Selasa, 12 November 2013

Amali Banding. 10 hari 9 malam. permulaan Banding

assalamualaikum dan selamat petang buat semua.

hahahaha, da berapa lama tak update blog? aku da terasa macam blog ni bersawang gila. abaikan segala kisah dan isu sawang. hari ni aku nak cerita pasal Amali Banding yang berlangsung di Tasik Temenggor, Gerik, Perak.

sorry kalau entry blog ni agak skema dan nerd sebab da lama tak menulis dengan gaya bahasa yang pelik. dan sorry kalau gaya bahasa dalam entry ni agak pelik sebab baru keluar dari pulau, jadi segala jadah tatabahasa mungkin sudah berterabur sebab da lama tak jumpa civilization.

ada banyak sebab jugak aku tulis entry ni

1) ada orang kata, dia nak tahu macam mana amali Banding aku. dan dorang request aku tulis. maka aku pun tulis dengan hati yang senang.

2) untuk tatapan di hari tua. mana tahu masa da tua-tua, duduk kat kerusi malas sambil makan biskut cecah kopi panas pastu baca entry lama kat blog. mahunya tak mengenang memori baca entry pasal Banding ni.

3) bila da hari tua, boleh la tunjuk kat cucu, "atok pun ligat aktif masa muda-muda dulu." KAH KAH KAH. okay, that is super annoying.

jadi, amali Banding aku bermula pada awal cuti mid sem hari tu, sekitar 1hb November 2013 dan berakhir pada 9hb November 2013. bergerak dari Fakulti Perhutanan pada jam 11 malam iaitu ada satu buah bas dan satu coastal untuk yang selebihnya yang tak muat masuk dalam bas tu. perasaan aku masa tu , tak nak pikir banyak pun sebab badan da terlampau penat. terpikir hanya nak tidur je sebab petang tu badan da keluarkan energy banyak ; bersihkan kayak and other stuff. even petang sebelum nak bertolak, barang keperluan dan baju dan seluar dan segala jadah boxer mahupun adik-adik lain tak masukkan lagi dalam Toyogo Box.

sorry kalau entry ni takde gambar sebab gambar semua kat dalam kamera Tough. jadi tak release lagi gambar tu kepada umum. aku sebenarnya tak sabar nak tengok gambar dari kamera Tough tu sebab gambar dia adalah super flawless dan cantik kot. impian aku lepas ni memang nak beli kamera Tough tu la. heh. aku suggestkan untuk lupakan DSLR dan silalah dapatkan Tough dengan segera sebab DSLR tu da la besar gabak meanwhile Tough tu kecik and tahan lama. persamaan kedua-duanya ialah , hasil gambar memang super power. jadi, konklusi, beli la Tough. heh.

sampai je kat Jeti Pulau Banding, turunkan barang dari lori panjang. ye, unit pengangkutan untuk amali Pulau Banding ada sewa lori yang sangat panjang untuk angkut segala kayak dan barang-barang lain. Unit Pengangkutan sewa lori sepanjang 40 kaki.



segala jadah kayak, kayu, MSET, Bot Aluminium dan alatan-alatan lain, semuanya dimuatkan ke dalam lori ni. bila sampai Jeti tu, semua orang keep wondering,

"siapa budak-budak ni?"

"kenapa bawak banyak sangat barang?"

"kenapa bawak banyak kayu? nak buat rumah ke apa?"

sebelum itu, kami semua melalui beberapa proses yang agak memenatkan berkaitan dengan lori ni.

Fakulti : loading barang dari Lab ke dalam lori

Jeti : unloading barang dari lori ke jeti
       : loading barang dari jeti ke Boat House

Pulau : unloading barang dari Boat House ke Pulau

barang-barang tu pulak bukaanlah sikit, banyak gila kot. tangan tu rasa macam da lali je angkat segala bagai jenis kayak. sometimes terasa macam nak give up pun ada tapi keep reminding dalam diri,

ini adalah proses pembelajaran, belajar najrul, jangan mengalah.

sometimes bila tengok kengkawan tak mengalah and keep loading and unloading barang, itu yang bagi semangat tambahan. siapa kita untuk tak buat kerja sedangkan kawan-kawan kita semua bertungkus lumus untuk angkat all those thing. :) perasan aku bila turun dari bas and tengok pemandangan, one word. WOW!!!! pemadangan kat situ memang cantik. 1.3 km dari jeti tu ialah Royal Belum. Royal Belum ialah something yang precious kot. one fine place yang aku nak pergi sejak masuk BSTR ni ialah Royal Belum. one fine day, aku akan try jejak kaki kat Royal Belum. kalau pemandangan kat Jeti tu pun da superb, lagi la kalau kat Royal Belum. haih. ~ teringin nak pergi sangat-sangat!!

jadi lepas unloading barang dari lori ke jeti and loading barang dari jeti ke boat house, perjalanan ke pulau pun bermula dengan menaiki kayak. perjalanan pergi ke pulau adalah sangat pffft. hahahahahahhaha, adalah sangat mencabar dan sukar dan susah dan menarik jugak pada masa yang sama. masa nak pergi tu, masa tu jugak la hujan , masa tu jugak la angin kencang, masa tu jugak la kayak macam meragam senget kanan dan kiri *padahal diri sendiri tak tahu handle kayak, KAH KAH KAH* , masa tu jugak la ada ombak kecil sepoi-sepoi bahasa. *macam nak kena tendang je kan bahasa kau*

sebelum bertolak ke pulau, fasi memberi cadangan,, kami semua dikehendaki membuat formation diamond untuk ke pulau. jadi ada yang jadi leader kat depan. yang jadi sweeper di belakang. 2 pasangan kayak akan jadi wing kiri. 2 pasangan kayak akan jadi wing kanan. selebihnya akan berada di tengah-tengah. kayak-kayak yang berada di tengah-tengah tak boleh melebihi kayak di hadapan, kiri, kanan dan belakang. macam jadi bounderies la jugak.

HASAN menjadi leader.
aku dengan Ecca jadi wing kiri
Wiyah dan Ah Kiang jadi wing kiri jugak
Helmi dan exchange student dari korea, Nuri jadi wing kanan
Izyan dan pelajar dari Nigeria, Essay jadi wing kanan
Qayyum pulak jadi sweeper.

entah kenapa, formation diamond tu tak menjadi, adakah disebabkan hujan? angin kencang? kayak senget kanan dan kiri? ombak kecil sepoi-sepoi bahasa? hahahahhaa,  tapi aku rasa , sebab utama dia ialah semua orang tak mahir nak handle kayak lagi. semua tahap beginner lagi. semua tahap amatur tak tahu nak handle kayak in proper way. last-last diamond formation tak menjadi, da jadi formation apa pun aku tak tahu. aku dengan Ecca ke mana, wing kanan entah kemana,  Hasan yang jadi leader entah tetiba kat belakang, dan diamond formation pun hancur berkecai. sobs~ what a really sob sobing day.

tapi memang mencabar la jugak sebab kau berkayak dengan tetiba hujan and angin yang kuat. dan just suddenly, kau berkayak tak sampai-sampai ke pulau lagi. keep thinking , bila nak sampai? bila nak sampai? bila nak sampai? btw, pada hari pertama tu, kami semua berkayak selama 2 jam. tak la 2 jam tepat tapi almost 2 jam la jugak. hasan sebelum tu buat hiperbola melampau,

KITA AKAN BERKAYAK SELAMA 4 JAM MENUJU KE PULAU.

jadah 4 jam dia. -,- perbezaan yang amat ketara di situ ye.

sampai je depan pulau, kami semua kena rafting beramai-ramai dan makan tengah hari ketika rafting



sorry, aku takde gambar masa kami rafting. rafting ni ialah kayak akan bersusun secara sebelah menyebelah dan orang sebelah akan pegang kayak sebelah dia la supaya tidak berpisah. jadi, hari tu, makan tengah hari semasa rafting di atas kayak di mana, sambil makan, kau juga kena fokus untuk pegang kayak orang sebelah dan pastikan kayak orang sebelah tak terpisah daripada kau. dan kami gagal. terpisah juga akhirnya. another sobs lagi.  kalau kau tak paham pasal rafting, kau buat-buat paham je la. aku memang loser sikit kalau nak menerangkan ni.

lepas makan tengah hari, terus pergi ke pulau dan tolong angkat barang dan other stuff. untuk hari pertama, settle down tentang hal camp managament. aku incharge bahagian kebersihan which is included tandas and pembuatan tandas dan pembersihan tandas dan pembersihan makanan dan pembersihan kem. overall, tentang isu tandas dan cara nak bersihkan tandas is the most wow - aku - tak - tahu - nak - cakap - apa - la.

first time sampai pulau tu, aku , syiera and the rest of team kebersihan macam speechless habis bila tengok tandas. this is not tandas. memang takde rupa tandas langsung. that is something different which is something yang kau tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata. apa-apa pun, by hook or by crook, sama ada geli atau tidak, sama ada kau nak atau tak nak, kau still dan kena jugak bersihkan tandas tu sebab nak tinggal kat pulau tu selama 10 hari untuk almost 60 orang. untuk 2 hari pertama, setiap unit bertungkus lumus siapkan all those things. Perkhemahan - Logistik - Makanan - Aktiviti - dan macam-macam lagi.

hari pertama jugak aku kena sentri dan bila baring *menuang masa sentri* automatik akan pandang langit. masa tu da terasa wow sebab terpegun tengok bintang. Bintang dekat Banding is super cantik. memang susah nak describe la. untuk hari-hari yang lain dekat Banding, memang susah nak buat star gazing sebab cuaca dekat Banding , tak berapa nak menentu sangat. star gazing memang gempak dibuat untuk hari pertama dekat Banding dan hari terakhir dekat Banding. memang panacea, mesmerizing, awesome dan macam-macam lagi kata yang seerti dengannya.

okay, tamat untuk cerita Banding - Permulaan Banding. sekian. terima kasih kerana membaca!! :) dan cerita ini akan bersambung selepas ini. *bila aku rajin nak menaip*

p/s
sorry kalau banyak salah tatabahasa, aku malas nak cek balik kalau ada mistake atau typo.


2 ulasan:

Badd berkata...

Booooo~ Booooooooooo~~~! haha

Badd berkata...

Alamak nampak user ID la pulak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...