Rabu, 20 April 2011

~ assignment kedua dari UBM.



assalamualaikum.


kelab Sunnah Al Islam kat UBM ada buat program 

@assignment.


tapi sebelum tu kena siapkan proposal dulu. kalau tak buat proposal mahunya mati katak masa program tu berlangsung. hee. dalam proposal tu, kena sertakan 3 sunah nabi yang kita tahu serta yang boleh membawa 1001 kebaikan pada pengamalnya.


awan larat tarian sang bulan,
songket cantik hiasnya sulam,
solat sunat satu amalan,
tahajjud pasti sepertiga malam.


solat sunat tahajjud. 


dulu aku selalu je buat sebab exam dah nak dekat. tawaduk sungguh! haha. tak baik betul. macam la Allah tak tahu apa yang ada disebalik hati aku ni.


tapi nanti kalau kat Akhirat, kalau Allah tanya kat aku, Nazrul pernah buat tak tahajjud? boleh la aku cakap yang aku pernah buat even once! paling tidak pun sekali seumur hidup. hee. 


tapi kalau dah buat sekali, janganlah tak buat langsung lepas tu sebab kita tak pasti solat yang sekali tu, Allah terima atau tak :) kalau tak terima macam mana? nak tergolek menangis kat padang mahsyar pun dah tak boleh. tak ke sadis lagi haru. 


fake it till you make it. 


rasulullah pun pernah kata ada antara amal yang kena dipaksa sebelum jadi darah daging.


kelebihan solat sunat tahajjud. :)


:) Allah akan memberikan ganjaran yang maha besar sebab kita sanggup tinggalkan tempat tidur. not an easy job tinggalkan tempat tidur. aku nak mandi pagi pun kelam celap celup je. zzz


:) kita akan berasa dekat dengan allah. sebab masa ni la, Allah akan tilik satu persatu hambanya. Allah akan decide yang mana hambanya yang sangat bagus  sungguh-sungguh. ye la, bukan senang nak bangun dari tidur kan? hee.


:) menjadi seorang yang bijaksana dan tinggi ilmu pengetahuan. tapi kena la buat dengan ikhlas bukan suka suki joget langgar toma'ninah. ngee.


:) akan terima buku amalan dengan tangan kanan pada akhirat. wahh, it's good la kan. ingat senang nak dapat dengan tangan kanan?


:) dipermudahkan hisab dan mudah melalui titian siratul mustakim. yes! *angguk2 kepala* tahu tak berapa panjangnya titian siratul mustakim tu? 5000 tahun mendaki, 5000 tahun mendatar and 5000 tahun menurun. 


and jangan kata korang tak tahu titian siratul mustakim tu apa. sure kena luku dengan aku. nanti prof2 kat UBM boleh la buat qiyam hari2 and ajak budak2 lain. nanti kita pakat buat kat Masjid Bustanul Islamin kat UBM nu ha. :)


berdoa ketika mendengar ayam berkokok!


kalau pagi2 buta tu, korang dengar ayam berkokok, kau orang berdoa la cepat2. mintak segala rezeki dimurahkan oleh Allah SWT. kenapa aku cakap macam tu?


dari Abu Hurairah RA. katanya, apabila kamu mendengar ayam berkokok, mintalah kepada Allah kelebihannya kerana ia telah melihat malaikat dan apabila kamu mendengar jeritan keldai mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan. 




hee. sebab itu la doa ialah senjata orang islam. kannn? and macam yang kau orang semua tahu, banyak je fadilat ni kalau kita memohon perlindungan daripada Allah SWT. semoga Allah merahmati hidup kita. nanti kat UBM, sila bela ayam banyak2 ye. 


ni nampaknya kena buat petisyen sebab nak beli ayam sekarung guni. hee. lepas buat solat tahajjud, relax2 kejap lepas tu ready mandi pagi. sambil2 tu, kalau dengar ayam berkokok, cepat2 la berdoa ye!


next!


makan benda yang manis ( buah-buahan ) sebelum makan makanan yang berat.



macam yang kita tahu, kita digalakkan makan buah-buahan sebelum makan makanan yang berat. heh. tapi korang pernah terpikir tak kenapa kita kena makan buah-buahan terlebih dahulu?

kalau ikut sunnah rasullulah SAW, kita makan buah-buahan first but if barat, kita kena makan buah buahan selepas makan makanan yang berat. =,='

so, aku tanya beberapa orang untuk terangkan benda ini dengan lebih mendalam lagi. heh. let's check it out what they have answered.

 
nur diyana mohadi, EX semashur. 


~ 2 or 3 is the best PH value for protein digestion. when we eat heavy protein (chic, fish) first, the protein will decrease the stomach PH value to 2. the enzyme can't work best to digest fruit. so eat fruit first. it's just breakdown the fruit into simpler form. it ease the assimilation.











normyzatul akmal, EX semashur.


~sebab dia nak mudahkan digestion. buahkan ada kandungan air, so dia softkan aliran digestion. macam tu la. nanti takde constipation.















nurul auji, EX MRSM Taiping.


~ kalau ikut pendapat aku, fruits kan ada fibre and vitamin B and C which can't be digested by our body. kalau makan fruits dulu, maybe, maybe fruits jadi pelincir lah kat dalam digestive system especially kat excreatory organ tu. senanglah berak. kui,kui,kui.






 
wan farid, EX semashur.


~sorry lambat, aku prepare untuk petronas scholar esok. hoho, apa yang aku tahu kan. yang ni berdasarkan sunnah, kalau kita makan buah dulu, kita akan cepat kenyang. sebab buah senang dihadam. nutrient kan senang di absorb. so nak tunjuk kat sini, kita tak payah nak makan banyak2 la. and lagi satu, kita tak patut jadikan buah sebagai pencuci mulut. sebab bila kita dah makan makanan yang berat. makanan tu perlukan masa yang lama untuk hadam. pastu kita makan buah, so buah bertimbun atas makanan berat. buahkan cepat busuk, kita akan sakit perut. sama la macam kita makan buah yang busuk. hoho. tu je la. aku tak tahu nak explain lebih specific macam mana. 






My Photos by Sushi King-king 
nazrin , EX kem kepimpinan negeri selangor.


sel tumbuhan ada cell wall made of cellulose. cellulose ni fungsinya macam minyak pelincir dalam enjin. dia bertindak melancarkan penghadaman (macam minyak! kan licin)














heh. tu la apa yang diorang dah terangkan. :) so, dah faham? kebanyakan orang akan makan nasi dulu with all lauk then baru hadap buah. isk,isk,isk. salah ye tu!  sila betulkan ye cara pemakanan anda2 sekalian.


k, sudah selesai! hee. hope prof2 sekalian dapat la luluskan proposal ni ye. :) lepas ni kita buat qiyam reramai, pastu beli sekarung guni ayam and pastikan makan buah dulu ok!


bunga kemboja bunga melati, 
membuat sarang si burung kedidi,
cinta manusia cinta sejati,
cinta Allah kekal abadi. 


and last word from The Lady, ehem2 dengar ye apa yang dia mesej kat aku.


bro, just like Ella, 


aku tak pandai mengarang puisi, 
tidak ku pandai bermadah seni,
satu kalimah yang ku tahu,
seikhlas tahu hanyalah cinta pada U!


haha, ngeri betul budak ni bila berseni. hee, The Lady pernah johan Puisi dolu2. oh, pantun yang atas ni dia yang buat, pantun yang memula kat bahagian atas sekali, aku pulak buat. hee.


ok selesai. semua pendapat2 tu, diorang sama umur je dengan aku. :) but they're more coolio la. haha. not like me. ok bai.



siapa2 nak join segmen : blogger di zaman sekolah, klik sini
@segmen

siapa2 yang nak join contest KAMI FOTOGENIK, klik sini
@contest




have a nice day!

24 ulasan:

Unknown berkata...

panjang nyer pendapat...byk tol idea yer..
pandai plak tu berpuisi...johan rupanya...weeee~~

Nazrul Ashraff berkata...

@cik azizah ~ haha..tht's the lady not me.

anah samsudin berkata...

singgah lawat budak2 UBM :P

faisal apardi berkata...

dah lama tak buat solat tahajud.kalau tak de org paksa ni la jadinya.

Nazrul Ashraff berkata...

@anah ~ hai kamu!

Nazrul Ashraff berkata...

@faisal ~ haha..seems like warden yang nak hambat ye? hhe

aslann berkata...

sukelah entry ni! sgt kreatif gaya persembahan dan penerangan tu..

Nazrul Ashraff berkata...

@aslann ~ tenkiu :)

Kicap Manis Media berkata...

Amboi, menang ye....naseb baek daddy x masuk..kalo x, konfem kau kalah..wakakakaka. hehehe. TAHNIAH anakku, kereta mainan Ferrari free daddy kasik!

BETINA DURJANA!

http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/04/13pl-kalau-aku-dapat-betina-tu-aku-nak.html

Tanpa Nama berkata...

best ;D

hana berkata...

uish..
nice...patut la leh menang..
=D

UBM berkata...

TAHNIAH! entry ini dipilih sebagai entry terbaik assignment ke2 dari UBM. Check it out!

http://ubmalaysia.blogspot.com/2011/04/pengumuman-assignment-terbaik-sunnah.html

Nazrul Ashraff berkata...

@daddy ~ hoho.. segala puji pujian hanya untuk Allah :)

Nazrul Ashraff berkata...

@novelgirl ~ tenkiu kamu :)

Nazrul Ashraff berkata...

@hana ~ ilmu pengetahun datang dari Allah ;)

Nazrul Ashraff berkata...

@UBM ~ sama2 prof!

aksara berkata...

fake it till u make it.~

suha berkata...

congrate sbb jd yang terbaek..caya la =)..haha kn ritu kat tweet dh cakap inche musti menang punye..ehem ehem daddy awk ade kt cni..ckp kt daddy,mummy xjadi kem salam hahaha

Unknown berkata...

great...singgah dari ubm..=)

Orang Kampung berkata...

terbaik.. hahaha..
rsanya yg asgmnt no 3 pun hng sapu ni.. hehehe

Nazrul Ashraff berkata...

@askara ~ dari 5 tahun 5 bulan.. :)

Nazrul Ashraff berkata...

@suha ~ bwahaha.. nakal gila!

Nazrul Ashraff berkata...

@jenab ~ haha.. :) wiiiii..

Nazrul Ashraff berkata...

@mizi ~ td aq nak bg tw ko, ko x on9 pulak =,='

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...