Rabu, 4 Mei 2011

~ semua orang nak pasangan yang terbaik, tapi diri kita ni dah terbaik ke?

assalamualaikum.


benda yang ni aku belajar dari cerita Ked's Story by Hlovate.


*******************************************************


kata Khalid Faizal, dia selalu nak lelaki yang terbaik untuk adik2 dia, Minn Edina and lagi-sorang-tak-ingat-nama-dia-apa- .Benda ni buat Khalid Faizal terpikir, if dia nak lelaki yang terbaik buat adik2 dia, dia pun kena la jadi yang terbaik jugak untuk perempuan yang bakal dia kahwin.


******************************************************


kita selalu nak pasangan yang terbaik. kalau yang lelaki nak perempuan yang ada ciri2 ni.




kalau yang perempuan pulak nak ciri2 camni kat bakal suami.





******************************************************


pernah dengar kan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga. kita selalu nampak,


" oh ! aku nak la try usha perempuan yang pakai tudung labuh tu!" kata seorang lelaki yang sedang memakai seluar pendek nampak lutut sambil menghisap rokok.


ataupun,


" oh my gosh! ashraff muslim is so hyper gorjes hansem!" kata perempuan yang pakai baju sendat sambil cakap dengan gediknya.


kita selalu nak terbaik dalam hidup. and ciri2 pasangan jugak tak terkecuali. tapi diri kita tak cukup baik lagi, macam mana kita nak dapat pasangan yang terbaik? tepuk hati tanya la iman. hee. jadi sebelum kita berangan nak pasangan yang hebat2 iman dan ibadahnya, kita juga harus ke arah itu terlebih dahulu.


and kita patut tanya diri kita sendiri, 


" aku ni layak ke dengan orang yang alim macam tu?"


akan nampak awkward gila2 bila korang jalan kat mall and nampak satu pasangan.


lelaki : pakai short pantas and kemeja T putih and pandangan matanya meliar ke sana sini.


perempuan : tudung labuh dan tundukkan pandangan ke bawah sebab menjaga pandangan dan ingin mengurangkan dosa.





maybe korang akan cakap, jodoh di tangan Allah, tapi korang pernah tak terpikir yang Allah pun tak nak siakan2 golongan yang Dia sayang sangat2. Allah itu maha Adil.


jadi sebelum kita tetapkan ciri2 lelaki dan wanita idaman sehidup semati, kita patut ubah diri kita ke arah yaang lebih baik. boleh kita buat macam tu? i wish i could do that. aku pun tak cukup baik untuk dapat pasangan yang baik. dan masa akan menentukan segala-galanya,


sekian sesi tazkirah pada waktu ini. ok bai.


p/s
aku bukanlah pak ustaz segala bagai, err, saja je nak buat entry cam gi ni. hee. aku rasa gambar girl yang mula2 aku lukis tu, entah macam mana boleh nampak macam Alien gila2. haha.


sharing is caring :)



20 ulasan:

Farah Nordin berkata...

Best Entri niiii ;) boleh buat panduan Dlm meneliti pasangan Dan berubah Ke Arah kebaikan.

Inche Vampire berkata...

@farah ~ hehe, terima kasih farah!

Reena berkata...

crmin diri kte dulu sbelum m'impikan yg terbaik..huhuh..

Ummu Qaseh berkata...

huhu.. panjang tol rambut dak perempuan tu.. hehehehe.. jodoh yang baik untuk mereka yang baik. :)

Inche Vampire berkata...

@reena ~ hehehe,, letakkan cermin kat depan mata kita. haha

Inche Vampire berkata...

@ummu ~ entah macam mana boleh panjang.. haha.. yap, :) orang yang baik untuk mereka yang baik. jadi kita mesti ke arah yang itu..

Mas Ahmad Safwan berkata...

.terbaik untuk inche vampire ( :
.pandang diri sendiri dekat cermin dulu.
.nilai apa yang kita ada dan baru kita impikan

Shazmiey Abdurahman berkata...

jodoh semua di tgn tuhan.klu ko minta aweks superhot mcm lisa pun, tapi klu ko dah diktakdirkan kawin dgn liyana jasmay ke, ok gak tu..yg penting ada ;) jgn terlalu memilih..

Cik Layka berkata...

btol2...
tp yg plg x leh bla bile dri kite yg x smprne nie cbuk2 mngata org sdgkan dri sndr x sempurne ...
tibe2 plak pening dgn ayt sndri..
heeee ^_^
btw , Nice entry :)

✿ gadis biasa ✿ berkata...

but its kindda good if grow older together..
get into it as 'budak jahat+budak baik' n end it wif "both budak baik"

ain't it sound better..?
(^^)

Inche Vampire berkata...

@mas ~iyap :) hee..

Inche Vampire berkata...

@shazmiey ~ iyap.. haha.. jangan terlalu memilih.. tapi kalau nak yang bagus, kita pn kena la bagus. hee..

Inche Vampire berkata...

@cik layka ~ haha..mengata orang dia yang lebih.. wakaka..manusia..

Inche Vampire berkata...

@gadis ~ haha..iyap. that's sounds much better sebab kita mesti la nak bawak orang lain masuk syurga kan? hee,,

syaza nazura. berkata...

http://syazanazura.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-suami-dan-isteri-idaman.html

:) singgah singgahh :DD hahaha.

Amanie Ashraff berkata...

sorang lagi tu minn elina :)

nyampuk jap :p

Inche Vampire berkata...

@syaza ~ hoho !

Inche Vampire berkata...

@amanie ~ haha.. nak jugak menyampuk. wakaka..

Ija AppLe :) berkata...

mmg cam alien lah ! hehe
isk,takot la pk sal jodoh ~~~

Inche Vampire berkata...

@ija ~ haha...lama2 kena pikir jugak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...