Ahad, 8 Mei 2011

~ mari baca entry tentang keesaan Allah SWT dari Inche Vampire I.

assalamualaikum.


Inche Vampire I a.k.a ada tulis note keagamaan sekali lagi dekat facebook and dia tag aku dengan note : Nur Kasih 2. sebelum ni dia ada tulis gak note keagamaan dekat facebook. tentang ketuhanan, tentang islam, tentang betapa agungnya Allah SWT. aku ada masukkan kat dalam belog jugak entry tu, tu korang boleh klik sini


@entry Nur Kasih 1.


let's check it out entry Nur Kasih 2.


********************************************************



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang

Assalamualaikum..saya nak berkongsi dengan anda semua..Lagipun, ilmu yang baik ni, elok kita panjang-panjangkan... InsyaAllah, pasti ada ganjaran dariNya nanti.

Ni satu lagi contoh yang bagus untuk kita berdialog dengan makhluk-makhluk jenis yang suka mempertikaikan apa yang telah diajarkan kepada kita berkaitan ibadah kita menyembah Allah. Dalam masa yang sama boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih rasional sekaligus menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah.



Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"  

"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."   
"Baitullah tu apa?" 
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."   
"Allah ada dalam tu?"   
"Tak..."   
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"   
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."   
"Kamu sembah apa?"   
"Saya sembah Allah SWT."   
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah."   
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"   

aku tak jumpa pulak pic orang main bola dalam tV. hehe. ni je yang aku jumpa.

"Pernah. Selalu..."   
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   
"Tengok perlawanan bola la!"   
"Di mana?"   
"Dalam tv la!"   
"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."   
"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."   
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."   
"Takde. So?"   
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?"   
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."   
"Peliknya."   
"Sebab apa pulak pelik?"   
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je."   
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."   
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"   
"Ya. Tak pelik."   
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."
"Erk... Kau betul."

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam bila berdepan dengan situasi begini, harus menanganinya dengan akal dan kebijaksanaan. Bukan melenting tak tentu pasal. Barulah nampak kewibawaan kita pada mata orang bukan Islam. Jadi, ilmu itu sangat sangat sangat sangat sangat penting. Rasulullah S.A.W. sendiri menekankan kepada umatnya mengenai kepentingan untuk mencari ilmu. So, penuhkanlah dada tu dengan ilmu yang bermanfaat untuk agama, untuk dunia, untuk akhirat.

****************************************************

hope korang enjoy dan mendapat sedikit sebanyak ilmu :) ye la, entry Inche Vampire 1 ni bukan pemes mana pun! yang baca pun entah berapa kerat. tapi aku harap la yang beberapa kerat tu enjoy and feel the same way apa yang aku rasa which is rasa yang Allah tu dekat dengan kita. ;)

pesanan untuk ameer
:: wei Ameer. Qama kata kau gunakan analogi yang bagus! haha. boleh masuk bahas! okey.. hehe. sila kurangkan diameter kekembangan hidung anda! wiii.


ok bai.

12 ulasan:

Azri Fathurrahman berkata...

terbaekk lah penerangan .. :D

Inche Vampire berkata...

@azri ~ yap ;)

GR berkata...

dialog yang menggambarkan kebijaksanaan =)

Inche Vampire berkata...

@GR ~ setuju :)

riffzam berkata...

ye!betul tu. :)

Inche Vampire berkata...

@riff ~ betul4x..

Si DauN CeRi berkata...

perkongsian yg baik ni.. elhamdulillah... tq for sharing.

nelly berkata...

nice entry ^^

Piah Becok berkata...

wow!!! sangat bagus. bukan semua orang boleh menjawab soklan agama dengan betul tetapi mudah.


btw, mak join segmen yang day-day tuh. lupe la ape name segmen. ko terjah je la sendiri ye.
terbaru:
1. day one : 10 things about you
2. MAK, KENAPA ORANG BANYAK BULU????
3. KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN

Inche Vampire berkata...

@ceri ~ sama2 ;)

Inche Vampire berkata...

@nelly ~ come from ameer :)

Inche Vampire berkata...

@piah ~ iyap.. setuju.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...