawab kerana telah merasakan telah menjawab soalan itu buat kali sejuta,

" cuti 4 bulan. bulan 9 ni sambung degree."

dan itulah job description seorang Nazrul. Nombor 1, apabila orang bertaanya, sekarang cuti berapa bulan, dia akan menjawab dengan molek molek padahal dia dah terasa aura nak baling kasut je sebab bosan dengan soalan yang sama.

job description nombor 2. menjadi seorang guru tuisyen yang berkaliber. haha. kononnya berkaliber.

sekarang cuba untuk menjadi seorang tenaga pengajar di rumah sendiri dan cuba mengajar tanpa menaikkan temperature dalam badan sebab terlampau marah.

jadi, sekarang, dekat rumah aku ada ajar budak tingkatan 3 bernama Naufal dalam matapelajaran matematik dan bahasa Inggeris. lepas tu, ajar budak darjah 1 bernama Hadi dalam matapelajaran matematik dan bahasa inggeris juga. eh? sama la pulak.

dan mengajar budak darjah 3 bernama Irsyan dalam matapelajaran bahasa melayu. Aiman, seorang budak darjah 3 dan aku mengajar dia subjek matematik. akhir sekali ialah Azwan, aku mengajar dia subjek matematik dan dia darjah 5.

jadi, sekarang aku ada Naufal, Hadi, Irsyan, Aiman dan Azwan sebagai anak murid aku. haha. tentunya aku mengajar molek-molek amat. oh, terlupa pula! aku ada ajar juga anak buah aku, Adriana. aku mengajar dia baca ABCDE dan dia berusia 4 tahun.

selain daripada mengajar di rumah dengan gaya convincing habis dekat budak-budak tu, aku juga merupakan pentegar online yang amat hebat. haha. selain daripada mengonlinekan diri pada laman sosial terkenal pada masa kini iaitu facebook, aku juga bergiat aktif dalam laman sosial Twitter dan juga blog.

ooo, i lap u guys so much la.

selain itu, aku juga turut menggiatkan diri dalam arena Anime44 dan juga Manga setiap hari selasa dan juga Khamis. hehe.

itulah job description seorang Nazrul.

menjawab soalan-soalan orang ramai, "sekarang tengah buat apa? cuti berapa lama? sambung bila?"

menjadi seorang guru tuisyen paling sopan di dunia.

meng online dengan kadar paling hebat sekali di dunia.

ia.

itulah kerja saya hari-hari sehingga bulan 9 nanti. bwahahah.

till then.
2014
Klang,
by @TheodoreNazrul

2 ulasan:

Atiqah Wadiah berkata...

x bosan ke dok umah je?huhu

Unknown berkata...

heaven sgt job ko tuh.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...