Rabu, 18 Mei 2011

~ beras basah island

assalamualaikum.


Beras Basah Island. heh? betul ke nama tempat yang aku pergi tu Beras Basah Island? entah. aku pun tak ingat. masa pergi Langkawi last week, aku dengan family aku ada travel 3 pulau which first pulau tu ada Tasik Dayang Bunting. second pulau tu ada tempat helang tinggal. so, kita boleh view helang depan mata kita je. really2 in front of our eyes.  and third pulau, kalau tak silap aku nama dia Beras Basah Island.


goreng je la! so, enjoy the picture. 



sebelum bertolak naik bot. kat situ memang boleh jumpa banyak races la. dari Indian, Aussie, Korean dan berbagai-bagai lagi. siapa kat Malaysia takde tempat peranginan yang syiok?


ni kat tasik dayang bunting. bukit kat belakang tu kalau diteliti akan menunjukkan wajah ibu sedang berbaring yang sedang mengandung. haha. tatabahasa aku dah suck gila! boleh nampak la perut dia yang mengandung and breast dia. 


picture with family. disebabkan masing2 nak masuk dalam gambar, maka kitorang decide untuk suruh sorang pompuan jepun ( ke korea? entah ) untuk amikkan gambar kitorang. smile!!

overall, dekat Tasik Dayang Bunting boleh jumpa la mat2 salih. hehe. kat situ, boleh je mandi tapi kena pakai jaket keselamatan sebab kedalaman tasik tu 30 meter. kau nak mampus? taaaapi, siapa2 yang pandai berenang, boleh je terjun kat situ tanpa pakai jaket keselamatan.

hee, so jangan la terkejut sangat kalau korang nampak pakcik tua hanya pakai sependa pastu terjun masuk Tasik Dayang Bunting tu. kih kih kih.


ni pulak kat Beras Basah Island. heh. dia punya pantai sangat lawa! lagi cun dari yang pangkor punya. disebabkan sekarang aku dah pandai amik gambar lompat, so aku nak cuba somethin new! and tadaaa!!! hehe.

yang ada hitam2 tu, aku edit sikit sebab nampak aurat! bahaya!


and another one! aku rasa banyak la jugak picture aku buat gambar balik kuang ni. ( betul ke nama dia balik kuang?) yang penting enjoy! 


lagi satu! siapa suka amik gambar lompat?? 


yang ni aku paling suka! yesszzaa!


aku bukan cuba buat windmill ke apa ke jadah. haha. masa main benda alah tu memang best aaa. terjerit-jerit macam orang gila. okey tipu.


and final touch with sister! hehe. what a really memorable beach ever.


ucapan selamat tinggal untuk Beras Basah Island. byebye!!! kat situ memang syiok! tapi better sewa satu or dua jaket keselamatan bagi siapa2 yang nak berenang jauh2. kat situ sangat dalam. tapi pantai dia memamg terbaik! haha

Beras Basah Island memang destinasi wajib yang korang patut pergi bila berkunjung ke Pulau Langkawi. kat pantai ni memang mula2 shock la jugak sebab depan mata korang boleh je nampak perempuan or lelaki yang half naked.

tapi yang paling best bila nampak kat mana2 ( pandang kiri, pandang kanan ) ada flash kamera! haha. itu menunjukkan yang Beras Basah Island memang terbaik!!!

okey, siap untuk entry ini. okeybai! oh! ni ada first challenge. berminat nak join?

klik sini




4 ulasan:

cik chopu berkata...

aktif betul. aneka posing ada

Amanie Ashraff berkata...

haha ko b-boying jugak ke weh ?

Inche Vampire berkata...

@cik ~ haha..thnks!

Inche Vampire berkata...

@amanie ~ apakah?? haha.. mana ada!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...