setiap kali kelas Bio, Kimia and Fizik or paper mata pelajaran sekali pun kecuali Pertanian, pasti aku rasa macam nak tidur je dekat kamar peraduan. haha, gaya bahasa macam dah zaman kesultanan Melayu Melaka je.
aku rasa macam prof2 itu menyanyikan Lullaby untuk aku. aku rasa macam baru telan ubat tidur berkoyan-koyan banyaknya. aku rasa mengantuk sangat. don't know why. mungkin aku ni dah jadi macam Snow White tapi aku versi moden dan aku ni jantan dan bukannya betina. silap, silap. aku ni lelaki dan bukannya wanita bagaikan Snow White itu. perghh, skema sungguh bahasa aku kali ini.
mungkin aku perlukan Tuan Puteri untuk mencium aku seperti Tuan Putera mencium Snow White. kah kah kah, aku gatal gila bila dah masuk dunia seorang pelajar UPM ni. sebenarnya aku tengah online kat Makmal Vella untuk siapkan lab manual kimia aku.ada masa ni, aku online kejap. padahal lab manual kimia tu baru buat separuh paper.
nazrul, nazrul. ( geleng2 kepala ) kat dalam makmal Vella ni best tau. dah la ber air cond. tak macam bilik aku. panas je. takde air cond. yang ada hanya kipas sahaja. haha. kau ingat kau anak raja ke Nazrul? anak raja pun tak mandat macam kau.
kalau online kat UPM ni ada limit dia. aku hanya boleh online 50 jam dalam masa sebulan sahaja. kesian kan aku? tapi aku rasa cukup je kot 50 jam tu. insyaAllah :) lagi 2 minggu aku da ada test 1 untuk sem 1 ni. baru aku tahu, test tu berlangsung malam dan bukannya siang macam zaman sekolah. tu pun Raja bagi tahu aku. kalau dia tak bagi tahu aku, aku pun tak tahu. aku ni memang la apa pun tak tahu kat UPM ni. haha. aku tahu makan je.
yang penting, peace no war!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
May Allah Bless :)
baik aku siapkan Lab manual kimia aku tu dulu sbeelum aku rasa macam makan ubat tidur masa kat dalam kelas esok. esok aku ada kelas Chemistry dengan Dr zaizi and kelas Fizik dengan Dr Zainal Abizin.
petang pulak ada Lab Chemistry. zzz. ngantuk. okbai!
baik aku siapkan Lab manual kimia aku tu dulu sbeelum aku rasa macam makan ubat tidur masa kat dalam kelas esok. esok aku ada kelas Chemistry dengan Dr zaizi and kelas Fizik dengan Dr Zainal Abizin.
petang pulak ada Lab Chemistry. zzz. ngantuk. okbai!
4 ulasan:
"mungkin aku perlukan Tuan Puteri untuk mencium aku seperti Tuan Putera mencium Snow White."<<<<< *muntah* berangan jelah kau ni boboncet.. haha :P
tehehe.. bz dan semakin bz ye nazrul?? smoga sukses yaaa~
@keyri ~ aku memang suka berangan :P
@ceri ~ thnks for the wish..
Catat Ulasan