Jumaat, 30 Mac 2012

~ tamat Lab Bio

assalamualaikum.

lagi 4 minggu je. lagi 4 minggu akan habis asasi. Asasi Sains Pertanian or you can call it as a ASPer. aku akan merindui kehidupan sebagai pelajar asasi dengan bersungguh-sungguh. tak tipu punya. T_T

untuk hari ni, tamat sudah lab bio aku untuk zaman asasi. 3 sem aku berjuang buat discussion, conclusion dengan result. berjuang la sangat! padahal tiru senior punya. tak pun tiru kengkawan. tapi yang paling ironi, bila buat discussion guna wikipedia. bwahaha







even lab bio kita tak ramai orang, tapi tetap best!! akan rindu barang2 lab. akan rindu tengkorak-tengkorak dekat lab. akan rindu slide-slide bio yang kadang2 buat sakit hati dan mata je bila tengok dekat mikroskop sebab tak dapat result. akan rindu dekat Puan Kamariah yang sangat sporting. also akan rindu dekat akak-akak lab yang lain.

T_T

dekat sini la jugak, first time aku bedah tikus. 



dan rambut yang lebih pendek jugak. oh man, will miss this moment. moment siapkan lab report bersama-sama. moment bersama-sama buat presentation. moment bersama-sama, berpura-pura masa sesi Question and Answer presentation.

Dr. Ark, Encik Zul dan Encik Jambari. 

semuanya nice. :)

selamat tinggal lab bio. babai!!! *lambat dengan semangat!* lepas ni, dah tak jumpa dah. dengan ini, aku nak mintak maaf dekat lab bio kalau aku ada buat salah dan silap kepada dia selama sem 1, sem 2 dan sem 3 aku buat lab kat situ.

hopefuuly, everything will be okay for the rest of this 4 weeks. 

hopefully. 

next event

BALIK RUMAH TERSAYANG UNTUK JUMPA FAMILY. 

2 ulasan:

Yasmin Aris berkata...

Waaa . gelinyeee !! T_T
Da tamat lab bio mesty takde lab report da kan ?
Kite punye banyak gile lab report ==

Miftahul Jannah berkata...

assalamu'alaykum..
haha terer tak akak dapat jumpa blog awak hehe..

anyway i was here..
samapi mcm tu sekali memori lab bio? hum....pasni pilih la science stream sure masuk lab bio lg :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...