Selasa, 3 Mei 2011

~ day one : 10 things about you.

assalamualaikum.



day one : 10 things about you

:: nama aku Nazrul Ashraff Bin Buang. bebudak kelas panggil Naz or Nazrul. kalau family pulak panggil Ashraff. tapi kebanyakan cousin2 aku panggil aku, Asap. haha. sadis sungguh. =,=' 

:: kalau orang tanya umur aku berapa, aku still akan cakap,

" umur aku baru 17 tahun."

haha. selagi aku tak masuk bulan oktober, takde keje aku nak cakap yang aku ni 18 tahun. :P

:: aku paling suka makan ayam goreng. kalau strangers hulur ayam goreng kat aku pun, aku still akan amik. bwahaha. tapi kalau dah ada ciri2 muka penyangak yang hulur ayam goreng tu, aku amik ayam tu lepas tu tonyoh kat hidung dia sebelum lari laju2. heh.

:: dulu aku suka tengok cerita Totally Spies. heh. gadget dia gempak2 kot! even cerita tu macam penipu and tak guna je, tapi layan je la! aku ingat lagi watak2 cerita tu, Sam, Clover and Alex. oh! ada lagi Jerry and Gladys.

:: aku suka sangat2 baca cerita Harry Potter. aku dah hafal jalan cerita dia dari book one sampai book seven. memang aku ni nerd of Harry Potter series. heh.

:: aku agak kurang suka tengok movie malay kat wayang sebab takut kuciwa. wawawawa. aku tak tahu kenapa, maybe sebab rasa, tak ke sia2 je bila tengok duit kita melayang ke atas cerita yang errr,,

sila habiskan ayat di atas dengan kosa kata yang paling sopan sekali. 

:: kat rumah aku, kalau tengah takde lauk, boleh je baham telor goreng dengan kicap sebab keluarga aku jenis yang tak kisah and kitorang telan je paper. haha. senang je kan nak jaga aku? telor goreng pun boleh!

:: warna kegemaran aku, ungu and hitam. heh. aku layan je warna2 gelap ni. dah macam sisi gelap setan ke? haha. entah la, bagi aku black is cool! ooh yes. sila angguk banyak2 kali kepala anda.

:: aku suka dengar Fly Fm dan menganggap Sinar & Suria adalah radio untuk orang jiwang2. haha. sadis sungguh.

:: aku si penulis novel. aku ada je tulis novel. masa form 5 dulu, bila dah habis jawab  exam, dekat blank paper exam tu, mula la aku merapik buat jalan cerita mengong. haha. semak tak, tapi berangan dengan novel. kalau ada cikgu lalu lintas ke apa ke, cepat2 aku berlakon macam aku tengah semak kertas exam! bwahaha.

tu je. selesai. 10 things about you. wiii. siapa2 nak join boleh klik sini! ada tak sape2 yang buat benda alah ni? heh, tinggalkan la link korang kat bahagian komen ni, aku nak baca and jenguk. bwahaha.


ok bai! aku nak dinner dulu sebelum siap2 pergi mengajar. yeay!

10 ulasan:

anah samsudin berkata...

hebat la..tengah exam sempat lagi karang novel..hee =)

Inche Vampire berkata...

@anah ~ haha.. tengah bosan .. zzz

FatimahZahra berkata...

waa peminat harry potter , sep sikit :D
hmm macam menarik je , nak buat jugak la :)

Heidi Shafiq berkata...

aku pun nak join la bende ten ten ten ni..

Ummu Qaseh berkata...

Siap untuk Day One! Hehe..

http://farhana93.blogspot.com/2011/05/day-one-10-things-about-you.html

Orang Kampung berkata...

baru kenal hng.. hahaha

Inche Vampire berkata...

@fatima ~ ok! haha..sila buat..

Inche Vampire berkata...

@heidi ~ bwahha...bagus2.. cepat buat guna kartun kau.

Inche Vampire berkata...

@ummu ~ haha..bagus2 !

Inche Vampire berkata...

@mizi ~ sama2.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...