Rabu, 18 Mei 2011

~ challenge one! --> lost. back to the truth.

assalamualaikum.


challenge one! bermula sekarang. korang baca ayat kat bawah ni, then sambungkan dengan ayat paling best bagi korang! hehe. 



Chapter one. Just the way you are.

Pap! Harith tutup buku Jaja dan Din di tangannya itu. Dia terbau akan sesuatu. Bau yang dia puja dalam diam dalam jangka masa yang lama. Perpustakaan Imam Bukhari itu sunyi sepi memandangkan sesi kuliah baru bermula seminggu yang lalu. Bau Christine Dior itu memang telah termaktub dalam jajahan hidungnya sebagai bau sang puteri. Puteri hati. Puteri idaman hati. Dia menoleh ke kiri dan seperti yang dijangka sang puterinya berada berdekatan dengan tempat dia berada.


Harith leka merenung sang puteri dengan asyiknya. “ cantiknya dia.” Puji Harith. Tetapi si gadis terlalu leka dengan telefon bimbit di tangan sampai tidak menyedari bahawa terdapat seorang jejaka sedang merenungnya berhampiran situ-situ aja.

Ya! Sebenarnya si gadis atau sang puteri itu tidak pernah tahu bahawa dirinya itu menjadi idaman serta lirikan seorang jejaka bernama Harith ini. Harith ni saja yang berlebih-lebih. Habis dicanangkan pada satu Kolej Zaaba yang dia bercinta dengan Anna Julia Hinara itu. Padahal Harith itu dengan Anna Julia Hinara, aduh! Bagai langit dengan bumi aja. Masakan Harith yang melata di bumi itu boleh terbang melayang-layang di samping Anna Julia Hinara itu.

Sedap kan nama dia? Anna Julia Hinara. Harith ni kalau dah kata sayang, semua dia kata suka. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Harith memang dah kronik. Sungguh-sungguh kronik.

“ Harith!” Mikael menepuk bahu. “ kau pandang siapa?” tanyanya dengan telo Sabah.

Harith merenung Mikael tidak senang. Dia hanya menunjukkan pandangan tidak puas hati kepada Mikael yang mengambil tempat disebelahnya.

“ kau kenapa?” tanya Mikael apabila menyedari yang Harith memberikan pandangan tajam dan tidak puas hati ke arahnya.

“ Kau.Menyibuk.” Harith menyebut satu persatu. Dia  kembali bacaan Jaja Dan Din. Mikael menutup novel Noor Suraya itu.

“ maksud kau?”

“ aku tengah syok-syok melayan perasaan tengok Hinara tu, kau pergi kacau daun pulak. Bukan setakat kacau, tengok!” tangannya menunjuk ke arah tempat Hinara berdiri sebentar tadi. “ dia dah takde.” Suara Harith muram.

“ kau mengarut.” Kata Mikael. Dia tidak mempedulikan kata-kata Harith. Dia keluarkan laptop dari dalam beg sandangnya. “ aku tak pernah jumpa orang gila bayang macam kau.” Dia on laptop miliknya. “ kau suka dia, tapi dia tak suka kau.”

“ apa maksud kau ‘aku suka dia, dia tak suka kau?’ apa maksud kau? Dia tak suka aku ke?” Harith dah beria-ia bertanya.

Mikael mendaftar masuk ke dalam facebook. “ kau ni pun, di gadis yang sangat jelita okey dan kau.” Mikael membiarkan ayatnya tergantung begitu sahaja. Dia pandang Harith atas bawah atas bawah sebelum mendengus macam angsa tak puas hati.

“ apa maksud kau?” Harith merenung Mikael dalam-dalam. 

“ kau buta fesyen..........

*****************************************************

ada siapa2 boleh habiskan ayat Mikael di atas? hehe. takde hadiah. ni saja2 je main challenge and have fun! pemenang akan mendapat kemahsyuran. try banyak2 pun boleh, lagi ramai join lagi best. lagi ramai komen lagi best! boleh tengok pelbagai jawapan. aku akan post kan jawapan2 yang menarik kat next entry nanti. 

heh. okbai. have fun. tapi kalau takde yang join pun, aku sedar yang aku ni bukan #retis. takpe2. T_T

7 ulasan:

Amanie Ashraff berkata...

...dan nerd. perempuan sekarang pandang rupa paras okay. it's hard to find a woman with heart with capital H I'd say. kau dengan dia beza macam kerak bumi dan langit ketujuh.


lalalalalaa ~

Inche Vampire berkata...

@amanie ~ haha.. tu dia cubaan dari che amanie kita!

Amanie Ashraff berkata...

wakakaka tu bukan aku ! tu bukan aku !

Inche Vampire berkata...

@amanie ~ da tu siapa pulak? haha

syaza nazura. berkata...

Dush. Sebab tak perlu buat entri, aku rajinkanlah diri komen ni. Hmm.

"Kau buta fesyen. Kau pergi kuliah, baju macam nak tidur je, kau ingat dia nak pandang la lelaki macam kau? Sedar la diri kau sikit, dia tu high class la Harith, pergi kuliah pun ada driver hantar, kau dengan motor kapcai kau tu, jangan haraplah weh. Bazir masa je kau tunggu dia, baik kau ngurat anak Pak Mat yang jual nasi lemak tepi jalan tu, confirm mengena terus!"

-.- LOL

Inche Vampire berkata...

@syaza ~ haha.. not bad

Wild Cherry berkata...

... Tgk rmbut ko... Terbelah dua, berapa byk myak rmbut yg ko pakai? Dengan spec mata tebal lagi... Cuba ko tgk friends list dia ni." Mikael mengheret sedikit lappynya ke arah Harith.. Lalu Harith melihat senarai rakan hana di profile facebooknya..

"Semua lelaki yg add dia smart smart tau... Bkn macam ko... Mcm budak neard je aku tengok.. Kalo ko nak tackle dia, cuba la ubah sket penampilan tu... Biar tebukak sket mata dia bila tgk ko... ko ni nak kata x nsem, aku tgk ada rupa la jugak... Cuma kehenseman ko tu tersembunyi di sebalik rambut berminyak ko ni ngn spec tebal tu je.." Kata Mikael lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...