Ahad, 3 April 2011

~ aku guna bahasa rojak masa tulis entry. kenapa??!!!

p/s if wanna shoutbox. just click my picture yang sengal kat tepi tu. have a nice day. :D

assalamualaikum.


kenapa aku suka guna bahasa rojak masa tulis entry? bahasa rojak disini bermaksud, penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam 1 entry. haha, aku selalu sangat2 campurkan bahasa melayu & bahasa Inggeris dalam 1 entry.


kenapa ye?


entah! *angkat bahu* aku pun tak tahu. kadang2 aku tak perasan pun yang aku dah rojak2 entry aku dengan mencampurkan kedua-dua bahasa dalam 1 entry. heh. patutlah belog aku tak ramai follower macam Inche Ben. huuu. takpe2. lepas ni aku akan cuba tidak merojakkan entry aku macam dolu2. 


cuba menulis melayu dalam keseluruhan entry. heh. harap2 boleh la bertahan. kepala otak aku bukan betul sangat. kadang2 bil mood kepala tak betul, dengan entry2 sekali berpusing mengalahkan taufan katrina. ngee.


aku rasa benda yang mempengaruhi aku semasa menulis entry rojak ni sebab gaya mesej aku kat fon kot. kalau aku mesej the lady, ha-ha. kitorang totally campur bahasa melayu & bahasa Inggeris dalam 1 mesej. 


meh aku bagi contoh.


**************************************************


Inche Vampire III : salam. weh, petang ni lepak mana2 nak tak? 


The Lady : where? pukul berapa? aku not sure sangat la.


Inche Vampire : erk? since when la gegurl kau busy ni. bukan kau tengah lepak sesedap oranje kat SEGI.


The Lady : aku kerja la bangla. :P


Inche Vampire : bangla? ha-ha. bukan kau ke gegurl? a kid yang baru sunburn kat PLKN terchenta. heh.


The Lady : ye la, ye la. aku hitam, kau putih. 


Inche Vampire : sedar pun. hahaha.


******************************************************


huruf yang aku besarkan tu, penggunaan bahasa Inggeris. heh. masa mesej & masa tulis entry, sama je bahasa aku. still koyak & tak menarik. bwahaha. tapi ada jugak yang follow belog aku ni . terima kasih ;D


sayang korang semua :DD aku sepatutnya review belog seseorang. tapi aku rasa sekarang ni dia tengah syok kot kat Genting and tak perasan yang aku ada tinggalkan mesej kat wall facebook dia untuk bagi URL belog.


sesiapa yang belum join contest KAMI FOTOGENIK , boleh la klik pada sidebar untuk lihat terma & syarat. :D 


oh! lupa pula nak tanya, korang suka tulis entry yang macam mana ea?


a) entry sepenuhnya dalam bahasa inggeris.
b) entry sepenuhnya dalam bahasa melayu
c) entry rojak.


aku pilih C. haha. mungkin sebab aku dah biasa kot! 

8 ulasan:

FR berkata...

alaa full BM pom macam skema je . biar laaa rojak ckit2 .. ngee . tp nak merojak pom jangan la dasyat2 . hehehe . ok tak cmtuuu?

diya berkata...

rojak pun bez gak..sedap je tulis sesedap rojak campor..hehe

Nazrul Ashraff berkata...

@raihana ~ btul3x..

haha

Nazrul Ashraff berkata...

@deeya ~ yum3x..

Olate Omote berkata...

Kikiki Omote pon! Chebab Omote Olate mashih pelat agi...kikiki

Amanie Khairunnisa berkata...

aku rojak jek. dari first blogging sampai sekarang. haha!

Phew da lama tak melawat blog kau nie ^^

Nazrul Ashraff berkata...

@OMOTE ~ alaaa..comelnya.. :)

Nazrul Ashraff berkata...

@amanie ~ haha..aku cuba tryin tulis penuh..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...