Selasa, 22 Februari 2011

~ kita berborak, semua jargon keluar.

p/s if wanna shoutbox. just click my picture yang sengal kat tepi tu. have a nice day. :D

assalamualaikum.


semalam, macam yang aku bagi tahu dekat previous entry, phone mak and ayah aku dapat free call. aku pun dok la call kawan2 aku. hee, aku call dua orang je. haha. selalunya aku call Miss Sya, tapi dia ada kat PLKN, maka aku pun call la Reen and Rita.


aku dengan Rita. 1 january 2011.

semalam aku call dia. aku dengan dia ada misi yang sangat genting yang perlu diselesaikan. satu misi dah selesai, tapi misi kedua tak selesai lagi. paper je la. lupakan pasal misi tu.

kenapa kalau kita borak dengan kawan, semua jargon pelik2 kita keluarkan. semua cilita yang sengal kita cilitakan? tapi kalau dengan lover, amboi, segan silu sungguh. nak cilita pasal kucing mati pun tak sanggup sebab takut lover tangkap sentap!

tapi kalau dengan kawan, cilita pasal perempuan kena rogol pun sanggup cilita asalkan dapat gelak. huh? haha, yang gelak tu aku. lepas tu, aku pergi post dekat belog and korang jugak yang baca. hee.

korang gelak? k, kalau tak gelak, maknanya kau seorang je la yang gelak ye. malunya *lari masuk bilik!*

*geleng kepala kejap* kalau dengan kawan , memang kita open minded sungguh kan. tapi kalau dengan lover, kenapa kita control ayu and sopan. ngeh3x. berpura-pura ye anda2 sekalian. choy! tak patut, tak patut.

tapi aku suka borak dengan kawan2. hee. mungkin diorang dah tahu aku luar dalam.bukan diorang dah pernah tengok apa yang ada kat dalam baju aku! tapi dioarang kenal aku macam mana. 

semalam, macam2 aku cilita dengan Rita. ye la, from that girl, to this girl. daripada that boy, to this boy. from this probs, to that probs. macam2 sungguh. tapi kalau dengan lover, mesti korang borak macam ni kan.

"b sayang ayang tak?"

"i love u ayang. muah muah muah."

tak pun.

"i love u honey! u nak apa? i sanggup redah lautan api sekalipun!"

"oh sayang! I love you to bee!"



tapi kalau dengan kawan, cam gi-ni pulak.

"wei, malam ni lepak mana? disko? pub?"

"malas la. lepak red house la pulak."

tak pun cam gi-ni.

"aku bengang gi-la dengan manusia tu. rasa macam nak baling dia kat dinding je!"

"tak payah baling. korek je mata dia!"


tapi kalau dengan lover, sangat la luar alam baik sungguh. :p kenapa aku rasa nak muntah. haha. macam tu ke korang borak dengan lover korang. aku tak tahu sebab aku takde awek. dulu Rita dengan Raja F dah putus tengah jalan sebab Raja F ni pergi cari perempuan lain. kesian sungguh. sob3x.

perlu ke menangis kalau clash?

rita bagi tahu aku.

" ala, couple masa sekarang ni, cari pengalaman je. main2 je."

wiiiii! aku setuju dengan statement tu. ok bai. 

"tunggu je la masa uni nanti. cikgu jumpa suami cikgu dekat situ la."

ni apa yang cikgu aku bagi tahu aku! haha. tips berchenta. nanti je la pikir. haha.

tapi hak memasing kan nak berchenta zaman bila pun. :)) tu je aku nak mencarut. daa.

2 ulasan:

yad'z berkata...

mak pon selalu bagitau kat akak2 n abang2 .. mase dekat u carik partner.. tapi jgn lebih2.. sebab kalau dah kuar u, sibuk keje, tak pikir nak bercinta dah... hehehe

nazrul ashraff berkata...

@yad'z ~ haha..boleh pulak cam gi-tu..well..i agree with ur mummy!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...