Ahad, 30 Januari 2011

~ kehilangan paling terasa dalam hidupku - contest ady.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.


tadi aku blogwalking jap, then ternampak contest ni. Ady Budika dan Mr Froogy nak kasi hadiah. siapa yang nak join, boleh klik dekat yang berwarni ni ha. kalau korang buta warna, nasib korang la. 



follow tajuk entry, kehilangan paling terasa dalam hidup. bila pandang tajuk entry tu, automatik teringat dekat arwah kawan aku. Jefry Apadi.


aku kawan dengan dia start darjah 2. masa tu kitorang sama2 dalam kelas 2 Bestari. he's so smart and antara budak yang pintar la. he good in english and masa tu aku sangat la buta dalam english. aku jeles gila kot macam mana diorang boleh pandai dalam english.


masuk secondary school.


kebanyakan kengkawan darjah 6 aku, ramai dapat masuk kelas 1 Maju, so takde masalah nak sesuaikan diri. sometimes arwah can be so annoying and sometimes dia boleh jadi orang yang paling best. dia pandai buat lawak and dia punya lawak lagi berkualiti dari Raja Lawak nu ha.


kalau kitorang stres hadap exam, he will  make his joke and automatik kitorang akan gelak. family dia, orang yang susah and dia tahu jalankan tanggungjawab dia as a anak kedua dalam family. atas dia, sis dia, Maria Ulpa.


untuk tanggung family dia, dia sanggup kerja kat kedai santan and aku ingat lagi, dia tunjuk kat aku tangan dia yang kind like luka sebab terkena mesin parut kelapa. sadis gila kot tangan dia masa tu. 


aku memang banyak kenangan dengan dia even aku bukan bestie dia. bestie dia is Ameer. pasal Ameer nanti aku cilita jap lagi. ngee, antara kenangan aku dengan arwah is


1~ dia selalu minum air botol aku sebab dia memang jenis tak bawak air gi sekolah. tapi kan, aku rasa, semua budak lelaki kat kelas aku suka minum air botol aku dengan lagi sorang kawan aku, E-cad. maybe sebab only kitorang berdua, budak lelaki yang masih bawak air botol g sekolah. takkan diorang nak teguk botol pompuan pulak.


2~dia pernah pinjam buku teks math aku masa exam. last2 tidur. tak pasal2 quarter buku tu lencun sebab ada air liur basi dia. jangan cakap macam mana kerek gila aku kat dia masa tu. nasib baik masa tu exam akhir tahun, so memang aku dah tak hadap buku teks tu.


3~dia suka mintak jawapan exam. ala, yang ni memang angguk2 geleng2 je. part tiru meniru ni memang masyuk la. sebab aku pun join je. tapi aku stop bila masuk form 2. ke form 3. lebih kurang cam gi tu la. kadang2 arwah panggil aku mintak jawapan, aku buat bodoh je sebab aku malas nak layan. tapi kalau aku tak tahu, aku suka je tanya dia. haha. kejam gila.


aku pernah gaduh dengan dia. tak ingat pasal apa. tapi aku ingat satu ayat ni. aku masa tu dah marah gila, aku cakap.


" kau tunggu la bila kita semua dah besar! orang pertama yang masuk penjara tu kau la! aku sendiri yang akan masukkan kau kat dalam tu."


lebih kurang cam tu la. dialog aku masa form 3. hee, emosi tak stabil la katakan. tapi sayang, tak sempat nak dewasa pun. :(


akhir tahun form 3, arwah ada konflik dengan bestie dia, Ameer. aku ada mention nama dia kat atas. diorang gaduh sampai pisahkan meja padahal duduk sebelah2. last2 arwah pindah tempat duduk. diorang tak cakap and tak sempat bermaafan sampai arwah meninggal dunia.


akhir tahun form 4, masa raya, arwah meninggal dunia masa bawak motor malam2. aku tak pasti punca kejadian yang sebenar. aku rasa aku dapat news, pagi raya ke 7 dari bestie aku syaza. aku sangat terkejut. memang terkejut gila2!


aku tak ingat bila last jumpa dia. 
aku tak ingat bila kali terakhir aku borak dengan dia. 
aku tak ingat bila kali terakhir dia minum air botol aku. 
aku tak ingat bila kali terakhir aku dengar suara dia. 
and aku tak pergi pun masa arwah ditanamkan. 


yes, aku pernah mimpi pasal arwah. dua kali. dalam mimpi tu, aku ingat lagi dialog aku cakap dengan kawan aku, Ezwan. cis, tak pasti la Ezwan ke Azrin. dah lama sangat mimpi tu. tahun 2009.


" aku ingat Jefri dah meninggal." kata aku.


" tu tipu je. Jefri belum meninggal." kata Ezwan / Azrin * aku tak pasti yang mana satu*


sangat sadis mimpi aku. yes, kadang2 aku teringat kat dia after that and pikir how his family will through it. tapi, lama2 aku dah lupa pasal arwah, Jefri Apadi. until this contest datang trang tang tang depan aku.


segala kejadian ada hikmah. aku nak sedekahkan al-fatihah untuk dia. moga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aku harap korang juga boleh sedekahkan al-fatihah untuk dia dan juga untuk kengkawan korang yang dah kembali ke alam sana,


aku pernah tanya Ameer, apa perasaan dia. tapi aku lupa dia reply apa. memang tak ingat langsung. aku pergi kubur dia tahun lepas masa bulan puasa dengan kengkawan kelas. aku tak tahu macam mana perasaan Ameer. *angkat bahu*

aku rasa tak payah la aku letak gambar dia. aku takde gambar dia secara solo. aku ada gambar secara beramai2 je. aku ada letak pic kelas aku masa form 3 kat entry saya blogger ceria. tak payah la aku mention dia yang mana satu. and that gambar memang ceria habisan and kitorang tak tahu pun salah seorang daripada ahli dalam gambar tu akan takde lagi kat dunia ni after a year that picture di ambil.


have a nice day.
mood ~ speechless.
hujan pulak klang ni.

5 ulasan:

Nurul Atiqah berkata...

mesti sedih an sebab kehilangan org yang tersayang

Heidi Shafiq berkata...

:)

putERi-kAtEk berkata...

semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin

SheNn berkata...

SEDIH~~ hmm..

nazrul ashraff berkata...

@ nurul ~ sedih gila kot..

@heidi ~ thanks 4 da smile..

@ puteri ~ amin.

@ shenn ~ zzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...